Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Pernikahan Irma Hasmie, Redza

Sabtu, 30 Jun 2012

Irma Hasmie, 30 dan Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan, 31 telah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Ibrahim Othman di hadapan Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Mohd Redza Ahmad dengan sekali lafaz. Pihak perempuan menerima tiga dinar emas sebagai mas kahwin bernilai RM2,220 sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum. Tanpa membuang masa, mari kita lihat sekitar majlis yang penuh bermakna itu semalam.

-
credit MediaHiburan | mStar | GUA

Osman Kering Meninggal Dunia

Jumaat, 29 Jun 2012

Osman Kassim, 57 atau Osman Kering yang dimasukkan ke hospital 10 Jun lalu akibat jangkitan kuman pada organ dalaman, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Bandar Tun Razak hari ini.

Anak Allahyarham, Nur Aini ketika dihubungi mengesahkan berita kematian bapanya itu. Katanya, bapanya meninggal dunia pada 3.45 petang tadi.
” Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Petaling Jaya…InsyaAllah malam ini selepas Isyak,” katanya. -Via
ini pula disahkan oleh presiden Seniman, Zed Zaidi melalui Twitter..

Gambar Engku Aleesya anak Erra Fazira

Comel dan tidak terkata sungguh melihat gelagat anak Erra Fazira dan Engku Emran ni, Engku Aleesya yang berusia sudah 3 tahun. Admin pun tak tahu nak ulas apa, rasanya nak cubit-cubit (kegeraman) dengan kecomelan Engku Aleesya. Apa-apa pun jom kita lihat dan layan dulu. :)

Ella tamatkan zaman bujang 7 Julai ini

Setelah sekian lama hidup bersendirian, ratu rock negara, Ella yang berusia 46 tahun mengambil keputusan untuk menamatkan zaman solo pada 7 Julai ini.

Menurut ahli keluarga Ella, dia bakal menjadi isteri kepada seorang jejaka yang berasal dari Muar, Johor.

Difahamkan jejaka berkenaan bertugas sebagai juruterbang dan mereka bakal dinikahkan di kediaman keluarga Ella di Klang, Selangor. -Via

Gambar Dato' Siti Nurhaliza dan Norjuma

Orang cantik dan anggun memang menjadi perhatian, apatah lagi dari golongan selebriti. Penampilan dan wajah mereka sentiasa dijaga dan dikemaskini untuk memastikan peminat sentiasa berada disisi. Penampilan bersama Dato' Siti Nurhaliza dan Norjuma Habib dalam Instagram telah memberikan kecerian tidak terkata. Jika anda diberi pilihan mana satu yang menambat hati dengan Siti yang putih melepak atau Norjuma bertudung ayu?

Zizan RL, Juliana Evans pakai cincin sama?

Khamis, 28 Jun 2012

Gambar dibawah adalah gambar ketika Zizan Raja Lawak dan Juliana Evans menghadiri satu majlis yakni majlis Pra Tonton filem Mael Lambong. Yang menariknya kedua-dua selebriti ini dikatakan memakai cincin yang sama. Ini dipetik dan disahkan melalui laman blog BuahMulut yang mengambil gambar mereka berdua ketika majlis itu. Rasanya tiada apa yang perlu disembunyikan lagi, kedua-dua sah bercinta dalam diam. :)

juliana evans dan zizan

juliana evans dan zizan

juliana evans dan zizan

juliana evans dan zizan

juliana evans dan zizan

juliana evans dan zizan

juliana evans dan zizan

juliana evans dan zizan

gambar http://buahmulut.com

Memey Suhaiza Hamil 6 Minggu

Wah tahniah lah kepada Memey Suhaiza kerana disahkan hamil melalui laman hiburan MediaHiburan (MH). Mengikut laman berkenaan, kandungan Mimie Suhaiza berusia nak masuk 2 bulan (6 minggu) dan dia berasa sebak serta sedih apabila mendapat tahu yang dia disahkan hamil setelah pemeriksaan ujian doktor di klinik swasta. Perasaan itu juga dikongsi bersama oleh suami tercinta, Norman Hakim yang sama-sama menemani Memey.

Memey juga menyatakan yang dia sejak kebelakangan ini suka makan asam dengan kuantiti yang banyak, mungkin itu lah petanda nak hamil. Dijangkakan bulan Febuari 2013 Memey akan selamat bersalin anak sulung mereka berdua itu. Tahniah diucapkan.

Kak Pah Daftar Pemilih, Mengundi Pertama Kali

Terkejut juga mendapat tahu yang penyanyi Datuk Sharifah Aini atau Kak Pah semalam dikhabarkan melalui TV3 dan juga Utusan dengan pertama kali telah pergi mendaftar sebagai pemilih untuk pilihanraya yang dijadualkan pada tahun ini. Kak Pah tidak keseorangan, dia ditemani oleh 50 orang peminat yang sama-sama mengikut jejak langkahnya.

Bukan ini menjadi isu hangat disini tapi Kak Pah sudah menjangkau usia 60 tahun tidak pergi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. Mungkin ramai yang merasakan tindakan Kak Pah sudah terlewat, namun ianya adalah kesedaran yang patut dicontohi oleh semua lapisan masyarakat. Tanggungjawab yang dipikul dengan hanya satu undi, bakal menentukan hala tuju nasib negara. Syabas Kak Pah!

sisipan Utusan Online

Yuna dalam carta 25 selebriti asing terkenal di US

Rabu, 27 Jun 2012

Terbaca dalam laman http://ohnotheydidnt.livejournal.com/ yang menyatakan radio di Amerika menyenaraikan 'the 25 Sexiest International Singers (Complex Thinks) You've Never Heard Of' dengan pelbagai selebriti yang diminati di sana seperti Carly Rae Jepsen, Rihanna dan lain-lain dibawah umur 25 tahun. Yang paling membanggakan adalah Yuna diantara mereka dalam senarai itu. Yuna yang ke-5 mengungguli sebagai anak Melayu yang berbakat diantara wanita-wanita timur dan barat. Syabas!

Neelofa cium siapa tu?

Siapa yang dicium oleh Neelofa dalam gambar dibawah ni. Agak keberatan juga bila kita melihatnya, apatah lagi Neelofa mencium seorang gadis. Pastinya ramai peminat Neelofa bertanya-tanya siapa kah gadis bertuah yang dicium oleh Neelofa ni. Sebenarnya gadis ni, nama dia Athisha, adik kandung kepada Neelofa. Neelofa memberikan ciuman pada pipinya sempena harijadi Athisha yang ke berapa ntah admin pon tak berapa nak pasti. Yang pasti korang semua pasti berasa lega kan. Haha.

Sasha Elite Mahu Bercerai Lagi?

Terkejut membaca sisipan online mStar semalam yang menyatakan Sasha Elite atau Sasha Saidin datang ke mahkamah Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur untuk mengambil borang perceraian untuk membicarakan soal pribadi dengan suaminya (yang ke-2 setelah berpisah dengan Jason pada 2007), Salyo Priyanto. Sasha dan Salyo berkahwin pada 2007 dan dikurniakan seorang anak, Adam Aryasenna Notosoemarsono.

"Saya hadir ke sini bagi menyelesaikan hal peribadi. Selebihnya, saya enggan komen lebih lanjut. Diharap anda (pihak media) faham dengan permintaan saya. Ia sangat peribadi untuk dijelaskan," katanya. -mStar

Gambar Heliza Helmi, Diana Amir, Irma Hasmi Umrah

Selasa, 26 Jun 2012

Pastinya yang ini korang tunggu-tunggu dan nanti-nantikan. Penglibatan tiga selebriti menunaikan umrah iaitu Heliza Helmi, Irma Hasmie dan Diana Amir. Ketiga-tiga selebriti ini menunaikan umrah di kota Makkah baru-baru ini temani juga keluarga dan sahabat terdekat. Jom kita lihat umrah mereka, kalau nak tengok gambar lain, boleh lah pergi ke Facebook Heliza Helmi.