Siti Nurhaliza sesi fotoshoot dengan Rabbani

Pada: Rabu, 25 Januari 2012
Konsert percuma, Muhammad Al-Ameen yang bakal diadakan di Dataran Tamadun Islam, Kuala Terengganu, sempena sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah nanti, disifatkan cukup istimewa kerana gabungan diantara Dato' Siti Nurhaliza dan Rabbani.

Konsert berkenaan amat istimewa kerana merupakan gabungan penganjuran Rabbani Productions Sdn Bhd bersama Siti Nurhaliza Production (SNP) yang telah sekian lama dirancang dan akhirnya terlaksana.

Selain itu, beberapa artis popular seperti Amy Search, Najwa Latif dan Sabri Yunus juga bakal tampil mengadakan persembahan.

Selain acara konsert, turut diadakan karnival selama tiga hari bermula pada 3 hingga 5 Februari ini. Malah turut diadakan secara ekslusif, Malam Gala Eksklusif Bersama Dato' Siti Nurhaliza dan Rabbani. Untuk acara ini, para peminat boleh mendapatkan tiket pada harga RM175, RM275 dan RM500. -Via

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..