Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Johan sedia apa pun risiko! isu saman Ogy

Rabu, 30 November 2011

Sebelum ini Ogy telah mendakwa dirinya telah diaibkan oleh Johan di hadapan penonton termasuk tetamu VVIP, TPM, dengan jenaka tidak relevan sepanjang majlis FFM24 berlangsung. Menyifatkan isu ini sebagai sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh, kata Ogy, dia nekad untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Johan. Johan enggan memberi penjelasan lanjut mengenai 'ketelanjurannya' itu kerana enggan memanaskan lagi keadaan.

"Buat masa ini, saya belum menerima apa-apa surat saman. Saya tidak mahu komen lebih-lebih mengenai perkara ini.

"Jika saya ada apa-apa program melibatkan media, baru saya bersedia untuk memberikan kenyataan kerana saya mahu adil pada semua teman media.

"Saya tidak mahu ulang benda sama banyak kali. Biar kita duduk pada suatu tempat yang sama, tanyalah apa pun, saya bersedia untuk menjawab," -Via

Gambar Izara Aishah & Tasha Shilla

Gambar Izara Aishah (rantai warna warni) dan juga Tasha Shilla (rantai Mutiara) yang serba kuning menawan dibawah ini diambil di Pameran Busana Perkahwinan Mutiara yang baru-baru ni berlangsung, mereka berdua ni merupakan pelakon yang kini meningkat namanya. Kedua-duanya cukup cantik dan menawan. Memiliki pakej yang yang menarik. Jadi memang tak salah kalau mereka bakal menyaingi artis-artis lama.

Tasha Shila

Tasha Shila

Tasha Shila

Tasha Shila

Tasha Shila

Izzara Aishah

Izzara Aishah

Izzara Aishah

-Gambar Via

Hattan bidas Zubir Bharian

Haha. Kali ini penulis gosip terkenal dengan lazernya, Zubir terkena hint oleh Hattan. Hattan memang tak suka dengan Zubir sebab menulis ikut suka hati dia tanpa mengira dan mengetahui hal yang sebenar. Hattan yang seperti kita tahu seorang yang series, memang tak boleh control dah cakap. Habis kena hentam. Alahai, Zubir-zubir.

“Aku tengah drive ke KLIA untuk jemput isteri aku balik dari Hong Kong — memang tiada isu dan kau ada baca tulisan Zubir Berita Harian?”

“Dia tulis aku ceraikan isteri aku dengan talak tiga — suka hati dia — walaupun tidak menyebut nama aku, tetapi aku tahu dia tujukan pada aku,”

“Aku tidak panggil (majlis perkahwinan Hattan) dia seorang sahaja, wartawan lain semua aku beritahu, dia siapa lagi pun, bukan Anuar Zain, sudahlah- gemuk pendek ada hati mahu di’sanjung sanjung. Kau tulis apa aku cakap,” ujar Hattan lagi. -Via

Siti Saleha penghias Majalah Jelita

Selasa, 29 November 2011

Siti Saleha kali ini telah dijemput untuk menghiasi majalah Jelita edisi Disember 2011. Kalau mengikutkan dan fahaman admin, ini kali pertama Siti Saleha shoot untuk cover sebuah majalah. Baguslah kalau macamtu, ada rezeki kan. hehe. Siti Saleha ni memang cantik orangnya. Apa-apa pun nak tahu lebih lanjut, g la beli ni majalah.

Tahniah, Along & Zila menimang anak sulung

Tahniah kepada Along Raja Lawak dan juga isterinya Zila Seron kerana Zila telah selamat melahirkan anak sulung mereka pada 12 November yang lalu. Nama anak adalah, Ahmad Danial. Ahmad Danial dilahirkan di Hospital An-Nur, Bangi Selangor pada jam 2.04 petang dan kelihatan sihat dengan berat badan 2.52 kilogram. Sekarang Zila yang masih dalam waktu berpantang bersama bayi mereka di kediaman orang tuanya di Johor.

gambar Via

Linda Jasmine disahkan Hamil 4 Bulan

Isteri pelakon Que haidar, Linda Jasmine, disahkan 95% oleh doktor bakal menimang bayi perempuan pada Mei 2012. Linda yang sedang hamil empat bulan itu begitu teruja apabila mendengar berita tersebut memandangkan dia memang inginkan anak perempuan selepas kelahiran bayi kedua, Tengku Ratu Haidar, 2 tahun.

Sebelum ini, Linda melahirkan Ratu secara pembedahan dan dia akui alahan dengan ubat tahan sakit. Selepas dua tahun Ratu lahir, mereka memang mahu merancang untuk mempunyai anak lagi. Linda begitu nampak gembira sekali dan bersyukur kerana hamil lagi. Lagipun usia saya semakin meningkat.

Gambar Scha al Yahya berbaju biru

Isnin, 28 November 2011

Dah lama tak post entry mengenai Scha al Yahya kan. Mungkin peminat-peminat Scha ternanto-nanti gambar terbarunya. Nah ni gambar Scha al Yahya yang diambil ketika dia menghadiri Karpet Merah FFM24 yang lalu. Tengok baju memang lawa dan cantik, tapi rambut Scha seperti tak diurus la. Mungkin sibuk kot, ke sana ke mari. sibuk berlakon drama/filem. Dengar-dengar, perkahwinan Scha dapat tajaan Astro sama dengan Lisa Surihani, bertuah badan nok. Hehe. Apa-apa pun enjoy dulu gambar Scha di bawa ni erk sempena cuti hari ni.

Scha Alyahya

Scha Alyahya

Scha Alyahya

Scha Alyahya

Scha Alyahya

-Gambar Via

Johan RL Kurang Ajar! -Ogy

Ahad, 27 November 2011

Episod ini berlaku semasa Festival Filem Malaysia (FFM) ke-24 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Ahad lalu. Idea pihak Astro menggabungkan Fauziah Ahmad Daud dengan Johan Raja Lawak sebagai hos mungkin dianggap boleh memberikan kelainan.

Namun, siapa sangka sebenarnya berlaku konflik senyap yang mungkin tidak disedari oleh kebanyakan penonton. Kekecewaan diluahkan oleh Fauziah atau Ogy ini mengenai sikap Johan terhadapnya sepanjang mengemudi majlis yang disaksikan hampir satu juta penonton itu.

Dakwa Ogy, Johan telah mengaibkannya di hadapan para penonton termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan jenaka tidak relevan sepanjang majlis berlangsung.

“Hampir satu juta penonton dapat saksikan bagaimana Johan memperlekehkan, mengaibkan dan mempersendakan saya di pentas FFM. Ini bukan gelanggang Raja Lawak. Di depan tetamu kenamaanteri pula tu.

“Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita.

“Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu,” katanya.
Menurut Ogy, sepanjang majlis, dia hanya mampu beristighfar di dalam hati walau sedih dengan sikap Johan yang dianggap keterlaluan. Bagi Ogy, dia harus bersikap profesional kerana mahu tidak mahu, majlis perlu diteruskan dengan baik.
“Saya tak tahu kalau ada yang perasan atau tidak, tetapi sepanjang berada di pentas, saya hanya menahan rasa kecewa dengan kerenah Johan yang kurang ajar.

“Sebagai manusia, bohonglah kalau saya tak terasa bila orang memperkotak-katikkan arwah ibu dan bapa, mengutuk saya ni dah tua dan sebagainya.

“Jangan kerana saya ni anak yatim dan tidak bersuami maka orang boleh memperlekehkan saya.

“Saya tahu saya ni dah berusia, tetapi saya tidak perlukan orang untuk menyedarkan saya mengenainya.

“Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu perasaan saya ketika dimalukan sebegitu sekali,” kesalnya.

Gambar Seksi Lisa Surihani di ABP 2011

Sabtu, 26 November 2011

Gambar dibawah merupakan gambar Lisa Surihani ketika ditemui di majlis Anugerah Bintang Popular 2011 (ABP2011) yang berlangsung di Holiday Villa, Subang Jaya baru-baru ini. Kelihatan Lisa memakai skirt berwarna hitam dan dibaluti dengan kain nipis hitam. Memang Lisa nampak seksi, tapi betisnya telah dibalut, korang tak boleh nampak dengan jelas walaubagaimanapun. Kuikui. Apa-apa pun enjoy dulu.

-Gambar VIA

Gambar Perkahwinan Hattan, Farah

Gambar dibawah merupakan gambar perkahwinan Hattan dan isteri barunya Farah yang dinikahkan baru-baru ni di Nogori Sembilan. Memang tidak ramai menyangka yang Hattan bakal menamatkan zaman 'persendiriannya'. Namun itulah jodoh, kini Hattan sudah bahagia dengan Farah. Apa-apa pun Tahniah lah kepada Hattan semoga rumahtangga kekal abadi selamanya.

Episod Abby Abadi dengan Amira

Jumaat, 25 November 2011

Apa la nak jadi dengan kehidupan Abby Abadi sekarang ni ekr, tawaran lakonan dah makin kureng, timbul pula episod luka bersama seorang wartawan tempatan, Amira yang disangka baik pada mulanya namun menjadi keruh disebabkan artikel yang ditulisnya diakhbar tutzzzz yang hingga kini masih lagi jadi bualan di laman Fan Page Abby. Memang banyak yang menyokong Abby dari mengutuknya. Namun itulah dugaan hidup Abby sekarang yang dia hadapi dan jalani sebagai satu proses lumrah kehidupan. Kita harapkan masalah Abby segera selesai dan semoga dapat mendapatkan 'penganti' Norman. Kalau ustaz ok juga. :)

Maya Karin, Fasha Sandha dalam Intrend

Gandingan mantap diantara pelakon Maya Karin dan Fasha Sandha dalam satu majalah keluaran InTrend edisi Disember 2011. Gandingan seperti ini jarang dapat kita lihat, lebih-lebih lagi melibatkan artis yang mempunyai paras wajah yang menawan. Maya Karin nampak senyum sahaja, manakala Fasha membuka mulutnya. Kan bagus kalau Fasha juga senyum bersama. Sure mantap ni cover majalah. hihi.

Lagu Penakut - Yuna ditarik balik!

Lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain, ciptaan Edry Abdul Halim diumumkan sebagai Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik ke 18 menggantikan lagu Penakut komposer dan nyanyian oleh Yuna.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur AIM 18 dari Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Rosmin Hashim berkata terdapat kesilapan pengiraan undi dibuat oleh juruaudit luar rasmi, AIM 18, Ernst & Young yang mengakibatkan kesilapan pengumuman pemenang pada malam, 12 November lalu.

"Lagu Penakut oleh Yuna, telah tersilap ditentukan sebagai pemenang bagi kategori Lagu Terbaik berdasarkan markah tertinggi yang diberikan oleh hakim-hakim bagi 20 buah lagu yang terdiri daripada 5 calon tertinggi dari sub-kategori iaitu Lagu Pop Terbaik, Lagu Rock Terbaik, Lagu Pop Etnik Terbaik dan Lagu Nasyid Terbaik.

"Mengikut kriteria yang ditetapkan oleh RIM, pemenang Lagu Terbaik mestilah merupakan salah satu pemenang bagi empat anugerah sub-kategori tersebut dan atas dasar itu pemenang lagu terbaik AIM 18 sepatutnya adalah Sedetik Lebih oleh Anuar Zain,"
Kata Yuna..
"Saya tidak rasa malu atau serik untuk menyertai AIM pada masa akan datang kerana bagi saya mereka telah berusaha memperbetulkan keadaan sebenar.

"Saya juga tidak rasa perkara ini akan menjejaskan reputasi saya sebagai seorang penyanyi baru," katanya.

Gambar Lisa Surihani di FFM24

Khamis, 24 November 2011

Gambar dibawah adalah gambar Lisa Surihani sempena Post Party FFM24 baru-baru ini. Kekasih Yusry ni betul-betul menawan dan sungguh anggun di majlis berkenaan. Dengar-dengar perkahwinan Yusri dan Lisa akan disponser oleh Astro dan akan disiarkan kat TV secara LIVE. Kalau betul, baguslah, dah tentu peminat Lisa tak sabar-sabar nak tengok Lisa kahwin secara Live. Tapi masih ada ke yang tak setuju dia dengan Yusry ni? hu..

FFM24

FFM24

FFM24

FFM24

FFM24

FFM24

FFM24

-gambar Via

Fida rapat dengan businessman!!

Pastinya sudah ramai yang mengetahui tentang hubungan cinta yang terjalin antara Fida dan Mamat yang telah putus setelah menjalin hubungan cinta dalam tempoh yang agak singkat. Selepas hubungan percintaannya putus di tengah jalan, dia mengambil keputusan untuk tidak terikat dengan mana-mana lelaki buat masa ini.

"Sebenarnya selepas hubungan saya dan Mamat putus memang ramai lelaki yang cuba mendekati saya seperti di kalangan artis dan orang biasa. Malah, saya akui pernah cuba didekati golongan VIP. Walaupun ramai yang cuba untuk menjalinkan hubungan serius, tetapi rasanya biarlah sekarang saya solo dahulu. Cuma saya tidak nafikan yang kini agak rapat dengan seseorang," jelas kepada Kosmo.
Jejaka tersebut adalah seorang businessman dan mereka berdua sebenarnya sudah lama saling mengenali iaitu sebelum dia menjalinkan hubungan cinta dengan Mamat. selama ini hubungan mereka hanyalah sekadar teman biasa sahaja. Namun, selepas apa yang menimpa dirinya telah menyebabkan hubungan mereka kini menjadi lebih rapat.

Gambar Anak Imam Muda Asyraf

Tahniah kepada Imam Muda Asyraf yang menyambut kelahiran anak sulungnya pada 18 November lalu bersedia untuk mengumumkan nama anaknya selepas tujuh hari bayi lelaki itu dilahirkan (Khamis, hari ini). Menurut Asyraf, lebih elok jika nama anaknya diumumkan pada hari ketujuh memandangkan dia dan isteri, Nurhusna Yusof merancang untuk melakukan majlis aqiqah anak mereka.

Asyraf akan membuat majlis aqiqah untuk anaknya secara kecil-kecilan di surau berdekatan rumahnya di Sungai Besi. Bayi seberat 2.5 kilogram itu dilahirkan di Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi.

-Gambar Via

Gambar Perkahwinan Ezlynn, Adam

Rabu, 23 November 2011

Perkahwinan Ezlynn baru-baru ini dengan pasangannya Adam Fahmy yang juga merangkap pembantu pribadinya sudah pon selamat dengann jayanya. Namun dalam episode (post) yang lepas, kami tak sediakan banyak gambar, namun kali ini, kami berjaya mendapatkan foto majlis pertunangan dan juga majlis perkahwinan mereka yang diadakan di Bukit Kiara. Apa-apa pun jom layan gambar dibawah ni dulu.

-Gambar Via