Izreen Azminda Selamat Diijabkabulkan

Pada: Isnin, 3 September 2012 Tahniah kepada pelakon muda yang mula mencuri perhatian penonton menerusi drama Juvana di TV3, Izreen Azminda yang diijabkabulkan pada 30 Ogos lalu dengan pasangan pilihannya yang juga seorang jurukamera, Mohammad Riza Baharuddin.

Difahamkan mereka sudah bertunang sejak 1 Januari 2012 dan menamatkan tali pertunangan berkenaan dengan sesuatu yang lebih bermakna yakni ijabkabul. Sebelum diijabkabulkan, Izreen telah selamat untuk satu majlis khatam al-Quran yang bermula jam 10 pada hari yang sama.

31 Ogos pula adalah majlis persandingan mereka di lokasi yang sama di Jitra Kedah. -sumber MediaHiburan | GUA | Cari

banner

Tag : , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih