Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Shaheizy Sam mahu jadi penyanyi

Sabtu, 31 Mac 2012

Shaheizy Sam yang membintangi Adnan Sempit 2 yang berjaya mencapai kutipan RM berjuta-juta baru-baru ini, telah menyatakan hasratnya untuk beralih kepada bidang nyanyian pula. Nak dijadikan artis serba boleh seperti Awie, Erra Fazira, Ziana Zain dan lain-lain. Kalau tak silap Sam ni dulu memang kumpulan nyanyian, M.O.B..

Bakat Sam ini telah dicungkul kembali apabila filem terbarunya berjudul "Aku Ada Kau Ada" memerlukan dirinya untuk menyanyikan lagu tema filem tersebut. Malahan lagu yang sudah dimainkan di corong-corong radio turut menerima sambutan baik daripada peminat sehingga berjaya memasuki carta program "Muzik-Muzik".

"Kalau diikutkan, minat saya sejak dari kecil adalah untuk bergelar sebagai penyanyi. Namun apabila sudah dewasa, tawaran berlakon muncul dan menyanyi pula tiada. Oleh itu saya pendamkan sahaja niat ini. Namun sekiranya ada yang meminta saya untuk menyanyi secara serius, rasanya tidak mungkin. Saya tak mampu untuk menandingi penyanyi yang ada di Malaysia kerana majoritinya ramai yang hebat," ujar Sam

Sambutan Harijadi ke-28 Fasha Sandha

Baru-baru ni, Fasha Sandha telah menyambut harijadinya ke-28 bersama-sama bakal suami, Jejai. Agak romantik suasana hari itu, aktiviti sambutan diraihkan oleh sahabat handai dan rakan taulan. Kesempatan ini digunakan oleh kedua-dua pasangan untuk saling menyuap diantara satu sama lain. :)

Gambar photoshoot pengumuman Scha, Awal

Jumaat, 30 Mac 2012

walaupun agak sedikit basi, tapi tak usahlah peduli kan soal itu, yang penting kita dapat melihat sesi photoshoot ketika pengumunan tarikh keramat perkahwinan diantara Scha al Yahya dan Awal Ashaari beberapa hari yang lalu. Jarang ada episod macam ni, bila tarikh-tarikh keramat diumumkan. Lepas ni selebriti siapa lagi. hehe. -gambar Saiful Nang Facebook |candidsyndrome.com

Gambar tunang Irma Hasmie

Majlis pertunangan Irma Hasmie yang berlangsung 24 Mac lalu dengan seorang anak Datuk, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan adalah detik yang kita tidak sangka-sangkakan sebelum ini yang memandangkan Irma tidak pernah menyebut mengenai jejaka berkenaan kepada umum. Dan pada majlis pertunangan itu juga Reza Syah juga tidak kelihatan melalui lensa kamera. Mengikut sumber, gambar dibawah ini merupakan Reza dan bakal suami kepada Irma pada 1 Julai nanti. :)

Setelah selesai Umrah, Abby Abadi mula bertudung

Alhamdulillah, kini pelakon, Abby Abadi sudah mula bertudung dan bakal membuat keputusan ini untuk selamanya. Ini disebabkan menurut sumber, ketika Abby menunaikan umrah untuk pertama kalinya pada 15 hinggalah 26 Mac baru-baru ini. Sebelum ini kita juga pernah melihat penampulan Abby bertudung dalam lokasi, seperti drama Gerak Khas di TV2

“Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini.

“Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban buat orang sekeliling. Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,

“Namun, syukurlah, kali pertama menjadi tetamu Allah kesihatan saya sentiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah, memasuki Raudhah dan banyak lagi.". -Via

Gambar baju pengantin Shila Hamzah

Khamis, 29 Mac 2012

Wah bukan main cantik lagi gaun pengantin yang diperagakan oleh Shila Hamzah ni. Yang kita tahu dia sedang hangat bercinta dengan pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad. Tapi soal kahwin mereka belum lagi putuskan apa-apa, yang dibawah ini gambar Shila untuk majalah jek. Bukan untuk perkahwinan mereka ek. :)

Fouziah Gous bakal dilamar Datuk Seri

Fouziah Gous akhirnya membuka mulut bagi mengesahkan spekulasi mengenai keintimannya dengan seorang ahli korporat berstatus duda yang bergelar Datuk Seri. Hubungan mereka mula intim beberapa bulan lepas walaupun sudah mengenali lelaki itu sejak beberapa tahun yang lalu.

"Hati saya mula terbuka untuk rapat dengannya selepas melihat ketulusan dan kesungguhan dia untuk berkawan dengan saya.

"Malah, dia yang kebetulan rakan niaga abang saya ada menyuarakan hasratnya kepada abang untuk melamar saya.

"Masih terlalu awal untuk saya ulas panjang kerana kami sedang mengenali hati budi dengan lebih mendalam pada waktu ini,"

"Umur saya makin meningkat dan sudah bosan kerana selama ini kurang bergaul dan berkawan dengan lelaki.

"Berilah peluang kepada saya untuk berkawan dan mengenali lelaki. Bagi kami berkawan dulu, jika jodoh tertulis dengan dia saya sudah bersedia untuk berkahwin," kata Fouziah -Via

Gambar Pertunangan Liyana Jasmay

Tahniah kepada pelakon Liyana Jasmay kerana selamat menjadi tunangan kepada pasangan dan juga ahli perniagaan, Fathuddin bertempat di kediaman keluarganya, di Kemensah Height, jam 9 malam semalam. Yang menarik lagi ianya terkena dengan tarikh lahir ke-24 Liyana yang mempunyai beza 4 tahun dengan Fathuddin. Soal perkahwinan pula, mereka merancang untuk berkahwin/rumahtangga pada 24 Januari 2013. -Via

ehsan foto GUA

Apek jadi duta produk SimplySiti

Rabu, 28 Mac 2012

Gol Keeper Kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat@Apek rupanya telah menjalinkan rakan niaga dengan Dato' Siti Nurhaliza baru-baru ini. Pertemuan mereka yang lalu adalah untuk membincangkan kerjaya sampingan untuk Apek sebagai duta baru produk keluaran SimplySiti, kemungkinan besar, kemajuan SimplySiti untuk mengeluarkan produk untuk lelaki. Produk itu adalah Eau de Parfum Simplysiti (Pure, Memoir dan Precious) dengan harga RM69.90 untuk 50ml. Mak ai, berbaloi ke? lepas ni korang test dan rasailah ye.. :) -Via

Maya Karin dalam Majalah Lisa

Majalah terbaru yang dilahirkan 'Lisa' adalah majalah yang menampilkan suatu kelainan daripada majalah biasa dengan tawaran harga yang murah dan berpatutan. Mungkin nama Lisa tidak asing lagi, memandangkan pelakon, Lisa Surihani kini lebih popular dengan nama sedia ada. Yang terbaru dalam majalah ini, adalah penampilan khas Maya Karin sebagai penghias majalah berkenaan dengan penampilan fesyen biasa serta memakai skirt. Cukup cantik dan menawan melihat Maya Karin. nak tahu lebih lanjut mengenai majalah dan kelainan majalah ini, dapatkan di pasaran segera.

Awal, Scha pilih 4 Mei 2012 untuk kahwin

Akhirnya pasangan Awal Ashaari dan Scha al Yahya memilih 4 Mei 2012di di Hotel Pullman, Putrajaya sebagai tarikh keramat untuk bergelar suami isteri seperti yang diumumkan baru-baru ini. Tapi terdapat syarat yang Awal kemukan kepada Scha setelah bergelar isteri. Mengikut sumber mStar, Awal mengenakan syarat selepas kahwin kepada Scha seperti

-menjaga nama baik suami/keluarga mertua,
-dilarang memeluk lelaki ketika adegan berlakon,
-selaku suami isteri, kenala tidur bersama walau apa jua keadaan.
-scha kena pulang rumah sebelum jam 12 malam
Syarat ini seperti syarat standart seorang suami kepada isteri kan. tiada apa yang luar biasa dengan syarat ini. hehe. Scha dengan komennya pula.
"Hahaha! Saya pun tak tahu yang dia mahu saya lebih memilih watak selepas berkahwin nanti. Bagaimanapun itu bukannya satu masalah pun.

"Sebagai isteri, saya perlu mengikut kata-katanya nanti. Cuma saya harap, Awal dapat menjaga saya seperti mana dia menjaga keluarganya,"

Gambar Anak Kembar Ziana Zain Terbaru

Selasa, 27 Mac 2012

Semakin membesar dan melihat perkembangan ini sepertinya rumahtangga Ziana Zain kukuh dan bahagia. Gambar dibawah adalah gambar terbaru hasil foto yang dilampirkan dalam senaskah majalah tempatan, anak kembar Ziana Zain, Muhammad Ariel Armin Zharin dan Siti Nour Kaseh Armin Zaharin yang sudah memasuki usia 5 tahun sejak 23 Julai 2008. Comel macam mama dia. Hehe. :)

gambar ehsan Gosip Cari

Rozita Che Wan ketawa gosip kahwin dengan Datuk

Rozita Che Wan hanya ketawa apabila timbul tuduhan anaknya, Aniq Ezra Azuar Effendy, lari dari rumah kerana merajuk selepas dia dikatakan membuat keputusan untuk menjadi isteri kepada seorang bergelar Datuk.

“Haa... haa... kalau betul saya nak kahwin Datuk, mestilah anak saya suka. Datuk mestilah kaya,” jawab Rozita.
ehsan Gosip Cari

Pada 17 Mac lalu Rozita membuat laporan polis selepas anak keduanya itu didapati hilang dari rumah dan ditemui beberapa jam kemudian di rumah rakannya di Subang Jaya dekat sini tidak jauh dari rumah mereka.

Semasa memberi keterangan kepada pihak polis, Aniq Ezra, 14 tahun, dikatakan merajuk kerana berkecil hati dengan sikap Rozita yang dilihat terlalu melebih-lebihkan abangya iaitu Ammar Effendi yang berusia 15 tahun.

Rozita menambah dia tidak ambil pusing dengan gosip itu kerana tuduhan tersebut dianggapnya sebagai sesuatu perkara yang remeh. -Via

Rumah Banglo Mawi dipecah masuk

Berita yang diterima ini begitu menyedihkan. Mengikut portal laman Gua, rumah banglo mewah Mawi dan Ekin yang terletak di Bangi dimasuki perampok kira-kira pagi semalam. Syukur tiada apa yang menimpa Ekin dan ibu Mawi ketika kejadian itu berlaku, namun Mawi telah mendapat kerugian sekitar RM10,000 hasil rampokan pencuri berkenaan. Sabarlah dengan musibah ini ye.

gambar onescene.my

Rambut Terbaru Pak Nil, lebih berjiwa muda

Isnin, 26 Mac 2012

Fesyen rambut ke hadapan ni merupakan satu trend baru untuk kaum lelaki. Tapi melihat daripada fesyen ini dikatakan ianya sumber daripada selebriti Korea. Memang tidak disangka sungguh kan, sehinggakan Pak Nil @Aznil Hj Nawawi pun mengayakan rambut sedemikian. Nampak matang dan berjiwa muda sungguh Pak Nil ni. :)

Gambar Gosip Cari

Ombak Rindu ada Setem Tersendiri

Filem Ombak Rindu yang ditayangkan di seluruh negara Disember lepas menjadi filem tempatan pertama diabadikan dalam bentuk setem edisi terhad.

Koleksi Setemku edisi terhad, terdiri daripada album setem dan set folder itu berbentuk album setem 24 muka surat berharga RM199 mengandungi enam helai setem peribadi berjumlah 48 keping, 11 keping poskad babak-babak filem tersebut, bersama DVD filem berkenaan.

Set folder pula berharga RM59.90 mempunyai gambar babak filem tersebut.

Hadir di majlis itu pelakon utama filem, Maya Karin dan Bront Palare bersama 80 peminat bertuah filem Ombak Rindu. -Via

Awal lamar Scha secara langsung @live

Memang unik dan begitu mengejutkan ramai pihak. Memang ini satu kejadian yang tidak disangka-sangka oleh Scha al Yahya yang mengacarakan program tv, Propaganza. Awal dengan tidak diduga telah melamar Scha dengan sebentuk cincin ketika program tv berkenaan ditayangkan secara langsung. Romantik tetap romantik, tapi cara lamaran ini bukan cara lamaran sebenar dalam Islam. :)

Gambar Pertunangan Irma Hasmie, Kahwin 1 Julai

Ahad, 25 Mac 2012

Irma Hasmie bakal melangsungkan pernikahannya dengan seorang anak Datuk, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, 31, pada 1 Julai ini di Keramat Hall, Kuala Lumpur.

Irma berkata, dia dan Reza yang merupakan seorang ahli perniagaan itu bertemu di kota Mekah ketika menunaikan umrah buat kali ketiga pada Februari lalu dan dirisik oleh pihak keluarga lelaki pada 12 Mac.

Dalam majlis pertunangan yang berlangsung di rumah Irma di Desa Coafiled, Sungai Buloh, semalam, Irma menerima sebentuk cincin berlian yang disarungkan oleh ibu Reza, Azizah Osman, serta tujuh buah dulang hantaran daripada pihak lelaki yang beruba set mandian, sepersalian pakaian, sejadah, manisan kurma, kek dan buah-buahan.

Manakala pihak perempuan pula membalas sebanyak sembilan dulang iaitu sireh junjung, buku-buku ilmiah, pencukur, sejadah, kek, manisan, sepersalinan pakaian dan set mandian. -Via

gambar Utusan | Syokkahwin.com