Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Download Lagu Hari Raya dari izyan.com

Isnin, 29 Ogos 2011

Izyan.com mengucapkan Salam Idul Fitri 2011M/1432H kepada pembaca dan juga peminat setia izyan.com, orang Islam amnya dan dan khusus juga kaum muslimin dan muslimat. Dihari yang mulia ini, haruslah kita bermaaf-maafan. Kalau ada silap izyan.com, mohon dimaafkan yer. Izyan.com bercuti selama 3 hari, dari 30 Ogos 2011 sehingga 1 September 2011. Insyallah berjumpa di 2 September 2011 nanti. Khas untuk anda, koleksi lagu raya dari izyan.com. :)

Ahmad Jais – Dari jauh Kupohon maaf download
Aljawaher – Selamat Hari Raya download
Aljawaher – Ku pohon restu ayah bonda download
Aisyah – Pulanglah download
Aisyah – Setitis Cahaya Di Aidilfitri download
Aman Shah – Kepulangan Anakmu download
Anuar & Ellina – Suasana Hari Raya download
Asha Malik - - – Pulang Di Hari Raya download
Black Dog Bone - - – Cahaya Di Hari Raya download
DJ Dave - - – Menjelang Hari Raya download
Uji Rashid & Hail Amir – Seloka Hari Raya download
Handy Black - - – Cahaya Aidilfitri download
Jeffrydin - - – Musafir Di Hari Raya download
Khairil Johari – Sepasang Kurung Berwarna Biru download
M. Nasir - - – Suatu Hari Di Hari Raya download
P. Ramlee - - – Dendang Perantau download
Raihan & Nowseeheart - - – Hari Raya Untuk Semua download
Sudirman – Selamat hari Raya download
Saloma - - – Selamat Hari Raya download
Sharifah Aini - - – Suasana Hari Raya download
Siti Nurhaliza - - – Suara Takbir download
P Ramlee – Suara Takbir download
Sharifah Aini – Minal Aidil Wal Faizin download

Eksklusif SMS Hari Raya dari izyan.com


Anak Pak Mamat di cucuk duri,
di cucuk oleh anak Pak Jali,
puasa penuh Raya Aidilfitri,
kalu tak penuh rayalah Depavali

SMOKED SALMON PEMBUKA SELERA
SALAM DITERIMA SELAMAT HARI RAYA
PECUCI MULUT KUIH APAM
BERSAMA KITA BEMAAFAN
Deepa oli paravathum!
Inbam yendrum pongathum!
Selvam yendrum peregathum!
Amaithi yendrum nilaikathum!
AIDIL FITRI SiRÄKÄTHÜM; AIDIL FITRI NAL VALTEKAL…
Buaya bukan sebarang buaya,
buaya di bela dlm paya,
salam ceria di hari raya,
SMS murah dari kad raya….
Cantik sungguh bunga seroja,
duduk di bawah bulan bercahaya,
di Bangkok atau di msia sama sahaja,
semoga bahagia di hari raya
Membeli belah di pasaraya,
sambil mengorat anak Pak Ali,
kalau posa Selamat Hari Raya,
tak posa sambutlah Deepavali…
Bangkok dah pagi raya
Malaysia baru Deepavali
Tuan hamba mudik chao praya
Jangan lupa kembali
Lesung besi,
lesung batu,
engkau takde nanti,
nasi ayam orang sapu
Ramadhan berlalu, semoga bertemu kembali;
Muslimin menyambut kemenangan di Aidilfitri
SMS dihantar mengganti diri;
salah & silap harap dimaafi.
Pergi bersiram ditasik cini,
sudah bersiram beredar diri,
kalau setakat pengganti diri,
sebarang pantun pun boleh beri..
Ada orang bersiram di tasik cini
Hamba di Pantai Cinta Berahi
Ini pantun bukan sebarang pantun
Ini pantun buat sendiri!
main bunga api di pAntai cinta berahi,
bila nak main gunakan mancis,
bukan cik tidak sudi
tapi tak syiok mcm bhs perancis
main mercun pakai mancis
mancis jenis cap tiga buncis
Cik Adik nak cakap bahasa peranchis
atau saja nak pancing french kiss? :p
Hello diucap bila bertemu,
bila dah temu bemasam muka,
takkan lah pula cik nak bercumbu,
tuankan sudah ada yg punya… ish…
Memanglah kita bermasam muka
Bila makan terlalu banyak cuka
Ya memang hamba ada yang punya
Tapi cik adik apa kurang nya!
Kalau dulu selalu bertemu,
sekarang pula macam dah jemu,
sudah lah kalau begitu,
cik malu berpantun denganmu
Cik adik merajuk memang nampak buruk
Berkelakuan macam lah beruk
Janganlah tuduh hamba jemu
Kalau berjumpa pun cik adik tak mahu
Ampun dan maaf apa yg terkhilaf:
Mohon halalkan apa yg termakan.
Semoga dlm menjalani sirah :
kita kembali kpd FITRAH.
Raya dinanti-nanti,
anak bulan dicari-cari,
nak tunggu ape lagi,
dah sampai masa kite nak ber-happy-happy
Membeli – belah di pasar raya,
sambil mengorat Anak Pak Ali.
kalau puasa, Selamat Hari Raya
kalau tak puasa selamat Hari Depavali
Roti sebuku petai sepapan,
Daun ketupat daun palas,
SMS pengganti kad ucapan,
Tanda ingatan tulus ikhlas.
Ada kalanya mata salah melihat,
mulut terlanjur bicara,
hati berprasangka,
janji terabai, Maaf zahir dipinta..
Ada ketikanya MATA silap memandang,
TELINGA salah mendengar, LIDAH t’lanjur berkata,
FIKIRAN khilaf menafsir & HATI silap menduga.
Mohon maaf atas segalanya.
Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.
Salam Aidilfitri,
Eid Mubarakh,
Ku Susun Jari,
Meminta Maaf.
Burung punai mati d tembak.
ikan bakulan bermain ombak.
memang brunei teropong rusak
melihat anak bulan inda pandai nampak
Pä$äNg PèLITa DiAidiLfiTri…
NäMpäK HäLäMäN BèSéRi-Sèri…,
sMs diBéri PèNgäNti DiRi,
SèGäLä SiLäp MòHoN dMääFi…

Salam Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin dari Admin izyan.com untuk pembacanya di seluruh dunia terutama mereka yang beragama Islam. Jumpa lagi pada selepas Hari Raya ke-3.. (-.^)"

Nasha Aziz jadi cover Majalah Glam

Dah lama kita mendengar khabar mengenai artis seorang kita yang cantik ni. Mana kisah hidup perkahwinannya dengan buahatinya pun dah tak kedengaran lagi. Takpe la, kisah hidup Nasha mungkin Nasha boleh jalani, kita berdoa sahaja agar Nasha lebih berbahagia. :) Jom lihat cover majalah Glam ni, serba kuning betul Nasha menjadi cover nya. Dah profesi Nasha menjadi seorang model kan. Sampi tak cam muka dia tue, berbeza juga jadinya kan. Fotoshop betul ni..

Noh, Shila, Lah - Kami Anak Malaysia

Video 'Kami Anak Malaysia' dibawah ini adalah hasil kiriman seorang yang mahu dikenali sebagai 'alalif' dan juga ber-channel di Youtube alaliftarmidzi. Pemuda ni merupakan salah seorang produser/editor kepada video yang dikirimkan kepada izyan.com. Memang tidak dinafikan, video amatuer ini sememangnya memberikan mesej yang pelbagai. Sebagai seorang perantauan, mereka menyedari semangat kemerdekaan dan 1Malaysia itu masih lagi menebal dihati mereka. Semangat ini lah yang jarang kita lihat, apatah lagi mereka tidak berpijak dibumi kelahiran sendiri.

Melihat daripada video nyanyian gandingan Noh Hujan, Shila Hamzah dan juga Lah, mungkin anda menyangka ianya seperti biasa-biasa, tapi video ini mungkin mempunyai satu fahaman yang sungguh besar memandangkan lokasi pengambaraannya yang cukup internationale. Cukup kreatif sungguh. Terima kasih kepada 'alalif' dan juga krew-krewnya. Kami bangga masih memiliki muda-mudi seperti kamu. :)

Tahniah, Elyana Selamat Melahirkan Anak

Tahniah kepada penyanyi, Elyana dan suaminya, Khairul kerana dikhabarkan melalui Facebook milik CST Production yang Elyana selamat melahirkan anak sulung mereka pada petang Sabtu 27 September. Anak berjantina perempuan itu dikatakan dilahirkan secara sukses mengambarkan anak itu sihat dan normal sepenuhnya. Elyana dan Khairul diijab kabulkan pada bulan November 2010 yang lalu. Dan yang pastinya Hari Raya Aidilfitiri kali ini betul-betul bermakna buat mereka berdua. Apatalagi pertama kali beraya bersama-sama sebagai seorang suami isteri dan juga ibu bapa dengan anak sulung mereka sekali.

Lisa Surihani hiasi Majalah Jelita

Ahad, 28 Ogos 2011

Makin lama makin manis yer kekasih Yusry KRU ni, Lisa Surihani. Dalam majalah Jelita yang sememangnya untuk orang-orang jelita jerk kot, hehe, edisi September 2011, Lisa telah mewajahi cover hadapan majalah berkenaan. Cukup simple dan bersahaja pengayaannya. Tapi gigit jari tue, shoot time puasa atau malam selepas terawih ni. Hehe. Dan yang terbaru mengenai Lisa (tiada kaitan dengan majalah Jelita edisi Sept, yang ni ntah majalah dari mana daa), dia tercalon untuk pencarian Most Wanted Women 2011 oleh majalah FHM.

Nak dijadikan isu, Lisa Surihani, Reem Shahwa dan Juliana Evans yang tercalon dalam top 20 beragama Islam dan Melayu. Mungkin sedikit rasa pelik kenapa mereka bertiga tercalon, sebab mengenai sponser dalam pencarian berkenaan. Dalam bulan puasa ni, kita berfikiran positif sahaja yer, mungkin mereka seberiti ni sebagai calon sahaja, dan hadiah tue mungkin untuk pengundi yang bertuah (syorkan takyah undi bagi umat Islam). hoho. Wallahualam kalau bukan selain itu.
[via]

Nur Fathia Serba Kuning, Manis~

Sabtu, 27 Ogos 2011

Tak mahu bercerita soal baju kuning yang dipakai Nur Fathia kat bawah ni. Memang sangat cantik dan seswai dengan orangnya. Nak cerita yang Nur Fathia membeli-belah persiapan raya di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur, baru-baru ini. Nur Fathia membelanjakan RM2000 untuk membeli pakaian Raya kepada ahli keluarganya, kiranya Nur Fathia baik hati sponser la ni sepenuhnya hasil bonus lakonannya. Tema warna baju kali ini adalah putih yang bakal dipakai pada raya pertama.

[via]

Sampul duit Raya edisi Linda Hashim

Sampul duit Raya memang tidak pernah orang anggap ianya istimewa berbanding kad raya. Namun potensi sampul duit Raya ni semakin kini semakin begitu cukup mendapat perhatian. Apatah lagi jika ianya dicetak mengambarkan sesuatu yang susah mahu dicari dan beredisi terhad. Seperti biasa, Sampul duit Raya beredisi artis memang jarang kita dapat dengar, namun baru kita dapat tahu. Linda Hashim terutamanya dah ada edisi sampul duit Raya berpotretkan dirinya. Memang unik dan klasik, berbaju kebaya dan berkain songket. Sepertinya tak mahu diberikan kepada orang lain, mahu menjadi koleksi simpanan persendirian. Hehe.

klik untuk besarkan..

Rozita Che Wan tiru Siti Nurhaliza?

Jumaat, 26 Ogos 2011

Gambar Rozita di bawah ni diambil ketika majlis rakaman hari raya dan Merdeka bersama-sama penghuni rumah Titian Kaseh yang dianjurkan stesen TV Astro Awani menerusi segmen Gala TV. Gambar diambil adalah semata-mata melihat kelibat Rozita Che Wan yang sepertinya sama pengayaannya dengan Dato' Siti Nurhaliza dari segi penutup kepala.

Tapi Rozita katakan yang ianya bukanlah kerana ingin meniru gaya Dato' Siti sendiri, tetapi Rozita sekadar untuk menutup kepala (konon-konon rambutnya tue cantik la, hehe) kerana program berkenaan membabitkan sesi mengecat dinding. Zz. Topi kan ada.
[via]

Zizan Buka Rumah Terbuka di Terengganu

Setiap kali tibanya Hari Raya Aidil Fitri, keluarga besar Zizan Raja Lawak akan mengadakan rumah terbuka pada hari raya ke-3. Tahun ini rumah terbuka akan diadakan di kediaman rasmi keluarga Zizan di Jalan Terkukur, Kuala Terengganu. Zizan dengan penuh rasa hormat menjemput seluruh keluarganya yang terdekat dan juga peminat yang sentiasa menyokongnya tidak kira dekat mahupun jauh untuk menghadiri rumah terbukanya itu. Maknanya anda kena serbu ke rumah terbuka tersebut bagi menikmati juadah Raya daripada Zizan.

"Memang setiap tahun kami buat rumah terbuka, tetapi sebelum menjadi artis, rumah terbuka keluarga kami dibuat di rumah nenek di Dungun, Terengganu. Saya memang menggunakan rumah terbuka ini untuk dekatkan diri dengan peminat serta menjamu keluarga dan sahabat handai.

"Uniknya, rumah terbuka kami akan diadakan di depan rumah kami yang kecil, jadi kami akan pasang khemah seperti orang kahwin.

"Semua makanan yang dihidangkan pada rumah terbuka itu adalah air tangan ibu saya seratus peratus bersama orang-orang kampung yang turut membantu." -Via

Gambar Keluarga Eizlan Yusof

Comel sungguh melihat anak kepada pelakon, Eizlan Yusof, Vie Zaara yang kini dah berusia 3 tahun. Vie Zaara dikatakan amat bertuah kerana pada usianya yang cukup muda, ada sebuah syarikat sanggup menaruh harapan besar kepadanya untuk menjadi seorang pemodel peragaan. Emaknya Vie Shanty yang menjadi pengurus kepada Vie Zaara. Dengar cerita lagi, Eizlan sekeluarga akan beraya di KL kemudian raya ke-2 mereka akan terbang ke Sabah. Sebagai keadilan seorang suami terhadap isterinya. :)

[via]

Zuar XPDC ikut jejak Syam Kamikaze?

Khamis, 25 Ogos 2011

Alhamdulillah kepada mantan rockers yang masih aktif, Zuar dari kumpulan XPDC kerana dikhabarkan telah berubah menjadi manusia yang lebih beragama. Infomarsi ini diterima melalui laman seorang Facebooker yang bernama Mustaman Bin Mustain. Namun dalam album photo berkenaan (Zuar berbaju Melayu hijau) memberitahu kepada pemerhati selebriti yang Zuar sebenarnya masuk PAS seumur hidup.

Bukan kami nak tahu atau promosi mana-mana manusia/pembaca agar masuk isu politik ni. Cuma nak tahu perkembangan terbaru artis yang benar-benar kembali ke jalan Allah. PAS ker, UMNO ker, yang penting agama sama, kita semua bahagia. Peace World!

Video Irma Hasmie di Bulan Ramadhan

Dalam rancangan Syoknya Puasa terbitan OneHeart Creative Solution yang mempunyai channel tersendiri di laman sesawang YouTube, videonya banyak menampilkan rakaman secara live daripada selebriti dan juga pemimpin tempatan. Paling menjadi perhatian adalah Irma Hasmie menjadi jemputan rancangan berkenaan. Memang paling menarik, sebab Raya tahun ni, Irma memiliki perubahan yang besar terhadap dirinya. Jom lihat 'ngomong' Irma terhadap bulan puasa ini. :)

Danny X-Factor Nikah 16 September

Tahniah kepada pelakon Danny yang tidak lama lagi bakal menamatkan zaman tunangnya pada 16 September ini bersama tunangnya yang juga seorang pramugari, Fazlin Zakaria. Mereka ditunangkan pada 30 Mac lalu. Majlis pada 16 September ini dilakukan di Kampar, Perak secara sederhana jerk.

Yang menariknya, tanggal 16 September ini merupakan tarikh yang bersejarah buat Malaysia, dimana Tanah Melayu dan Sabah Sarawak telah bergabung menjadi Malaysia yang berdaulat. Mungkin tema kahwin Danny rasanya berunsur patriotik kot. Hehe.

"Saya akan bernikah pada 16 September ini, sempena cuti Hari Malaysia. Majlis menyambut menantu di Pasir Mas, Kelantan akan diadakan dua minggu selepas itu manakala majlis persandingan akan diadakan awal Oktober depan," kata Danny. -Via

Nas Ahmad Kena Terjah!

Rabu, 24 Ogos 2011

Ada juga insan-insan yang perihatin dalam Facebook ni. Dalam kelompok yang sangat berbeza tetapi fikiran masih lagi menitik beratkan soal agama. Mungkin itulah hakikatnya dalam fan Facebook kepada profile milik pengacara Melodi, Nas Ahmad apabila ada fan nya yang berani memberikan komen yang cukup menyentuh hati dan perasaan kita. Mungkin Nas Ahmad pun tersentak hati juga tue kalau membacanya.

Baguslah komen seperti ini saling mengingati antara satu sama lain, tapi kita seharusnya juga kenalah menjaga hati perasaan orang lain juga. Walaupun Nas memang kerjanya seperti itu, kita kena memahami. Tidak semua perfect di dunia ni. Tidak mahu menyokong mana-mana pihak ok. Jadi bermusahabah lah selepas ini. Peace World!
[via]

3 Selebriti Manis Cover Majalah Media

Dalam majalah Media edisi nak raya ni, majalah tue menempekkan 3 artis popular tanah air yang cukup terkenal dengan keayuan, Lisa Surihani, Dato' Siti Nurhaliza dan Irma Hasmie. Bukan itu sahaja malah mungkin ramai lagi artis yang berpakaian raya menghiasi dalaman majalah berkenaan. Dalam ketiga-tiga artis ni, agaknya siapa pilihan di hati anda paling manis, ayu dan memang anda sudah terpikat bila lihat dia.? hehe..

Nabila Huda Failkan Perceraian!

Disangkakan bahagia selama ini bersama suami tersayang, rupa-rupanya ada ombak tsunami yang melanda bahtera rumahtangga anak kepada Amie Search yang berusia nak 3 tahun tu, Nabila Huda dengan Zaidy. Memang sesuatu yang agak mengejutkan ramai pihak. Sebab dah 2 tahun mereka mengalami masalah rumahtangga. Alahai, bulan suci ni, nak pula failkan perceraian, kan lepas lebaran jek boleh. Zzz

“Saya ke sini untuk membuat permohonan cerai kerana suami tidak mahu menceraikan saya. Saya sudah tidak mampu meneruskan perkahwinan yang berusia lebih tiga tahun ini.

“Saya tidak nafikan suami saya seorang yang baik cuma ada beberapa perkara yang menghalang saya meneruskan hidup bersamanya,” kata Nabila Huda Suhaimi yang mesra dipanggil Abil ketika ditemui di Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), di sini semalam.

Dia yang terkejut kehadiran jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd, (NSTP) di pekarangan pejabat Jawi berkata, dia ke Jawi untuk memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Zaidy Zailani, 30, bagaimanapun tidak dapat berbuat demikian kerana tidak membawa sijil nikah.

Katanya, dia mahu menyelesaikan kemelut rumah tangganya secepat mungkin kerana masalah yang membelenggu dirinya dan suami berlarutan lebih dua tahun sebelum disahkan hamil lagi.

“Apabila melahirkan anak (Keisha) saya harapkan ada perubahan dalam perhubungan kami. Bukan itu saja, memikirkan kesihatan juga membuatkan saya menangguh hasrat hati. -Via

Marion Caunter Hamil Anak Sulung

Selasa, 23 Ogos 2011

Tahniahlah kepada host rancangan E! News Asia, Marion Rose Caunter telah di sahkan hamil 6 atau 7 bulan. Isteri kepada konglomerat terkenal dalam Naza Group, SM Nasarudin SM Nasimuddin ini tetap berahsia mengenai jantina bayi dalam kandungan itu. Tetapi berita kehamilannya hanya disahkan sekitar Mac lalu selepas 5 bulan mendirikan rumah tangga.

Yang pasti, pasangan ini tidak sabar menantikan kelahiran bayi mereka bakal dilahirkan pada penghujung November atau awal Disember nanti. Mesti comel dan cute baby tue kan nanti. Papa dia 'ganteng', mama dia pun 'sweet', anak kacukan lah katakan. :)
[via]

Anak-anak Norman Hakim bersama Memey

Perkahwinan Memey dan Norman makin lama makin menanti debarannya. Perkahwinan yang bakal memberikan liputan yang meluas ini memberikan gambaran bahawa pasangan ini mendapat perhatian ramai. Apatah lagi perhatian anak-anak Norman sendiri terhadap auntie Memey. Memang penerimaan Memey oleh anak-anak Norman sangat lah sangat mesra. Baru-baru ini anak-anak Norman berbuka puasa dengan auntie Memey, main bunga api, makan nasi ambeng dan siap bakar bbq lagi tue. Mesra memang mesra lah.

Forteen - Berdua Bersatu

Korang nak tahu yang kumpulan Forteen ni adalah sebuah kumpulan yang baru sahaja ditubuhkan oleh pihak KRU studio. Ahli-ahli dalam kumpulan ini mungkin ada juga yang anda kenali dan mungkin juga tidak kenal. Mereka terdiri daripada Rizu bekas peserta OIAM, Izzu Islam, Ariz dan Amer. Lagu single mereka yang kini sudah diutarakan di laman YouTube, Berdua Bersatu merupakan lagu yang boleh dikatakan best didengar. Satu permulaan yang menarik bagi kumpulan ini diawal kemunculannya. Semoga berjaya. :)









[via]

Nanu Baharuddin Pelihara Anjing?

Isnin, 22 Ogos 2011

Memang panas, melahar dan sudah cukup menjadi bualan hangat orang dimana-mana dunia maya buat ketika ini. Menjadikan isu itu lebih sensitif lagi bila ianya menyangkut soal agama dan akidah. Pembelaan/peliharaan anjing di dalam rumah/kediaman dikalangan umat Islam kini sudah semakin meningkat dan dibimbangi ianya boleh memberikan kesan terhadap institusi di dalam jati seorang muslim/muslimah. Kecuali dalam hal-hal yang diharuskan oleh syarak dengan syarat yang tertentu. Wallahualam.

Banyak isu yang dibahaskan dalam pemeliharan anjing ni, tak terkira perdebatannya. Kalau korang nak kepastian, sila rujuk kepada ustaz/ulama yang berdekatan yer. Sebab kalau bukan dari golongan ini, pasti jawapan standart yang dikeluarkan adalah 'pelihara anjing tidak haram, cuma perlu samak jer'. Huhu. Kan bagus bela kucing, binatang kesayangan Rasulullah SAW.

[via]

Gambar Siti Saleha, so sweet!

Siti Saleha atau Nora Elena kini namanya boleh setanding dengan artis-artis baru dan mungkin menjadi pesaing sengit dan setaraf dengan Tizz Zaqyah. Populariti Siti Saleha menjadi semakin meningkat apabila banyak lakonannya menjadi perhatian terutama Ustaz Amirul. Mungkin sebab keayuan pada dirinya yang menjadikan dirinya begitu didekati peminat. Sehinggakan ada pihak yang menganjurkan majlis berbuka puasa dengannya baru-baru ini. Dikatakan hampir 50 orang tempat duduk khas disediakan untuk majlis itu. Memang menarik lah, sebab Siti Saleha tidak keberatan untuk hadir.

Siti Saleha

Siti Saleha

Siti Saleha

Siti Saleha

Siti Saleha

Siti Saleha

Siti Saleha

Siti Saleha

[via]

Kad Hari Raya edisi Dato' Siti Nurhaliza

Orang kata kad raya ni dah tak lagi mendapat sambutan memandangkan kini sudah canggih dengan aplikasi online, sms mahupun juga Facebook sebagai tempat melepaskan ucapan Raya. Tapi bagi sesetengah pihak, kad raya adalah sesuatu yang releven untuk digunakan, memandangkan dalam kad raya ada terselit makna yang tersendiri, dan boleh dibuat kenang-kenangan sampai bila-bila. Sebut soal kad raya, SimplySiti juga tidak ketinggalan untuk mempromosikan kad raya edisi khas, wajah pengasasnya dalam kad raya keluaran mereka.

Namun untuk memiliki edisi khas ini, anda kenalah pergi membeli produk SimplySiti dan baru boleh mendapatkannya, selagi stock masih ada. Hehe.