Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Azwan Ali terima ancaman bunuh

Khamis, 31 Mei 2012

Ancaman bunuh atau apa-apa yang bakal menganggu ketenteraman hidup kita daripada anasir luar adalah amat serius dan patut diambil tindakan. Kadang-kadang penyalahan ancaman ini sudah pon digunapakai dalam laman sosial mahupun SMS. Yang pasti pelaku kepada kejahatan tidak bermoral ini patut ditangkap dan disumbat dalam kandang kambing. Hehe. Mari kita lihat detik-detik mainan ini yang berlaku kepada pengacara, Azwan Ali dalam laman sosial Twitter miliknya, sehinggakan pelaku menutup akaun miliknya, takut dengan ancaman yang dibuat sendiri. Haha.

Kembar Amy Search, Amy Tawau

Kembar artis ada sahaja mana-mana, tidak tahu jika mereka kebetulan kembar tak seiras atau membodifikasikan diri mereka kepada artis pujaan mereka. Mari kita lihat kembar artis ternama seperti Amy Search. Kembar Amy ditemui baru-baru ini apabila Amy datang ke Tawau, Sabah. Nama kembar dia ni, Padzushah Damodaran. Dan Padzushah ni juga mempunyai gelaran Amy Tawau. Sama ke tak, rasanya Amy patut berbangga memiliki kembarnya. huhu

Gambar kenduri dan tahlil anak Mawi, Ekin

Baru-baru ini Asmawi Ani, telah mengadakan satu majlis kenduri doa selamat dan tahlil ringkas di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi, Selango, buat puteri tercinta, Cahaya Malaika berlangsung lancar. Puteri sulung milik pasangan Mawi dan isterinya, Ekin itu kini sudah memasuki usia tiga bulan selepas selamat dilahirkan pada tanggal 28 Februari lalu. -gambar Kosmo

Amy Search Sertai parti UMNO

Rabu, 30 Mei 2012

Amy tidak peduli dengan kritikan mana-mana pihak termasuklah parti pembangkang berhubung keputusannya menyertai Umno pada Selasa semalam. Amy menganggap tindakan menyertai UMNO adalah keputusan terbaik dan tepat pada waktunya di saat kecelaruan dan perselisihan faham di kalangan rakyat semakin merebak.

Artis lain yang turut menyertai parti tersebut dan menyerahkan borang keahlian adalah vokalis kumpulan May iaitu Mustaffa Din (Mus) dan Ibnor Riza Ibrahim.

Tambah Amy, dia sudah lama mempertimbangkan untuk menyertai Umno kerana Allahyarham bapanya sering mengingatkan mengenai perjuangan parti itu dalam memartabatkan bangsa dan memajukan tanah air sejak 66 tahun yang lalu. Baca lagi..

Tomok jadi bapa, dapat anak lelaki

Tahniah kepada Tomok kerana sah bergelar bapa apabila isterinya, Ayu selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Berita gembira ini telah diumumkan menerusi laman sosial twitter miliknya. Ayu atau nama sebenarnya, Siti Rahayu Abbas telah selamat melahirkan bayi lelaki itu sekitar jam 6.30 petang baru-baru ini dengan berat 3.33 kg.

Gambar Photographer Zander, anak Harith

Selasa, 29 Mei 2012

Gambar anak selebriti memang satu gambar yang kadang kala lebih menarik daripada gambar seksi-seksi selebriti. Ini lebih terbukti kebanyakkan yang suka anak atau baby dari kalangan selebriti adalah wanita, berbanding lelaki yang suka kepada seksi selebriti. Dan gambar dibawah ini bukan gambar seksi, tapi gambar photographer keluarga Harith Iskander dan Dr. Jezamine untuk anak mereka yang mereka sayangi, Zander yang begitu cute dan comel. -gambar Via

Wardina report polis diganggu panggilan lucah!

Wardina Saffiyah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati, Hulu Klang selepas diganggu dengan panggilan lucah daripada seorang lelaki bernama Arif. Lelaki itu membuat panggilan sebanyak dua kali kepada Wardina sambil mendakwa dia merupakan kakitangan sebuah stesen penyiaran dan mahu menemubualnya.
“Saya tidak menjawab panggilan telefon yang pertama. Pada pukul 9.15 pagi, lelaki itu menghubungi saya sekali lagi tetapi apabila saya tanya dia dari stesen mana, dia kata tidak boleh beritahu.

“Selepas itu dia mula mengeluarkan perkataan-perkataan yang saya sendiri malu untuk sebut.

“Saya tidak faham kenapa ada orang yang sanggup melakukan perkara seperti itu,” -Kosmo

Diana Danielle bertudung di Majalah EH

Jarang kita dapat melihat selebriti muda jelita, Diana Danielle ni bertudung kan, sekali sekala dapat lihat ok juga sebelum ni pernah bertudung, tapi kat drama, tapi yang ni pun sayangnya Diana bertudung kat Majalah EH! edisi terbaru, kiranya bertudung berbayar lah juga ni, aish, harap-harap Diana dapat bertudung penuh lepas ni ye, tanpa berbayar dan ikhlas di hati. :)

Zed Zaidi jadi Presiden Seniman 2012/2013

Isnin, 28 Mei 2012

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Zed Zaidi kerana dipilih sebagai presiden baru Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bagi penggal 2012/2013. Zed memperoleh 152 undian memang berbanding Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, 9 undi dan Zulkifli Ismail, 8 undi.

Zed dipilih sebagai Presiden Seniman yang baru pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-14 yang berlangsung di Kompleks Finas, Hulu Klang. Bekas Presiden Seniman penggal 2010/2011, Harun Salim Bachik tidak mempertahankan jawatannya pada penggal ini. -Via

Lakonan Shaheizy Sam memang menghiburkan, setuju?

Lakonan Shaheizy Sam memang menyeronokkan dan mengasyikkan betul, tak dinafikan lakonannya membuatkan panggung gelak besar terutama filem Nongkrong yang ditayangkan baru-baru ini, yang jelas admin pon sangat meminati Sam. Pon begitu aksi Sam dalam komedi diteruskan dengan filem romantik. Aku Ada Kau Ada gandingan dengan Yana Samsuddin. Tidak berhenti disitu sahaja, Sam juga melakonkan filem aksi Adnan Sempit 3 yang rata-rata mengalami satu evolusi dengan penukaran motor biasa kepada superbike. Jom tengok triller pembuatan Adnan Sempit 3 dibawah ini. :)

Dafi mahu kekasih dari Indonesia

Dafi teringin memiliki seorang kekasih warga Indonesia sejak menetap di Indonesia pada Januari lalu. keinginannya itu mula timbul sejak melihat ramai gadis-gadis di negara tersebut mempunyai raut wajah yang cantik.

"Jujur saya katakan, kecantikan wajah mereka membuatkan saya teringin mempunyai seorang kekasih di sana.

"Bagaimanapun, kenyataan ini bukan mahu mengatakan yang orang Malaysia tidak cantik, harap peminat-peminat tidak salah faham atau berkecil hati ya," katanya.
Dafi juga ingin merasakan pengertian hubungan cinta jarak jauh apabila dia pula ke tanah air nanti.Enggan terlalu memikirkan soal pilihan cinta, Dafi meneruskan target utamanya yang ingin mengembangkan kerjaya di negara seberang itu. -Via

Selebriti di Sambutan Hari Ibu Rafflesia

Ahad, 27 Mei 2012

Sebelum ni ada menampakkan Gambar Memey Suhaiza bersama ibunya di satu majlis besar iaitu Majlis Makan Malam Rafflesia yang diadakan di Restoran Makan-Makan di Hotel Royal KL. Kali ni, korang dapat lihat selebriti lain bersama dengan ibu-ibu mereka meraikan hari berkenaan. Enjoyed it. -gambar VIA

Gambar Memey Suhaiza dengan ibunya

Sabtu, 26 Mei 2012

Gambar di bawah adalah gambar dimana Memey Suhaiza bersama ibunya di satu majlis besar iaitu Majlis Makan Malam Rafflesia yang diadakan di Restoran Makan-Makan di Hotel Royal Kuala Lumpur pada 23 Mei lalu. Ramai lagi selebriti yang hadir bersama ibu mereka. Tapi yang pastinya korang pasti rindu dengan Memey kan.

-Gambar Budiey.com

Lisa Surihani naik 5 Kilogram

Setelah 3 bulan mendirikan rumahtangga bersama Yusry, Lisa Surihani akui berat badannya naik sehingga 5 kilogram. Lisa akui gembira kerana berat badannya kini adalah normal dengan ketinggiannya.

"Dulu berat badan saya hanya 46 kilogram tetapi kini sejak berkahwin berat saya naik sehingga 50 kilogram.

"Saya memang suka makan, tetapi semasa bujang tidaklah mudah untuk berat badan naik sehingga begini.

"Orang kata mungkin hormon dan kadar metabolisma saya sudah berubah selepas kahwin. Itu yang jadi begini.

"Namun saya tetap bahagia dengan berat badan saya kini kerana ia adalah berat badan yang normal untuk ketinggian saya,"-Via

Bila Selebriti Komen Isu Politik

Jumaat, 25 Mei 2012

Admin sebenarnya malas nak sebut soal politik dalam arena selebriti ni, tapi kadang-kadang ada juga selebriti yang mahu berpolitik dan kadang-kadang ada juga yang tak mahu ambil tahu soal politik. Namun ini diantara beberapa selebriti yang mengulas melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter mengenai politik yang berlaku di sekitar mereka. Cuma untuk kita nilai, siapa benar siapa salah. Tepuk dada tanya selera la ek. Have a nice day.

gambar Cari

Azrinaz Mazhar Hakim Muncul di TV

Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar membuat kemunculan kepada umum buat pertama kalinya dalam program On Air selepas berpisah sebagai isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah (20 Ogos 2005-16 Jun 2010). Azrinaz ditugaskan untuk mengajar beberapa teknik mengenai tugasan ‘stand upper'. Azrinaz juga turut tampil pada episod penyingkiran bersama peneraju utama On Air, Aznil Nawawi bersama Datin Seri Normala Samsudin.

On Air akan keudara setiap Rabu hingga Ahad, pukul 10 malam di Astro Ria. Seramai 20 peserta yang digelar sebagai perantis akan berentap bagi merebut gelaran juara sebelum dipilih bagi mengikat kontrak sebagai Artis Residen Astro. -Via

Keajaiban Pada 27 MEI 2012


Kini Rahsia Keajaiban Rezeki Para Ulama Silam Dan Guru-Guru Pondok Akan Dibongkarkan!

Rezeki datang melimpah, kerjaya meningkat, bisnes untuk berlipat ganda, semua orang menjadi kasih, memiliki ilmu tembus pandang, terbuka pelbagai peluang dan banyak lagi. Teruskan membaca!..
MENGUBAH HIDUP DALAM 41 HARI
Program Lengkap, BUKAN Preview/Asas

Adakah anda pernah menghadiri seminar potensi diri, motivasi kekayaan, reiki, kuasa minda dan sebagainya?. Namun tiada kesan langsung terhadap diri anda. Baiklah, anda boleh baca terus hingga ke bawah laman web ini. Jangan tinggalkan satu ayat pun kerana akan akan menemui satu rahsia yang bakal mengubah hidup anda selamanya.

Bengkel ini bertujuan untuk membantu orang ramai yang menghadapi masalah kewangan, rumah tangga, persahabatan, perniagaan, kerjaya dan sebagainya. Kami tidak langsung mengajar anda teori minda semata-mata. Segala ilmu yang akan diijazahkan nanti adalah terbukti keberkesannaya dan 100% menggunakan kaedah kerohanian yang TIDAK melibatkan unsur-unsur jahat dan syirik seperti jin, syaitan, khadam dan sebagainya seta TIDAK melibatkan juga unsur-unsur kuasa minda, reiki, tendai dan sebagainya. Memperkenalkan kepada anda...

Bengkel MENGUASAI KEAJAIBAN FREKUENSI ASMA ILAHI
(Kerezekian, Energi, Pancaindera Ke-6,Kewibawaan)

Antara Modul Ilmu Yang Dikongsikan Ialah;
- BIO MAGNETIC MONEY
Akan didedahkan satu amalan di mana, tangan anda akan menjadi magnet wang apabila ia diaktifkan. Dengan satu jabat tangan, satu salam anda sudah mampu untuk close case sekiranya anda menjual produk/insuran, mendapatkan wang atau sebagainya. Amalan ini sangat mujarab, anda boleh gunakan di waktu yang sangat terdesak untuk mendapatkan wang dari sesiapapun. DILARANG MENGGUNAKAN UNTUK TUJUAN JAHAT

- GETARAN FREKUENSI ILAHI (Energi)
Setelah anda melakukan Pengkatifan Daya Ghaib, dengan Tafakur Frekuensi Ilahi anda boleh melakukan pengesanan bagi mengetahui Ilmu seseorang, energi seseorang , energi rumah, mengambil frekuensi tempat-tempat yang mempunyai energi yang kuat, frekuensi kosmik, frekuensi seseorang dan lain-lain untuk keperluan sehari-hari dengan menggunakan kaedah GETARAN FREKUENSI ILAHI.

Hasil dari latihan yang anda lakukan secara istiqamah maka frekuensi yang ada dalam diri anda dapat melakukan pengesanan sehingga mencapai kebenaran 99% dan penarikan frekuensi hampir 100%. InsyaAllah

ILMU PANDANG TEMBUS (Pancaindera Ke-6)
Dengan menggunakan 3 zikir asmaul husna, dan setelah akrif maka anda boleh mengesan orang hilang, mengesan barang hilang, melihat seseorang atau benda yang jauh dengan mata batin, mengetahu perkara-perkara yang telah lalu dan perkara yang tidak diketahui, serta anda akan mendapat mengetahui rahsia-rahsia yang tidak diketahui orang lain. Amalan ini 100% menggunakan Asmaul Husna, dijamin!.

PENGASIHAN (Kewibawaan)
Daya Pengasihan adalah amat penting sekali bagi yang membuat bisnes atau sering berhubung dengan orang ramai atau juga untuk meraih simpati, kasih sayang dan kewibawaan dan lain-lain. Amalan yang akan diperturunkan adalah amat ampuh(berkesan), jadi tidak dibenarkan anda menggunakannya secara salah. Anda akan diajar cara untuk membuat minyak dan air pengasih dari ayat Quran yang tujuannya hanya untuk kebaikan

- Pengaktifan daya ghaib Asmaul Husna
- Meditasi Cenderawasih (sangat bagus!)
- Amalan kod 99 Asmaul Husna

LATIHAN TAFAKUR ISMU ZAT
AMALAN JALBUR REZEKI 1 (ilmu secara lisan)
AMALAN JALBUR REZEKI 2 (ilmu secara lisan)

TARIKH: 27-MEI-2012
MASA: 8.00pg - 12.00tgh hari
LOKASI: Diamond Square, Jalan Gombak, K.Lumpur

AMALAN 100% TERBUKTI BERKESAN

YURAN HANYA RM150 SEORANG

Peluang yang bakal mengubah hidup anda selamanya.

KLIK SINI SERTA MERTA!!

Irma Hasmie Selesa Bertudung

Di hari Jumaat yang mulia ini, marilah kita sekali sekala bermuhasabahkan diri ek. Jangnalah dok asyik mengadap laptop dengan benda-benda tak berfaedah. Ni mari kita renung kalimah/komen Irma Hasmie ketika dia bertudung/berhijab. Memang suatu ayat yang kadang kala menyentuh hati dan perasaan, semoga ramai lah selebriti yang mengikuti jejak Irma untuk lebih baik di masa akan datang.

Yuna Guna Galaxy Note buat video klip

Khamis, 24 Mei 2012

Kisah sadis akibat kecurian gitar dan pecah masuk kereta Yuna yang berlaku baru-baru ini, tidak melunturkan semangatnya untuk lebih berjaya. Malah yang pasti, dikatakan sudah 3 bulan berkerja keras, maka terciptalah lagu yang bertajuk Sparkle. Dengan lagu ini, Yuna telah pun membuat satu sesi prebiu dan pelancaran video kepada lagu berkenaan. Paling masyuk, video lagu itu adalah hasil rakamanan melalui tablet canggih, Samsung Galaxy Note. Nantikan edisi fullnya nanti kat Youtube..

Gambar Budiey.com

Ady, Zuhaidah tak jadi cerai, buat sidang media

Ady Putra hadir bersama isterinya, Zuhaidah Yusof di mahkamah syariah persekutuan pada 11 Mei lalu, bagi menghantar borang penarikan balik kes tersebut selepas 10 hari permohonan tersebut difailkan. Baru-baru ini, Ady dan isteri telah tampil mengadakan satu sidang akhbar di Hotel Park Royal.

“Kami buka fail secara baik, jadi kami tutup kes ini juga secara baik

“Saya bersyukur orang menuduh saya ‘main-main’ kerana saya yang dapat pahala. Bagi saya, apa yang berlaku adalah masalah rumahtangga kami. Saya buat perkara yang benar, jadi jika kena bertubi-tubi, saya diam saja kerana saya tak boleh nak menghentikan andaian serta spekulasi orang

“Mungkin ramai yang nak tanya sama ada jadi atau tidak kami bercerai. Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya dan isteri telah menutup fail penceraian itu di mana persefahaman yang telah bergolak selama ini sudah kembali pulih. Saya terbuka untuk berkongsi kepada semua tapi tentang aib itu, maaf saya tidak dapat cerita sebab ini melibatkan masalah dalam rumahtangga.

“Tujuan saya dan isteri mengadakan sidang media ini juga adalah untuk meleraikan serta menjelaskan tentang spekulasi dan andaian ramai pihak yang kononnya saya dah bercerai, ada orang ketiga serta punca bercerai kerana isu kami tidak ada anak. Bagi saya, semuanya tidak ada kena-mengena dengan masalah yang timbul antara kami.

“Ada juga orang kata punca perkara ini berlaku kerana populariti saya yang meningkat sekarang. Bagi saya, perkara ini kelakar. Kalau nak kata saya popular, saya tak pernah menang apa-apa anugerah lagi. Saya tetap orang yang sama. Bagi saya ini bukan sebab populariti tapi memang urusan dalam rumahtangga kami.” -GUA