Aizat - Terukir Di Bintang, Juara AJL 27

Pada: Isnin, 7 Januari 2013
Lagu ciptaan Yunalis Zarai, Terukir Di Bintang dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-27 di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam. Lagu yang dnyanyikan oleh Aizat Amdan itu telah berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000.

Terukir Dibintang telah berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Lagu (Bedroom Sanctuary), Teman Pengganti (Black dan RJ), Patah Seribu (Shila Amzah), Pelangi Senja (Stacy), Ombak Rindu (Hafiz dan Adira), Tanpamu (Amir Jahari), Andaiku Bercinta Lagi (Mojo), Simetri (Hazama dan Amy Search) dan Anak Kampung (Jimmy Palikat dan One Nation Emcees).


Tempat ke-2: Idola - Azlan & The Typewriter (trofi dan wang tunai RM15,000)
Tempat ke-3: Ku Akui ciptaan - Hafiz (trofi dan wang tunai RM12,000)
Vokal Terbaik: Hafiz (trofi dan wang tunai RM10,000)
Persembahan Terbaik: Black dan RJ - Teman Pengganti (trofi dan wang tunai RM10,000)
Juara Mobile: Ombak Rindu - sumber

Tag : , , , , , , , , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih