Ana Raffali nikah 25 Feb ini?

Pada: Sabtu, 28 Januari 2012
Ana Raffali, 27, mencuri perhatian ramai apabila berita pernikahannya mula tersebar. Dalam beberapa laporan media hari ini, juara AJL 25 itu dikatakan akan melangsungkan pernikahan pada 25 Februari hadapan dengan pemuda pilihannya, Aznaim Abdullah, 30.

“Memang Ana akan berkahwin pada Februari ini, tetapi Ana tak mahu umumkan tarikh sebenar. Tunggulah pengumuman rasmi pada minggu hadapan. Majlis pernikahan akan diadakan di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati . Sebelum bernikah, kami akan adakan majlis pertunangan terlebih dahulu untuk mengikut adat. Kami buat majlis tunang dan nikah pada hari yang sama kerana hendak memudahkan kedua-dua pihak. Selepas akad nikah, majlis resepsi akan diadakan di perkarangan masjid bagi menjamu tetamu yang hadir. Tiada majlis resepsi lain selepas itu,” -Via

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..