Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Bila Abby Abadi Tweet Dr Asri

Jumaat, 31 Ogos 2012

Abby Abadi punye cerita lagi dah. Kali ini Abby dengan lantang menegur mantan mufti Perlis, Dr. Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai DrMaza mengenai isu yang diutarakan oleh DrMaza dalam laman sosial Twitternya, twitter.com/realDrMAZA pada 29 Ogos lalu berkaitan dengan hukum Hudud.

Twitter DrMaza rasanya cukup jelas walaupun ianya satu persoalan yang biasa-biasa sahaja, yang mungkin budak sekolah menengah boleh jawab. Isu hukum hudud yang melibat dua individu yang berlainan agama. Admin bukanlah pandai agama juga, tapi kawan alim admin kata, hukum hudud untuk orang Islam sahaja. (Tak gitu ke, Wallahualam, kalau ada silap, Astagfirullah)

Tapi tak tahu kenapa Abby tiba-tiba menyindir DrMaza dengan perkataan yang mungkin menguris hati jika kita yang ditujukan lebih-lebih lagi kepada golongan pewaris-pewaris Nabi. Mungkin disebabkan perbezaan fahaman politik.

Hai macam-macam hal, lebih baik kita jadi orang yang mengimbangi dunia dan juga akhirat dan bukan memandai-mandai kalau ilmu di dada masih tidak cukup. Syukurlah dengan kenikmatan aman dan damai yang ada sekarang.

Heliza, Saleha, Ezlynn Meriahkan Majlis Raya

Khamis, 30 Ogos 2012

Gambar dibawah adalah gambar tiga selebriti yang memeriahkan majlis untuk satu majlis bersempena Hari Raya, Raya Charity Luncheon di Sogo baru-baru ini bersama-sama kanak-kanak terpilih. Selebriti itu adalah Heliza Helmi, Siti Saleha, dan juga Ezlynn. Mari kita lihat siapa paling menawan ketika majlis itu. -gambar Facebook Heliza Helmi

Hantu Gangster kutip RM3.5 Juta untuk 3 minggu

"Hantu Gangster" telah berjaya mengutip RM3.5 juta sepanjang tiga minggu tayangan filem itu. Ini membuktikan filem ini telah mengaut 3 kali daripada filem Sam yang mengutip RM1.4 juta mengikut sumber selama dua minggu ditayangkan. Tidak tahu samada orang ramai sudah malas untuk menonton filem berbentuk romantik atau mahu perubahan segera dilakukan keatas industri filem tanahair setanding dengan filem Thailand dan Indonesia.

Filem kedua arahan Namewee (Wee Meng Chee) tidak sehebat seperti yang diperolehinya pada filem pertamanya, "Nasi Lemak 2.0" yang berjaya mendapat kutipan lebih RM7 juta, namun kutipan filem "Hantu Gangster" masih berada pada kelompok filem pecah panggung terbaik untuk tahun ini.

Nak tahu bagaiaman cerita filem ini, pastikan anda kunjungi panggung berdekatan, mungkin esok cuti, boleh lah pergi. Pelakon dalam filem ini adalah Farid Kamil, Diana Danielle, Dato' Jalaluddin Hassan, Taiyuddin Bakar, Noh Hujan, Mizz Nina dan juga Amber Chia.

Tauke Raja Lawak Cerai dengan Isteri ke-3

Memetik daripada SinarHarian, Tauke Raja Lawak mengesahkan yang dia sudah melafazkan cerai talak satu ke atas isterinya yang ke-3, Meera pada 12 Ogos lalu. Episod ini sudah dipostkan beberapa minggu yang lalu, di sini. Tidak diketahui apa punca sebenar keretakan rumahtangga yang dibina pada bulan April 2012 sehingga Ogos 2012.
“Sekarang saya sudah tiada apa-apa hubungan dengan dia dan memang saya sudah kembali solo sejak dua minggu yang lalu,”

“Memang benar sebelum ini rumah tangga kami dilanda krisis agak besar apabila dia keluar dengan membawa semua pakaiannya, pada bulan Julai lalu dan puncanya biarlah saya rahsiakan saja."

Lan A to Z Dapat Anak Lelaki

Penyanyi yang terkenal ketika era 90-an, Lan A to Z atau nama sebenarnya Norazlan Abd Aziz yang berkahwin dengan Siti Nur Ain pada tanggal 11.11.11 lalu, semalam dikhabarkan yang isteri beliau selamat melahirkan anak lelaki sulung. Nama bayi berkenaan tidak diketahui, namun segalanya selamat dalam proses melahirkan. Tahniah sekali lagi. -gambar zarulumbrella.com

Ustaz Don, Husna Tunaikan Solat Sunat Selepas Ijab Kabul

Rabu, 29 Ogos 2012

Baru digelar penganti baru, Ustaz Don semamngnya suka memberitahu kita mengenai cara dan juga kebaikkan yang kita sendiri tidak tahu laksanakannya, terutamanya dalam solat. Ketika waktu perkahwinnya dengan Husna minggu lalu, Ustaz Don ada mengerjakan solat Sunnah selepas Ijab Qabul. Dan itu mendapat perhatian ramai, apatahlagi Ustaz Don seorang yang alim tapi kelakar.

Dan ini adalah satu-satunya yang jarang berlaku ketika selepas suami isteri diijabkabulkan. Maka selepas ini anda yang mahu berkahwin ikut cara sunnah dan hikmah bukan mengikut adat dan resam, amalkan lah untuk melakukan solat sunat 2 rakaat berjemaah suami dan isteri ini.

Cara untuk mengerjakannya ialah:

• Lafaz niatnya : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

• Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun’

• Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

• Membaca doa berikut selepas salam (bergantung kepada doa yang anda ingat, yang ini paling afdal):

“YA Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian bagi-Mu, seru sekalian alam. Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu, telah selesai pernikahanku ini, kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini. Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan. Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami. Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai. Engkau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa. Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh. Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Engkau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagiaan rumah tangga kami”

“Ya Allah ,Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, isteri/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai. Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami. Engkau peliharalah kami, isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”

“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka. Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”

“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),

Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”

Amin ya rabbal a'lamin...

Credit to Photoline Creative Studio

Scha al Yahya Hiasi Majalah WW

Untuk pertama kalinya setelah bergelar isteri, Scha al Yahya tampil di muka hadapan majalah WW Magazine edisi September 2012. Melihat daripada majalah ini, pasti ramai yang menyukai gambar terbaru Scha yang superphotoshop yang telah dihasilkan. Nak tahu lebih lanjut, dapatkan edisi ini segera di pasaran. Ha3

Farah Asyikin Terlibat Kemalangan Kereta

Syukurlah apabila mendapat berita yang Farah Asyikin tidak mengalami sebarang kecedaran serius apabila kereta yang dikatakan milik keluarga beliau terlibat dalam dalam satu kemalangan jalan raya sekitar pagi semalam berdeaktan Bukit Kiara.

Melihat daripada kereta yang dipandu Farah, model Mitsubishi remuk dibahagian hadapan manakala satu lagi kenderaan model Suzuki remuk di bahagian belakang. Siapa langgar belakang, orang belakang tetap salah kan. huhu.

gambar portal RotiKaya

Amyza Aznan Keguguran Anak ke-3

Begitu lah nasib seorang pelakon, Amyza Aznan yang sempat berkongsikan detik-detik sedih keguguran anak ke-3 nya melalui laman sosial Twitter milknya pada 27 Ogos 2011 yang lalu. Tidak tahu apa punca sebenar keguguran berkenaan dan tidak dinyatakan oleh Amyza. Apa boleh buat, sudah takdir dan suratan. Kita ambil sahaja hikmahnya semoga bermanfaat. Amyza tabahkan diri dan jiwa.

Artikel - Yatt 'terlebih alim'

Selasa, 28 Ogos 2012

Tidak tahu apa motif sebenar wartawan ini menulis artikel mengenai Yatt Hamzah yang semua orang tahu Yatt sudah berubah bertudung. Penulisan wartawan ini pada mulanya seolah-olah mencerminkan Yatt seorang yang baik dan memuji-muji bila Yatt berubah.

Tapi tip top perenggan yang seterusnya memberikan gambaran buruk kepada diri Yatt sendiri. Bagaikan sindirian yang keterlaluan rasanya. Kalau korang tak percaya, silalah baca snap shot artikel berkenaan dibawah ini, klik untuk besarkan yer...

Gambar Anak Elyana, Summaiya usia Setahun

Gambar dibawah ini adalah gambar keluarga Elyana, bukan suasana ketika Hari Raya, cuma suasana seperti biasa. Anaknya yang bernama Summaiyah juga sudah besar dan dan mencecah usia setahun. Rasanya Elyana jarang buat lakonan di TV mahupun filem, mungkin dia mahu fokus menjadi surirumah sepenuh masa dan anak. Apa-apa pun kekalkan kebahagian keluarga mu Elyana, kami doakan walau engkau jarang muncul lagi. Hehe. -gambar forum Cari





Gambar Hari Raya Fasha Sandha

Hari Raya sudah lama berlalu tapi sebenarnya Hari Raya ni sebulan kita raikan. Dan mungkin masih ada rumah-rumah terbuka yang masih mahu menyambut kedatangan tetamu-tetamu. Mengenai selebriti pula, Fasha Sandha ada melampirkan beberapa keping gambar ketika Syawal lalu bersama-sama keluarga tersayang. Dan ianya pula cukup bermakna apabila beraya sebagai seorang isteri kepada Jejai. -gambar We Love Fasha Sandha

Gambar Resepsi Ustaz Don & Husna

Beberapa hari yang lalu pengacara dan juga pendakwah, Ustaz Don telah diijabkabulkan oleh pasanganya, Husna. Dan pada hujung minggu yang lalu, pasangan ini diraikan untuk majlis resepsi. Ramai orang yang hadir, biasalah dah masyuk dan terkenal di TV alHijrah, siapa tak kenal dah. Apa-apa pun tahniah segalanya berjalan lancar dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. -gambar Artmosphere Photography

Aaron & Zizan Beraya Sampai Pengsan!

Isnin, 27 Ogos 2012

Di Hari Raya pastinya anda melihat pelbagai rancangan dan juga program tv yang menarik bukan. Yang pastinya anda terhibur dan juga tetamu ketawa bersama. Yang paling menarik sekali adalah rancangan program bersama dua selebriti terkenal, Zizan Raja Lawak dan juga Aaron Aziz, 'Aaron & Zizan Beraya Sampai Pengsan!'. Rancangan ni lebih kurang seperti rancangan Lu Kena Beb, tapi ini lebih ganas dan extreme lagi tahap pekenanya sampai putus jantung dibuatnya dua selebriti ni, tapi dalam pada yang sama dapat juga hadiah sampingan, selain terkena dapat juga habuan. Jom Layan.


Gambar bersama Neelofa, Shila Amzah dan Nurfathia

Fesyen santai ala barat ini merupakan salah satu trend yang semakin hari semakin ramai yang mengayakannya. Ini bukan tudung taw, ini cuma penutup kepala jek. Tiga orang selebriti yang terkenal sempat bergambar bersama, Neelofa, Shila Amzah dan juga Nurfathia yang masing-masing bersama-sama dress licin yang sememangnya menyerikan lagi pemakaian si pemakai.

Neelofa juga yang menjadi perhatian, sempat tayang betis dan juga memakai kasut tinggi di sebelah tengah-tengah.

Yuna, Natasha Hudson, Norjuma Hiasi Majalah Intrend

Walaupun Hari Raya sudah berlalu dan ramai yang sudah memasuki tempat kerja hari ini, tidak menjadi satu masalah kalau iklan bertudung ini membuatkan anda mahu membelinya. Selebriti popular, Yuna, Natasha Hudson dan Datin Norjuma telah mengayakan beberapa tudung versi Hijab Hipster berjenama untuk sebuah majalah Intrend keluaran edisi September. -gambar Murai

Khairul Fahmi Terlibat Kemalangan Kereta

Baru-baru ni digemparkan dengan satu kemalangan yang melibatkan kereta milik penjaga gol Malaysia dan juga Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat atau dikenali lagi dengan nama Apek. Kereta Audi yang dipandu Apek terlibat kemalangan dengan sebuah kereta Myvi ketika hendak keluar dari simpang di Kampung Badak, Bachok pada pukul 11 malam.

Difahamkan lagi Apek mengalami kecederaan ringan di tangan kanannya kerana kemalangan itu berlaku tepat di bahagian pintu kanan kenderaan milik Apek. Lihatlah kereta Audi, tak berapa remuk dihentam MyVi, siapa salah disini, biar polis yang settelkannya. hehe.