Ezlisa Loy (Adik Elfira Loy) Bertudung

Pada: Isnin, 31 Disember 2012
Ezlisa Loy yang berusia 16 tahun ini adalah adik kepada pelakon, Elfira Loy. Ezlisa juga merupakan seorang pelakon telemovie, Debunga Lalang, Sejadah Kaabah dan Qalesha. Dikhabarkan yang Ezlisa sudah mengenakan tudung pada dirinya.
Cerita bertudung ini bermula apabila dia bermimpi yang cukup mengerikan bagi dirinya. ini adalah petikan daripada portal malaysiandigest.com

"Baru-baru ni saya mimpi tentang hari Kiamat. Dalam mimpi tu, saya dalam perjalanan ke masjid. Tiba-tiba ada batu bulat-bulat jatuh dari langit. Saya sangat takut. Saya terus cari mama. Tapi mama tak ada. Ahli keluarga yang lain juga tidak ada. Saya takut sangat.

"Kemudian saya tersedar. Saya terus lari ke arah mama dan menangis. Mama terkejut dan hairan kenapa saya menangis. Saya katakan yang saya mimpi hari Kiamat. Sebenarnya, sebelum ini sudah beberapa kali saya mimpi perkara yang sama, tapi kali terakhir mimpi saya tu, saya tak dapat cari mama. Itu yang buat saya rasa takut sangat,

"Bab berlakon ni sebenarnya saya tak fokus sangat. Saya berlakon pun hanya sebab nak cari duit lebih untuk nak beli barang-barang yang saya suka. Sebab tu saya tak berapa risau sangat soal itu. Tapi selepas ini kalau ada tawaran, saya akan pastikan watak yang saya terima sesuai dengan penampilan saya sekarang.

"Saya tahu banyak yang perlu dijaga. Sebelum buat keputusan ni pun, kakak (Elfira) ada bertanya sama ada saya betul-betul serius nak teruskan niat ni. Saya kata, ya. Kakak memberi sokongan kepada saya. Malah dia yang lebih teruja. Tudung-tudung saya semua dia yang belikan. Saya tak pandai sangat bergaya, jadi kakak yang banyak ajar saya cara nak pakai tudung.

"Saya tahu lepas ni mesti ada yang akan berkata, adik dah pakai tudung, kakak bila lagi? Benda (bertudung) ni tak boleh dipaksa-paksa", katanya.

Tag : , , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih