Fasha Sandha sudah hamil?

Pada: Isnin, 30 Julai 2012
Belum ada berita rasmi lagi yang keluar melalui empunya badan, namun desas desus ada yang menyatakan Fasha Sandha sudah kelihatan hamil. Dakwaan ini mula timbul apabila sekeping gambar Fasha Sandha dan Jejai ketika berada di Tokyo Jepun untuk sambutan hari jadi Jejai ke-36.

Gambar berkenaan yang dimuatnaik oleh Fasha melalui laman Istagram miliknya itu telah menampakkan perutnya yang agak berisi. Dan ramai komentar dalam gambar berkenaan menyatakan kegembiraan dan keriangan melihat gambar yang dikatakan Fasha hamil anak sulung. tidak tahulah ianya memang perut buncit akibat makan banyak. Hehe.

Tag : , , , , , , , ,