Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Avaa Vanja selamat lahirkan anak

Selasa, 31 Januari 2012

Masih kenal dengan bekas pelakon dan juga pengacara TV, Avaa Vanja yang berdarah berdarah campuran India (bapa) dan Inggeris (ibu). Kini Avaa dikhabarkan telah selamat melahirkan anak perempuan seberat 3.4kg di Hospital Gleneagle, 25 Jan 2012 baru-baru ini. Menurut informasi lagi nama anak Avaa itu bernama Merlissa. Tahniahlah diatas perkhabaran baik ini.

suami Avaa

Gambar Neelofa di AJL, pakaian unik

Memang ramai artis-artis yang hadir di AJL baru-baru ni. Tapi rasanya semuany tak perlu ditayangkan, kita mesti nak tengok yang pelik dan menarik sahaja kan. Hehe. Pelakon dan juga duta Avon, Neelofa juga turut hadir ke majlis itu. Memang jadi perhatian pelakon manis ni, pakaiannya juga sepertinya menarik perhatian ramai. Bertulisan atau lebih diilustrasikan sebagai pakaian tampalan kertas. Memang unik dan jarang dipertontonkan.


gambar Budiey.com

Nora Nafi Bercinta dengan budak IPTS

Nora Danish menolak dakwaan kononnya dia sedang hangat bercinta dengan seorang penuntut kolej swasta, IPTS yang jauh lebih muda darinya. Nora berkata, tuduhan itu adalah tidak benar sama sekali dan dia memberitahu tidak pernah mengenali mana-mana lelaki yang masih menuntut di kolej.

"Saya langsung tidak tahu menahu mengenai lelaki yang dimaksudkan kerana tidak pernah kenal mana-mana penuntut kolej apatah lagi untuk bercinta,"
Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai berita perkahwinan bekas suaminya dengan Fasha Sandha.
"Saya hanya boleh mendoakan semoga mereka bahagia dan selebihnya saya tiada hak untuk bercakap atau komen mengenai keputusan mereka," -Via

Shahrizal curang, Cinta Miera Musnah!

Isnin, 30 Januari 2012

Miera Leyana menganggap hubungannya dengan Shahrizal Jaszle yang baru berusia 5 bulan itu berada pada tahap kritikal apabila Shahrizal didapati telah berlaku curang terhadap Miera. Miera berkata dia memperolehi bukti terhadap kecurangan Shahrizal sehingga menyebabkan pintu hatinya telah tertutup untuk berbaik kembali dengannya.

“Saya selesa bersendiri dan berenggang dengan Shahrizal buat masa ini. Saya mendapati dia tidak berlaku jujur dan curang terhadap saya.

“Hati saya bagai sudah retak dan berkecai untuk berbaik semula dengan selepas beberapa kali dipermain-mainkan oleh dia.
http://www.blogger.com/img/blank.gif
“Sejak kami mula bergaduh kira-kira dua minggu yang lalu, sudah berkali-kali dia datang memujuk dan meminta maaf tapi saya tidak nampak kesungguhannya untuk memulihkan kekusutan antara kami.

“Mengapa saya perlu memberikan peluang lagi jika dia tidak pandai untuk menghargai kepercayaan saya selami ini?

“Saya akui masih sayangkan. Namun, selepas apa yang berlaku saya redha dan berserah sahaja kepada Tuhan, jika ada jodoh antara kami, saya terima seadanya,” katanya. -Via

Gambar Dynaz Mokhar hamil anak ke-2

Baru-baru ini berlangsungnya satu acara Karnival Karangkraf 2012 di Shah Alam. Selebriti yang turut hadir juga ramai, namun yang menjadi perhatian adalah kelibat pelakon, Dynas Mokhtar yang kelihatan hamil beberapa bulan anak ke-2. Walaupun mengandung, Dynaz sempat lagi mempromosikan butiknya yang berkonsepkan penyusuan susu ibu iaitu Dynas Nursing Attire (DNA) di Karnival berkenaan.

-Gambar Via

Awan Nano - Hafiz Juara AJL

Lagu Awan Nano dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-26 di Stadium Putra Bukit Jalil,semalam.

Dengan kemenangan Awan Nano ciptaan komposer M.Nasir dan penulis lirik, Budi Hekayat, nyanyian oleh Hafiz telah berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000.

Hafiz turut memenangi vokal terbaik dengan menerima trofi dan wang tunai RM10,000.

Awan Nano telah berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Cinta Muka Buku (Najwa Latif), Kalau Berpacaran (Ana Raffali, Sohaimi Mior Hassan, Altimet), Karma (Faizal Tahir), Penakut (Yuna) dan Sedetik Lebih (Jaclyn Victor).

Diikuti dengan lagu Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol), Beribu Sesalan (3 Suara), Kekanda Adinda (Atilia & Monoloque), Sungai Lui (Aizat), Kisah Hati (Alyah) dan Gadis Semasa (Yuna).

Sementara bagi naib juara dimenangi oleh lagu Beribu Sesalan ciptaan Kevin Chin serta lirik oleh Tinta yang dinyanyikan oleh Tiga Suara (Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Ning Baizura) sekaligus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.

Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga berjaya dimenangi oleh lagu Karma ciptaan Faizal Tahir dan lirik oleh Audi Mok nyanyian Faizal Tahir yang turut berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000.

Bagi pemenang persembahan terbaik diraih oleh Alyah menerusi lagu Kisah Hati dengan menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.

Persembahan 12 finalis AJL25 diadili seramai 30 juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu Johan Nawawi, Cat Farish, Ajai, Dimas (Hujan), Taja (Meet Uncle Hussein), Fauzi Marzuki dan Azmeer selaku ketua juri. -Via

Gambar Anak Sazzy Falak bersiar-siar

Ahad, 29 Januari 2012

Anak kembar Sazzy Falak, yang bernama Iman Lilly dan Tiara Rose kini dah menjangkau usia setahun. Kedua-dua anak ini, kelihatan begitu comel dan sihat sekali ketika dibawa bersiar-siar oleh ibu bapanya, kerusi roda bayi tue pun unik dan limited edition juga, hehe. Tak usah bercerita panjang mengenai kedua-dua anak comel ini, yang pastinya kita enjoy dulu melihat gambar ini dihujung minggu. Peace Yoo..

Kad Perkahwinan Lisa Surihani, Yusry

Sabtu, 28 Januari 2012

Ini adalah jemputan paling simple bagi pasangan yang dikatakan paling mendapat perhatian ramai. Siapa lagi Lisa Surihani dan Yusry KRU yang akan diijab kabulkan pada 26 Feb ini. Tak tahulah kenapa begitu simple banget kad perkahwinan mereka, sekurang-kurangnya buatlah sesuatu yang kelainan, nanti boleh gak orang jadikan kenangan atau simpanan. Takpe la, mane-mane je, asalkan boleh dibacakan. Hehe.

Ana Raffali nikah 25 Feb ini?

Ana Raffali, 27, mencuri perhatian ramai apabila berita pernikahannya mula tersebar. Dalam beberapa laporan media hari ini, juara AJL 25 itu dikatakan akan melangsungkan pernikahan pada 25 Februari hadapan dengan pemuda pilihannya, Aznaim Abdullah, 30.

“Memang Ana akan berkahwin pada Februari ini, tetapi Ana tak mahu umumkan tarikh sebenar. Tunggulah pengumuman rasmi pada minggu hadapan. Majlis pernikahan akan diadakan di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati . Sebelum bernikah, kami akan adakan majlis pertunangan terlebih dahulu untuk mengikut adat. Kami buat majlis tunang dan nikah pada hari yang sama kerana hendak memudahkan kedua-dua pihak. Selepas akad nikah, majlis resepsi akan diadakan di perkarangan masjid bagi menjamu tetamu yang hadir. Tiada majlis resepsi lain selepas itu,” -Via

Maya Karin di Majalah Nur

Jumaat, 27 Januari 2012

Hari Jumaat yang indah ni, lebih molek kalau kita lihat gambar-gambar yang indah sahaja. Jadi tak da lah upload gambar seksi-seksa pulak kan. Hehe. Seperti gambar cover Majalah Nur yang lama dah ni, Maya Karin bertudung dengan fanalis program realiti, Azila. Memang kedua-duanya cukup cantik dan menawan bertudung. Lebih-lebih lagi pelakon Ombak Rindu tu. Nampak hitam manis pun ada.

Dato' Siti Nurhaliza tersilap nyanyi...

Semalam ada Dato' Siti Nurhaliza dijemput ke MHI (Malaysia Hari Ini) bersama-sama kumpulan Rabbani bersempena konsert Maulud Nabi di Terengganu nanti. Yang ini tak perlu kupas panjang, memang ramai yang akang datang nanti. Dalam MHI semalam, Dato' Siti ada buat nyayian nasyid pada permulaan rancangan (video). Namun ada kesilapan sedikit teknikal ketika nyayian itu dilakukan. Namun Dato' Siti tetap mantain control ayu dan senyuman gitu ketika kesilapan itu berlaku. Kalau korang rajin tengok lah sampai habis video panjang ni.

Zed Zaidi bakal menimang anak kembar

Zed Zaidi yang bernikah dengan Natalia Mustafa pada bulan April 2011 yang lalu, kini dikhabarkan yang Natalia Mustafa telah hamil dan kemungkinan menantikan saat-saat melahirkan bayi berkenaan. Yang paling mengejutkan adalah, Zed kemungkinan menimang cahaya mata kembar yang dinyatakannya sendiri melalui laman sosial Facebook semalam. Kalau kembar syukurlah, meriah rumah nanti. Hehe

Fesyen tudung pengacara, Teh Syuhaida

Khamis, 26 Januari 2012

Dipetik daripada ruangan Cari, pengacara Teh Syuhaida yang juga pengacara WHI yang sudah sedia maklum memakai tudung sebelum ini telah pon diketahui umum. Namun ini bukan persoalan utama, sebab selama mana Teh Syuhaida memakai tudung dalam bidang pengacaraan, dia menggunakan tudung yang biasa sahaja, namun kali ini, sudah ada pihak yang tampil untuk men'sponser'kan tudung kepada Teh Syuhaida. Tudung Hana Tajima la, yang sekarang terkenal dah tu. Jom layans.

klik untuk besarkan

Gambar Hamil Isteri Harith Iskander

Harith Iskandar yang berkahwin pada Jun 2010 yang lalu dengan serang doktor dan model sambilan, Jezamine Lim kini dikhabarkan akan menimang anak sulung mereka tidak lama lagi. Ini dibuktikan dengan sesi photoshoot pasangan berkenaan baru-baru ni. Saat ini Jezamine Lim hamil untuk beberapa hari/minggu lagi sebelum bersalin. Sesi ini adalah saat-saat buat kenangan untuk si anak satu masa nanti. (pusat kena sensor oleh admin, xbleh tengok, hehe)

gambar sammy khoo photografie

Gambar anak ke-2 Serina, Isabella Saffiya O'Luanaigh

Isabella Saffiya O'Luanaigh yang lahir pada 23 Januari lalu merupakan anak yang cukup comel dan begitu sihat. Ayahnya sendiri sempat mendukung anak itu selepas Serina selamat bersalin. Gavin yang sentiasa menemani Serina merupakan suami yang begitu menyayangi isterinya, yalah siapa tak sayang bini oi. Harap-harap Gavin ada mengazankan Isabella ketika itu, kalau tak pun bisikkan sahaja nama/kalimah Allah. :)

gambar portal Murai

Siti Nurhaliza sesi fotoshoot dengan Rabbani

Rabu, 25 Januari 2012

Konsert percuma, Muhammad Al-Ameen yang bakal diadakan di Dataran Tamadun Islam, Kuala Terengganu, sempena sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah nanti, disifatkan cukup istimewa kerana gabungan diantara Dato' Siti Nurhaliza dan Rabbani.

Konsert berkenaan amat istimewa kerana merupakan gabungan penganjuran Rabbani Productions Sdn Bhd bersama Siti Nurhaliza Production (SNP) yang telah sekian lama dirancang dan akhirnya terlaksana.

Selain itu, beberapa artis popular seperti Amy Search, Najwa Latif dan Sabri Yunus juga bakal tampil mengadakan persembahan.

Selain acara konsert, turut diadakan karnival selama tiga hari bermula pada 3 hingga 5 Februari ini. Malah turut diadakan secara ekslusif, Malam Gala Eksklusif Bersama Dato' Siti Nurhaliza dan Rabbani. Untuk acara ini, para peminat boleh mendapatkan tiket pada harga RM175, RM275 dan RM500. -Via

Kemesraan Noh Hujan, Mizz Nina di ranjang

Dah 6 bulan berlalu perkahwinan Noh Hujan dan Mizz Nina ni. Namun belum lagi ada perkhabaran yang Mizz Nina hamil/mengandung anak sulung mereka. Mungkin terlalu busy dengan kerjaya artis antarabangsa kot. Tak pe la, ada rezeki nanti kongsikan kepada kami juga ah, kami mahu tahu berita gembira ini, mesti comel tu bayi nanti. Hubungan suami isteri mereka masih lagi terjalin dengan teguh, ini dibuktikan dengan sesi photoshot yang diadakan baru-baru ini, sangat mesra begitu lor, apatah lagi di ranjang.

gambar portal Murai

Aaron Aziz di dua buah majalah

Saham Aaron Aziz tak perlu orang tahu lagi. Dah cukup laku dah kat mana-mana majalah tempatan. Mana dan apa jenis majalah tu, mesti ada muka Aaron Aziz. Memang murah rezeki betul la si Aaron ni katakan dengan kerjayanya sekarang. Dua majalah serentak yakni Media dan Maskulin edisi Januari-Feb 2012. Siap digandingkan dengan Neelofa lagi, tak ke cair dibuatnya.

Serina Redzuawan selamat lahirkan anak ke-2

Selasa, 24 Januari 2012

Tahniah kepada Serina Redzuawan yang dikhabarkan semalam telah selamat melahirkan anak ke-2 melalui laman sosial Facebook milik ayahandanya, Datuk Chef Wan. Namanya Isabella (bukan nama penuh) dengan berat 3.3 kilogram, bayi Sarina nampak besar dan begitu sihat. Syukurlah Alhamdulillah, semuanya selamat dan lancar ketika proses bersalin. Anak pertama Sarina, Tristan.

Syamsul, Liyana Jasmay bercinta?

Isnin, 23 Januari 2012

Dengar cerita daripada laman akhbar Kosmo sisipan kelmarin memberitahu yang pengarah muda, Syamsul Yusof kini bercinta dengan pelakon molek, Liyana Jasmay. Dikhabarkan mereka berdua berjalan berdua-duaan mesra banget sepertinya sepasang kekasih yang dibuai asmara dana. Ini mengikut spy dari Kosmo lah.

Ada juga yang kedengaran yang Syamsul ni sedang rapat dengan gadis dari Sabah. Maner-maner jerk ler Syamsul, semoga bahagia la jutawan muda ni bersama teman hidupnya. hehe. Kedua-dua pon cocok apa.

Isu Anak, Bukan Isu Perceraian - surat Aidil

Ahad, 22 Januari 2012

Rita Rudaini pada hari Jumaat lalu, telah hadir di Mahkamah Syariah Shah Alam, untuk menyempurnakan pelantikan peguam bagi menyelesaikan isu surat yang diterima daripada suaminya, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak berhubung dua anak mereka.

Rita yang memakai jubah dan selendang berwarna hitam hadir di mahkamah pada pukul 3.10 petang diiringi peguamnya.

Peguamnya berkata Rita hadir di mahkamah bagi urusan pelantikan beliau sebagai peguamnya secara rasmi.

Beliau berkata pelantikan beliau adalah bagi menyelesaikan isu anak-anak yang dibangkitkan oleh Aidil Zafuan dalam surat bertarikh 11 Jan lepas yang diterima oleh Rita (Surat itu meminta diadakan perbincangan mengenai hal anak, bukan isu perceraian). -Via

Rahsia 40 hari mengubah hidup!

Adakah anda pernah menghadiri seminar potensi diri, motivasi kekayaan, reiki, kuasa minda dan sebagainya?. Namun tiada kesan langsung terhadap diri anda. Baiklah, anda boleh baca terus hingga ke bawah laman web ini. Jangan tinggalkan satu ayat pun kerana akan akan menemui satu rahsia yang bakal mengubah hidup anda selamanya.

Bengkel ini bertujuan untuk membantu orang ramai yang menghadapi masalah kewangan, rumah tangga, persahabatan, perniagaan, kerjaya dan sebagainya. Kami tidak langsung mengajar anda teori minda semata-mata. Segala ilmu yang akan diijazahkan nanti adalah terbukti keberkesannaya dan 100% menggunakan kaedah kerohanian yang TIDAK melibatkan unsur-unsur jahat dan syirik seperti jin, syaitan, khadam dan sebagainya. Memperkenalkan kepada anda...
(Kerezekian, Energi, Pancaindera Ke-6, Kewibawaan)

Dijamin ini BUKAN kursus Kuasa Minda, Potensi Diri dan Reiki. Bengkel ini menggunakan amalan dan rahsia para ulama dan guru pondok pada zaman silam, dalam bahasa yang mudah bengkel ini adalah Perkongsian Ilmu Spritual.

Antara Modul Ilmu Yang Dikongsikan Ialah;

- MENARIK REZEKI 4 PENJURU ALAM
Akan didedahkan juga, rahsia menarik rezeki dari 4 penjuru alam. Sebagaimana amalan para ulama, dan guru pondok zaman silam. Semuanya bakal mengubah rezeki dalam hidup anda. Akan selalu datang rezeki yang tidak diduga kepada anda. Kejayaan perserta-peserta lepas telah membuktikan bahawa amalan ini sangat ampuh dan berkesan. InsyaAllah masalah sempit rezeki, kebocoran wang, putus duit, dan sebagainya akan dapat diselesaikan dengan izin Allah. Anda saksikan sendiri perubahan dalam rezeki anda!

- GETARAN FREKUENSI ILAHI (Energi)
Setelah anda melakukan Pengkatifan Daya Ghaib, dengan Tafakur Frekuensi Ilahi anda boleh melakukan pengesanan bagi mengetahui Ilmu seseorang, energi seseorang , energi rumah, mengambil frekuensi tempat-tempat yang mempunyai energi yang kuat, frekuensi kosmik, frekuensi seseorang dan lain-lain untuk keperluan sehari-hari dengan menggunakan kaedah GETARAN FREKUENSI ILAHI.

Hasil dari latihan yang anda lakukan secara istiqamah maka frekuensi yang ada dalam diri anda dapat melakukan pengesanan sehingga mencapai kebenaran 99% dan penarikan frekuensi hampir 100%. InsyaAllah

ILMU PANDANG TEMBUS (Pancaindera Ke-6)
Kemudahan mendapat isyarat batin dari Allah, Meninggikan kualiti antena, batin seseorang, Meninggikan kualiti tembus pengesanan, Memekakan batin terhadap isyarat Allah, Boleh menangkap getaran batin secara tepat. Ilmu ini ada banyak lagi kegunaan rahsia yang hanya akan dirasai oleh pengamalnya. Ada boleh mengesan orang hilang, mengesan barang hilang, melihat seseorang atau benda yang jauh dengan mata batin, melihat perkara-perkara yang telah lalu dan perkara yang tidak diketahui, serta anda akan mendapat mengetahui rahsia-rahsia yang tidak diketahui orang lain. Amalan ini 100% menggunakan Asmaul Husna, dijamin!

PENGASIHAN (Kewibawaan)
Daya Pengasihan adalah amat penting sekali bagi yang membuat bisnes atau sering berhubung dengan orang ramai atau juga untuk meraih simpati, kasih sayang dan kewibawaan dan lain-lain. Amalan yang akan diperturunkan adalah amat ampuh(berkesan), jadi tidak dibenarkan anda menggunakannya secara salah. Anda akan diajar cara untuk membuat minyak dan air pengasih dari ayat Quran yang tujuannya hanya untuk kebaikan

- Pengaktifan daya ghaib Asmaul Husna
- Meditasi Cenderawasih (sangat bagus!)
- Amalan kod 99 Asmaul Husna

LATIHAN TAFAKUR ISMU ZAT
AMALAN JALBUR REZEKI 1 (ilmu secara lisan)
AMALAN JALBUR REZEKI 2 (ilmu secara lisan)

Sekiranya anda ikhlas dan benar-benar beramal dengan kaedah yang diajarkan, maka terjadilah suatu hal yang luarbiasa, tiba-tiba aktif kuasanya, terserlah berbagai kemampuan yang luar biasa, meningkat kepekaannya, selalu memperoleh petunjuk, jalan keluar terbaik dari setiap permasalahannya, rezeki mengalir lancar, dalam beberapa waktu sahaja sudah mencapai keberhasilan dan kejayaan di jalan yang diredhai Allah.
RAHSIANYA AKAN ANDA TEMUI DI DALAM BENGKEL INI!

Antara Manfaat Selepas Mengikuti Bengkel Ini Ialah

AMALAN 100% TERBUKTI BERKESAN

Peluang yang bakal mengubah hidup anda selamanya.

KLIK SINI SERTA MERTA!!