Azza Elite Bertudung?

Pada: Isnin, 28 Januari 2013 Betul ke Azza Elite dah mengenakan tudung sepenuhnya pada diri beliau. Mungkin sukar untuk kita bayangkan, namun terdapat beberapa bukti gambar yang dia telah bertudung yang telah dimuat naik dalam laman Instagram miliknya.

Kalau betul, syukurlah, kita juga amat bergembira dengan berita ini. Semoga Azza dan suami yang kini sudah 10 bulan mendirikan rumahtangga dalam keadaan bahagia hendaknya. :)
updates 29/1 petikan mStar: Azza (Elite) mendedahkan watak yang dilakonkannya sebagai wanita muslimah bertudung menerusi drama Mujahid pada tahun lalu telah membuka hatinya untuk terus menutup aurat. Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari, 35, berkata, dia bersyukur kerana mendapat rahmat berkenaan ketika sedang mencari rezeki dalam dunia lakonan yang menjadi punca rezekinya selama ini.

banner

Tag : , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih