Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Video Pernikahan Fasha Sandha, Jejai

Isnin, 30 April 2012

Siapa yang masih tidak dan belum lagi melihat gambar perkahwinan Fasha Sandha, anda boleh pergi sahaja ke post ini, izyan.com/2012/04/gambar-perkahwinan-fasha-sandha-jejai.html pada 27 April yang lalu. Dan yang ini adalah video yang sempat dirakam oleh portal HarianMetro untuk melihat ulasan dan juga gelagat kedua-dua pengantin yang bahagia ini, serta beberapa orang selebriti yang turut hadir bersama. :)

Zizan Raja Lawak terlantar di Hospital

Lihat rancangan SuperSpontan pada hari Jumaat lalu, ternyata, Zizanyang menganggotai kumpulan Angsa Ganas sedikit menampakkan kurang bermaya aka bertenaga dan kelihatan letih sangat. Mungkin disebabkan itulah Zizan terpaksa terlantang di hospital berhampiran. Khabarnya dia terkena penyakit yang tak dikenal pasti secara rasmi. Apa-apa pun kita doakan agar Zizan sembuh seperti sediakala. :)

gambar OhMedia

Linda Jasmine selamat melahirkan anak perempuan

Linda Jasmine telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.8 kilogram pada 1.28 petang baru-baru ini. Bayi yang diberi nama Tengku Cleopatra Haidar telah dilahirkan secara pembedahan di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur.

Memang sengaja Linda melahirkan Cleo pada tarikh 26 April kerana kedua-dua anaknya yang lain turut dilahirkan pada haribulan yang sama. Anak pertama dari perkahwinan Linda yang terdahulu, Qalif Khan, 12, dilahirkan pada 26 Januari 2000 manakala anak kedua Linda bersama Que Haidar, Tengku Ratu Haidar, 2, pula dilahirkan pada 26 Oktober 2009.

Sehingga kini masih belum lagi kelihatan Linda berkongsi gambar bayi baru mereka.

Gamba Seksi Stacy, Wow!

Ahad, 29 April 2012

Sekali tengok gambar Stacy ni, tak tahu bile punya tahun kena amik, berderau darah mengalir dari hidung, seksi juga Stacy ni kan. Pakai seluar jeans yang singkat sangat. Menampakan pahanya yang putih dan debu tu. Adui. Takpe la, fesyen Stacy kan, nasiblah dia non-muslim, kalau muslim, dah ramai orang akan hentam dia kan. Hehe.

gambar mygosip.com

Gambar Perkahwinan Fasha Sandha, Jejai

Sabtu, 28 April 2012

Fasha Sandha sah bergelar isteri kepada usahawan Rizal Ashram Ramli, (Jejai) di Hotel Crowne Plaza Mutiara Kuala Lumpur, malam Jumaat.

Majlis itu dihadiri kira-kira 250 tetamu yang terdiri daripada bapa Jejai iaitu bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib, ibu Fasha, Hatijah Tehman dan bapa tirinya, Mohd Faisal, kaum keluarga, teman-teman rapat, rakan artis dan wakil media.

Fasha menerima mas kahwin sebanyak RM8888.88 tetapi enggan mendedahkan jumlah wang hantaran kepada umum. Fasha menerima tujuh dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang berupa beg tangan berjenama Louis Vuitton, senaskhah Al-Quran dan sejadah, sebentuk cincin, coklat, Samsung Galaxy Note, mas kahwin dan tepak sireh.

Sebagai balasan, Jejai pula menerima sembilan dulang hantaran iaitu sejadah, tepak sireh, sepasang kasut Salvatore Ferragamo, tali leher dan tali pinggang Louis Vuitton, sebuah buku motivasi, set penjagaan lelaki Dolce & Gabbana, coklat dan sebentuk cincin daripada pengantin perempuan.

gambar Bharian | GUA | mStar

Majlis Berinai Kecil Fasha Sandha

Pekahwinan Fasha Sandha yaang telah dinyatakan sebelum ini pada 27 April, semalam telah pun kemungkinan telah selamat dijalankan, namun admin belum dapat informasi sahih lagi, jadi kita tunggu esoklah ye. Sekarang kita enjoy dulu lihat majlis berinai Fasha ni dulu. Pastikan anda bersama kami untuk melihat gambar perkahwinan Fasha Sandha.

gambar We Love Fasha Sandha

Hattan kini bergelar Datuk

Seramai 152 orang termasuk penyanyi 'Hattan' semalam menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, yang ke-81 bagi 2011.

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenaan menyampaikan darjah berkenaan kepada semua penerima yang berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan. -Bernama

Aaron Aziz hiasi majalah By'U

Jumaat, 27 April 2012

Ha bagi peminat Aaron Aziz ini lah masanya untuk korang menambah koleksi gambar sediada aktor ini dengan membeli majalah By'U keluaran Mei 2012. Banyak kisah yang dikongsikan oleh Aaron dalam majalah ini, jadi tunggu apa lagi, lepas kerja/belajar hari ni, pastikan pergi membelinya. :)

Penyanyi Haiza, Hamil setelah 5 tahun kahwin

Selepas 5 tahun berkahwin dengan Norhanapfe Omar pada 24 Ogos 2007, penyanyi Dag Dig Dug, Haiza amat bersyukur kerana disahkan mengandung yang mana usia kandungannya sudah mencecah empat bulan. Haiza tidak mengalami sebarang alahan atau gangguan terhadap kandungannya selepas disahkan hamil.

“Alhamdulillah, setakat ini saya tidak menghadapi sebarang gangguan atau alahan yang serius. Boleh dikatakan, semuanya berjalan dengan lancar dan baik.

“Malah, saya sendiri pun berasa pelik apabila berbadan dua kerana pergerakan dan kesihatan saya berada pada tahap baik dan langsung tidak terjejas,” katanya. -Via

Gambar Zarina An Julie bercium

Zarina An Julie ni baru baru-baru ni dah selesai dah pergaduhannya dengan Lufya yang dikatakan berlangsung melalui peperangan Twitter. Tapi baru-baru ni, portal Murai telah dikejutkan dengan kehadiran sekeping gambar yang dikatakan Zarina telah di cium oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Namun kata portal itu lagi, Zarina gagal dihubungi berulang kali untuk penjelasan mengenai gambar berkenaan.

foto dikatakan milik Zarina

Gambar Wawa Zainal sbg duta Lipice

Khamis, 26 April 2012

Syarikat terkenal gincu wanita, Lipice, telah melantik pelakon berlesung pipit ayu, Wawa Zainal untuk menjadi duta produk terbaru keluaran syarikat berkenaan. Wawa yang sesemangnya masih baru dalam dunia seni, sudah pun diberikan kepercayaan dan rezeki yang tidak disangka-sangka. Satu permulaan yang baik. :)

gambar MiG Online

Nora tak dapat kad jemputan, nekad tunaikan umrah!

Nora Danish mengesahkan yang beliau tidak akan hadir ke majlis perkahwinan bekas suaminya, Jejai dengan Fasha Sandha yang bakal berlangsung pada 27 April esok. Selain tidak menerima kad jemputan, beliau juga memberitahu tidak akan berada di tanah air ketika hari majlis perkahwinan tersebut berlangsung.

"Nora tak dapat kad jemputan, tapi mungkin kerana mereka tahu Nora nak pergi ke umrah agaknya. Nora akan berangkat ke Mekah pada pagi Jumaat ini dan bakal berada di sana selama 13 hari,"

"Bagi Nora, tak ada isu pun mereka tak menjemput Nora. Malah, Nora rasa lebih baik Nora tak ke majlis itu pun sebab nanti jika Nora pergi, takut akan jadi bahan cerita dan tajuk lain pula. Bagi Nora, biarlah mereka menikmati keindahan majlis itu bersama.". ujar Nora. -baca lagi..

Zizan, Aaron pamer kereta sport masing-masing!

Gambar dibawah ni adalah dua individu yang cukup terkenal bahkan nama mereka sudah digandingkan dalam satu filem yang penuh aksi dan sadis, siapa lagi, Zizan Raja Lawak dan Aaron Aziz la. Kali ni mereka digandingkan untuk bersama-sama mempamerkan/menunjukkan kereta sport mereka masing-masing, yang rata-rata harga ratusan ribu ringgit terutama kereta Aaron Aziz, Nissan Skyline GTR R-35 dan Zizan, Mitsubishi Evo 10.

Gambar Kekasih baru Shahrizal?

Rabu, 25 April 2012

Pelakon kacak, Shahrizal kini sudah kantoi dengan gambar misteri yang sudah tersebar di blog-blog hiburan, gambar yang dikatakan misteri itu adalah gambar dia dengan seorang awek yang tidak dikenali, namun melihat daripada gambar itu, cukup mesra dan rapat, Shahrizal pergi main badminton pun dia juga turut datang.

gambar BeautifulNara

Jimmy Shanley ambil MBA di UiTM

Kisah rumahtangga Jimmy Shanley dengan isterinya, Nursuhaila Eliani memang mendapat perhatian ramai, tapi kali ini admin tak nak usik episod rumahtangga itu, sebab nak memberitahu ada sumber sahih yang mengatakan yang juga pekerja bahagian Fakulti Perniagaan di UiTM Shah Alam, yang Jimmy telah mengambil Master (MBA). Baguslah kalau macam tu, nak juga kita lihat artis-artis kita ni mempunyai pendidikan yang tinggi. :)

bersama anak sulung yang nak masuk usia 1 tahun

Gambar Diana Danielle Bertudung

Comel dan anggunnya melihat Diana Danielle bertudung kat gambar dibawah ni kan. Tapi bukanlah Diana Danielle pakai tudung sepenuhnya, ini cuma lakonan dia untuk telemovie Sentuhan Isabella, akan datang di RTM1. Nak tahu pasal apa korang tunggu dan lihat sahaja la, mungkin jadi cikgu kot. Hehe

Mamat Sepah masih disayangi Fida, ada peluang ke-2?

Selasa, 24 April 2012

Kisah percintaan Mamat Sepah dengan Fida memang ramai yang sudah tahu, dan kisah mereka disebabkan sekeping gambar yang dikatakan cukup sensitif lalu kegagalan Mamat untuk memegang amanah itu. Sudah 7 bulan berlalu, Fida kini tampil dan memberikan luahan isi hatinya kepada korang semua yang dia masih sayangkan Mamat lagi dan membuka lembaran baru dengan membuang yang keruh ambil yang jernih, tapi sebagai kawan biasa jerk la. Ini adalah petikan dialog Fida dari laman hiburan GUA.

“Selepas dipertemukan semula dalam program Apa Saja FBI, hubungan kami berdua kembali baik seperti dahulu. Fida mengaku baik dengan dia tapi tidak tahu sejauh mana perhubungan kami. Apa-apapun, Fida akui sayang Mamat sebagai kawan dan sudah memaafkan perbuatannya yang lepas,”

“Tidak dinafikan Mamat masih mahu mencuba lagi untuk memperbaiki hubungan kami. Dia ada datang ke rumah dan kami juga ada keluar bersama. Malah, jika hendak diikutkan, Mamat nak pergi lagi serius dalam perhubungan kami. Dia juga nekad nak serius terus selepas ini dan sudah ada kata-kata serius dari dia.

“Namun, tidak dinafikan, ramai juga yang bantah hubungan Fida dengan Mamat. Keluarga tidak masuk campur dan hanya memberi nasihat. Bagi Fida, jika ada jodoh antara kami, adalah. Apa-apapun, Fida serahkan jodoh semuanya kepada Tuhan. Bagi yang selalu cakap tak elok tentang Mamat, Fida rasa tak perlulah sebab itu buat Fida lagi kesian dengan dia dan sebagai seorang kawan, Fida rasa Fida kena bersama dengan dia di saat dia susah.”

Gambar Zizan Raja Lawak dengan Siti Saleha

Gambar di bawah bukan lah gambar suka ria Zizan Raja Lawak dan Siti Saleha bergambar di tengah jalan raya di hujung minggu, tapi gambar ketika mereka dalam set lakonan untuk filem KL Zombie yang akan dalam proses pembuatan. Dan dijangkan filem ini akan ditayangkan pada tahun 2013, adakah filem ini bakal menandingi filem Zombie Kampung Pisang? kita nantikan bersama-sama selepas ini.

gambar RotiKaya

Diana Amir dalam Majalah Hijabista

Tak perlu diperkatakan lagi, memang Diana Amir seorang yang kini bertudung dan menutupi bahagian atas. Walaupun dia berbuat demikian namun bukan maknanya dia dipinggirkan, rezeki dia juga melimpah ruah. Majalah terkenal dalam dunia tudung di Malaysia, majalah Hijabista telah menjemput Diana untuk menjadi penghias muka hadapan majalah berkenaan. Memang nampak cantik dan anggun menawan.

Anak Sheikh Muszaphar, diajar berenang

Isnin, 23 April 2012

Anak Sheikh Muszaphar Shukor dan Halina, Sophea Isabella yang lahir pada bulan Julai 2011 yang lalu kini dah makin besar, dah 10 bulan dah usianya. Anaknya kini dah diajar berenang atau menyelam, skuba la katakan. Kalau tengok gambar dibawah, pasti korang akan terkejut juga melihat anak didik untuk berenang awal. Ala biasalah, papa dan mama kan sayang Sophea. Ala tomei2.

gambar Facebook Dr. Sheikh Muszaphar