Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Maya Karin Sambut Harijadi di Gunung Nepal

Ahad, 30 September 2012


Dihujung minggu ni, apa kata kita rehatkan minda dan sekali sekala membaca kisah menarik daripada pelakon, Maya Karin yang berkongsi pengalamannnya pergi ke pelbagai tempat-tempat menarik.
Pada bulan depan dia akan ke Nepal bercuti sekaligus meraikan ulangtahun Maya di puncak gunung bersama bapanya, Gottfried Roelcke, 72. Mereka akan menghabiskan masa selama 10 hari di sana dan merancang untuk mendaki salah satu gunung yang popular di negara tersebut.
"Bapa saya memang dah lama ajak saya daki gunung di sana cuma sebelum ni saya tiada masa. Kali ni bila saya kata okay, dia gembira sangat. Kami akan mendaki gunung, empat hari naik, empat hari turun.

"Kami akan berada di sana selama 10 hari. Kalau tahun lalu saya sambut hari jadi di Australia, tahun ni nampaknya saya sambut di gunung Nepal lah pula"

sebelum mendaki) saya akan ke bercuti di Bali. Lepas tu balik KL sekejap kemudian ke Singapura kerana diundang jadi hos E! News Asia bersama Dom (Dominic). Sebelum ni pernah juga saya dijemput jadi hos bagi menggantikan Marion Counter. 

Okay lah, seronok sebab pergi bercuti, membeli-belah dan sambil-sambil tu buat job sikit, kemudian balik KL", katanya. -Via
ketika berada di F1 Singapura

ketika Euro 2012 yang lalu di Stadium Ukraine

Gambar Nora Danish Pakai Baju Sekolah

Sabtu, 29 September 2012

Pasti seronok bila mengenang kembali waktu di persekolahan kita ketika rendah mahupun menengah. Dan memakai kembali baju sekolah kita yang sudah lama ditelan zaman. Namun bagi aktress, Nora Danish, saat yang tidak dapat dilupakan apabila dia kembali kepada zaman persekolahannya.

Ianya adalah babak-babak dalam drama/filem Lagenda Budak Hostel yang dalam proses pembikinan lagi. Apa-apa pun mari kita lihat adakah Nora sama seperti budak persekolahan lainnya atau tak. Enjoy.. -gambar Facebook Nora Danish

Ady Putra Hiasi Majalah Glam

Gambar dibawah adalah gambar pelakon kacak dan juga memiliki karisma tersendiri, Ady Putra ketika dirinya menjadi penghias muka depan majalah hiburan, Glam Lelaki edisi Oktober 2012. Dalam majalah ini Ady berkesempatan mengayakan pakain bercirikan moden dan mewah berbentuk sut jenama Prada.

Selain daripada itu, jangan lupa nantikan filem Aku Terima Nikahnya pada Oktober nanti di pawagam berdekatan, filem yang dikatakan mampu setanding dengan Ombak Rindu, lakonan yang juga dibintangi oleh Nora Danish.

Sham (Kamikaze), Farazila Sudah Bercerai Tahun Lepas

Jumaat, 28 September 2012

Hasrat Farazila Abdul Jabar yang ingin menuntut cerai daripada suaminya. Sham (Kamikaze) di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada semalam menjadi sebaliknya apabila pasangan tersebut sebenarnya disahkan bukan lagi suami isteri sejak 1 September tahun lalu.

Ia disebabkan tindakan rujuk yang dilakukan oleh pasangan tersebut secara perbuatan selepas 15 hari lafaz cerai dibuat adalah tidak sah mengikut mazhab Syafie.

Mereka juga telah melakukan perbuatan “muasyarah” iaitu yakin hidup sebagai suami isteri tanpa menyedari pernikahan mereka sudah terbatal.

Malah pasangan berkenaan juga tidak melaporkan lafaz cerai berkenaan kepada pihak mahkamah.

Hakim Syarie, Atras Mohammad Zin memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keterangan kedua-dua pasangan tersebut dalam sebutan kes mereka.

 
Kedua-dua pasangan tersebut sebenarnya tidak lagi menjadi suami isteri selepas lafaz cerai itu dibuat walaupun Sham menganggap dia sudah rujuk semula dengan Farazila, 31, (plaintif).

Sham dalam keterangannya memberitahu mahkamah dia telah melafazkan cerai terhadap Farazila di rumah mereka di Kondominium Sri Bayu USJ, Subang Jaya di sini kira-kira pukul 7 malam, 1 September 2011 dan kembali rujuk dengan perbuatan pada 16 September 2011.

Dia bagaimanapun mengakui tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak mahkamah.

Dalam pada itu, Farazila dalam keterangannya memberitahu selepas kembali rujuk mereka telah tinggal bersama sehingga 30 Ogos lalu iaitu pada hari dia memfailkan permohonan cerai terhadap Sham.

Berikutan pengesahan itu hakim memerintahkan plaintif menjalani edah muasyarah selama tiga bulan atau tiga kali suci bermula daripada tarikh dia tidak lagi tinggal sebumbung dengan defendan.

Mahkamah turut memerintah Farazila untuk membatalkan permohonan cerai yang dibuatnya sebelum itu.

Terdahulu pasangan tersebut hadir ke mahkamah untuk mendengar sebutan tiga permohonan yang dibuat oleh Farazila iaitu pengesahan cerai, rujuk dan permohonan cerai. -baca lagi..

Wardina Tidak Galakkan Lihat Spanar Jaya

Mengenai isu penayangan semula rancangan komedi yang satu masa dahulu digemari ramai, Spanar Jaya, yang bermula baru-baru ini di NTV7 membuatkan Wardina menghadapi satu lagi dugaan yang mencabar dalam kehidupannya.

Seperti sedia maklum Spanar Jaya merupakan drama komedi yang dibintangi Wardina sebelum dia berubah menjadi lebih mendekatkan diri kepada Allah. Namun Wardina yang berfikiran terbuka menyarankan agar tidak menonton komedi itu kerana ianya kisah lamanya yang masih menampakan aurat yang tidak patut dipandang.

Dan ini beberapa komentar Wardina melalui laman sosial miliknya mengenai isu berkenaan..




Gambar Terbaru Ziana Zain

Ziana Zain walaupun dah beusia namun penampilannya masih lagi berbisa, bahkan ada orang mengatakan dia begitu awet muda dan ianya seakan-akan sama ketika zaman popularnya dahulu. Memang itu ramai yang akui, namun pada dasarnya usia meningkat pasti ada perubahan yang ketara bukan.

Ini juga menjadi bukti terbaru apabila Ziana ditemui ketika majlis Antabax Mr Cool Search 2012 yang berlangsung baru-baru ini. Anggun dan menawan dengan baju berwarna serba biru. -gambar Blackpepper Production

Gambar Mizz Nina Terbaru

Khamis, 27 September 2012

Gambar dibawah adalah gambar terbaru Mizz Nina ketika dia menghadiri majlis Party E! Brand Refresh Asia baru-bari ini bertempat di sebuah club mewah sekitar Mid Balley City. Ramai juga selebriti yang hadir ke majlis ini, dan yang pasti Mizz Nina menjadi perhatian.

Melihat gambar dibawah, seperti Mizz Nina belum ada tanda-tanda mengandung/hamil buat masa ini, takpelah kita doakan dia dan Noh segera mendapat cahaya mata.

Di majlis itu juga, Mizz Nina sempat promosikan album single terbarunya, Summer Burning. -gambar Budiey

Mizz Nina Party E!

Mizz Nina Party E!

Mizz Nina Party E!

Mizz Nina Party E!

Mizz Nina Party E!

Mizz Nina Party E! 

Nabila Mahu Anak, Akui Diri Single!

Nabila Huda Suhaimi  tidak pernah serik untuk berkahwin lain kerana keinginannya untuk menambah bilangan anak.

Impian itu terpaksa dipendamkan buat masa ini kerana dia masih belum menemui teman lelaki yang sesuai untuk bergelar calon suami.
"Saya sangat mahukan anak. Semakin Keisha (anak perempuan pertamanya) membesar, semakin berkobar-kobar keinginan untuk saya menambah anak.

"Masalahnya, saya belum berjumpa dengan calon yang menepati kehendak saya. Saya mahukan lelaki yang matang dan berfikiran terbuka, dapat menerima dan menjaga saya seadanya," katanya -Via
 Nabila yang bercerai dengan  Zaidi pada Ogos 2011 yang lalu setelah mampu bertahan selama 3 tahun, kini dia akui yang Johan As'ari hanya kawan biasa dan tidak menganggap Johan As'ari sebagai seorang kekasih!

Inikah Kekasih baru Black Mentor?

Lama kita tidak mendengar khabar berita mengenai status terkini penyanyi Mentor, Black. Difahamkan dia kini sudah mempunyai awek yang dikatakan cun juga. Gambar Black dan awek itu tersebar meluas di internet dan sehingga kini masih belum ada jawapan lagi dari mulut Black sendiri.

Sebelum ini pada 2011, Black telah putus cinta dengan kekasihnya dan selepas itu diam seketika mungkin menguruskan jadual padatnya untuk aktiviti-aktiviti nyanyian.


Gambar Bakal Suami Betty Benafe

Rabu, 26 September 2012

Berita pertunangan Betty Benafe dengan Bruce Dargus pada 14 Jun 2012 yang lalu. Namun gambar dan juga majlis berkenaan tidak beredar sangat di internet sebab hanya dibuat untuk keluarga terdekat sahaja.

Dan majlis pernikahan mereka akan dilangsungkan dalam masa terdekat dengan kini persiapan mereka hampir 50% siap untuk hari yang bermakna itu nanti.

Berkesempatan dengan itu sisipan Harian Metro pada hari Ahad lalu telah menampilkan gambar sekitar majlis berkenaan serta beberapa keping bersama ketika menghadiri majlis rasmi yang lain. -gambar Budiey


Malique Masih Lagi Hidup!

Kecoh dan kepoh betul semalam di mana-mana laman sosial, Facebook mahupun Twitter yang menyatakan penyanyi Malique telah meninggal dunia. Memang tidak dinafikan berita ini tersebar luas dan menjadi perbualan sehinggalah di mana-mana.

Namun mengikut portal Murai, Malique yang juga ditemui semalam di kediamannya di Kota Damansara, kelihatan masih hidup dan sihat walafiat. Sehinggakan menjadi kebingungan semua pihak yang terlibat, Malique sempat mengomen berita tidak masuk akal berkenaan melalui laman seswang YouTube (namun sudah dibuang.. :() ..
"thank you for your prayers but there is a slight problem. nobody is sick, nobody is dead. no cancer, no coffin. this is a fictional song written for black and monkey bone records. everyone involved in the production of this song is pretty much healthy and living happily. stop being over emotional and stop the negative rumors, this is just a song. just enjoy it. cheers, qarma musiq". -Malique

Gambar Zahnita Wilson Mengandung

Tahniah kepada sorang lagi selebriti tempatan, Zahnita Wilson yang dikhabarkan sudah hamil. Tiada informasi mengenai kandungan kehamilannya, mungkin yang pasti usianya dah nak masuk 7 bulan ke atas. Gambar dibawah adalah gambar photoshot yang diambil untuk dijadikan kenang-kenangan buat dirinya dan juga keluarga. Semoga selamat melahirkan anak nanti. :)

Gambar Nora Danish Posing Di Kerusi

Selasa, 25 September 2012

Posing yang dikatakan separa seksi oleh pelakon Nora Danish ini adalah untuk sisispan akhbar Kosmo pada hari Ahad yang lalu. Mungkin ramai tidak menyangka kelibat Nora masih lagi berbisa dengan gayanya yang tersendiri.

Dalam perkembangan lainnya, filem terbaru Nora Danish, Aku Terima Nikahnya bakal ditayangkan tidak lama lagi, sebuah filem yang dilakokan juga oleh Ady Putra.