Ady, Zuhaidah tak jadi cerai, buat sidang media

Pada: Khamis, 24 Mei 2012
Ady Putra hadir bersama isterinya, Zuhaidah Yusof di mahkamah syariah persekutuan pada 11 Mei lalu, bagi menghantar borang penarikan balik kes tersebut selepas 10 hari permohonan tersebut difailkan. Baru-baru ini, Ady dan isteri telah tampil mengadakan satu sidang akhbar di Hotel Park Royal.

“Kami buka fail secara baik, jadi kami tutup kes ini juga secara baik

“Saya bersyukur orang menuduh saya ‘main-main’ kerana saya yang dapat pahala. Bagi saya, apa yang berlaku adalah masalah rumahtangga kami. Saya buat perkara yang benar, jadi jika kena bertubi-tubi, saya diam saja kerana saya tak boleh nak menghentikan andaian serta spekulasi orang

“Mungkin ramai yang nak tanya sama ada jadi atau tidak kami bercerai. Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya dan isteri telah menutup fail penceraian itu di mana persefahaman yang telah bergolak selama ini sudah kembali pulih. Saya terbuka untuk berkongsi kepada semua tapi tentang aib itu, maaf saya tidak dapat cerita sebab ini melibatkan masalah dalam rumahtangga.

“Tujuan saya dan isteri mengadakan sidang media ini juga adalah untuk meleraikan serta menjelaskan tentang spekulasi dan andaian ramai pihak yang kononnya saya dah bercerai, ada orang ketiga serta punca bercerai kerana isu kami tidak ada anak. Bagi saya, semuanya tidak ada kena-mengena dengan masalah yang timbul antara kami.

“Ada juga orang kata punca perkara ini berlaku kerana populariti saya yang meningkat sekarang. Bagi saya, perkara ini kelakar. Kalau nak kata saya popular, saya tak pernah menang apa-apa anugerah lagi. Saya tetap orang yang sama. Bagi saya ini bukan sebab populariti tapi memang urusan dalam rumahtangga kami.” -GUA

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..