Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Aaron Aziz Sunburn

Rabu, 31 Oktober 2012

Ini adalah gambar terbaru Aaron Aziz sebelum berita dia demam beberapa hari lalu. Katanya gambar ini adalah ketika dia sedang menjalani aktiviti pengambaraan filem terbarunya yang diarahkan oleh Ahmad Idham di sekitar negeri Perlis, lebih kurang mengambil masa seminggu.

Dan yang pasti, Aaron ketika dalam gambar ini kelihatan 'terbakar' atau sunburn kepada kulitnya, mungkin disebabkan cuaca yang kering dan lakonan yang dijalankan pada waktu-waktu teriknya matahari.  

Anne Ngasri Nafi Kahwin Dengan Ahli Politik

Bila berita pertunangan Wafi bekas kepada suami Anne Ngasri di postkan, kini giliran berita mengenai Anne pula di mana dia kini dikaitkan dengan perkahwinan dengan seorang ahli politik atau VIP.

Gosip itu tidak bertitik disitu sahaja, bahkan ianya menjadi lebih dasyat apabila Anne rela di madukan menjadi isteri ke-2. Namun gosip ini hanya lah khabar angin sahaja dimana Anne sendiri menafikan gosip itu berlaku keatas dirinya.
"Tidak benar saya sudah berkahwin dengan mana-mana VIP atau ahli politik kerana sehingga kini saya masih solo dan kepada mereka yang mempunyai bukti saya sudah kahwin, saya mempersilakan untuk ia didedahkan kepada umum." -kata Anne yang memetik daripada portal mStar.


Gambar Lisa Surihani Ketika Pelancaran Produk Freshlook

Kalau melihatkan daripada gambar poster yang lalu, Lisa Surihani bertudung dalam mempromosikan filem terbarunya, Istanbul Aku Datang dengan kanta lekap berjenama seakan-akan kita dapat melihat Lisa mempromosikan filem dan produk berkenaan dalam berkeadaan bertudung, namun ianya tidak seperti yang kita impikan, Lisa berpakaian seperti biasa sewaktu aktiviti promosi berkenaan.

Dalam pada masa yang sama, Lisa mengakui yang dirinya sudah memakai kanta lekap ketika berumur 9 tahun lagi yang tidak berwarna sehinggalah ke hari ini dengan menemukan produk ini yang berwarna warni.

“Saya selesa dengan kanta lekap FreshLook kerana warnanya memang semulajadi dan Yusry sendiri suka apabila saya pakai kanta lekap biru,” ujar Lisa Surihani, -Rotikaya.com



Bekas Suami Anne Ngasri, Wafi Bertunang

Memetik daripada portal MediaHiburan, dikatakan bekas suami kepada Anne Ngasri, Wafi telah pun bertunang dengan seseorang yanng bernama Rafeda, pilihan hatinya pada 28 Oktober yang lalu.

Jadual perkahwinan mereka kemungkinan pada hujung tahun ini dan menurut info itu lagi, Rafeda mempunyai kerjaya besar sebagai pengarah sebuah syarikat produksi.

Tak mengapa, dah lama menjadi bekas suami juga, Anne pun dah menjalinkan cinta juga dengan orang lain. Jadi, moga berbahagia dengan hidup masing-masing ok..


Baranagan Milik Yuna dan Bandnya di Curi!

Selasa, 30 Oktober 2012

Musibah yang sungguh tidak disangka oleh penyanyi Yuna telah berlaku kepada dirinya apabila berlakunya kecurian yang begitu besar sekali.

Bukan Yuna sahaja yang mengalaminya namun kawan-kawan bandnya juga mengalami nasib yang sama. Van yang mereka naiki telah kecurian barangan seperti peralatan muzik dan barangan pribadi milik Yuna (hadiah untuk keluarganya)

Kejadian ini berlaku selepas siri penjelajahannya yang terakhir di Seattle, Amerika Syarikat. Khabar berita ini disampaikan Yuna sendiri melalui laman sosial Twitternya.

Dan pastinya ibu kepada Yuna adalah orang yang mengambil perhatian akan kejadian yang berlaku ke atas anaknya itu.

Fida Ibrahim, Zallif Sidek bercinta?

Setelah berpisah dengan Mamat Sepah beberapa lama yang dahulu yakni setahun yang lalu, bekas kekasihnya itu, Fida Ibrahim mengakui rapat dengan pelakon, Zalif Sidek.

Sebelum itu Fida juga dikatakan menjalinkan hubungan dengan ahli perniagaan, yang bergelar 's' namun ianya menemui jalan buntu.

Dan kini pelakon komedi berkenaan menjadi pilihan Fida kerana sifat periangnya dan jenakanya. Apa-apa pun semoga berbahagia lah ya Fida, jangan lama-lama berpacaran, terus masuk meminang ok.
"Kami baru berkawan rapat dan belum ke tahap bercinta. Rasanya tak salah kalau saya bagi peluang kepada dia (Zalif). Lagi pun, masing-masing masih solo.

"Dia seorang lelaki yang budiman. Saya suka dengan keberanian dan keikhlasannya mahu mengenali saya dengan lebih mendalam,

"Mungkin secara kebetulan sahaja Zalif dan Mamat adalah pelakon komedi. Hakikatnya, saya memang mudah tertarik dengan lelaki yang suka berjenaka dan periang.

"Kalau saya tertekan dengan kerja, Zalif pandai membuat saya ketawa. Dia membuatkan saya berasa selesa apabila kami berjumpa," -ujar Fida. -Via

Nabila Huda Nafi Pergi ke Parti Halloween

Nabila Huda menafikan dirinya menyertai parti Halloween yang digembar gemburkan oleh sebuah blog hiburan. Dia menyatakan dia hanya pergi ke sebuah majlis hari jadi kawannya

Dan sebenarnya dikatakan parti Halloween jatuh pada tarikh 30 Oktober, manakala hari jadi kawannya itu pada 28 Oktober.

Lalu Nabila Huda menjadi berang dan menyalahkan blogger berkenaan melalui laman sosialnya kerana menggunakan bahan gambar pribadinya itu untuk bahan berita dan menyalah faktakan apa yang berlaku ke atas dirinya.


Lagi Gambar Eira Syazira Hamil 7 Bulan

Pasangan selebriti terkenal, Eira Syazira dan Azad Jasmin sudah pastinya sedang menunggu beberapa minggu lagi sebelum bergelar ayah dan ibu kepada anak sulung mereka.

Dam usia kandungan Eira sudah masuk 7 bulan.  Selain daripada itu, yang mengemparkan adalah mengenai berat badan Eira, yang juga meningkat hampir 35 kg daripada 45 kg kepada 70 kg.!!

Memang tidak disangka-sangka ek.. Tapi itulah yang berlaku... Perasaan ini telah diluahakan oleh Eira sendiri yang memetik daripada portal Gua semalam.
“Masuk bulan ke tujuh kehamilan ini, saya rasa sudah tidak sabar-sabar hendak jumpa dengan baby. Kalau mula-mula dulu saya rasa takut dan berdebar-debar kerana bimbang dengan kesakitan yang bakal dialami. Tapi apabila tarikh bersalin semakin dekat, rasa takut itu semakin menghilang. .

Saya sudah bersedia untuk untuk bergelar ibu. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan oleh Allah. Saya pun ada amalkan beberapa amalan tradisional seperti selusuh untuk permudahkan kelahiran nanti, .

“Saya makan tidak banyak mana pun, tetapi berat badan saya naik dengan mendadak. Ada orang kata saya gemuk air. Tapi tak tahulah betul ke tidak. Dengan berat badan sekarang ini, saya memang cepat penat. Tidak boleh bergerak aktif macam dulu. Selain itu, saya juga sedang hadapi masalah sukar tidur di sebelah malam sebab baby sudah semakin besar..

“Jadi dia sangat aktif bergerak. Hendak ambil ubat tidur memang tidak boleh, jadi terpaksalah hadapi kerenah baby ini. Ini antara cabaran atau pahit-manis yang harus saya hadapi ketika hamil. Mujurlah saya tidak alami alahan yang teruk,” ujar Eira.
-gambar mStar

Kad Perkahwinan Diana Danielle, Farid Kamil

Isnin, 29 Oktober 2012

Debaran menunggu 3 November makin dirasai oleh Farid Kamil dan juga Diana Danielle. Kedua-dua pasangan ini mungkin saat ini sibuk menyiapkan persiapan akhir itu hari berbahagia itu.

Dan tidak ketinggalan kad jemputan yang sudah disebarkan untuk orang-orang yang dikenali. Pastinya anda mahu melihat rekaan kad berkenaan bukan? ini dia hasil daripada  kadlawo.com untuk pasangan selebriti ini.

Anak Sulung Rosyam Nor Mahu Kahwin?

Gambar dibawah dikatakan gambar pelamin untuk anak sulung kepada aktor, Rosyam Nor. Anak sulung kalau tidak silap nama dia, Arniesha Azure yang kini berusia 23 tahun.

Mungkin sudah masanya Rosyam bakal menyambut menantu dan seterusnya mendapatkan cucu pertamanya. Kita doakan agar semuanya berjalan lancar.

Malangnya, gambar anak sulung Rosyam itu tidak dilampirkan bersama, mungkin ketika acara pernikahan itu nanti. -gambar facebook.com/ariweddingcouture

Datuk Hattan Mahu Rujuk Bekas Isteri

Komposer, Datuk Hattan yang sudah bercerai/berpisah dengan bekas isterinya, Arianie Mohd Abidin kini menginginkan bekas isterinya itu kembali ke sisinya.

Hattan akui dirinya dan hidupnya seakan-akan tidak lengkap, bahkan sebagai bapa, dia tidak sanggup melukakan hati putera tunggal kesayangannya, Adam Eiman tidak pernah berhenti berharap mahu melihat hubungan mereka kembali bertaut.

Kini segala-galanya sudah di luahkan oleh Hattan dan mengharapkan apa yang diinginkan itu termakbul untuk kebaikan semua pihak.

“Saya tidak pernah lupakan dia meskipun sudah sembilan tahun berpisah. Setiap hari saya berdoa moga jodoh kami bertaut semula dan andai diizinkan Tuhan, tidak mustahil kami akan berkahwin dalam waktu terdekat,”

“Kami saling memerlukan dan kini berusaha ke arah itu (perkahwinan). Andai ada jodoh, insya-Allah kami akan bersatu juga dan jika tidak, kami akan terus kawan baik.

“Saya pernah suarakan hasrat mahu dia kembali kepada saya, tetapi dia minta saya bersabar dan bagi dia masa. Kini, saya nampak kesungguhannya untuk sama-sama membina kembali keluarga kami.

“Ikutkan hati, saya mahu laksanakan secepat mungkin. Biarpun sibuk dengan bisnes dan tuntutan karier sebagai penghibur, tiada alasan untuk saya tangguhkan perkara baik seperti ini. Lagipun, dah tak ada apa yang perlu kami kejar, umur pun makin meningkat.

 “Kalau jadi, kami buat majlis kecil-kecil saja. Tak perlu beriya-iya sangat buat persiapan kerana ini bukan kali pertama kami diijabkabulkan. Malulah sudah usia sebegini nak bersanding, laksanakan apa yang wajib sudah,” katanya yang belum menetapkan tarikh majlis.-Via

Gambar Hari Raya Bersama Lisa Surihani, Yusry

Hari Raya Aidil Adha sudah melabuhkan tirai. Dan yang pasti tidak ketinggalan selebriti juga menyambutnya dengan penuh kesederhanaan.

Lisa Surihani dan Yusry telah berkongsikan saat-saat mereka ketika Hari Raya berkenaan yang di sambut pada hari Jumaat lalu.

Aaron Aziz Terkena Demam Teruk!

Aaron Aziz dikhabarkan dimasukkan ke hospital pagi semalam kerana terkena demam. Demam yang dihidapi Aaron demam yang teruk dan tidak boleh diubati dengan kaedah biasanya.

Isteri Aaron, Diyanah telah menghabarkan berita ini melalui laman sosial Twitter nya. Aaron dikatakan terkena demam sehingga suhu badannya naik disebabkan pneumonia (jangkitan kuman pada paru-paru yang boleh berlaku akibat demam.)

Berkat doa peminat Aaron, suhu badannya kini sudah menurun akibat menerima beberapa rawatan susulan dan dibenarkan keluar seperti biasa.

Izara Aishah Penghias Majalah Cosmopolitan

Ahad, 28 Oktober 2012

Pelakon yang cantik mulus, Izara Aishah memang seorang yang memiliki paras rupa yang menawan. Dan sudah menjadi rezekinya apabila menjadi pnghias muka hadapan majalah Cosmopolitan edisi Oktober 2012 ini.

Jom kita lihat gambar Izara ketika proses shoting berkenaan dan juga di dalam majalah, pastikan anda klik gambar berkenaan untuk kelihatan lebih jelas lagi.


Dr. Halina Kini Bertudung

Sabtu, 27 Oktober 2012

Berita perkhabaran isteri kepada angaksawan Negara, Dr. Sheikh Muszaphar, Dr. Halina Yunos telah bertudung itu benar, dan beberapa keping gambar Dr. Halina bertudung sudah pun tersebar melalui laman sosial.

Mungkin ini pengorbanan Dr. Halina untuk ke arah itu setelah berkahwin dengan Dr. Sheikh Muszaphar. Dan anaknya juga, Sophea Isabella sudah pun makin membesar dengan usia setahun lebih.

Selain daripada Sophea Isabella akan dapat adiknya yang masih dalam kandungan Dr. Halina berusia 3-4 bulan.


Lagi Selebriti Melayu Pegang Anjing

Isu pegang haiwan seperti anjing dan babi telah lama dibahaskan dan ianya mendapat reaksi yang besar dan pelbagai daripada pengunjung yang setia akan kesucian agama.

Dan terbaru isu ini telah terjadi kepada selebriti yang boleh dikatakan bernama melayu dan beragama Islam. penyanyi kumpulan R7B dan pop, Nadhira yang memegang anjing. Nadhira jua merupakan selebriti antarabangsa yang bertapak di Australia.

Mungkin ada yang mengenali dan ada juga yang tidak mengenali kelibatnya.



Tasha Shila Akui Tidak Suka Pakai Sleeveless

Khamis, 25 Oktober 2012

Memetik daripada portal Gua baru-baru ini, Pelakon Tasha Shila yang pernah dikaitkan dengan isu kereta mewah, ditaja golongan VIP dan berparti dengan Datuk, terbaru isu pemakaiannya ketika sidang media Anugerah Skrin 2012 turut menjadi topik hangat apabila dikatakan mempunyai lambang salib.
“Saya gelak saja bila dengar isu ini. Saya nak tahu di mana lambang salib seperti yang diperkatakan itu kerana saya tak perasan pun ada lambang tersebut. Sebagai artis, saya sentiasa peka dengan apa yang dipakai dan ini semua hanya salah faham.

“Mungkin orang salah anggap mengenai tali riben yang terjuntai itu. Gaun rekaan Hazwani Osman ini hanya ada satu garis merah yang melintang di bahagian atas dada saja. Ini kali pertama saya memperagakan pakaian Hazwani dan saya harap isu ini tidak diperbesar-besarkan.

“Bagi yang mengenali saya, saya memang tidak gemar memakai sleeveless atau pakaian yang mendedahkan bahagian tangan saya. Setiap baju saya pasti akan menutup tangan dan saya sentiasa peka dan berhati-hati dengan apa yang saya pakai 

“Saya tak mencari kontroversi tapi orang tak henti-henti kait serta reka pelbagai cerita tentang saya. Selama ini apa saja yang diperkatakan mengenai saya, saya hanya diam saja sebab saya tak mahu ia diperbesar-besarkan. Mungkin mereka nak tengok saya melenting namun saya tak kisah mereka nak cakap apa. Saya hanya mahu fokus terhadap karier saja.

“Apa saja orang nak cakap janji saya tahu siapa diri saya. Walaupun nampak saya relaks saja bila ada gosip tentang saya, namun tidak dinafikan, ada kalanya saya menangis kerana sedih apatah lagi bila ia melibatkan famili. Walau bagaimanapun, saya tak terfikir untuk mengambil tindakan namun jangan sampai melampau kerana tahap kesabaran saya juga ada hadnya sebab saya hanya manusia biasa.” ujar Tasha.
Komen Tasha ni dibuat setelah dia menginsafi diri ker? kenapa gambar-gambar yang tidak berkaitan masih lagi banyak? komen anda?? tepuk dada tanya iman kita okey.