Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Abby tak datang perkahwinan Norman, Memey

Ahad, 31 Julai 2011

Abby Abadi telah mengesahkan drinya tidak hadir ke majlis resepsi giang gemilang penuh ekslusif yang ditaja hampir RM12 juta, Norman Hakim dan Memey Suhaiza pada 28 September depan di sebuah hotel. Kata Abby dia berbuat demikian kerana enggan merosakkan hari bahagia mereka yang digelar sebagai “wedding of the year” itu berikutan menerima tajaan bernilai jutaan ringgit.
“Jujurnya saya tidak akan hadir pada majlis itu. Saya tidak mahu merosakkan hari bahagia mereka,” katanya. [VIA]
==
==
==
==
==
==
-aku bahagia dengan orang dalam gambar ni. Hehe..

Norman Hakim, Memey Bebas Tuduhan Khalwat

Sabtu, 30 Julai 2011

Tiada apa-apa yang boleh diucapkan selain ucapan Alhamdulillah, menangis dan sujud syukur (Norman lari ke masjid berhampiran) kerana didapati bebas daripada tuduhan khalwat selama 3 tahun yang dihadapi oleh Norman Hakim dan tunangnya, Memey Suhaiza. Sekaligus ini merupakan hadiah perkahwinan mereka nanti yang akan dilangsungkan pada 24 September nanti.

Harapan memang cukup mengunung apabila mendengar hakim mahkamah syariah Gombak Timur membacakan keputusan taktala kedua-dua selebriti ini sibuk dengan majlis penting mereka yakni bakal diijab kabulkan tidak lama lagi.

Apa-apa pun tahniahlah kepada Norman dan Memey. Semoga anda berbahagia hingga ke akhir hayat. :)
[VIA]

Zack si Capik nak buat album single!

Dahulu nama Zack X-Factor tapi kini mahu dikenali sebagai Zach Diamond (terpaksa ditukar untuk meluapakan X-factor) berhasrat menghasilkan album secara solo selepas meninggalkan dunia nyanyian sudah agak lama. Pelakon drama bersiri Capik ni terkenal sebab dulu dia anggota nyanyian X-factor yang 'dibubarkan'.

Bukan apa, ini semua adalah kehendak dan permintaan penyanyi nombor satu Negara, Dato' Siti Nurhaliza agar meminta Zach bernyanyi semula dan membuat album solo, memandangkan kerjaya Zach kini sudah meningkat naik, apatah lagi orangnya hencem gitue..
Semuanya bermula apabila Zach dan Siti dipertemukan dalam satu majlis hari jadi rakan baiknya, Prof Datuk Khairil Annas Jusoh. Dalam majlis itu, mereka dikehendaki berduet mendendangkan lagu Dealova yang dipopularkan oleh kumpulan Dewa dari Indonesia.

“Saya agak teruja apabila pertama kali menyanyi bersama-sama dia (Siti) dan terkelu lidah apabila dia meminta saya menghasilkan album. Pada waktu itu juga, saya terlepas cakap untuk mempelawanya berduet bersama-sama dalam satu album,” ceritanya lagi. [VIA]
Zach macam nak pikat Dato' Siti jerk ni, habis lah oleh Dato' Seri K nanti. Haha. Main-main jerk yer..

Inikah wanita yang 'ganggu' pertunangan Khairul Fahmi?

Jumaat, 29 Julai 2011

Kisah Khairul Fahmi keeper kebangsaan Malaysia terus menjadi perhatian, terbaru mengenai 'wanita' yang dimaksudkan dalam artikel sebelum ni [link] telah pun dapat dikesan/dicari/diteka oleh forum Cari hiburan seMalaysia. 'Wanita' yang dimaksudkan itu bernama Dahlia Teck. Dahlia Teck dikatakan merupakan 'wanita' yang menganggu hubungan pertunangan diantara Khairul dengan Elia. Sejauh kebenaran cerita ini tidak dapat dipastikan.

Namun kemampuan Khairul semalam menentang Singapura terus menjadi satu kebanggaan dengan kecemerlangannya di pintu gawang Malaysia kerana walaupun bertubi-tubi asakan Singapura, Khairul cuma melepaskan 1 gol yang kedua-duanya boleh dianggap kesilapan daripada bahagian pertahanan. Zzz..

Rezeki Rozita, Cover untuk 3 Majalah

Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia, siapa yang tahu. Pelakon Rozita Che Wan @ RCW merupakan artis yang sememangnya memiliki 'magnet' yang cukup kuat. Sebab itulah majalah-majalah tempatan sanggup membelanja bajet yang besar semata-mata untuk mengambil beliau agar dapat melariskan majalah dorang. Mungkin untuk satu atau dua bulan keluaran majalah berkenaan. Mungkin satu kali sesi untuk cover paling minimum pun dapat RM2000 tue.. Mana tak kaya oi, kita keje seharian dapat gaji bulan untuk beli majalah ni, artis sekali jerk dia masuk cover dah dapat beribu-ribu. Itulah tuah namanya. Takpe lah rezeki masing-masing. Hehe.

[via]

Gambar Terbaru Kyla Fairy, nampak matang!

Artis yang mula dikenali ramai pada tahun 2011 ini adalah pelakon bernama Syakila Nisha Jahangir Khan atau nama famousnya adalah Kyla Fairy yang masih berumur 19 tahun yang juga anak kepada penyanyi Rohana Jalil. Melihat usianya memang nampak muda, tapi kalau lihat orangnya kelihatan agak matang tue~. Pernah digosipkan dengan Yusry dahulu tapi itu semuanya gosip jerk, sebab Yusry sekarang tengah berbahagia dengan Lisa Surihani.

[via]

Ammar nafi pukul, cekik Puteri Sarah!

Khamis, 28 Julai 2011

Ammar Alfian Aziz menjelaskan tidak mencekik dan memukul kekasihnya, Puteri Sarah seperti mana yang didakwa dalam sebuah akhbar harian baru-baru ni (link akhbar berkenaan). Menurut Ammar, mereka tidak mengetahui langsung bagaimana isu tersebut boleh timbul sedangkan hubungan mereka masih berjalan dengan baik.

“Saya dan Sarah tidak tahu apa-apa sehinggalah seorang kawan menghubungi saya hari ini (Rabu) dan memberitahu cerita tentang saya mencekik Sarah seperti yang ditulis dalam surat khabar.

“Saya terkejut apabila mendengar berita buruk ini, padahal semalam (Selasa) saya dan Sarah tidak bergaduh sebaliknya kami masing-masing sibuk membuat persediaan ke Melbourne dan Sydney, Australia pada Isnin depan untuk bertemu adik Sarah yang belajar di sana.

“Jadi, cerita tentang saya mencekik dan memukul Sarah itu tidak betul sama sekali,” kata Ammar. [via]
-kan lebih elok kahwin cepat-cepat, kan dah timbul fitnah daripada mereka yang tak suka dengan anda. Zzz

Gambar Kekasih Miera Liyana

Gambar dibawah didapati melalui laman blog selebriti. Mengikut sumber yang didapati, gambar dibawah ni merupakan gambar Miera Liyana (artis muda yang menimbulkan kontroversi pemakaian tue) dengan kekasihnya yang bernama, Lash Mokhtar. Lash ni masih lagi menuntut di salah sebuah IPTS di ibunegara dan juga sering berlakon, tapi penampilannya limit sebab masih belajar kan. Nak dijadikan gosip, kini Miera dah punya kekasih, korang diluar sana tue, harap maklum ok.

Miera Liyana kekasih

Miera Liyana seksi-kekasih

Miera Liyana bf ciuman-berkucupan

Miera Liyana bf 2

Miera Liyana bf 1

Miera Liyana bf 3

[via]

Yuna di majalah EH!

Yuna memang seorang yang berbakat besar, tapi pasti yang merindukan Yuna kan, sebab Yuna sekarang busy terbang pergi balik KL ke UK dan US. Jadi dikesempatan ini Majalah EH! edisi Ogos telah memaparkan gambar Yuna sebagai cover majalah berkenaan. Menampakkan ciri-ciri ke-Islaman dan bulan Ramadhan maka tema berwarna hijau turut diberi perhatian. Tapi muka Yuna lain cikit daa. Magic Photoshop agaknya. :)

Fathia belajar dari kesilapan, jadi lebih matang!

Rabu, 27 Julai 2011

Pelakon Fathia yang namanya kini makin digilap melalui drama Stanza Cinta yang bersiaran setiap Ahad, kini sudah pun merasakan akan belajar daripada pengalaman yang lalu. Kisahnya dengan pengarah dengan membaling 'handset' membuatkan dirinya lebih matang. Malahan itu semua hanya salah faham sahaja dan ada sesetengah pihak mengatakan yang tidak-tidak kepada Fathia.

Biasalah dunia baru artis, kalau tak tahan nak tempuhi gosip, bagus undurkan diri. Hehe. Tapi Fathia lain oi, dia ni jenis yang tak putus asa, malah akan bertahan dalam dunia seni. Baguslah macam tu, semangat tue yang penting ada. Yang pelik tue, naper dalam kebanyakkan drama, Fathia bertudung erk, tapi pada hakikatnya tak pulak diluar.. kuikui.
[via]

Pelakon Baru, Izreen Azminda

Pelakon baru ni merupakan seorang pelakon dalam drama Juvana yang baru habis ditayangkan di TV3 beberapa hari yang lalu, cerita yang agak 'short' namun menarik itu menampilkan Izreen Azminda sebagai pelakon utama. Sebenarnya Izreen ni, dah lama dalam dunia seni, sebab dek takde gosip mengenai dirinya maka dia kelihatan 'baru' dan bebas daripada dihimpit kontroversi murahan.

Mungkin itu menjadi penyebab mengapa nama Izreen kurang menonjol dan popular seperti pelakon-pelakon baru muda mudi lain yang kini dah top-top meskipun pernah membintangi drama/filem popular seperti drama Nenek Kebaya, Isabella, Samson Delaila, Sutera Maya serta filem Nana Tanjung 2 dan Otai. Apa-apa pun teruskan perjuangan mu, jangan cepat mengalah yer. :)

[via]

Bila Suhaila cerita 'kisah' Jimmy

pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, Kini Suhalia atau nama sebenarnya Nursuhaila Eliani Suhaimy yang juga isteri kepada pengacara Jimmy Shaley telah pun mendedahkan siapa sebenarnya Jimmy dalam kehidupan Suhaila melalui media online baru-baru ini. Tidak disangka selama ini Jimmy merupakan seorang yang sukar kita bayangkan. Kata Suhaila, Jimmy ni kiranya orang yang 'high class' tidak mahu bergaul, mempunyai kepelikkan daripada sudut keluarga, memukul dan menampar Suhaila dan tidak ambil berat keatas anak sendiri.

Begitulah yang diceritakan Suhaila kepada seluruh Malaysia. Namun Jimmy juga mempunyai pendiriannya yang tersendiri yakni mahu membela dirinya di pihak yang benar sebagai suami. Kini Suhaila tetap mahu meneruskan niatnya untuk menuntut hak perceraian dan mendapatkan hak penjagaan anak yang mahu berusia 2 bulan.

Kata Suhaila: "Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang... itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja.

"Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (suami). Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan," ujar Nursuhaila dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di syarikat milik keluarganya, Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd, di Damansara Damai di sini, Isnin.

"Dia ingat dia tu superstar tak layak untuk bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bertegur sapa dan bersalaman dengan sanak saudara kami.
Suhaila akhirnya "membuka mulut" kenapa dia enggan bersuamikan Jimmy.

“Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa.

"Selama ini saya berdiam kerana tak nak publisiti murahan...saya orang bisnes dan tak suka publisiti macam ni.Banyak lagi yang saya pendamkan dan tak perlu dihebahkan kepada umum," ujarnya.

Dalam pada itu, Suhaila juga mendakwa, Jimmy tidak membuat sebarang pembayaran kos rawatan bersalinnya, bayaran mengurut mahupun wang untuk membeli lampin untuk anak mereka Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu.

"Dia kata dia seorang yang bertanggungjawab... semestinya dia sudah membuat persiapan tersebut dan bukan cakap kosong di media sahaja.

"Selepas bersalin, saya tidak pernah pun menghalang dia untuk berjumpa anak kerana saya tahu, Zahrah juga memerlukan Jimmy dan saya tidak akan halang kasih ayah terhadap seorang anak,".
Kata Jimmy: "Ya, memang benar. Saya pernah memukul Suhaila pada hari ketiga perkahwinan dan hari kedua kami bulan madu. Kejadian itu disebabkan dia mengingkari nasihat saya. Tetapi saya tidaklah memukul sehingga mencederakan dirinya,”.

"Saya hanya diberitahu menerusi SMS pada hari kedua bahawa anak saya sudah dilahirkan tetapi dia tidak beritahu saya bila dia akan keluar (wad) jadi macam mana saya mahu menjelaskan bil perubatannya itu?" .
[via]

Gambar Sara Ali seksi

Selasa, 26 Julai 2011

Pelakon muda dari Johor, Sara Ali yang berumur 21 tahun ni mula mendapat perhatian, apabila dirinya terlibat dalam bidang lakonan. Filem yang dibintanginya adalah filem Penunggu Istana (filem ni citer betul or tidak erk?) dan Nur Kasih The Movie yang telah ditayang di pawagam selain itu drama Wasiat di Astro Ria. Penampilan yang agak seksi dan memiliki pakej yang menarik. Soal kekasih masih lagi samar-samar, mungkin ada kot. Hehe.

Biasalah artis baru ni, nak seksi-seksi dulu, baru dah nama naik, baru lah nak insaf. Zzz. Apa-apa pun selamat datanglah Sara Ali, berhati-hatilah dengan diri kerana adakalanya gosip bakal melanda diri anda. hehe..

[via]

benarkah Khairul Fahmi curang?

Admin tak tahulah gosip sebegini boleh timbul memandangkan gol keeper yang cukup terkenal, Khairul Fahmi baru sahaja beberapa bulan bertunang [link] dengan tunangnya Elia yang cukup cantik dan manis. Kalau betul, ntah lah nak cakap apa. Admin pun malas nak sibuk-sibuk nak tahu, sebab nak tunggu Malaysia vs Singapura pada 28 Julai nanti. Kita harapkan Malaysia menang nanti. Soal Fahmi, kita bagi support, jangan korang maki-maki dia pula gara-gara gosip yang tak tahu betul or tidak ni. Hehe.

[via]

Fasha Sandha, Tiz Zaqyah gaduh di Facebook?

Haha. Tergelak juga nak lihat dua artis yang tengah bermain Facebook ni, antara pelakon, Fasha Sandha dengan pelakon, Tiz Zaqyah. Nak lihat bergurau-gurau2 mungkin iya juga, tapi kalau lihat pun macam ada something jak dorang ni, gaduh? OMG. diharapkan mereka tidak gaduh lah pada realitinya. Sebab ianya bukanlah benar, malah gimik semata-mata malahan boleh dianggap pencetus bara api, hehe, memandangkan Facebook di bawah ni telah di'edit' oleh seseorang yang bijaksana dalam bidang editing, jadi nampak macam real ayat dan juga penyusunannya.

Nurul Syuhada, Raja Amir bulan madu Oktober

Isnin, 25 Julai 2011

Pengacara program Majalah Tiga Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain, 27, dan suaminya Raja Amir Syah Raja Azwa, 29, merancang untuk berbulan madu di Paris pada bulan Oktober depan. Kata Nurul, mereka akan menumpukan perhatian kepada bulan suci Ramadan dan Syawal terlebih dahulu bagi mengenali lebih rapat keluarga kedua-dua belah pihak sebelum berbulan madu.

“Kita akan berpuasa dan sambut raya di sini dan mengambil peluang itu untuk bersama-sama berkunjung dan mengenali keluarga kedua-dua belahpihak.

“Insya-Allah selepas semua selesai pada bulan Oktober kita akan berbulan madu di Paris,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Persandingan yang diadakan di Sime Darby Convention Centre, Sabtu. [via]

Tahniah, gambar anak Sheikh Muszaphar, Halina

Tahniah kepada angkasawan Negara pertama, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan juga isteri beliau, Dr Halina kerana Dr Halina telah selamat melahirkan anak sulung mereka yang diberi nama cukup unik dan moden, Sophea Isabella, pada 21hb Julai 2011 lalu dengan berat normal 3.6 kg. Yang agak menarik, gambar Sophea ddibawah yang dipetik melalui fan club Facebook Dr Sheikh, dah boleh pakai baju dalam usia beberapa hari, admin time kecil dah masih kena bungkus macam ulat bulu daa.. Hehe.

Zarina An Julie selamat bertunang

Tahniah kepada pelakon kontroversi, Zarina An Julie yang selamat ditunangkan dengan pasangannya baru-baru ini yakni pada akhir bulan Jun yang lalu. Berita ini memang agak lambat kerana hanya di Twitter miliknya sahaja yang diketahui hal berkenaan. Kalau saper-saper fan dia, mesti dah tahu lebih awal. Gambar dibawah ada lah pertunangannya, gambar dengan tunang dan akhir sekali cincin pertunangan. :)

[via]

gambar Ziana Zain terbaru

Ahad, 24 Julai 2011

Gambar dibawah merupakan gambar terbaru Ziana Zain di Midvalley, Maybank Treats Fair baru-baru ni. Memang lawa giler Ziana Zain di sana. Sepertinya dia kelihatan diusia mudanya masih. Bukan setakat kelihatan muda, malah boleh dikatakan 'kamu nampak blue' la Ziana Zain. Hehe.














[via]

kenapa Rancangan Adik dan Al-quran diberhentikan?

Sabtu, 23 Julai 2011

Dengar cerita rancangan Adik dan Al-quran bersama hostnya Ustaz Zamri di TV9 telah diberhentikan aka dibanned disebabkan dakwaan yang mengatakan Ustaz Zamri telah terlibat dalam aktiviti perhimpunan BERS** beberapa minggu yang lalu. Tidak dipastikan samaada benar atau tidak isu politik ini telah digunapakai dalam proses pemberhentian atau sebaliknya. Wallahualam. Mengikut pandangan orang ramai, memang ramai yang meminati rancangan ni, sekaligus ada yang pihak yang prihatin menyediakan/membuat fan page agar rancangan ini dikeudarakan semula. [fan page Facebook]

-klik untuk besarkan..

perkahwinan Norman Hakim, Memey RM12 juta

Memang tidak disangka dan agak mengejutkan ramai pihak apabila jumlah keseluruhan perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza ditaja hampir RM12 juta oleh Rafflesia selain daripada itu juga Lord’s Tailor, Snips, Crowne Plaza Mutiara Hotel, Angsana Spa, Naz Great Ideas dan Jimmy Choo. RM12 juta tue memang lah suatu nilai yang agak besar dibandingkan dengan mana-mana nilai perkahwinan orang kaya di Malaysia ni pun rasanya tak sampai jutaan ringgit. Tapi sebab dah namanya ditaja, jadi itu tandanya Norman dan Memey dapat tuah yang tidak disangka-sangka.

Dah rezeki dorang nak kahwin pada 28 September ni. Kita cuma boleh buat apa, selain ucapkan tahniah dan rasa terkejut yang tidak disangka-sangka keatas pasangan kontroversi ini suatu masa dahulu.

Memey akan memakai sebanyak dua persalinan baju dan antara tajaan yang diterima ialah, set barangan kemas yang bernilai RM5.6 juta, gaun bertatahkan mutiara Rafflesia bernilai RM1 juta dan kasut rekaan Jimmy Choo (RM600 ribu).

Tema majlis perkahwinan itu berkonsepkan New York Look dan hanya 200 orang tetamu sahaja di undang iaitu pihak media dan selebriti.

Lebih menarik lagi beberapa selebriti antarabangsa turut dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut dan perkahwinan ini mungkin boleh dianggap sebagai 'Wedding of The Year'.

Norman dan Memey bakal bernikah pada 24 September depan di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor dan pada keesokan harinya, resepsi di rumah pihak perempuan akan diadakan.

Kata Norman, pada mulanya, dia dan Memey bercadang ingin membuat sebuah majlis sahaja di Kota Tinggi dan tidak sangka pula menerima tawaran penajaan untuk resepsi kedua yang begitu besar. [via]
- 2 pasang busana* yang akan dipakai oleh Memey Suhaiza : RM500,000 sepasang
- 2 pasang kasut* rekaan khas Prof Datuk Jimmy Choo : RM300,000 sepasang
*harga bergantung kualiti mutiara yang akan digunakan (mutiara South Sea atau Fresh Water)
- 2 set barang kemas, anting-anting, rantai leher, gelang, cincin dan tiara: RM2.8 juta satu set
- 2 pasang sut pengantin lelaki rekaan Lord’s Tailor
- 4 pasang pakaian untuk pengapit pengantin perempuan dan lelaki. [via]

gambar anak Asyraf Sinclair, BCL

Jumaat, 22 Julai 2011

Besarnya sudah Noah Sinclair anak kepada Asyraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari aka BCL. Umur Noah 10 bulan nak masuk setahun dah. Comel memang comel, sebab ayah dan mama dia pon ganteng dan cantik. Rambut pun dah panjang, siap belah tengah lagi tue fesyen. Ngeh3. Apa-apa pun semoga berbahagia selalu ya mbak BCL dan om Ashraf. :)

Dafi jadi duta bufet Ramadhan

Bersempena bufet berbuka puasa sepanjang bulan suci Ramadhan yang akan diadakan di Restoran Istana Bambu Kuala Lumpur tidak lama lagi, artis pujaan wanita muda mudi, Dafi telah dilantik oleh pihak pengurusan restoran berkenaan sebagai dutanya. Tugas Dafi sebagai duta adalaj, dafi sendiri akan berbuka puasa di sana selama lapan kali dalam tempoh itu. Dan anda berpeluan berbuka puasa bersama Dafi disana, tapi anda digalakkan lihat dulu jadual tempat tue, kot-kot melepas jumpa Dafi. Hehe.

[via]