Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Rossa Bawa Pacarnya Jumpa Keluarga

Selasa, 31 Julai 2012

Penyanyi tersohor Nusantara, Rossa mengakui telah membawa pacarnya/kekasihnya berjumpa dengan keluarga dan anaknya bagi merapatkan hubungan. Rossa bersyukur apabila keluarga dan anak lelakinya, yang bernama Rizky Langit Ramadan hasil perkahwinannya dahulu dengan Yoyo dari kumpulan Padi, menerima kehadiran lelaki tersebut dalam hidup mereka.

"Semuanya berjalan dengan baik dan hubungan itu lebih penting mendapat restu daripada keluarga. Alhamdulillahlah mereka menerimanya dengan hati terbuka

"Belum masanya untuk dia dikenali oleh masyarakat tambahan pula hubungan kami masih baru pada peringat mengenal hati budi masing-masing, -KapanLagi

Ada Ustaz Nak Berkenalan dengan Diana Amir

Diana Amir yang memakai tudung sejak September tahun lalu merupakan diantara selebriti muda yang mahu berubah ke arah lebih baik itu. Rezeki dia berlakon juga berlimpah ruah sejak mengenakan tudung pada dirinya dan itu bukanlah penghalang sebenarnya baginya malah menambah keberkatan yang tidak diduga.

Namun sisipan Kosmo semalam ada menemu ramah dengan Diana soal cintanya. Kata Diana dia masih lagi single dan masih lagi menunggu siapa calon suami yang sesuai bagi dirinya. Dia tidak menolak jodoh dan mengharapkan yang baik dipercepatkan kerana niat Diana dulu adalah mahu bersuami cepat, namun sekarang mahu mempercepatkan proses mendapatkan zuriat, kerana Diana sayangkan kanak-kanak.

Target dan perancangan kahwin Diana dikatakan dalam tahun hadapan. Dan ada beberapa orang Ustaz cuba 'taaruf' (berkenalan) dengan dirinya. Namun tegas Diana dalam sisipan berkenaan..
Saya masih tiada teman lelaki dan tidak terfikir ke arah itu lagi sekarang tetapi ada juga beberapa ustaz yang mengajak saya 'taaruf' (berkenalan) selepas berbalas khidmat pesanan ringkas (SMS). Apabila mereka buat demikian terus saya tidak balas SMS itu. Saya berkenalan dengan mereka ketika dalam program keagamaan.

Saya masih tidak berani, misi saya sekarang untuk mendalami Islam. Ilmu saya masih tidak cukup dan tidak mahu campur aduk perkara lain dalam usaha saya kenal dengan agama sendiri.

Saya tidak memilih. Saya akan terima sesiapa sahaja jodoh yang ditentukan Allah, kalau ustaz juga tidak mengapa asalkan ustaz yang baik dan boleh membimbing saya kelak. -Kosmo
Kita doakan yang terbaik sahaja untuk anak kelahiran Birmingham, England ini, semoga mendapat jodoh yang baik-baik sesuai dengan dirinya.

Fizo Omar Pergi Umrah Sempena Ramadan

Syukurlah pelakon kacak kegilaan wanita muda mudi ramai, Fizo Omar dikhabarkan selamat menunaikan umrah di kota Suci Makkah baru-baru ini. Dia dikatakan berangkat pada minggu lalu dan sempat melampirkan sekeping gambar di laman Instagram miliknya ketika berada di lapangan terbang. Kita doakan dia kembali ke tanah suci dengan baik-baik sahaja dan menjadi pelakon yang lebih mantap gitu.

Shaheizy Sam 2 tahun lagi membujang!

Pelakon yang diminati ramai, Shaheizy Sam yang kini berusia 30 tahun telah menyatakan dalam sisipan akhbar tempatan yang dirinya akan berumahtangga atau kahwin pada usia 32 tahun. Masih ada dua tahun lagi untuk pelakon ini membujang dan menyelesaikan set kontrak lakonnnya sebelum merancang aktiviti perkahwinan agar berjalan dengan lancar.

Yang pasti umum sudah mengetahui yang Shaheizy semamangnya ada syok sikit dengan Yana Samsudin. Tapi mereka berdua enggan mengakui bercinta sebaliknya hanya sekadar berkawan rapat dalam bidang kerjaya.

gambar asal milik MiGOnline

Gamabr Shila Amzah Bertudung

Isnin, 30 Julai 2012

Shila Amzah atau lebih dikenali dengan nama Shila OIAM dikatakan sudah bertudung. Gambarnya bertudung sudah pon tersebar di internet. Wallahualam samada ini perubahan yang terus atau hanya di bulan suci Ramadan sahaja. Kita harapkan ianya berterusan. Biasalah mungkin kekasihnya, Sharnaaz yang mampu membimbing Shila untuk dijadikan bakal isteri solehah, mana tahu kan. :)

gambar forum Cari Gossip

Siti Nurhaliza hiasi Pacaindera Mingguan

Sisipan Pacaindera Utusan Malaysia semalam ada menerbitkan mengenai kisah kehidupan Datp' Siti Nurhaliza. Siapa yang beli pastinya sudah membaca artikel yang bersangkutan. Namun secara ringkasnya, sisipan itu menyatakan yang Siti pernah menjual kuih muih ketika waktu kecil remaja di bulan suci Ramadan menjelang.

Memang tidak disangka, Siti pandai membuat kuih muih. Bagi yang belum membaca lagi edisi istimewa silam Siti ini, boleh lah baca di Utusan. Baju Siti pakai nampak anggun lah, ramai peminat nak baju macam ni untuk Lebaran nanti, 'pm' inbox boleh? hehe.

Sheila Rusly komen kenyataan Abby Abadi

Sheila Rusly membidas kenyataan Abby Abadi yang mengatakan hanya akan berkarya selepas Barisan Nasional ditumbangkan kerana menurutnya, adalah tidak wajar dan perlu mengeluh dengan dugaan Allah dalam kerjaya atas perubahan yang baru sahaja dibuat.

Tambah Sheila, jika ada di kalangan artis yang baru sahaja bertudung, sukar untuk mendapat tawaran kerja kerana penghijrahan yang baru saja dibuat itu, artis tersebut harus menerima dugaan Allah dengan hati yang terbuka.

"Jangan mempertikai isu tawaran lakonan atau rezeki kerjaya merosot hanya kerana kita baru sahaja beberapa hari bertukar imej bertudung. Artis yang terbabit kena sedar niat kita berhijrah ini kerana Allah."

"Namun, percayalah takkan Allah mahu tutup rezeki jika kita berubah ke arah kebaikan? Kalau seseorang artis mengeluh mengenai nasib dan kesan daripada keputusan itu, ia seolah-olah mereka tidak ikhlas berhijrah," ujarnya.

Fasha Sandha sudah hamil?

Belum ada berita rasmi lagi yang keluar melalui empunya badan, namun desas desus ada yang menyatakan Fasha Sandha sudah kelihatan hamil. Dakwaan ini mula timbul apabila sekeping gambar Fasha Sandha dan Jejai ketika berada di Tokyo Jepun untuk sambutan hari jadi Jejai ke-36.

Gambar berkenaan yang dimuatnaik oleh Fasha melalui laman Istagram miliknya itu telah menampakkan perutnya yang agak berisi. Dan ramai komentar dalam gambar berkenaan menyatakan kegembiraan dan keriangan melihat gambar yang dikatakan Fasha hamil anak sulung. tidak tahulah ianya memang perut buncit akibat makan banyak. Hehe.

Iklan Tesco bersama-sama Wardina, Faizal, Nabil

Ahad, 29 Julai 2012

Tesco Malaysia kini sudah bergiat aktif untuk mempamerkan barangan mereka kepada anda bersempena persiapan mahu menyambut lebaran nanti. Mereka juga menampilkan ramai selebriti terkenal seperti Nabil Raja Lawak, Wardina Safiyyah, Faizal Tahir, Anis Nabilah, Ana Raffali dan Syafiq Rahim untuk menjadi ikon iklan mereka yang begitu mengasyikkan juga.

Iklan yang kurang dari 40 saat itu menunjukkan syarikat Tesco Malaysia percaya bahawa aura selebriti mampu menarik minat orang ramai untuk pergi membeli belah di Tesco, jadi tunggu apa lagi, jum serbu!

Lisa Surihani, Yusry di Majalah MediaHiburan

Sabtu, 28 Julai 2012

Pasangan suami isteri yang paling menjadi perhatian, Lisa Surihani dan Yusry memang pasangan yang dikatakan paling hangat saat ini. Hangat sebab ramai media-media tempatan mahu mengambil pasangan ini sebagai cover muka hadapan majalah mereka. Yang terbaru mereka menjadi cover untuk majalah MediaHiburan dengan berpakaian Raya yang serba cantik dan anggun.


Paling menterujakan sekali adalah, MediaHiburan sempat membuat satu rakaman sepanjang sesi photoshot untuk pembikinan muka hadapan berkenaan untuk dilihat di laman YouTube. Belum ada 10 hari berpuasa, Yusry dah pon buat ucapan Raya kat korang, antara selebriti yang terawal gitu.

Zed Zaidi dah Jadi Ayah, Dapat Anak Lelaki

Tip top dalam kesibukan menjadi seorang pemimpin selebriti, Zed Zaidi dikhabarkan oleh portal mStar yang isterinya, Natalia selamat melahirkan anak sulung mereka di Pusat Perubatan Tropicana kira-kira pukul 9.30 pagi, Jumaat. 27 Julai 2012. Melalui pembedahan isteri Zed melahirkan anak kerana berat anak berkenaan adalah mencecah 4.32 kilogram.

gambar yang didakwa forumer Cari Gossip sebagai anak Zed Zaidi

Nama anaknya diberi nama, Ryan Ziqry. Syukurlah kami juga merasa bangga, apatah lagi Ryan Ziqry dilahirkan pada hari Jumaat dan pada bulan suci Ramadan. Semoga membawa kserian di bulan ini dan di pagi Syawal nanti. :)

Neelofa Jadi Duta Produk Tilam

Jumaat, 27 Julai 2012

Tuah manusia siapa yang tahu. Neelofa memang terkenal dan diminati ramai, lakonannya menjadi perhatian apatah lagi memiliki auranya tersendiri. Dengar-dengar daripada sumber yang boleh dipercayai yang dia kini sedang beralih angin ke bidang nyanyian nak jadi penyanyi, dan kini sedang mengikuti kelas-kelas vokal untuk persediaan itu nanti. Baguslah kalau macam itu, memang suara Neelofa pon apa kurangnya, boleh jadi artis serba boleh nanti.

Dan difahamkan dia juga sering mendapat tawaran untuk beberapa produk terkenal. Dah memang sah Neelofa merupakan aset paling berharga dalam duta-duta ni, dah banyak dia jadi duta produk syarikat. Yang terbaru adalah produk untuk tilam. Selain itu juga korang boleh lihat gambar sampingan Neelofa ketika dia tengah buat shooting untuk drama 'Kau yg terindah" arahan Erma Fatimah, dan beberapa gambar yang dikatakan ada kaitan dengan iklan produk lain.

Cinta Kan Kembali - Shahir (botak secara live)

Admin ada post awal bulan lalu mengenai penyanyi kesayangan ramai, Shahir AF yang dikatakan sekejap ada sekejap menghilang. Imej botaknya menjadi kerinduan yang teramat peminatnya ketika itu apabila melihat beberapa keping gambar dia dalam pembuatan video klip lagunya. Dan kini lagu videonya itu sudah pon siap sepenuhnya dan di muatnaik kedalam laman YouTube.

Tajuk videonya adalah Cinta Kan Kembali. Video ni adalah rasnaya video real menampakkan Shahir membotakkan kepalanya dengan mesin cukur rambut. Dasyat juga ah. Dalam video ni juga memberikan mesej yang Shahir akan bangkit dan memberikan semula kecerian dalam dunia seninya. Bravo!

Artis Muslim dapat kerja bila Pakatan Menang - Abby Abadi

Abby oh Abby apa nak jadi dengan hang ni ah. Nak dikatakan berubah, rasanya semua sudah tahu yang Abby Abadi sudah bertudung, itu takpe la, tapi penglibatan dia dalam politik telah menjadikan dia lebih agresif dalam hal-hal tertentu sehinggakan ramai yang memberikan persepsi yang berbeza mengenai dirinya.

Isu yang terbaru timbul apabila Abby menyatakan pendiriannya yang cukup tegas terhadap kerajaan yang ada sekarang di laman web MalaysianInsider

Katanya 'Muslim artistes will work only after Pakatan takes power'. ditambah lagi isinya yang berbunyi,
"When you migrate the space to be creative is quite limited, those who act and dance, need film, drama and shows that are Islamic

"Artistes like us will only work in the creative industry when there is a 'field' that is in line with Islamic Syariah,"
pelbagai reaksi dilemparkan peminatnya sehinggakan menyeru Abby menjaga anak-anak lebih penting seperti mencontohi pengacara Wardina yang berjaya mendidik anak-anaknya menghafal al Quran. -Via

MURAHSAJE COLLECTIONS -Style Ur Life

MURAHSAJE Collections adalah sebuah online shop dan butik hakiki yang menjual pelbagai jenis pakaian wanita atau remaja yang trendy, menarik dan cantik. Kami sudah beroperasi hampir dua tahun dalam perniagaan secara online ini. Kami mementingkan kepuasan pelanggan dan pastinya kami ingin memberikan yang terbaik buat pelanggan-pelanggan kami.

Sesuai dengan aliran zaman, kini remaja hari ini sangat mementingkan gaya dan fesyen yang menarik. Justeru itu, kami menampilkan fesyen-fesyen yang semakin mendapat tempat di hati anak gadis sekarang tetapi masih lagi menutup aurat.

Mungkin ada yang gemar berfesyen tetapi tidak tahu bagaimana atau tidak tahu dimana tempat untuk membeli kerana kekangan masa atau kesibukan kerja. Kini anda tidak perlu risau lagi kerana kami MurahSaje Collections menyediakan pelbagai pilihan untuk anda yang pasti nya koleksi-koleksi yang hangat dan popular pada masa sekarang.

Di MurahSaje Collection segalanya terdapat di sini. Jika anda mencari baju yang trendy, yang up to date dan murah di sinilah tempatnya.

Butik kami terletak di Mydin Meru, Ipoh bersebelahan My Nasi Kandar. Bagi mereka yang tinggal jauh atau inginkan keselesaan tanpa perlu membazir masa dan tenaga untuk ke butik kami,anda boleh membeli secara online. Pasti nya lagi mudah bukan?

Keistimewaan kami, MurahSaje Collection tidak mengenakan sebarang caj untuk penghantaran. Semua penghantaran adalah percuma untuk pelanggan di Semananjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Selain itu setiap minggu kami akan update kan stok baru.

Terdapat banyak lagi pilihan dan koleksi yang menarik.Jika anda seorang yang fashionholic jangan ketinggalan dapatkan koleksi kami. Jika anda berminat dengan koleksi kami atau ada sebarang pertanyaan, anda boleh cari kami di:
Alamat Butik: Lot GB 03, Bazar Lot, Mydin Meru Mall Ipoh (Beroperasi dari jam 10pg-10mlm)
Blog: www.murah-saje.blogspot.com
Fb: Murah Saje
Fan Page: Runcit Dan Borong Di MurahSaje
Email: murahsaje@yahoo.com

Juliana Ibrahim hamil anak ke-3

Khamis, 26 Julai 2012

Siapa kenal Juliana Ibrahim? Juliana ni adalah seorang pelakon filem Gubra dan pernah berlakon dalam drama bersiri Impian Ilyana. Berita baru mengenai pelakon ini adalah dia dikatakan telah hamil anak ketiga pada bulan Ramadan ini, penuh keberkatan hamil di bulan suci ini. Sebelum itu dilaporkan yang Juliana juga mempunyai dua orang anak yang kedua-duanya perempuan, Luna Alyssa dan Alaia Zahira. Mungkin mahu menunggu kedatangan anak lelaki rasanya, Insyallah.

Johan, Nabila Huda Sah Bercinta!

Johan As'ari menjelaskan luahan hati yang dibuat dalam Twitter miliknya pada 20 Julai lalu adalah sememangnya ditujukan kepada anak Amy Search, Nabila Huda. Luahan yang mempunyai unsur-unsur cinta dan sayang itu adalah menggambarkan hubungan akrabnya dengan Nabila buat masa ini.


"Apa yang diluahkan dalam Twitter adalah gambaran perasaan saya terhadap Nabila. Kami saling menyayangi dan menghargai antara satu sama lain.

"Bagaimanapun, status hubungan ini hanyalah teman baik dan enggan menjadikannya secara formal sebagai sepasang kekasih.

"Ya, kami semakin akrab dan intim serta mengharapkan doa yang baik buat hubungan ini. Apabila sampai di tahap seterusnya, saya tidak akan segan untuk memberitahu kepada umum,"

"Berdasarkan pengalaman yang lepas, kami tidak mahu lagi melabel perhubungan ini sebagai pasangan bercinta kerana belum tentu kekasih yang dicintai itu adalah jodoh kita kelak.

"Pada saya, cinta itu satu perasaan yang maha agung di mana ia akan muncul selepas akad nikah.

"Apa-apa pun, siapa yang menjadi suami Nabila, dia adalah orang yang paling beruntung," kata Johan. -Via

Rozita Che Wan di Nona, Rita Rudaini di EH!

Dua selebriti tanah air yang tidak asing lagi, yang kedua-dua mempunyai status yang sama. Tidak perlu disoalkan masalah pribadi, yang pasti mereka tetap menjadi perhatian majalah hiburan tempatan untuk dijadikan penghias muka hadapan.

Rozita Che Wan di Majalah Nona edisi Ogos 2012 dan Rita Rudaini di Majalah EH! yang masing-masing bertemakan edisi bulan Ramadan. Mana satu pilihan anda, boleh lah dapatkan sekarang. :)

Gambar Kemalangan Zed Zaidi

Gambar kemalangan presiden Seniman, Zed Zaidi telah menjadi kecoh dan kepoh semalam. Dia dikatakan mengalami kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kereta dinaikinya remuk. Gambar menunjukkan anggota bomba mengusung Zed Zaidi ke ambulans. Ada sumber yang boleh dipercayai ianya adalah babak dari drama yang dilakonkan sahaja, bukan kejadian betul-betul yang disangka pelbagai pihak yang cuba memburukan Zed di bulan Ramadan ini semata-mata kerana tindakannya sebelum ini tidak disenangi ramai.

Gambar Lufya kembar 'Zarina An Julie' Bertudung

Rabu, 25 Julai 2012

Maaf kerana menyalah sangka semalam. Ada yang menegur admin melalui ruangan pemberitahuan semalam, yang menyatakan ini gambar Lufya buka Zarina An Julie, memang rasanya admin pada awalnya ada sahaja yang pelik. Rupa-rupanya kembar kepada pelakon kontroversi Zarina An Julie pula. Patutlah seiras tapi tak serupa. Ya tak. Hehe. :)

gambar Gossip Cari

Watie Elite Setahun tak Makan Nasi!

Pelik tapi benar berlaku, itulah yang terjadi kepada Watie Sadali (Elite) yang mengakui mual untuk makan nasi selepas hampir setahun tidak menjamah makanan asas itu kerana ingin mengekalkan bentuk tubuhnya.

Walaupun pada mulanya agak sukar untuk menyesuaikan diri tetapi lama-kelamaan dia telah menjadi biasa tidak mengambil nasi sebagai makanan utama. Dan pengambilan minuman kesihatan untuk membekalkan tenaga dan mengurangkan berat badan.

"Hampir setahun dah saya tidak makan nasi kerana ingin mengamalkan diet selepas kagum melihat kelangsingan tubuh kakak saya walaupun sudah berusia lingkungan 40-an.

"Kini saya langsung tak boleh makan nasi dan kalau nak rasa pun cuma sedikit sahaja," katanya. -Gua

Anak Jimmy Shanley kini sudah setahun

Sudah setahun Zahrah Rania Shanley anak pengacara, Jimmy Shanley ini dilahirkan ke dunia. Walaupun dibelenggu dengan masalah keluarga yang kadang-kadang merumitkan kita dengan tuduh sana tuduh sini, rupanya masih ada juga yang belum mengerti apa-apa.

Namun tanggungjawab sebagai seorang ayah dan juga pemberi nafkah masih lagi perlu ada untuk Jimmy, kerana Zahrah Rania Shanley merupakan darah dagingnya yang pertama dan pastinya Jimmy menyangi anaknya itu walaupun sudah berpisah dengan isterinya, Suhaila.

gambar Gossip Cari | MediaHiburan