Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Bulan Madu ke-2 Awal, Scha

Jumaat, 30 November 2012

Gambar dibawah adalah gambar yang dikongsi oleh Awal Ashaari dan Scha al Yahya melalui laman sosial mereka dimana mereka mengambil kesempatan untuk berbulan madu ke-2 di kota raya Paris dan London. Sebelum itu mereka ditaja bercuti bersempena dengan tajaan ke Istanbul, Turki oleh Mister Potato untuk menyaksikan Juara Liga-Liga Eropah dalam pertembungan Manchester United dan Galastaray baru-baru ini.

Marsha Kini Single, Hanya 2 Bulan Bertahan

Dalam portal Murai semalam, pelakon kelahiran Sabah, Marsha Londoh mengakui apabila kenalannya dengan seorang jejaka sudah menjadi kenangan dan kini dia menjadi single kembali.

Difahamkan hubungan dengan seorang jejaka yang berkerjaya dalam bidang pendidikan itu hanya mampu bertahan selama 2 bulan sahaja. Dikatakan banyak faktor yang mendorong perpisahan itu dan mereka berdua kini menjalani haluan masing-masing.
"Sebenarnya masa media bertanyakan mengenai hubungan kami, saya masa itu baru sahaja berkenalan dengannya dan masih lagi dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing.

"Lepas kami berkenalan, saya sedari selepas itu kami punya banyak perbezaan dan rasanya sukar untuk kami sesuaikan dengan diri masing-masing. Malah perkenalan kami selepas itu tidak kekal lama. Mungkin tiada jodoh kami berdua dan nampaknya saya sekarang kembali solo,

"Saya tidak terasa sangat dengan perpisahan ini kerana hubungan kami tidak kekal lama. Malah kami segera membawa haluan masing-masing selepas kami sedari tiada keserasian lagi.

"Meskipun saya tiada teman istimewa tetapi saya masih ada cinta dan saya masih hidup dengan cinta daripada keluarga saya yang sentiasa memberi sokongan kepada saya untuk lebih kuat," jelasnya

Ella Belanja RM200k Untuk Resepsi

Dikatakan mengikut sumber, Ella akan membelanjakan hampir RM200,000 bagi majlis resepsinya pada esok, 1 Disember yang diadakan di Kelab Darul Ehsan di Ampang, Selangor.

Difahamkan lagi perkahwinan itu juga mendapat penajaan yang banyak daripada pelbagai pihak ini termasuklah pereka fesyen terkenal untuk baju pengantin, Rizman Ruzaini.

Majlis tersebut dijangka dihadiri oleh 600 tetamu dengan warna kelabu sebagai tema utama. Antara nama-nama yang telah mengesahkan kehadiran mereka pada majlis itu nanti adalah Fasha Sandha, Nora Danish, Datuk Ramli MS, Datin Ziela Jalil, Datuk AC Mizal, Jamal Abdillah, Misha Omar, Amy Search dan Azlan & The Typewriter.

Ella  bernikah dengan seorang juruterbang Firefly pada 7 Julai yang lalu.

Gambar Rossa Bertudung

Khamis, 29 November 2012

Hari Raya Haji yang lalu, penyanyi Rossa ada pergi menunaikan ibadah berkenaan. Dan sekembalinya dari Tanah Suci, Rossa mungkin niatnya untuk mengenakan tudung pada dirinya sudah sampai serunya. Kini dia tampil dengan bertudung di khyalak ramai. Alhamdulillah satu permulaan yang baik.

Gambar Sekitar Majlis EH! 20

Baru-baru ini ada sebuah majlis anjuran EH! 20 dengan kerjasaama Suria FM bertempat di The Pool, Ampang. Ramai artis yang hadir dengan berpakaian serba simple dan bergaya. Jom Lihat. -gambar  facebook.com/pages/Syoknyegambar/

Gambar Fazura Bertudung Labuh

Dikhabarkan pelakon Fazura kini sudah bertudung. Dahulu dia mahu berhasrat untuk memakai tudung dan mahu berubah ke arah yang baik. Dan kini dia sudah memenuhi hasratnya itu.

Kita harapkan Fazura memakai tudung untuk selamanya, kalau dia menanggalkannya mungkin gambar di bawah adalah sekadar hiasan. Apa-apa pun jangan hanya melepaskan batuk ditangga. Teruskan usaha anda Fazura.

Nama Anak Nabil Raja Lawak

Beberapa hari lalu yakni pada 25 Nov, Nabil Raja Lawak sudah pun bergelar bapa dan dikurniakan seorang anak berjantina perempuan. Namun nama anaknya ketika itu tidak lagi di 'bubuh' kerana faktor masa.

Kini Nabil sudah pun berjaya meletakkan nama pada anak sulungnya itu, namanya Naira Mikayla.

Aziz Satar Rujuk Isteri Setelah 9 Bulan Cerai

Rabu, 28 November 2012

Wah dalam tak disangka, mungkin ramai yang tak tahu yang pelawak veteran, Datuk Aziz Satar sudah bercerai dengan isterinya, Hashimah Delan selama 9 bulan!.

Namun setelah mengetahui berita ini, akhirnya Datuk Aziz kembali merujuk bekas isterinya itu kembali ke pangkuannya.

Dan yang mengembirakan kedua-duanya bersetuju untuk melakukannya dan masalah perselisihan sudah berjaya diselesaikan.

Dan ini kata Datuk Aziz di dalam sisipan Kosmo! semalam.




“Perkara ini tidak perlu lagi diperbesarkan kerana semuanya sudah selesai. Perselisihan kecil yang berlaku itu adalah lumrah dalam kehidupan rumah tangga dan semua orang melaluinya.

“Semuanya telah selesai dengan baik, kami bersepakat untuk merujuk semula perkara ini secara sah di mahkamah dalam masa satu atau dua hari lagi,” katan Datuk Aziz.

Gambar Ning Baizura Hamil 7 Bulan

Gambar dibawah adalah Gambar Ning Baizura yang kini sarat hamil anak sulung yang mencecah usia 7 bulan. Ning ditemui ketika majlis pelancaran untuk wanita anjuran stesen NTV7 baru-baru ini.

Namun Ning tidak mahu memberitahu jantina anak berkenaan tapi sempat menceritakan episod dia ddengan suami berada di kotaraya New York, Amerika Syarikat.

"Memang seronok tak terkata ketika berada di sana. Walaupun misi abang (suami) untuk menyertai larian marathon di sana tidak tercapai, tapi kami sempat melakukan beberapa aktiviti termasuklah membeli-belah.

"Penat memang lah penat, lebih-lebih lagi saya berbadan dua. Tak banyak juga yang dapat saya lihat kerana ketika berada di sana sedang sibuk untuk pilihan raya. Jadi banyak habiskan masa di pangsapuri kami yang kebetulan hampit di Central Park," cerita Ning Baizura. -sumber

Gambar Perkahwinan Hairie Othman

Wah tak disangka pelakon yang pernah popular menerusi filem Leftenan Adnan, Hairie Othman telah pun bernikah dengan pasangannya Dalia Diyana baru-baru ini.

Namun segala maklumat perincian mengenainya masih lagi tidak diketahui namun beberapa keping gambar oleh jurufoto terkenal sudah dimuatnaik dilaman sosial Facebook.  -lagi gambar di Facebook Momentlicious | Photography and Creative Services

Ummi Nazeera Simpan Hasrat Mahu Kahwin

Selasa, 27 November 2012

Berita ini merupakan berita yang dipetik melalui portal murai baru-baru ini yang, menyatakan pelakon Ummi Nazeera bakal menamatkan pengajiannya di Melbourne, Australia pada hujung tahun ini.

Namun ini bukan cerita sebenar yang mahu disampaikan, berita yang ingin disampaikan disini adalah mengenai mengenai diriinya yang hendak mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka yang bernama Aizat sejak bulan Feb yang lalu.

Kata Umi mereka berkenalan di pusat pengajian yang sama di Melbourne.
"Memang hati saya kini sudah dimiliki. Apa yang boleh saya katakan sekarang, kami hanya berkawan rapat dan biarlah takdir yang menentukan jodoh kami berdua. "Insya Allah kalau tidak ada aral melintang saya akan membuka perusahaan saya sendiri bagi mempraktikan bidang pengurusan perniagaan yang saya pelajari di Australia. InsyaAllah. " Entahlah, mungkin sudah ditakdirkan saya dan dia dipertemukan.Lagipun mudah dan saya lebih selesa dengan lelaki Melayu," -kata Ummi.
ke

Penjenyah Serah Diri Teruja Lihat Apek

 
Wah syabas dan tak disangka mengenai kisah selebriti dan pelawak Saiful Apek yang telah menjadi hero.. Cerita nya begini ada seorang penjenayah sanggup menyerah diri kepada polis selepas teruja ditahan Saiful Apek, yang mengedarkan risalah cegah jenayah dalam sekatan jalan raya di Jalan Bukit Mertajam, di sini.

Lelaki berusia berusia dalam lingkungan 20-an yang menunggang motosikal itu mengakui dia dikehendaki polis selepas ditahan Saiful Apek kira-kira jam 12.30 tengah malam, Jumaat lalu.    

Sejurus membuat pengakuan itu, suspek turun daripada kenderaannya sebelum meminta izin bergambar bersama Saiful Apek.Pemeriksaan polis kemudian mengesahkan suspek dikehendaki kerana disyaki terbabit dalam kes samun.

Saiful Apek berkata, dia pada mulanya hanya memberikan risalah kepada lelaki terbabit dan terkejut apabila lelaki itu memberitahu mempunyai rekod dikehendaki pihak polis dan rela ditahan asalkan dapat bergambar.

Dia segera memberhentikan motosikalnya di bahu jalan sebelum menyerahkan kad pengenalan kepada   polis  dan meminta izin  bergambar dengan saya sebelum ditahan. -sumber