Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Siti Saleha terbaru..

Isnin, 31 Oktober 2011

Admin memang suka tengok Siti Saleha ni. Orangnya memang manis dan cantik. Betul-betul menawan hati, sejuk mata memandang. Dari lesung pipinya yang menawan. Mungkin bila ada orang stress, tengok Saleha jer, dah reda keadaan. Tak tahu nak kata apa lagi. Jom lah tengok gambar Saleha yang terbaru ni yang diambil baru-baru ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (PWTC).

[gambar Via]

Gambar Fasha Sandha bertudung di Jom Heboh

Jom Heboh di Kota Bahru Kelantan baru-baru ni betul-betul membuatkan ramai selebriti personaliti TV3 yang hadir masa tu untuk apa-apa tugas terutama wanitanya disarankan bertudung. Mungkin kerana polisi negeri itu yang harus dipatuhi. Terutama pelakon Fasha Sandha. Fasha masa itu bertudung atau menutup bahagian rambutnya. Nampak cantik dan sesuai sangat bila Fasha bertudung, kalau dia bertudung kan bagus, mungkin ramai orang tak membencinya. :)

[gambar Via]

Shahz Jaszle, Miera Liyana rancang bertunang!

Bekas kekasih Maria Farida, Shahz Jaszle memang akan merancang untuk bertunang dengan kekasihnya, Miera Liyana. Shah bagaimanapun memberitahu perancangan untuk bertunang dengan Miera itu bukan dalam masa terdekat ini kerana kesibukan kerjaya masing-masing.

"Ya benar saya dan Miera ada berbual-bual mengenai hubungan kami dan salah satu perkara dibincangkan adalah mengenai ikatan pertunangan.

"Tetapi kami tidak mahu terburu-buru kerana masing-masing sibuk dengan pelbagai aktviti. Itu hanya perbincangan sahaja," -Via

Ayu Raudhah keguguran anak!

Ahad, 30 Oktober 2011

Disebalik kejayaan N9 menentang Terengganu malam tadi, ada pula cerita sedih yang berselimut di dalam diri pemain N9 terutamanya Zaquan Adha, tapi tak tahulah kalau Zaquan ada turun semalam sebab admin tak tengok. Yang mana isterinya, Ayu Raudhah yang baru-baru ni dikhabarkan hamil 6 minggu telah pon mengalami keguguran atau lebih dikenali sebagai pendarahan ketika dirinya menjalani penggambaran drama ‘Gemersik Kalbu’ untuk slot Akasia TV3.

Tidak dapat dinafikan, Zaquan adalah orang yang sangat-sangat gembira dan teruja apabila Ayu mengandung anak sulung mereka, tapi dia jugalah sebagai lumrah seorang suami yang sangat-sangat bersedih. Namun itulah takdir Ilahi, Tuhan lebih menyayangi anak Zaquan dan Ayu, semoga bertemu di pintu Syurga nanti, Insyallah.

Petikan dari GUA: “Ya, saya mengandung enam minggu tapi sekarang dah tak ada lagi. Saya baru gugur tak sampai seminggu. Mulanya saya tak tahu saya mengandung sebab bila periksa, keputusannya negatif. Saya sekali lagi membuat ujian kehamilan dan doktor akhirnya mengesahkan saya hamil. Ketika itu garisan di alat ujian kehamilan menunjukkan dua garisan, di mana satu lagi samar-samar. Doktor beritahu kandungan saya mungkin tak kuat.

“Masa saya tahu saya mengandung, Zaquan orang yang paling gembira. Bila gugur, kesian kat dia sebab dia yang paling teruja, berganda-ganda dari saya. Tapi nak buat macam mana, dah tak ada rezeki. Bila disahkan mengandung, keesokan harinya saya pergi menjalani penggambaran drama, ‘Gemersik Klabu’. Waktu itu saya ‘turun darah’. Saya terus pergi ke hospital. Empat hari selepas berada di hospital, baru saya disahkan gugur. Tak ada rezeki, tak apalah. Mungkin itu yang terbaik,” ujar Ayu

Gambar galaknya Miera Liyana !

Sabtu, 29 Oktober 2011

Gambar dibawah ni adalah gambar Miera Liyana dalam sorotan akhbar Kosmo beberapa hari yang lalu. Tajuknya agak menarik, 'galak' dalam sisipan berkenaan. Memang kelihatan galak walaupun kita tahu Miera Liyana adalah seorang comel lote. Nak tahu galak Miera Liyana macamana? jom tengok gambar Miera Liyana dibawah ni, begitu 'happening' tak terkata. Zz.

Gambar Sharifah Sakinah dilamar!

Pelakon yang kini meningkat namanya, Sharifah Sakinah dikhabarkan telah bertunang/dirisik. Ini disahkan lagi oleh portal Gua yang menampakkan Sakinah sedang disarungkan cincin oleh seorang wanita sambil disaksikan oleh abang iparnya, Ijoy. Memang agak mengejutkan Sakinah sebab gambar ini diambil oleh seseorang dan dikirimkannya tanpa pengetahuan Sakinah sendiri. Tapi jelas Sakinah, memang ini adalah waktu merisik tahun yang lepas.

“Kami bukan bertunang, tapi ada perancangan untuk berkahwin. Gambar itu diambil masa upacara merisik tahun lepas.

“Tapi sekarang dah tak jadi kahwin. Kami dah putus sebab masing-masing sibuk dengan kerja. Walaubagaimanapun, cincin itu masih ada pada saya,” jelas Sakinah. -Via

Tudung Yuna yang terkini?

Jumaat, 28 Oktober 2011

Konsert Yuna kini sudah berada dimana-mana. Kiranya internationale la si Yuna ni. Video YouTube yang diberi tajuk "Yuna with "Decorate" in the Bing Lounge, presented by Dick Hannah Dealerships. 101.9 KINK.FM. Portland, OR" mengambarkan Yuna kini merupakan satu aset yang cukup berharga, bahkan dirinya juga kini turut dikenali oleh company2 besar. Wah. Bing tue.


Tapi perasan tak anda? tudung Yuna juga dah mengalamai satu revolusi, makin hari makin pelik kita tengok. xper la, asalkan menutup aurat dan tidak melanggar hukum-hukum Allah. haish, ada-ada jerk ler revolusi tudung zaman sekarang ni, xmo kalah dengan revolusi android. Haha.

Gambar anak Dang Suria

Perkahwinan yang dibina 2 tahun yang lalu (Julai 2009) kini telah memberikan satu suasana baru buat pengacara Dang Suria dan juga komposer, Ad Samad. Kini mereka telah dikurniakan satu cahaya mata yang comel. Nama anak mereka ni diberi nama, Yusha. Nak tengok gambarnya? ni dibawah ni ha ada. Layan dulu.

[gambar Via]

Fara Fauzana pengacara Nona?

Fara Fauzana yang sememangnya sinonim dengan dunia pengacaraan apatahlagi dalam rancangan hiburan Melodi, telah membawa satu peningkatan terhadap mutu rancangan itu. Dan dengar-dengar dari petikan portal Gua mengatakan yang Fara Fauzana adalah orang yang disebut-sebut untuk mengantikan Vanidah Imran dalam rancangan santai, Nona. Sejak beberapa tahun ni rating Nona tidak menentu, bahkan adakalanya penonton dah 'lari' dari menonton Nona.

Selain Fara, turut menjadi bualan hangat penganti Vanidah adalah Rozita Che Wan. Jeng-jeng agaknya mana satu pilihan korang dalam menilai kedua-dua selebriti ini untuk menerajui sebagai seorang personaliti Nona? tunggu jawapannya selepas ini..

Remy kini mengaku Tiz kekasihnya!

Khamis, 27 Oktober 2011

Remy Ishak yang kini berusia 29 tahun, mengakui kini dia sedang bercinta dengan pelakon, Tiz Zaqyah, usia yang masih muda, 22 tahun. 7 tahun perbezaan merupakan satu jurang besar yang ketara. Tapi usia itu buta, cinta itu pun buta. hehe. Dalam satu kenyataan di mStar baru-baru ni, Remy tak mo kecoh-kecoh soal hubungannya denga Tiz, tapi adalah semata-mata untuk menjaga hubungan baik mereka berdua.

"Sekarang, saya sedang berpacaran dengan Tiz. Saya tak mahu kecoh kerana kami masih lagi di tahap berkenalan dengan lebih rapat. Lagipun, kami tidak mahu orang luar mengharapkan sesuatu dan di penghujungnya jodoh kami tidak panjang. Lainlah kalau dah nak kahwin, semestinya saya akan beritahu kepada semua. Bagaimanapun, bagi yang tahu tentang hubungan kami, tahulah, saya tak kisah," katanya. -Via

Aznil Nawawi pergi ke Signal Hill

Signal Hill merupakan tempat yang wajib dipergi ke Sabah. Terutama di bandaraya Kota Kinabalu. Ianya suatu tempat yang menarik dan merupakan satu destinasi pelancongan yang mengasyikkan memandang seluruh bandaraya Kota Kinabalu dari puncak bukit di bandaraya itu. Aznil Nawawi juga teruja apabila pergi ke sana baru-baru ni. Apatah lagi bila datang pada waktu matahari terbenam. :)

Abby luahkan perasaan kepada Zul

Cian Abby Abadi yang sekarang ni dok banyak masalah melanda dirinya, biasalah manusia, semua orang akan hadapi masalah. Abby dalam laman blognya, ada menyatakan luahan hatinya terhadap Zul Ariffin. Segala kisah, gambar dan apa-apa mengenai Zul telah diluahkan dalam satu entry yang amat menyedihkan dalam blog tu. Bagaikan satu episod duka telah Abby harungi. Menjalinkan kasih sayang dengan Zul adalah sesuatu yang tidak pernah difikir oleh Abby.

Dalam ayat-ayat blog tue, Abby sepertinya dah tak punya apa-apa hubungan special lagi dengan Zul sepertinya juga telah putus cinta. Huhu. Tak tahu nak kata apa, korang baca dan hayatilah entry yang ditulis oleh Abby tu di SINI.

Ayu Raudhah Hamil 6 Minggu?

Rabu, 26 Oktober 2011

Tahniah kepada Ayu Raudhah yang jugag isteri kepada pemain bola sepak, Zaquan Adha telah pon dikhabarkan hamil 6 minggu menerusi satu laman blog hiburan. Kalau ini benar maka ini merupakan satu berita yang baik dan amat dinanti-nantikan oleh kedua-dua pihak, memandangkan pertama kali bakal menimang anak sulong tak lama lagi.

Zaquan dan Ayu berkahwin pada bulan Januari 2011 yang lalu. Apa-apa pun pas ni Ayu kena banyak-banyak dok rumah dan jangan buat kerja berat pula.. Yang penting jaga kandungan tu betul-betul.
[Via]

Neelofa dituduh berlagak?

Selasa, 25 Oktober 2011

Ada beberapa orang industri yang mengatakan, kononnya Neelofa sekarang sudah pandai memilih dengan siapa dia hendak berkawan. Malah Neelofa juga dikatakan selalu bersikap perasan bahawa kehadirannya begitu penting dalam banyak acara.

Dek kerana itu juga, kata mereka Neelofa pasang bodyguard, selain hendak tunjuk pada umum yang dia bukan calang-calang orang.

Sebelum ini Neelofa telah menerima ancaman yang boleh menggugat keselamatan dirinya, sebab itu keluarganya terpaksa upah pengawal untuk menjaga dirinya.

Apapun, semoga apa yang diperkatakan orang itu tidak benar. Neelofa perlu buktikan yang dirinya adalah seperti padi. Semakin menunduk ke bumi apabila semakin berisi.

[artikel Via]

Kad Perkahwinan Dira dan Helmi

Zaman sekarang ni orang berlumba-lumba nak buat sehabis baik mungkin untuk kad jemputan perkahwinan mereka, biasalah teknologi dah semakin maju, jadi daya kreativiti juga meningkat. Ditambah dengan perisian yang super power, maka hasil kerja juga mantop. Kalau orang dulu 'simple' jerk kad kahwin, asal kena jemput, makan-makan dah la. Memadai dan save bajet. Hehe.

Gambar dibawah ni adalah kad kahwin Dira dan Helmi. Yang mana berkonsepkan perfileman. Mungkin dah minat sangat kot dengan dunia perfileman ni, jadi alang-alang perkasam, buatlah kad yang berkaitan dengannya sebagai satu simbol kenang-kenangan.

[gambar Via]

Fasha Sandha dalam majalah Glam

Kali ni penampilan Fasha Sandha dalam majalah Glam amat berbeza sekali seperti biasa, selalunya orang akan possing maut berdiri jerk, tapi kali ni lain sikit, sebab possing dia kena baring sambil digayakan dengan gaun yang besor ini semua daripada Bottega Veneta gown and Yves St Laurent. Kiranya gaun untuk berkahwin lah ni. Zz.. Layan dulu..

Gambar Pra-Perkahwinan Awal, Scha

Isnin, 24 Oktober 2011

Akhirnya pasangan selebriti paling menjadi perhatian ramai, Scha Al Yahya dengan Awal Ashaari telah pon melakukan sesuatu yang mengejutkan, yakni mereka sudah buat sesi foto sempena pra perkahwinan mereka berdua. Bahkan paling mengasyikkan lagi, tema pra perkahwinan mereka adalah fesyen ala Jepun yang mana dorang dapat pon admin tak tahu, mungkin terbang ke Jepun kot.. But korang jangan panik sangat la, sebab ini semua gimik atau olok-olok daripada mereka berdua jerk, apa motif nya tak dapat dipastikan pulak. Zz..

[gambar Via]

Kek Enot Paling Masyuk~

Enot ni memang berbakat kalau korang nak tahu. Enot sekarang ni bukan sahaja pandai dalam dunia hiburan, malahan dalam dunia perniagaan pon. Perniagaan makanan seperti kek. Pelbagai kek Enot hasilkan, dari 1Malaysia, Angrybird dan lain-lain lagi aneka bentuk dan permintaan pembeli/pelanggan.

Namun dalam 'gila-gila' Enot ni pakar buat kek, maka terciptalah satu kek yang agak 'alamak kau'. Agak 18sg sedikit memandangkan kek itu ada hubung rapat dengan sebahagian daripada kelebihan wanita. Tapi tak pastilah gambar ni masih ada lagi or tak sebab ini diambil daripada laman Facebook Enot sendiri, mungkin gambar ni dah di hapuskan kot atas sebab-sebab tertentu. Zz.

[sumber asal Via]

Isteri Tomok disahkan Hamil

Dah hampir 3 bulan lebih dah Tomok berkahwin, kini usia itu bukanlah sesuatu yang lama. Namun itulah rezeki namanya, Tomok baru-baru ini mengumumkan dalam laman sosial miliknya yakni di Twitter yang isterinya telah hamil/mengandung anak sulung mereka. Wah bukan main subur nampak.

Apa-apa pun tahniah kepada Tomok dan isteri. Pas ni dah boleh start fikir nama anak dah. hihi.

Gambar Perkahwian Yasmin Hani

Ahad, 23 Oktober 2011

Yasmin Hani Richardson hari ini selamat melangsungkan pernikahannya dengan Sha'arin Mohammed Razali Wong. Akad nikah itu berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang, pukul 3.45 petang tadi.

Rombongan pengantin lelaki membawa tujuh dulang hantaran berserta mas kahwin sebanyak RM80.00 dan wang hantaran bernilai RM32,000. Tujuh dulang hantaran termasuk sebentuk cincin, setepak sirih junjung, sebuah beg, satu set haruman, manisan, sejadah dan sebuah Al-Quran.

Manakala pengantin perempuan membalas sembilan dulang hantaran iaitu sebentuk cincin, setepak sirih junjung, seutas jam tangan, satu set haruman, buah-buahan, manisan, kamera digital, sejadah dan sebuah tafsir Al-Quran.

[artikel Via | Twitter AtiliaCLPT | SazzyFalakCLPT]

Gambar Diana Amir di Anugerah Skrin 2011

Sabtu, 22 Oktober 2011

Lagi part akhir mengenai majlis pelancaran Anugerah Skrin 2011. Kali ni kita lihat penampilan artis yang sopan santun pulak. Diana Amir yang kini umum dah tahu yang dia dah bertudung. Jom lihat, tanpa perlu banyak berbicara panjang lebar. Hehe.

[gambar Via]