Nora Nafi Bercinta dengan budak IPTS

Pada: Selasa, 31 Januari 2012
Nora Danish menolak dakwaan kononnya dia sedang hangat bercinta dengan seorang penuntut kolej swasta, IPTS yang jauh lebih muda darinya. Nora berkata, tuduhan itu adalah tidak benar sama sekali dan dia memberitahu tidak pernah mengenali mana-mana lelaki yang masih menuntut di kolej.

"Saya langsung tidak tahu menahu mengenai lelaki yang dimaksudkan kerana tidak pernah kenal mana-mana penuntut kolej apatah lagi untuk bercinta,"
Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai berita perkahwinan bekas suaminya dengan Fasha Sandha.
"Saya hanya boleh mendoakan semoga mereka bahagia dan selebihnya saya tiada hak untuk bercakap atau komen mengenai keputusan mereka," -Via

Tag : , , , ,