Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Azlan The Typewriter timang anak sulung

Sabtu, 31 Disember 2011

Dikhabarkan yang vokalis kumpulan The Typewriter, atau dikenali sebagai Azlan The Typewriter telah selamat menimang anak sulung beliau. Isterinya, Normala Hassan dikatakan selamat menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta berhampiran. Nama dan berat bayi ini tidak dipastikan, namun tahniah kepada Azlan dan Normala. Mereka diijabkabulkan pada awal Januari 2011.

Kembar Zizan RL orang putih!

Zizan semalam muncul dalam Maharajalawak Mega. Namun itu sudah menjadi perkara biasa, bagi segelintir peminat Zizan RL ni, mungkin ada juga yang masih tidak tahu, yang Zizan sebenarnya ada saudara kembar tapi bukan di Malaysia, orang putih. Nama kembar Zizan tu, Barry Manilow. Tengok gambar dibawah ni, seiras bukan.

Senarai pendapatan Filem tahun 2011

Jumaat, 30 Disember 2011

Bagi peminat-peminat dan juga penyokong setia kepada filem tempatan, pastinya korang ingin tahu berpaa kutipan filem sepanjang tahun 2011 ini, memang banyak kejutan dan juga tidak kurang yang kureng mendapat hasil setimpal dengan kos yang telah mereka laburkan. Memang adat resam selera penonton, mesti faham selera juga kan, jangan dok buat filem ikut kemahuan diri, tapi buatlah filem ikut kemahuan penonton atau peredaran masa. Kan2...

klik untuk besarkan..

Rozita Che Wan bawa Zain Saidin bercuti

Rozita Che Wan mengakui keluar bersama pelakon yang digosipkan mempunyai hubungan cinta dengannya iaitu Zain Saidin di Genting Highlands, Pahang baru-baru ini. Rozita berkata, percutian sehari itu turut disertai oleh dua orang anaknya iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra yang sekarang ini sedang bercuti penggal persekolahan.

"Memang saya pergi ke Genting Highlands bersama Zain tetapi jangan salah anggap pula sebab anak-anak saya pun ikut sama. Kebetulan pula sekarang ini tengah cuti sekolah,"
Rozita diminta mengulas mengenai hubungannya dengan Zain selepas ada beberapa orang peminat dan juga pekerja di pusat peranginan itu yang melihat mereka.

Rozita tidak mempunyai apa-apa hubungan cinta dengan Zain tetapi disebabkan anak-anaknya begitu rapat dengan pelakon tersebut maka adalah lebih baik dia mengajaknya bersama.

Wardina tinggalkan MHI

Minggu ini dan juga hari ini, Jumaat maka pengacara kita yang kita sayangi, Wardina bakal meninggalkan Malaysia Hari Ini di TV3. Katanya melalui laman sosial Twitter miliknya. Wardina sangat sedih dengan berita ini memandangkan MHI adalah satu program yang menapak dihatinya selama 5 tahun. Dan kini tidak dipastikan mengapa dia meninggalkan program berkenaan, mungkin rezeki Wardina tidak lagi disitu, mungkin ditempat lain.

Gambar Iqa Mentor seksi

Khamis, 29 Disember 2011

Berdarah hidung tengok gambar Iqa Mentor versi basah ni jah oi. Seksi cukup seksi walaupun pakai baju tak berapa seksi, mungkin korang lebih arif mendalamani seksinya itu. Hehe. Apa-apa pun enjoy dulu, admin tak mo nilai apa-apa, korang yang bijak sana tu, boleh nilai.

Anak kecil Ziela Jalil?

Memang kita tak akan percaya yang Ziela Jalil melahirkan anak apatah lagi mengandung. Sebab kita tak nampak dirinya bernikah kembali dengan orang lain, dan itu sudah tentunya menjadi satu penafian yang keras buat Ziela sendiri. Namun yang menjadi persoalan siapa anak kecil yang didakwa oleh sebuah blog hiburan bernama Ibrahim Junid yang didukung oleh Ziela ni. Kemungkinan disini anak itu merupakan dijadikan anak angkat Ziela sekeluarga. Lagi peliknya, pesal nama anak tue dibubuh Junid, seperti mem'bin'kan suaminya dahulu, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob. Zzz.. Tanya sama pokok~

Gambar percutian Yuna, Qi di Eropah

Jeng jeng. Inilah dia bakal percutian paling mengasyikkan bagi pasangan kekasih Yuna dengan Qi di beberapa buah negara di Eropah. Memang jarang kita dapat lihat sepasanga kekasih selebriti yang bercuti jauh seperti ini. Sungguh asyik. Tapi tak tahulah kalau dorang berdua sahaja atau ada orang lain yang join bersama.


























Gambar BCL sosial tersebar?

Rabu, 28 Disember 2011

Sungguh tak terduga mengenai penyebaran gambar mirip Bunga Citra Lestari isteri kepada Ashraf Sinclair. Tidak dipastikan adakah ini gambar sosial Bunga selepas/sebelum berkahwin dengan Ashraf, atau hanya orang lain yang mirip Bunga. Yang menjadi persoalan disini, adakah ini Bunga dan benarkan Bunga masih mengulangi kelakuannya yang dahulu (sebelum kahwin). Namun ada desas desus mengatakan ini hanya lah trik untuk propaganda mengagalkan usaha Bunga Citra Lestari yang bakal keluar dengan album baru beliau tidak lama lagi.. Zzz..

Khairul Fahmi hiasi majalah Glam

Wah kini memang tidak sah lagi perkhabaran kementerian mahu melahirkan kerjaya bola sepak sebagai satu kerjaya jutawan akhirnya bakal kita lihat tidak lama lagi, populariti mereka juga bakal setanding dengan selebriti tempatan. Contohnya Apek, atau Khairul Fahmi Che Mat yang merupakan penjaga gawang untuk Negara. Apek memang selalu menjadi perhatian ramai melalui dari episod pertunangannya sehinggalah ke kekasih hatinya. Namun kini nama beliau sudah pon menjadi perhatian, dan Majalah Glam sekali lagi menampilkan artis bolasepak yang cukup gak ini menghiasi majalah berkenaan. sebagai tambahan, model bersama Apek di majalah tu bernama, Anastascia..

Dato' Siti Nurhaliza bersama SitiZoners

Gambar dibawah adalah gambar dimana Dato' Siti Nurhaliza melakukan aktiviti bersama peminatnya, SitiZoners sekaligus meraihkan ulangtahun ke-8 club berkenaan. Bersempena dengan cuti panjang minggu lalu, Siti bersama suami, Datuk Khalid Mohd Jiwa telah menyertai aktiviti riadah bersama SitiZoners di Sungai Congkak, Hulu Langat, Selangor.

Azza Elite kahwin awal tahun 2012

Selasa, 27 Disember 2011

Selepas lama hidup tanpa dibelai kasih sayang seorang suami selama 5 tahun, Azza Elite akhirnya bakal menamatkan zaman jandanya dengan seorang pramugara pada awal tahun depan. Keputusan itu diambil setelah melihat penerimaan baik daripada jejaka tersebut terhadap statusnya dan anaknya, Marissa Janna, 6.

"Selain wajahnya yang comel, saya terpikat dengannya kerana keterbukaan untuk menerima saya dan anak saya.

"Bagi saya senang sahaja. Jika bakal suami saya boleh menerima saya dan anak saya, nampaknya saya mudah selesa untuk berkawan dan bersamanya.

"Dia pun seorang lelaki yang sangat baik kepada saya dan tak pernah mengguris hati saya. Jadi apa salahnya saya menerimanya kerana saya pun sudah lama menjanda.

"Sepanjang perkenalan, nampaknya masing-masing mudah untuk sesuaikan diri dan keadaan. Malah kami selalu mencapai persefahaman dalam perbincangn bersama.

"Jadi InsyaAllah kami akan bernikah pada awal tahun 2012. Tarikhnya saya akan umum pada masa yang sesuai kerana terlalu awal untuk saya mengumumkannya sekarang," katanya. -Via

Dato' Siti Nurhaliza hiasi Majalah Glam

Majalah Glam memang sebuah majalah hiburan yang sedang meningkat naik dimana pembaca hiburan tempatan. Ramai yang memberikan kepercayaan kepada Majalah ini untuk terus maju, dan Majalah Glam juga memberikan kepercayaannya untuk menyiarkan apa yang paling terbaik sekali. Dan yang terbaik dan terbaru yang dikeluarkan oleh Majalah ini adalah cover depan edisi majalah itu yang sungguh unik, menampilkan Dato' Siti Nurhaliza persis mengayakan aksi Madonna. Rambut tu harap maklum, bukan rambut sebenar Siti, rambut adalah palsu.

Edito Glam: Untuk cover Glam, Datuk Siti dipakaikan rambut palsu sepenuhnya malah masih memakai serkup di bahagian belakang kepala. Efek grafik dan pencahayaan membuatkannya nampak seakan tidak melitupi langsung rambut. Siti juga tidak memerangkan rambutnya untuk penggambaran ini.

Reaksi Erra Fazira kahwin Lisa, Yusry

Umum dah tahu yang Erra Fazira adalah bekas isteri kepada Yusry KRU, dari 2003-2005. Memang sudah lama berlalu, dan kini Erra mungkin cukup berbahagia dengan Engku Emran, suaminya yang tercinta. Namun mungkin ramai yang nak tahu apa reaksi Erra terhadap perkahwinan ke-2 Yusry ini. Tapi reaksi ini tidaklah kepada Yusry, namun untuk Lisa Surihani melalui laman sosial, Twitter.

Khairy Jamaluddin penghias majalah Maskulin

Isnin, 26 Disember 2011

YB kita seorang ni memang kini sudah menjadi popular, nama makin meningkat dan juga karekter diriinya di mata UMNO dan Barisan Nasional, lantang bercakap dan berani itu lah dia, Khairi Jamaluddin. YB ni sekarang memang banyak kerjaya, lihat lah dah jadi model untuk majalah MasKulin. Segak dan tampan gitue lor..

Video Pengumuman Kahwin Lisa, Yusry


Umum dah tahu yang Lisa dan Yusry bakal berkahwian dua bulan lagi yakni 23 Feb 2012. Memang ramai yang gembira dan ada juga rasa tidak puashati, tidak puashati pasal apa, yang tu, korang paham-pahamkan sendiri lah yer. Huehue. Ok sekarang jum kita layan video live semasa pengumuman tarikh perkahwinan berkenaan. Sehinggakan David Teo pun risau kalau Lisa dah xnak berkerja dengannya lagi sebab berada dibawah naugan KRU.

23 Feb 2012 Lisa, Yusry kahwin

Ahad, 25 Disember 2011

Tahniah!!.. Teka-teki mengenai tarikh perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim terjawab apabila mereka mengumumkan bakal bernikah pada 23 Februari 2012. Yusry berkata, dia tidak berniat untuk menyorokkan tarikh perkahwinan mereka kerana perlu berbincang dengan kedua-dua belah keluarga terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pegumuman.

belum kahwin dah peluk sakan nampak.. huehue..
"Seperti yang sering saya katakan sebelum ini bila keluarga telah mengetahui mengenai perkara ini baru akan diberitahu kepada media tentang tarikh perkahwinan kami. Bukan ingin menyorok daripada media tetapi menghormati keluarga kedua-dua belah pihak," ujarnya.
Yusry dan Lisa membuat pengumuman itu dalam satu sidang media khas di Hotel Marriot Putrajaya, Sabtu. Dalam pada itu, Yusry memberitahu pihak keluargannya juga telah pun merisik Lisa dalam satu majlis ringkas yang diadakan pada Jumaat malam.

Ujarnya, majlis tersebut diadakan secara ringkas dengan kehadiran keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan telah memberikan sebentuk cincin sebagai tanda.

Sementara itu, Lisa berkata, majlis akad nikah akan dilangsungkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya selepas solat Asar manakala resepsi perkahwinan dijadualkan pada 26 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Lisa berkata, dia dan Yusry sepakat untuk mengadakan sebuah majlis perkahwinan yang sederhana dan tidak terlalu mewah untuk hari bahagia mereka nanti.

Fazley kini bergelar 'datuk'!

Sabtu, 24 Disember 2011

Tahniah kepada Fazley yang juga seorang pakar motivasi dan juga penyanyi kerana bergelar 'datuk' pada majlis ulang tahun ke-81 Sultan Pahang di Istana Sultan Abu Bakar di Pekan baru-baru ni. Darjah tersebut disampaikan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Turut mendapat anugerah berkenaan adalah AC Mizal dan juga Eizlan Yusof. Namun dengar-dengar ada segelintir pihak atau yang iri hati yang mengatakan pangkat 'datuk' ni dibeli oleh mereka, tidak dapat dipastikan kalau ianya satu pemberian kebesaran dari Sultan atau pun ada dibeli. Wallahualam, yang penting kita berfikiran sihat dan positif, mereka dapat atas sumbangan mereka sendiri terhadap Negara.