Erra Fazira, Engku Emran Sudah Bercerai?

Pada: Rabu, 14 November 2012
Panas dan juga sensasi berita kali ini. Tidak tahu samada benar atau tidak kenyataan yang telah diberikan melalui laman forum Cari yang menyatakan pasangan suami isteri selebriti, Erra Fazira dan Engku Emran sudah berakhir dengan perceraian pada hujung bulan Oktober yang lalu.

Berita diatas ini ditambah pula dengan kenyataan Erra Fazira dan Engku Emran pada laman Murai pada beberapa minggu yang lalu (artikel Erra masih isteri) yang mengiyakan dakwaan pada persoalan di laman forum Cari terbaru itu.
“Apapun, sama ada jalan seorang ke ‘kanan’ dan seorang lagi ke ‘kiri’ yang kami pilih nanti, saya redha. Saya harap semua orang mendoakan yang terbaik buat kami,” ujar Erra Fazira.

“Cukuplah dengan kenyataan yang telah saya berikan sebelum ini. Saya minta maaf, saya tidak mahu mengulas lanjut lagi. Saya tak mahu memberi sebarang kenyataan lagi kerana bimbang isu ini akan terus merebak,” ujar Engku Emran.
Tidak dipastikan untuk kenyataan rasmi terkini daripada kedua-dua pihak mengenai soal ini, dan kita berharap rumahtangga mereka berdua masih lagi aman dan bahagia.

Tag : , , , ,

10 Komen

abah khalisha 14 November 2012 10:01 PG

Betul ke?

Fesyen Janggut Yang Sangat Cool

Tanpa Nama 14 November 2012 1:48 PTG

Jika perkahwinan yang pertama gagal, pasti kali-ke 2 temui kebahagiaan tetapi jika yang kali-ke 2 juga berada dilandasan yang sama, itu bermakna perlulah kita munasabahkan diri, jika kali - ke 3 anda temui jejaka dan ingin mengakhiri zaman bujang anda itu perlulah berhati-hati, mungkin lebih baik begitu. Apa-apa pun harap ianya terus berkekalan. Cukup-cukuplah dengan berita perceraian ini.

Ikin... 14 November 2012 3:56 PTG

ala, jgn la... jgan la becerai.. jaga la bebaik rumah tangga itu. sayang nye.. :(

Tanpa Nama 14 November 2012 6:37 PTG

Penat dengan kisah artis2 ni yg tk habis2 bercerai..masa kahwin dulu bagai nk rak drp zaman dgn Yusry.Kesian dgn anak yg baru nk kenal dunia..

Tanpa Nama 15 November 2012 2:34 PTG

Awk kembali la pd sy..
(T.T)wuwuwu~

Nisa 16 November 2012 4:14 PTG

Begitulah kehidupan artis. Berkahwin untuk bercerai. Suka bercerai artis-artis kita ni ye, tak sangka. Kawin bising bercerai pun bising juga ke?

Tanpa Nama 19 November 2012 7:43 PTG

Biasalah tak pelik retis skrg!! Nama pun artis.. Pelakon. Nikah kawin suka hati. Mcm tukar baju!!
Susah yg betul2 serius dlm perkahwinan. Berkekalan hingga ke akhir hayat.

Tanpa Nama 28 November 2012 12:58 PTG

Mereka berdua ni tk prnh nk berterus terang sbb tu ler citer perceraian mmereka ni tk prnh habis smpai saat ni.klau dh bercerai ngakulah ni berteka teki lgi.selagi tkde pengakuan terus terang dan jujur dri kedua2nya selagi itu lh gosip murahan ini tkkan berhenti.Kepada Erra klau betul2 nk selamatkn rumahtangga kurang2kan ler aktiviti seni tu..fikirlh sedlm2nya apa tujuan kita membina rumahtangga dan apa tujuan kita membina keluarga.maaf andai kata2 saya ni menyinggung perasaan mna2 pihak.

Tanpa Nama 29 November 2012 2:05 PG

kata dato fadhilah kamsah sbb utama perceraian adalah pasangan tak menjaga solat so erra and imran jaga solat tak

Tanpa Nama 21 Disember 2012 4:25 PTG

aku respek ngan artis wanita yang sanggup bersara demi menjaga keluarga mereka.apa pun kita xbleh judge org ssuka ati kita.mslh diorg je yg tau.tapi biasanya klu perkahwinan kali prtama xkekal,perkahwinan second mnemui kebahagian..i2 pd pndgn sy ler..klu ppuan yg asyik kwen cerai org mesti slhkn ppuan kn?..xadil btollah..appun doakn kak erra bahagia..

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..