Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Kemesraan Misha Omar Dan Tunang

Isnin, 31 Disember 2012

Sudah lama tidak melihat penyanyi, Misha Omar kan, apatah lagi bersama-sama dengan tunangnya, Firos Ezzwan  Rossly yang juga pilot MAS. Gambar dibawah adalah gambar terbaru mereka berdua yang sangat mesra telah dimuatnaik dalam laman sosial.

Kemesraan mereka seperti sudah menjadi suami isteri, tapi tidak diketahui Misha dan Firos sebenarnya sudah bernikah atau belum. Mereka bertunang dulu pada 21 Feb 2012. -gambar myartis.com

 

 

 

 

 

 

Ezlisa Loy (Adik Elfira Loy) Bertudung

Ezlisa Loy yang berusia 16 tahun ini adalah adik kepada pelakon, Elfira Loy. Ezlisa juga merupakan seorang pelakon telemovie, Debunga Lalang, Sejadah Kaabah dan Qalesha. Dikhabarkan yang Ezlisa sudah mengenakan tudung pada dirinya.
Cerita bertudung ini bermula apabila dia bermimpi yang cukup mengerikan bagi dirinya. ini adalah petikan daripada portal malaysiandigest.com

"Baru-baru ni saya mimpi tentang hari Kiamat. Dalam mimpi tu, saya dalam perjalanan ke masjid. Tiba-tiba ada batu bulat-bulat jatuh dari langit. Saya sangat takut. Saya terus cari mama. Tapi mama tak ada. Ahli keluarga yang lain juga tidak ada. Saya takut sangat.

"Kemudian saya tersedar. Saya terus lari ke arah mama dan menangis. Mama terkejut dan hairan kenapa saya menangis. Saya katakan yang saya mimpi hari Kiamat. Sebenarnya, sebelum ini sudah beberapa kali saya mimpi perkara yang sama, tapi kali terakhir mimpi saya tu, saya tak dapat cari mama. Itu yang buat saya rasa takut sangat,

"Bab berlakon ni sebenarnya saya tak fokus sangat. Saya berlakon pun hanya sebab nak cari duit lebih untuk nak beli barang-barang yang saya suka. Sebab tu saya tak berapa risau sangat soal itu. Tapi selepas ini kalau ada tawaran, saya akan pastikan watak yang saya terima sesuai dengan penampilan saya sekarang.

"Saya tahu banyak yang perlu dijaga. Sebelum buat keputusan ni pun, kakak (Elfira) ada bertanya sama ada saya betul-betul serius nak teruskan niat ni. Saya kata, ya. Kakak memberi sokongan kepada saya. Malah dia yang lebih teruja. Tudung-tudung saya semua dia yang belikan. Saya tak pandai sangat bergaya, jadi kakak yang banyak ajar saya cara nak pakai tudung.

"Saya tahu lepas ni mesti ada yang akan berkata, adik dah pakai tudung, kakak bila lagi? Benda (bertudung) ni tak boleh dipaksa-paksa", katanya.

Serina Kantoi Produk Pelangsingan Badan?

Pelakon dan anak kepada selebriti Chef terkenal, Serina Redzuwan sebelum ini adalah memperkenalkan satu produk pelangsingan badan. Dan sangat yakin dengan market produknya itu maka dilampirkan pula dengan sekeping gambar seorang jejaka yang dahulunya 'comel' hingga ke badan tegap aka ramping.

Namun isu itu bukanlah perkara yang boleh dipandang sebelah mata, jejaka itu tampil dengan memberikan komentar pada gambar berkenaan yang dilampir pada Facebook Serina dengan mengatakan dia tidak pernah mengambil sebarang produk pelangsingan badan, kiranya jejaka ni, rajin bersenam secara sihat.

Dan tanpa sebarang maklum balas Serina, maka jejaka ini pon turut membuat laporan Polis keatas penyalahgunaan gambar milik jejaka ini. Kalau jejaka ini bawa kes ini ke mahkamah, rasanya boleh menang besar ni jejaka. Hoho. link Facebook berkenaan.

Gambar Farid Kamil, Diana Danielle di Sydney

Gambar dibawah adalah beberapa keping gambar bulan madu diantara suami isteri, Farid Kamil dan Diana Danielle. Memang sudah dikhabarkan yang Diana sudah hamil/mengandung, namun mungkin tak sah kalau tiada aktiviti bulan madu atau percutian setelah berkahwin kan. Dan mereka memilih Sydney sebagai tempat pilihan cuti hujung panas akhir tahun.

Gambar Seksi Neelofa Di Instagram?

Sabtu, 29 Disember 2012

Gambar ni adalah hasil kiriman blog thexstar, yang menyatakan Satu gambar yang dimuat naik oleh Neelofa sendiri di profil Instagramnya pada 6 hari yang lalu mengundang cakap-cakap tidak enak dari orang ramai.

Gambar itu jelas menunjukkan Neelofa tidak membutang bajunya hingga menampakkan buah dadanya.

Ada antara komen-komen yang diberikan kepada Neelofa boleh dikatakan tidak patut dibuat kerana hanya tuan badan sendiri sahaja yang tahu keadaan bajunya ketika itu.

Tetapi, ada juga peminat yang memberikan komen mengatakan baju yang dipakai oleh Neelofa waktu itu adalah dua lapis.

Abby Abadi - Duit Berlakon Haram Jika..

Haish Abby Abadi kalau berceramah memang seperti penceramah agama yang betul-betul dah pro. Tapi tak tahulah dia melepaskan geramnya untuk rakan-rakan artis atau betul-betul membimbing orang lain untuk ke arah kebaikkan.

Betul kata Ustaz Azhar Idrus di video susulan yang menyatakan kalau dah dapat hidayah (kebaikkan) diri, tidak perlu mengaibkan kawan-kawan atau cerita yang buruk yang selama ini terjadi kepada diri. Buka buku baru, bermakna kita lahir seperti bayi yang suci tiada dosa.

Ali XPDC Dekat Kepada Agama

Jumaat, 28 Disember 2012

Ali berbaju hitam
Syukur Alhamdulillah di hari Jumaat yang berkat ini, dikhabarkan ada lagi selebriti kita yang mahu berubah kepada arah kebaikkan atau mendekatkan diri kepada agama.

Penyanyi lagenda rock, Ali XPDC dikhabarkan sudah berbuat demikian. Ali berbuat demikian bermula tahun yang lalu dengan mengambil faktor usianya yang semakin meningkat.

Ali berbuat demikian juga bukanlah untuk mendapatkan publisiti murahan kerana dirinya yang kini sepi dari sebarang berita aktiviti nyanyian.
“Ramai beranggapan penghijrahan saya adalah  untuk mendapatkan publisiti dan populariti namun persepsi itu saya anggap sebagai ujian dalam melakukan perubahan.
       
“Niat berubah adalah disebabkan faktor usia dan tidak dipengaruhi oleh pihak lain dan tidak berhasrat menceburkan dalam politik,
       
“Karier nyanyian masih diteruskan seperti biasa namun memilih lokasi dengan tidak lagi membuat persembahan di kelab malam dan jenis lagu disampaikan lebih bercorak ilmuwan.
       
“Lagu-lagu lama masih dinyanyikan mengikut permintaan tetapi fokus lebih kepada muzik keagamaan,” katanya. -sumber

Gambar Pernikahan Khairul Fahmi, Leuniey

Gambar pernikahan gol keeper bola sepak Kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat @ Apek dengan pasangannya, Leuniey Natasha yang berlangsung semalam di kediaman keluarga pengantin perempuan di Pasir Pekan, Tumpat Kelantan.. Semoga berbahagia. -gambar THR GEGAR

Gambar Fouziah Gous di bandar Chiang Mai

Hujung tahun 2012 ramai selebriti yang pergi bercuti. Apatah lagi cuti sekolah dah pun sampai ke penghujung cuti itu kalau selebriti yang mempunyai adik yang masih sekolah atau yang mempunyai anak yang sudah bersekolah.

Pelakon Fouziah Gous tidak ketinggalan bercuti bersama-sama keluarganya ke bandar Chiang Ma. Memang melihat gambar dibawah ini sangat menyeronokkan percutian Fouziah ini.

Gambar Faezah Elai Mengandung / Hamil

Wah dah semakin membesar kandungan/kehamilan pelakon Faezah Elai. Ini adalah kandungan anak sulung Faezah Elai yang dijadualkan akan melahirkan anaknya itu pada bulan Feb 2013 tahun depan. Semenjak mengandung, Faezah memang jarang berlakon atau ke set lakonan dan kemungkinan dia akan berlakon semula selepas 2 bulan bersalin nanti. Dan akan muncul dengan filem Tanda Putera dan KL Zombie pada tahun yang sama. -gambar mStar



 

Zizan Razak Hiasi 2 Majalah

Khamis, 27 Disember 2012

Tuah Zizan Razak dnegan menjadi penghias muka hadapan majalah untuk dua majalah bulan ini. Bukan sahaja tuah badan, namun tuah juga digandingkan dengan wanita-wanita dalam majalah itu. Yang pertama digandingkan dengan 3 wanita selebriti anggun, di majalah Hai dan kedua di majalah FeMag dengan Kaka Azraff yang siap berpegangan tangan di kapal milik penerbangan FireFly. -gambar Facebook Zizan Fan Page

Pelakon Kerdil Popular 80-an Menderita Sakit

Pelakon kerdil yang popular sekitar tahun 80-an, Radi merayu bantuan pelbagai pihak selepas daging pada kedua-dua belah punggungnya terpaksa dipotong berpunca daripada masalah saraf yang dialaminya sejak empat tahun lalu.

Radi, 50, berkata, lebih malang lagi dia tidak dapat buang air besar secara normal kerana kesan penyakit berkenaan menyebabkan pihak hospital terpaksa menyalurkan usus pada bahagian perut yang ditebuk bagi mengeluarkan najis.

Segala-galanya berpunca ketika dia mengambil kesempatan untuk pulang ke kampungnya di Bagan Baharu di sini dari Kuala Lumpur pada tahun 2008 dengan hanya menaiki motosikal kapcai beroda empat untuk orang kelainan upaya (OKU).

Ketika tiba di kampung yang mengambil masa selama sembilan jam itu, dia tiba-tiba jatuh sakit yang menyebabkan seluruh tubuhnya menjadi kebas.
“Ketika itu saya ingatkan masalah ini tidak serius sehinggalah saya melakukan rawatan secara tradisional iaitu dengan membakar batu bagi tujuan memanaskan bahagian punggung saya untuk menghilangkan rasa kebas.

“Malangnya, batu yang saya bakar itu terlalu panas dan apabila saya duduk, saya tidak menyedari daging pada kedua-dua belah punggung saya itu telah “masak” seperti dipanggang,” katanya
Jelasnya, tidak beberapa lama kemudian daging berkenaan menjadi lebam dan mula membusuk sehingga dinasihatkan oleh doktor agar melakukan pembedahan.

Akibat daripada penyakit itu, dia yang sebelum ini membuka kedai menjual kad prabayar dan telefon bimbit di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak, Kuala Lumpur hanya bergantung hidup kepada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal masing-masing sebanyak RM300 sebulan.

Katanya, jumlah itu tidak mencukupi untuk dia membeli plastik sarung najis yang perlu digunakan kira-kira lima kali sehari serta urusan makan minum dan kelengkapan lain yang mencecah lebih RM300 sebulan.

Dia juga terpaksa menyara dua orang anaknya yang berusia 12 dan 17 tahun. Salah seorang anaknya tinggal dengan bekas isterinya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban Radi bolehlah menyalurkan sumbangan menerusi Maybank Islamic miliknya menerusi nombor akaun 1583-0533-5259. -sumber

Video Irma Hasmie Ketika Mengandung

Untuk majalah atau sisipan MediaHiburan kali ini, menampilkan pelakon, Irma Hasmie yang sarat mengandung dengan suaminya, Shah Redza. Bukan sahaja dalam majalah, namun ada juga video live ketika photoshot berkenaan. Jom lihat.