Kes Cerai Tangguh, Aidil muncul berdepan Rita

Pada: Rabu, 2 Mei 2012 Sebutan kes tuntutan lafaz cerai yang difailkan oleh Aidil Zafuan Abd Razak terhadap Rita Rudaini terpaksa ditangguhkan kerana Rita tidak bersetuju dengan alasan penceraian yang diberikan oleh pihak plantif. Pihak Mahkamah Rendah Syariah Petaling menetapkan tarikh 16 Mei depan bagi pasangan tersebut menghadiri proses Jawatankuasa Pendamai untuk menyelesaikan kes penceraian mereka.

"Rita redha dengan apa yang terjadi tapi tidak adil untuk Rita diceraikan tanpa sebab. Alasan dia kami tiada persefahaman dan tak serasi itu, Rita tidak boleh terima kerana sebelum dia keluar rumah, hubungan kami elok saja. Alasan dia tidak masuk akal kerana jika ada pergaduhan, Rita boleh terima, tapi ini tidak ada pergaduhan langsung.

"Tiba-tiba saja dia nak bercerai, jadi Rita terpinga-pinga kenapa perkara ini boleh berlaku. Rita rasa tak berbaloi untuk Rita setuju sebab Rita masih waras. Selagi tidak mendapat satu alasan yang kukuh untuk bercerai, Rita tidak akan setuju. Rita tak boleh hidup dalam keadaan tak tahu sebab. Rita nak tahu dulu apa alasan kukuh dia supaya Rita boleh terima," ujar Rita -Via

banner

Tag : , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih