Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Artis di Rumah Terbuka Astro

Jumaat, 30 September 2011

Bertempat di Dewan Perdana Felda KL, berlangsungnya satu majlis sempena Raya Aidilfitri Rumah Terbuka Astro yang sangat meriah. Dihadiri oleh ramai selebriti, daripada peringkat single, janda/duda, kekasih dan juga suami isteri. Dari yang tidak pernah muncul batang hidung, kini boleh muncul pulak kalau bab-bab makan. Hehe. Apa apa pun enjoy. Thanks to Budiey.

Gambar Diana Amir Bertudung

Kata orang yang jahil bertudung ni, mereka selalu kata mereka belum bersedia atau belum sempurna lagi dari segi agama untuk bertudung, kalau bertudung pun perangai tak baik sama sahaja. Ini adalah fahaman yang salah sama sekali, sebab tuntutan bertudung / menutup aurat itu adalah perintah Allah, soal akhlak dan pribadinya itu ada urusan dia dengan Allah.

Diana Amir juga adalah salah seorang artis yang kini sedar akan tanggungjawab sebagai seorang muslimah yang wajib bertudung. Dengar cerita mengenai hidayahnya bertudung adalah dia menganggap dunia kini nak hampir kiamat. Diana juga merasa takut dan kini menginsafi diri diatas kekurangan dirinya selama ini. Begitulah ciri-ciri anak solehah, Diana sudah memahami betapa ayahnya bakal menanggung dosanya di hadapan Allah kelak, selagi Diana belum berkahwin dan menjadi tanggungan suaminya, walaupun sebelum ni ayah dan emaknya pernah menyuruhnnya bertudung.

Semoga Allah sentiasa memelihara bagi mereka yang mahu menyedari diri mereka.
[via]

Noraniza Idris Sah Bergelar Isteri

Dengan sekali lafaz, Noraniza Idris, 43, sah bergelar isteri kepada bilal sebuah masjid di Singapura, Jeffri Hudi, 52. Majlis pernikahan mereka diadakan di Sanggar Utama, Padang A, Plaza Angsana, Johor Baru, kira-kira pukul 2 petang, Khamis.

Dengan mas kahwin berupa senaskhah Al-Quran, Noraniza juga turut menerima wang hantaran sebanyak RM15,000.

Pihak perempuan menerima enam dulang hantaran seperti set minyak wangi, tasbih, telekung, sirih junjung, sebentuk cincin serta sejadah dan dibalas lima dulang hantaran iaitu songkok dan kain pelekat, senaskhah Al-Quran, sirih junjung, sejadah dan set minyak wangi.

Tahniah keoada Noraniza Idris kerana Ini merupakan perkahwinan ketiga Noraniza Idris dan perkahwinan kedua Jeffri. Semoga berbahagia selepas ini. :)
[via]

Yuna di konsert 2 malam Petronas

Khamis, 29 September 2011

Baru-baru ni Yuna ada buat konsert iaitu persembahan 2 malam di Dewan Filharmonik PETRONAS. Menamakan konsert Perjalanan Seni Yuna. Tengok pentas ramai okestra yang dijemput Yuna dalam sama-sama menjayakan malam itu. Sungguh tak disangka, tiket untuk konsert 2 malam itu habis dijual dan ratusan peminat membanjiri dewan. ho. Tahniahlah Yuna, memang Yuna paling best juga lah, album di US pun bakal menletop-letop tak lama lagi. :P)

[via]

Dang Suria tidak lagi di Awani

Dang Suria Zainordin telah pun menamatkan tugasnya di saluran Astro Awani bermula Ogos lalu untuk memberi perhatian terhadap keluarga dan anak-anak.

Dang Suria berkata, tugas di stesen penyiaran bukannya mudah kerana dia perlu berkhidmat lebih masa selain sukar mendapat cuti.

Keputusan meninggalkan saluran Awani bukan bermakna dia tidak berminat lagi dalam bidang penyiaran sebaliknya akan menerima tawaran menjadi pengacara sambilan jika mendapat peluang.

Selepas meninggalkan Astro Awani, dia mendapat tawaran bekerja sebagai Pengurus Perhubungan Awam di Hotel Royale Bintang The Curve.
[via]

Lisa Surihani di Majalah EH! Oktober 2011

Majalah EH! Oktober 2011 kali ni menampilkan Lisa Surihani sebagai cover utama majalah berkenaan. Sampaikan tak dikenali wajah Lisa ketika menjadi cover majalah berkenaan. Lihat sahaja lah gambar dibawah ni, sungguh anda merasakan sesuatu kelainan kan, padahal ianya Lisa. Haha. Kuasa Photoshop lagi, kita tertipu..

Sekitar Pelancaran Album All Your Love Siti Nurhaliza

Rabu, 28 September 2011

Dato Siti Nurhaliza kini boleh menarik lafaz lega apabila dengan jayanya pelancaran album Inggeris pertama dirinya, All Your Love di Restoran Shook, Starhill baru-baru ini. Dengar cerita album Inggeris itu sudah dipasarkan pada 24 September lalu dan cetakan pertama sahaja yakni sebanyak 3,000 salinan album tersebut telah habis dijual. Satu pencapaian yang diluar jangkaan, memandangkan dan membuktikan lagi power Dato Siti masih ada.

Dalam album All Your Love yang memuatkan sebanyak 10 buah lagu iaitu All Your Love, Nobody Else, Tonight, All Over Again, I'll Wait Forever, Falling In Love, I Cry Out, Fight For Love, Stand Up dan Remember You (menampilkan Sean Kingston) diterbitkan oleh syarikat milik anak tirinya Adib Khalid iaitu What's Up Entertainment dan Siti Nurhaliza Production.

[via | via]

Tema Lanun sambutan hari jadi anak Ashraf & Bunga

Wah bukan main lagi sambut ulang tahun anak sendiri dengan tema 'lanun' (Play Park). Itulah cara Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari dalam keriangan mereka berdua menyambut ulang tahun anak kesayangan mereka, Muhammad Noah baru-baru ni. Tema Lanun ni dibuat adalah sengaja dipilih memandangkan ianya bersesuaian dengan tempat sambutan majlis berkenaan.

"Selepas berjalan-jalan saya nampak banyak gambar lanun di kedai buku dan ia terlalu lucu dan saya membeli beberapa kostum untuk kami memakainya," tambah Ashraf.

"Lama juga saya fikirkan untuk buat majlis ini jadi meriah, mungkin ini merupakan tahun pertama Noah, jadi saya mahu yang terbaik untuk dia," tambah Bunga lagi. -via

Kereta Atilia masuk longkang!

Alamak biar betul kereta Toyota Wish kepunyaan Atilia ni. Siap masuk/goal dalam longkang pula tu. Mak ai, ni kalau tak tertekan minyak lebih taklah sampai masuk ke situ kot. Takpe la, nasib depan jerk yang terguris, nanti boleh repair la tu. Hehe. Atilia lain kali hati-hati lah, anggaplah kereta tue sebagai kekasih hati kita juga. :)

Gambar Wawa Zainal Yang Seksi

Selasa, 27 September 2011

Rancangan Melodi baru-baru ni ada memaparkan terjahan kepada Wawa Zainal atau lebih dikenali sebagai Ana LuLu (pelakon baru). Terjahan dibuat adalah atas sebab gambar privacynya tersebar di internet. Waktu terjahan tue, Wawa memang sangat-sangat memberikan ulasan yang cukup meyakinkan mengenai gambar berkenaan, sehinggakan dia pon tidak tahu bagaiamana gambar itu boleh tersebar dan jatuh ketangan orang lain.

Ada orang kata ini teknik selebriti baru nak naikkan nama dan populariti. Sebab fikir secara logik, gambar yang tersebar seperti dibawah nie adalah tanggungjawab diri sendiri/empunya badan, takkan sampai tak boleh tahu kot. Tapi baru seksi begini dah kecoh satu dunia, ada lagi seksi yang super advance daripada segelintir selebriti yang terdahulu, Melodi cool relax jerk. Zz..
[via]

Gambar Adira di Rumah Terbuka Era FM

Ha bagaimanalah kisah percintaan Hafiz dengan naib juara AF8, Adira ni agaknya erk, takde dengar cerita mengenai hubungan mereka, hope baik-baik aje ler yer. Adira seorang yang comel dan cute, tengok gambar dibawah ni jer dah tahu dia memang orang yang seperti itu, tapi lebih ramai yang comel dan cute lagi diluar sana. Hehe. gambar dibawah diambil ketika Rumah Terbuka Era FM baru-baru ni.

Adira

Adira

Adira

Adira

Adira

Adira

Adira

Adira

[via]

Amy Search Tunggang Basikal Kanak-Kanak

Haha menarik juga melihat gelagat raja Rock Malaya ni, Amy Search. Sungguh melucukan dan tidak disangka-sangka beliau berbuat demikian. Dengan memakai kaca mata hitam dan bertopi kaledar, Amy Search agak macho menunggang basikal kanak-kanak. Haiya, dah rindu ke nak naik basikal kanak-kanak kot Amy ni. Hihi.

Tiz Zaqyah cover Majalah Cosmopolitan

Isnin, 26 September 2011

Kepada peminat Tiz Zaqyah mesti korang rindu kan gambar dia yang terbaru kan. Nah ini ada satu keping gambar dimana Tiz Zaqyah menjadi cover untuk sebuah majalah Cosmopolitan edisi Oktober 2011. Memang seksi juga Tiz dalam cover ni, putih melepak kulit dek sinaran flash camera. Nak tahu lebih lanjut mengenai Tiz dalam majalah ni? beli lah pas baca entry ni. Hehe.

Gambar Rumah Terbuka Fasha Sandha

Baru-baru ni Fasha Sandha ada buka open house sempena Aidilfitri di rumahnya kat Penang. Tip top ada gambar dari empunya blog CuteCarry.com. Kata penulis tue, tema masa itu adalah ungu. Memang meriah lah juga suasana ketika itu, peminat-peminat, artis-artis termasuk Rebecca juga turut hadir. Tidak ketinggalan ibu Fasha Sandha juga turut ada.