Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Fesyen Dr. Rozmey ikutan selebriti barat?

Rabu, 29 Februari 2012

Saje je nak popularkan kembali jutawan dan juga pemilik kepada Herba Prima Marketing ni, Dr. Rozmey. Penampilan beliau memang kadang kala menjadi perhatian. Perhatian itu telah pun dikatakan tersebar di dunia Hollywood. Biar betul, sehinggakan ada seorang selebriti di sana mengayakan sama / persis dengan penampilan Dr. Rozmey. Siapa ikut siapa yang itu tak dapat dikesan. Mungkin penampilan fesyen ini adalah asli daripada Dr. Rozmey.

gambar SyokKahwin blog

Suami Nadia Mustafar dibelasah 20 orang!

Hazil Izham Ismail yang juga suami kepada Nadia Mustafar kini patah tulang pipi kanan dan terseliuh bahu kiri akibat dipukul sekumpulan 20 lelaki tidak dikenali yang bersenjatakan botol kaca dan kayu dalam kejadian di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail.

Hazil diserang kumpulan yang dipercayai petugas keselamatan premis berkenaan kerana mereka dikatakan berselisih faham mengenai zon larangan merokok.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, Hazil mendakwa baru tiba di premis berkenaan untuk menemui empat kru penerbitannya bagi membincangkan urusan penggambaran.

Mereka kemudian didatangi kumpulan terbabit yang tidak puas hati apabila seorang daripada kru penerbitannya merokok di kawasan larangan sebelum berlaku pertengkaran.

"Saya pada mulanya cuba meleraikan mereka dan mengajak mereka berbincang. Namun, seorang daripada lelaki itu memukul belakang saya menggunakan botol manakala rakan-rakannya pula memukul kru saya yang lain.

Lelaki itu sekali lagi menghentak kepala saya menggunakan botol biarpun saya cuba menenangkannya." katanya
Menurutnya, dia tidak mengetahui motif sebenar kejadian berkenaan sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa bagi melakukan siasatan selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi. -Via

Mawi, Ekin dapat anak perempuan

Mawi kini sudah bergelar ayah selepas isterinya, Ekin, selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 4 pagi Selasa.

Bayi sulung seberat 2.8 kilogram (kg) itu dilahirkan secara normal di Hospital Pakar An-Nur Hasanah, Bangi dan belum diberikan nama. Ekin telah dimasukkan ke hospital pada pukul 7.30 malam semalam (Isnin).

Dikhabarkan Mawi dan Ekin enggan mendedahkan wajah anak sulung mereka buat masa ini. Tetapi sebuah majlis kesyukuran akan diadakan dalam masa terdekat ini bagi meraikan kelahiran anak pasangan selebriti tersebut. -Via

Gambar Perkahwinan Persandingan Lisa, Yusry

Selasa, 28 Februari 2012

Akhirnya sudah complete mission la pasangan bahagia Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani Mohamed yang membuat resepsi/persandingan mereka pada hari Ahad lalu di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Majlis yang bertemakan ‘French Vintage’ ini berlangsung cukup meriah dengan kehadiran kira-kira 1500 tetamu yang dipetik daripada laman GUA. Turut hadir pasangan Scha Al Yahya - Awal Ashaari dan Diana Danielle - Farid Kamil. Auch...

Blog Gosip Tutz bakal disaman Wan Shades

Bekas penyanyi utama kumpulan Shades, Wan Shades kembali menjadi sebutan ramai. Bukan kerana dia muncul dengan lagu baharu tetapi angkara dituduh/difitnah merogol anak tirinya selama tujuh tahun.

Berita tersebut mulai tersebar luas apabila sebuah pengendali blog hiburan terkenal menerbitkan artikel berjudul Wan Shades Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol anak Tiri Selama Tujuh Tahun, yang secara jelas merujuk kepada dirinya.

Terkejut dan malu dengan tuduhan tersebut, Shades nekad mahu mengambil tindakan menyaman pengendali blog hiburan tersebut, dan sebelum itu laporan polis di Balai Polis Ukay Perdana, Selangor sudah dibuat.

entry dalam blog ini sudah diedit, artikel asal sudah dibuang

Pihak polis menghubungi Shades memberitahu perogol sebenar berjaya ditahan. Siapakah perogol itu, polis enggan mendedahkan gerangan perogol tersebut. Sejak hari itu, Shades mulai geram sedangkan perogol sebenar sudah diketahui tetapi pihak polis masih menyimpan maklumat. Sebaliknya, blog hiburan tersebut dengan senangnya menuduh saya tanpa usul periksa. -Via

ps: berblog la secara berhemah, jgn sebarkan fitnah...

Wardina akui dirinya 'lebih cantik' dari J-LO

Wardina Safiyyah yang kini menceburkan diri di dalam bidang motivasi minda mendakwa bahawa beliau lebih cantik dari penyanyi, pelakon dan model antarabangsa terkenal, Jenniffer Lopez.

Beliau berpendapat demikian kerana mendakwa dirinya dan seluruh muslimah di dalam dunia lebih cantik memandangkan mereka ditakdirkan Allah untuk beragama Islam dan itu sudah cukup cantik ‘di dalam’nya.

“Saya merasakan bahawa saya lebih cantik dari J-Lo. Kita semua dilahirkan sebagai wanita Islam dan itu sudah cukup cantik.

“Lebih cantik lagi kita tak payah nak pamerkan kecantikan kita kepada khalayak umum. Kecantikan kita terhad hanya untuk diri kita sendiri,” katanya pada program Pameran Komunikasi Islam 2012 (ICE 2012) yang dihadiri oleh pelajar UITM -Via

Gambar Harijadi Aaron Aziz

Isnin, 27 Februari 2012

Baru-baru ini berlangsungnya satu parti harijadi kejutan bersempena sambutan harijadi pelakon sensasi, Aaaron Aziz di Bora Asmara anjuran kelab peminat Aaron Aziz, Aaronators. Mengikut informasi, seramai 140 orang peminat Aaron Aziz telah menghadiri acara berkenaan yang bertemakan biru dan putih. Jemputan dipilih melalui kuiz yang diadakan pada 4 dan 5 Feb lalu di mana 10 pemenang terpantas dengan jawapan yang betul mendapat jemputan ke majlis ini. Turut bersama isteri beliau untuk memeriahkan suasana. -Via

Aaron Aziz Birthday

Aaron Aziz Birthday

Aaron Aziz Birthday

Aaron Aziz Birthday

Aaron Aziz Birthday

Aaron Aziz Birthday

Aaron Aziz Birthday

Aaron Aziz Birthday

Aaron Aziz Birthday

Aaron Aziz Birthday


Fasha dapat kereta BMW sempena Valentine Days

Dengar-dengar daripada tobloit Kosmo baru-baru ni mengatakan yang Fasha Sandha telah diberikan hadiah kereta mewah berjenama BMW oleh bakal suaminya, Jejai bersempena harijadi Fasha pada 14 Feb lalu. Kononya sebagai hadiah hari kekasih, memandangkan kereta Fasha yang sama jenama itu, dahulunya telah dicuri oleh orang didepan kedai saloon nya.

Memang tak syak lagi, kebahagian Fasha lebih daripada yang kita jangkakan, bukan sahaja kasih sayang yang diberikan, kemwahan juga turut dapat dirasai. Bertuah lah badan. Semoga berbahagia la yer Fasha.

Gambar Anak Shuib, Siti Sarah

Tahniah kepada Shuib Sepah dan Siti Sarah kerana dikurnaikan dan kini bahagia dengan kehadiran seorang putera bernama Uwais Al Qarni. Uwais yang lahir pada 4 Disember lalu telah membuka mata kebahagian sebenar Shuib dan Sarah.

"Dia anak yang baik. Jujurnya, saya tidak pandai dengan bayi sebab saya anak tunggal. Tapi selepas mendapat Uwais, secara automatik semuanya berjalan secara semula jadi. Saya mandikan dia dan berani mendukung Uwais. Saya berbeza dengan Sarah yang sebelum ini memang serasi dengan bayi,"

"Sewaktu berjauhan, saya selalu suruh isteri saya kirim mesej bergambar melalui telefon Blackberry. Sengaja kadangkala saya suruh Sarah nangiskan dia agar saya dapat dengar suara Uwais," akui Shuib. -Via

Gambar Pernikahan Ana Rafali, Aznaim

Ahad, 26 Februari 2012

Ana Raffali dan Ahmad Aznaim Abdullah selamat bergelar suami isteri yakni akad nikah yang diadakan di Masjid Al-Hidayah Taman Melawati, KL. Ana menerima RM 11,412 sebagai mas kahwin pada majlis tersebut yang dihadiri lebih 500 orang tetamu.

Dalam pada itu, Naim berkata, dia akan terus menguruskan kerjaya seni isterinya secara sepenuh masa seperti biasa dan memberitahu akan lebih memudahkan pergerakan mereka berdua.

Ana tidak menolak jika dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat dan berserah kepada Allah mengenai perkara itu. Ana juga menjelaskan dia dan suaminya tidak meletakkan sebarang bilangan anak yang dimahukan namun sukakan kepada keluarga yang besar. -Via

Gambar Siti Saleha di Pelancaran Aiskrim

Sabtu, 25 Februari 2012

Dipetik daripada blog Budiey. Gambar Siti Saleha yang semeamngnya cun dan seksi sikit ni, telah diamik ketika dia berada di sekitar Majlis Pelancaran Aiskrim Magnum Perisa Terbaru di Shook!, baru-baru ini. Korang layan lah dulu gambar Saleha ni, rasanya mesti ramai nak sangat tengok Siti Saleha ni kan.

Siti Saleha Aiskrim Magnum

Siti Saleha Aiskrim Magnum

Siti Saleha Aiskrim Magnum

Siti Saleha Aiskrim Magnum

Siti Saleha Aiskrim Magnum

Anak Amir Ukays Meninggal Dunia

Jumaat, 24 Februari 2012

Anak kepada penyanyi Amir Ukays telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur selepas maghrib malam tadi. Allahyarham Mohd Imran yang baru berusia 15 tahun mengalami masalah komplikasi jantung sejak daripada lahir dan terpaksa berulang-alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

Amir Ukays yang dihubungi turut mengesahkan perkara tersebut.
"Saya tidak berada di sisi allahyarham di saat-saat akhirnya. Saya sendiri menerima berita ini secara mengejut. Apa pun, saya redha di atas pemergiannya itu walaupun hubungan kami cukup rapat. Kami masih menunggu kepulangan ibunya dari London sebelum majlis pengebumian,"
Jenazah dikebumikan selepas Isyak pada malam semalam. al Fatihah. Via

Gambar Irma Hasmie, Fahrin Ahmad

Boleh dikatakan mereka berdua ni sesuai sangat lah jadi pasangan yang begitu ideal dan disuka peminat. Irma Hasmie dan Fahrin Ahmadi ditemui baru-baru ini di sebuah rancangan Tv. Korang rasa macam mana? Memang cocok sangatlah kan, baju warna sama lagi. Kita doakan lah yang terbaik buat mereka berdua, manalah tahu termakbul di Jumaat yang mulia ni. :)

Video, Gambar Pernikahan Lisa Surihani, Yusry

Dengan sekali lafaz, Yusry Abdul Halim sah bergelar suami kepada Lisa Surihani Mohamed. Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Marriot, Putrajaya, selepas solat Isyak kira-kira pukul 9 malam, Khamis.

Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.

Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh abang sulung Lisa iaitu Mohamed Azan Mohamed dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang. Selain seutas rantai, antara barang hantaran lain yang diberikan Yusry kepada Lisa termasuklah sirih junjung, bunga rampai, cincin, kelengkapan solat dan kek.

Manakala Lisa membalas sirih junjung, bunga rampai, sebentuk cincin, koleksi cakera padat kumpulan The Beatles, sebuah peralatan muzik keyboard, kelengkapan solat, kelengkapan pakaian lelaki, manisan dan kek.







credit to mStar | GUA

Gambar Linda Jasmine Hamil (anak terakhir)

Khamis, 23 Februari 2012

Linda Jasmine yang sedang sarat hamil anak ketiga mnegakui tidak merancang untuk menambah bilangan ahli keluarga selepas ini. Kandungannya itu yang kini sudah mencecah 6 bulan adalah yang terakhir kerana dia dan suami ingin memberi tumpuan dalam membesarkan anak-anak pula selepas ini.

Linda berkata, dia tidak sabar untuk menerima kelahiran orang baru dalam keluarga mereka. dia dan Que gembira apabila dikhabarkan akan menerima cahaya mata perempuan dan berharap bayi yang akan dilahirkan kelak sihat. Linda dijangka bakal melahirkan anak pada Mei 2012. -Via

Ella hiasi Majalah EH!

Lama kita tidak melihat kelibat Ella dalam majalah hiburan tempatan, kalau dulu pastinga terpampang wajah Ella. Kini tidak seperti dahulu, ramai selebriti yang lahir dan mereka juga perlu publisiti. Namun aura Ella masih lagi menyengat beb, majalah EH! berani menampilkan Ella pada muka hadapan majalahnya. Sekaligus memberikan maksud Ella akan kembali dan pasti mahu bertahan dengan gelaran Ratu Rock Negara!

Lisa Surihani selesai lakukan adat sebelum kahwin

Sebelum majlis persandingan bakal diadakan pada 26 Februari nanti, Lisa Surihani sudah pun selamat melakukan aktiviti adat untuk perkahwinannya. Yang pertama sekali Lisa telah mandi bunga, kemudian malam berinai dan seterusnya khatam al Quran. Memang Lisa sungguh gembira dan teruja dengan suasana sebegini dengan di saat-saat akhir bergelar remaja dan menamatkan zaman bujangnya. Gambar Pretty Peektures