Azrinaz Mazhar Hakim Muncul di TV

Pada: Jumaat, 25 Mei 2012
Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar membuat kemunculan kepada umum buat pertama kalinya dalam program On Air selepas berpisah sebagai isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah (20 Ogos 2005-16 Jun 2010). Azrinaz ditugaskan untuk mengajar beberapa teknik mengenai tugasan ‘stand upper'. Azrinaz juga turut tampil pada episod penyingkiran bersama peneraju utama On Air, Aznil Nawawi bersama Datin Seri Normala Samsudin.

On Air akan keudara setiap Rabu hingga Ahad, pukul 10 malam di Astro Ria. Seramai 20 peserta yang digelar sebagai perantis akan berentap bagi merebut gelaran juara sebelum dipilih bagi mengikat kontrak sebagai Artis Residen Astro. -Via

Tag : , , , , ,