Percutian ke Cambodia Paling Murah Jun Ini!

Pada: Jumaat, 8 Jun 2012
Pastinya waktu cuti persekolahan sudah pun selesai beberapa hari yang lalu. Namun berita baik ini ditujukan khas buat pelajar-pelajar IPTA yang rata-rata sudah bakal bercuti semester yang agak panjang. Namun tidak juga terlupa kepada mereka yang gemar melancong dengan bajet yang besar mahupun kecil. Berita ini merujuk kepada satu cara melepaskan stress ketika belajar yakni dengan pergi melancaong. Jom melancong!
Admin ada pergi ke satu laman yang menyatakan konsep bercutinya yang agak berbeza dengan yang lain. Laman ini dikenali sebagai laman Ustaz Yahya yang juga pengendali laman berkenaan. Konsep cuti yang ditekankan amat menitikberatkan soal agama dan ketertiban sewaktu dengannya. Namun bukanlah penghalang besar sebenarnya, ianya cuma sebagai panduan cara umat Islam bercuti dengan lebih aman, halal dan bermunajat seterusnya menikmati alam semulajadi ciptaan Ilahi yang sungguh menakjubkan. Nak tahu dimana tempatnya?

Photobucket

Photobucket

Destinasi perlancongan yang ditawarkan oleh laman Ustaz Yahya ini adalah pergi Cambodia atau bahasa Melayu, Kemboja pada 15 dam 30 JUN ini. Memang agak mengejutkan juga, sebab di negara ini, terdapat banyak keistimewaan dan juga benda yang jarang ada di negara kita sendiri. Walaupun dikatakan kurang sedikit moden, namun ianya seperti membawa kita dalam suasana yang semulajadi terhadap kawasan sekeliling di Kemboja (Cambodia).

Anda bakal dapat menaiki kapal persiaran, namun bukanlah kapal persiaran mewah yang siap segala fasiliti, cukup sekadar kapal persiaran yang seakan-akan kapal nelayan yang sudah diubah suai menjadi satu kapal persiaran untuk meronda-ronda sungai Mekong, sungai ke-3 yang terpanjang di dunia. Bukan anda bakal kebulur dalam kapal ni, tidak sama sekali, bab-bab makan sahaja, anda akan diberikan sajian dan hidangan tempatan yang pastinya halal sambil menikmati panoraman yang sungguh mengasyikkan.

Photobucket

Photobucket

Soal penginapan pula, anda pastinya diberikan 100% layanan yang tidak terhingga. Rata-rata hotel di Kemboja (Cambodia) adalah hotel yang amat termurah sekali dan lebih murah di kebanyakkan hotel di negara kita. Dan yang paling menarik sekali adalah, ada juga pelancong yang tidak suka tinggal di hotel, namun mereka gemar tinggal ala kampung dengan fasiliti yang mencukupi setanding hotel 5 bintang, diberi nama 'gouse hous' di Kemboja (Cambodia) dengan boleh dapat harga RM800 untuk 4 hari 3 malam. Macam tak percaya kan.

Ada lagi, di Kemboja (Cambodia), Muzium Tengkorak (Tuol Sleng Genocide Museum). Muzium ini dibina atas dasar memperingati hampir 2 juta jiwa yang telah dibunuh pada zaman kekejaman pol-pot, tahun 1975 . Memang menarik, dan jarang sekali dapat melihat tengkorak seumur hidup secara live. Selain itu juga, alat-alat kekejaman serta penyeksaan juga di pamerkan.

Photobucket

Photobucket

Semua diatas ini adalah sebilangan kecil daripada program yang diadakan, anda bakal diajak membeli belah di sekitar ibu kota Kemboja (Cambodia), Phnom Penh (ikut kemampuan anda), aktiviti makan makanan tradisi kemboja, dilayan seperti raja sehari (orang Kemboja memang sangat terkenal dengan keramahannya) dan yang pasti suasana yang nyaman (tidak kotor dan kebersihan adalah nombor 1 di Kemboja)

Soal bajet dan harga anda tidak perlu risau dan bimbang kerana dalam laman ini, dengan dari RM550 sehingga RM1050 sahaja anda dapat menikmati sehingga 5 hari 4 malam dengan begitu teramat murah sekali jarang-jarang anda temui. Dan pastinya ianya sesuatu percutian yang menjimatkan dan menghiburkan pernah anda alami seumur hidup.
Photobucket
Tunggu apa lagi, silalah ke laman ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tempat-tempat menarik yang ada di Kemboja (Cambodia). Anda boleh baca dengan lebih lengkap atau terus sahaja menghubungi pengendali laman berkenaan dengan kadar yang segera, takut pula penuh pakej berkenaan, anda juga yang melepas..

www.cambodiamuslimholiday.com
CALL/SMS: 012-6445-007 / 017-3220-116
EMAIL: ustyahya@ymail.com / yafiz31@gmail.com

Tag : , , , , , , , , , ,