Rosyam Dapat Ijazah Dari UMK

Pada: Rabu, 19 September 2012 Tahniah kepada Rosyam Nor kerana telah mendapat Ijazah Kehormat Sarjana Seni (Keusahawanan Industri Kreatif) daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bersempena konvokesyen kali ke-2 pada Sabtu lalu. Mengikut portal mStar, Rosyam menerima Ijazah ini adalah diatas 26 tahun dia bekerja keras dalam bidang anak seni.

“Saya masih terkejut dan tersentuh dengan penganugerahan ini. Saya tidak sangka usaha saya pada cabang seni selama 26 tahun dihargai dan mendapat perhatian ahli akademik.

“Kalau diikutkan kelulusan, siapalah saya tetapi apabila lebih 30 ahli senat UMK memberikan pengiktirafan ini, saya berbesar hati menerimanya,” kata Rosyam.


Tag : , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih