Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

video Tomok dan Ayu (bakal bini)

Khamis, 30 Jun 2011

Video dibawah ni merupaka video perjalanan kisah percintaan Tomok dan bakal bini dia, Ayu yang berdurasi selama 3.37 minit sahaje. Ringkas dan padat. Kalau nak lihat, memang lawa juga bini Tomok ni, memang tak disangka lah juga. nama video Save The Date - Tomok & Ayu memang membawa erti dan makna yang besar apatah lagi tinggal kurang daripada 24 jam lagi yakni 1 Julai (esok) mereka Insyallah akan diijab kabulkan. Tahniah Tomok. :)

dulu Iwan Dangdut kini Iwan Dakwah

Siapa di sini masih menjadi peminat Iwan dangdut? Iwan yang dulu pernah bergelar raja dangdut Malaysia sejak beberapa tahun ini dia kelihatan sepi. Rupanya komposer ni dah berubah mendapat hidayah Allah yakni telah menjadi seorang yang lebih menumpukan ke jalanNYA. Alhamdulilah, penampilan Iwan juga sedikit sebanyak telah berubah dan sekaligus mencerminkan dirinya sebenar. Dan yang paling terbaru, dia masih lagi mengeluarkan album, dan album yang bakal keluar nanti adalah 'Segalanya Allah'. Subhanallah.


gambar : ManggaOnline

Bini Salih Yaacob terasa hati....

Lah dah nasib orang berpoligami ni, mesti sahaja yang ada tak kena punya, melainkan dia memiliki akhlak yang tinggi. Belum apa-apa lagi rumahtangga Salih Yaacob kelihatan sedikit goyah apabila isteri-isterinya daripada pertama hingga ke-3 terasa hati aka kecil hati menurut Salih Yaacob sendiri. Memang tidak dinafikan, isterinya ke-4, Emi sering dibawa kemana-mana dan yang terbaru di pentas akhir Maharaja Lawak yang lalu. Erni memang mendapat perhatian ramai apabila ada skesta yang ditampilkan sendiri Salih Yaacob dan Mek Klate.

Dan kelihatan Emi sahaja yang nampak ketika itu, mungkin disebabkan itu kot, membuatkan isteri-isteri Salih Yaacob yang lain kecil hati. Hai, kita doakan sahajalah mereka berlima berbahagia sentiasa hingga ke akhir hayat, jangan berhenti dipertengahan highway dah lah.. Zzz

PETALING JAYA: Pelawak Salih Yaacob menyedari tiga isterinya yang lain agak kurang senang apabila isteri keempatnya, Samihah Sheikh Amy (Emi), 25, yang baru dikahwini lebih menonjol berbanding mereka.

Menurut Salih, walaupun isteri pertama sehingga ketiganya iaitu Norlizah Mamat, 46, Norraha Hamat, 42 dan Norfara Wahida Sulaiman, 32, tidak meluahkan perasaan tersebut tetapi sebagai suami dia dapat merasai perkara itu.

"Saya sedar mereka rasa kurang selesa apabila Emi lebih menonjol. Bukan senang nak jaga hati mereka tetapi saya akan perjelaskan setiap hal yang saya lakukan di luar.

"Lagipun, bukan saya yang mahu tonjolkan Emi, pihak media yang kerap bertanyakan tentang dia, saya jawab macam biasa. Malah mereka (media) juga ada membuat temu bual dengannya," kata Salih yang ditemui selepas pelancaran program Salih Yaccob Show, I Follow di PJLA Theater, Jaya One, di sini, Rabu.

Tambah Salih, sejak bergelar isteri keempat, Emi agak terkejut kerana sering diberi perhatian dan kerana itu dia enggan mengambil gambar dengan pihak media.

Persoalan kononnya Salih mengamalkan “pilih kasih” terhadap isterinya yang lain mula timbul apabila dia dilihat kerap membawa Emi bersamanya ke majlis-majlis hiburan termasuklah dalam program Maharaja Lawak di Johor dan Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

"Saya juga ingin menjelaskan bahawa tindakan saya membawa Emi ke majlis-majlis pelancaran atau acara yang membabitkan dengan kerja saya kerana dia kini merupakan pengurus peribadi saya. Tiada kaitan dengan isu pilih kasih seperti yang diperkatakan.

"Sebelum ini Fara yang menguruskan saya, tetapi disebabkan dia kini sibuk dengan anak, tugas itu diberikan kepada Emi.

"Saya harap kenyataan saya ini jelas dan tidak lagi timbul sebarang keraguan terhadap saya dan keluarga," jelas Salih. -mStar

Rozita Che Wan seperti barbie pink

Rabu, 29 Jun 2011

Nak lihat gambar Rozita Che Wan aka RCW nampak seperti Barbie tak? gambar dibawah ni adalah gambar Rozita ketika sesi photoshoot perasmian Jari Spa kat Wangsa Maju bulan lalu (website). Cuma tu lah, gambar baru dapat baru-baru ni, jadi korang layan sahajalah yer. Lama or baru tu sama sahaja, kalau belum nampak, sekarang lah waktunya. Hehe.

Rizal AF5 di sergah oleh penjahat!!

Hallo kasihan juga mendapat tahu Rizal dari AF5 kena belasah baru-baru ni oleh dua lelaki yang tidak dikenali di sebatang jalan raya. Motif kenapa Rizal diserang amat sukar dikenal pasti. Sebab kata Rizal dia tidak mempunyai musuh memandangkan dia mencari rezeki di KL. Memang susah nak difikirkan sebab, takkan lah orang nak serang seseorang tue tanpa sebarang alasan. Gengster ganas pun, takkan pukul orang kalau orang tu tak buat hal. Aish, Wallahualam lah.

KUALA LUMPUR: “Hanya mati terlintas di fikiran apabila lelaki berbadan tegap itu mencekik dan mengangkat badan saya sebelum menghempas ke kereta,” kata Rizal AF5 ketika menceritakan pengalamannya diserang dua lelaki, tengah malam kelmarin. Kejadian berlaku di persimpangan Jalan Cecawi, Seksyen 6, Kota Damansara jam 12 tengah malam.

Menurut Rizal, sebelum kejadian dia menyedari keretanya diekori Proton Iswara dinaiki dua lelaki sebaik keluar dari pusat beli-belah Sunway Giza, Kota Damansara, namun tidak mengesyaki apa-apa. Ketika itu, dia baru keluar dari kompleks beli-belah berkenaan dan menghantar rakan wanitanya pulang ke rumah di Kota Damansara, jam 12 tengah malam.

"Namun ketika tiba di persimpangan di tempat kejadian, Proton Iswara itu memintas kereta saya menyebabkan saya menekan brek secara mengejut bagi mengelak merempuh kereta itu. Sebaik saya memberhentikan kereta, dua lelaki keluar dan menyerang tanpa saya sempat berbuat apa-apa.

“Lelaki itu memarahi saya sambil mengugut mencederakan saya dan rakan jika berani datang ke kawasan itu lagi. Saya berasa tidak berdaya apabila lelaki yang mencekik saya mengangkat dan menghempas saya ke kereta,” katanya.

Menurut Rizal, rakan wanitanya, Hamaria Mohd Harun, 23, yang pada mulanya berada di dalam kereta keluar meleraikan pergaduhan itu, namun dia pula diserang kedua-dua lelaki terbabit.

“Saya cuba membantu, namun tidak berjaya apabila sekali lagi dicekik. Mujur Hamaria sempat menjerit meminta pertolongan orang ramai menyebabkan dua lelaki itu masuk ke dalam kereta dan terus beredar,” katanya.

Berikutan kejadian itu, Rizal lebam di lengan kanan. Hamaria yang bekerja sebagai pegawai operasi di sebuah syarikat penerbangan swasta berkata, dia tidak tahu apa motif kedua-dua lelaki terbabit menyerang dia dan Rizal.

“Saya sendiri bertanya Rizal sama ada dia mempunyai musuh, namun dia menafikannya, tambahan pula kami berdua merantau ke sini mencari rezeki. Saya sendiri tidak bermusuh dengan sesiapa dan tidak tahu kenapa mereka menyerang kami, namun saya takut ada agenda lain ingin mengenakan kami,” katanya yang juga berasal dari Sarawak.

Rizal kemudian membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara kerana bimbang kejadian sama berulang. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohammed mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. -HarianMetro

Kes Saman Lisdawati-Nadia ditarik balik

Rupanya kes saman-menyaman Lisdawati dengan Nadia Mustafar yang berjumlah RM250,000 tue belum ada kesudahan rupanya. Difahamkan Lisda diarahkan untuk membatalkan/menarik balik samanya itu. Tue lah, memang bagus buat pihak Nadia sebab terselamat daripada membayar ganti rugi. Dan Lisda pun selepas ni bolehlah banyak-banyak bersabar. Sudah masanya amik yang jernih dan buang yang keruh. Buka buku baru di hari yang mendatang. :)

Kuala Lumpur: Mahkamah Sesyen di sini semalam mengarahkan pelakon Lisdawati supaya menarik balik saman fitnah terhadap aktres Nadia Mustafar kerana tuntutan itu didapati melebihi bidang kuasa mahkamah.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Yong Sazali ketika pengurusan kes saman itu dengan kehadiran peguam plaintif, Lisdawati, daripada firma guaman Tetuan Karpal Singh & Co. dan peguam Siti Noor Julaini Mohd. Shahar bagi pihak Nadia yang dinamakan sebagai defendan.

Dalam writ saman yang difailkan pada 21 April tahun lalu, Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, 33, menamakan Siti Naziyah Sheikh Mustafar, 35, atau lebih dikenali sebagai Nadia Mustapha sebagai defendan.

Mengikut pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa pada sekitar Januari 2005, defendan dengan niat jahat memberi wawancara yang didakwa memfitnah dirinya kepada wartawan sebuah majalah hiburan bernama Hanif Abdul Ghani.

Wawancara tersebut disiarkan dalam majalah Media Hiburan bertarikh 8 hingga 14 Januari 2005. -Kosmo

sesi photoshot studio Lisa Surihani

Selasa, 28 Jun 2011

Gambar kat bawah ni taklah seksi mana pun. Cuma seksi dibahagian atas jerk, ala lumrah lah artis zaman sekarang ni dengan fesyen dengan ni. Tapi bagus kalau Lisa tutup jekr bahagian atas tue, memanglah tak menjadi persoalan, tapi kami sebagai peminat Lisa mahu Lisa lebih 'menutup' berbanding 'membuka'. Hehe. Lihatlah penyanyi nombor satu tue, masih lagi popular walaupun tak perlu berseksi-seksi. Apa-apa pun kita layan dulu gambar ni, jangan melahar ok. Haha.

Fasha Sandha, Iqram Dinzly PERANG!

Pergaduhan kecil diantara Fasha Sandha dengan Iqram Dinzly kini meletus di luar set pengembaraan drama Dewa Cinta. Masing-masing kelihatan seperti tidak puas hati antara satu sama lain. Ada sahaja yang mahu dibangkitkan. Memang tidak dinafikan sebelum ini ketika majlis pelancaran drama berkenaan, mereka kelihatan baik sahaja, rupanya ada 'udang disebalik mee'. Nak tahu kisah lebih lanjut. Baca artikel di bawah ni. Kesudahannya?

Kata Iqram, apa yang berlaku sebelum ini hanya salah faham, dia tidak dapat datang awal pada hari kejadian kerana terlibat dengan kemalangan, selepas meminta maaf, kata Iqram, hubungan dia dan Fasha kembali baik, malah mereka sudah boleh bergurau dan makan bersama-sama.

Kata Fasha pula, Iqram sudah meminta maaf sehari selepas dia kejadian itu, dan katanya lagi, dia menulis status di laman twitter dan facebook sekadar untuk menegur pelakon-pelakon baru supaya menghormati masa dan orang lain.

Namun, ini kata-kata mereka pada majlis itu! tapi malam tadi, Fasha sekali lagi mengamuk di lama twitter dan Facebooknya. Mengecam Iqram yang menurutnya sengaja mengungkit semula perkara itu di sebuah akhbar tempatan dengan tujuan memburuk-burukannya dan Fasha juga menggelarkan Iqram sebagai seorang Diva sewaktu dilokasi penggambaran.

Iqram dalam sebuah akhbar tempatan semalam juga mendakwa Fasha Sandha tidak menyukai dia sebagai hero dan mahukan Aaron Aziz, Fasha juga tidak bersikap perofesional kerana dikatakan meninggalkan dirinya ketika dilokasi.

Seperti biasa, kata-kata Iqram itu telah menimbulkan serangan bertubi-tubi Fasha terhadapnya dilaman sosial miliknya, dan ia kelihatan satu peperangan sudah bermula semula. -ManggaOnline

Nabil RL buka kedai, pergi umrah!

Nabil RL kini mempunyai cita-cita tersendiri, apabila dirinya telah mendapat tempat ke-3 dalam Maharaja Lawak baru-baru ni, sekali gus mengondol hadiah RM150,000. Dengan wang sebanyak ini, kata Nabil dia ingin membuka kedai kasut wanita. Memandangkan baginya kasut wanita kini lebih laris dan seperti 'goreng pisang'. Mungkin RM150,000 digunakan modal permulaan untuk perniagaan Nabil ini dimana dia akan memborong dari Bangkok Thailand.

Selain itu juga, dengan wang itu, Nabil dan emak kesayangannya akan pergi menunaikan umrah bersama-sama dalam masa waktu yang terdekat, begitulah tanda sayangya seorang anak kepada emaknya. Tidak lebih daripada itu, usaha Nabil di Maharaja Lawak juga telah mendapat perhatian mana-mana pihak, seolah-olah Nabil menerima durian runtuh, menerima tawaran pelbagai daripada pelbagai produser. Syukur, Alhamdulillah.

Sumber : mStar

gambar cukur jambul anak Sazzy Falak

Isnin, 27 Jun 2011

Pada hari 26 Jun 2011 kelmarin petang, adalah hari yang cukup bermakna buat pasangan kembar Iman Lilly dan Tiara Rose. Sazzy Falak dan suaminya, Nazril telah pun mengadakan majlis kesyukuran cukur jambul bertempat di rumah mereka. Cuma keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja yang hadir. Manakala teman baik Sazzy, Aishah Sinclair juga turut hadir bersama anak perempuannya, Soraya Ann, menyerikan lagi suasana yang serba ringkas itu.

Sumber : Gua

gambar cover Siti Saleha, Remy Ishak

Pelakon Nora Elena, Siti Saleha dan juga hero filem Nur Kasih, Remy Ishak bakal menemui anda di Alamanda Putrajaya pada hari Sabtu ini, 2 Julai 2011. Bukan apa mereka cuma menghadirinya untuk acara perasmian penwangi masing-masing. Mungkin beli pewangi berkenaan sambil ambil gambar kot dengan mereka ni. Tak kesahlah janji dapat bergambar dengan dua watak yang popular ni jadi 'profile picture' Facebook korang nanti. kuang3..

gambar : Budiey

gambar Juliana Evans di majalah By'U

Juliana Evans ni memang orangnya cantik dan manis. Sekali pandang sudah tentu tertawan. Kalau dia seksi lagi lah, tak tahu nak cakap. Cuma sehingaa saat ini wanita secantik ini belum lagi diketahui siapa kekasih hatinya yang sebenar, dah lah Zizan cuma kawan biasa sahaja. Zzz. apa-apa pun korang layan dulu lah gambar Juliana ni kat majalah By'U edisi Mei 2011 ni, walaupun dah berlalu tapi bisanya masih lagi menusuk. hehe.

Tahniah, Jimmy Shanley jadi bapa

Ahad, 26 Jun 2011

Tahniah kepada pengacara TV, Jimmy Shanley yang dikhabarkan oleh seorang informer daripada forum Cari yang mendakwa isteri Jimmy, Nursuhaili telah selamat melahirkan anak sulung mereka petang jam 8 malam pada 24 Jun 2011 bertempat di hospital Putra Medical Centre (PMC) Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh. Bayi itu berjantina perempuan dan sihat sepenuhnya. Cuma nama anak tidak dapat dipastikan lagi. Mungkin tunggu Jimmy hebahkan kepada media sekejap lagi. :)

gambar pertunangan Wan Kamaruddin

Siapa Wan Kamaruddin ni? dia merupakan wartawan dan juga personaliti TV untuk rancangan Edisi Siasat. Tip top sekarang dia dah bertunang, gambar dibawah ini merupakan gambar pertunangan Wan dengan Wan Nur Saleza Mazuin binti Dato' Wan Abdul Muttalib pada bulan April 2011 yang lalu. Dan mereka dalam perancangan atau sudah pun memuktamadkan untuk bernikah pada 3 Julai nanti. Baguslah cepat-cepat kahwin, terhindar juga fitnah-fitnah tue. Tahniahlah. :)

Gambar : Fayruz

gambar Hannah Tan serba panas

Sabtu, 25 Jun 2011

Siapa tidak kenal dengan penyanyi dan personaliti TV, Hannah Tan, anak kelahiran Penang. Bukan setakat penyanyi dan personaliti TV sahaja malah, Hannah Tan juga terkenal sebagai model terkenal dengan aksinya yang cukup tutzzz. Korang lihatlah sendiri yer, malas nak citer panjang lebar, memang ke arah gambar tue juga korang fokus. haha.

Sepah juara Maharaja Lawak 2011

Tahniah kepada kumpulan Sepah [Mohd Nadzri Zainal Abidin (Jep), Mohd Noor Murad (Mamat) dan Shahmira Mohamed (Shuib)] kerana telah berjaya memenangi tempat pertama dalam edisi Maharaja Lawak 2011 yang telah pun melabuhkan tirainya tadi di Stadium Melawati Shah Alam. Satu keputusan yang agak mengejutkan dan mengemparkan bagi penonton program berkenaan. Dijangkakan ramai menyangka Jozan yang selama beberapa minggu di top 1 bakal menjuarai program itu, namun mereka hanya sekadar menduduki tempat ke-2 dihadapan Nabil ke-3 dan Jambu ke-4.

Dengan 2 tema menjadi pilihan, bebas dan juga muzikal, maka secara keseluruhannya amat membanggakan dan memuaskan hati penonton. Begitulah adat bertanding, seperti bola sepak juga, bola itu bulat. Jadi pemenangnya tidak semestinya mereka yang popular sebelum ini. Sepah dah buat berhabis baik dengan mejoriti sketsa dorang ada babak 'wanita', dan mereka akhirnya menang. Dan yang lain-lain mereka juga tidak pulang dengan tangan kosong. Dapat juga hadiah. Terutama Nabil yang dapat RM150,000 bulat2. haha.. :)

1st Sepah = topi MRL + trofi + RM350,000 (RM115,000/orang)
2nd Jozan = trofi + RM250,000 (RM125,000/orang)
3rd Nabil = trofi + RM150,000
4th Jambu = trofi + RM50,000 (RM25,000/orang)

Zee Avi - the book of morris johnson

Jumaat, 24 Jun 2011

Zee Avi memang artis yang berbakat sehinggakan bakatnya menarik perhatian orang Amerika. Zee merupakan diantara artis-artis paling internationale dari negara kita, mungkin selepas ini bakal ramai lagi menjejak kaki ikut langkahnya seperti Yuna, Mizz Nina dan sebagainya. Bagi peminat-peminat Zee, Zee bakal mengeluarkan lagu baru 'the book of morris johnson' yang dijadualkan akan keluar pada bulan Ogos nanti dibawah tajuk album 'Ghostbird".

Cuba korang cari kat Google, 'the book of morris johnson mediafire'. Rasanya dah ada orang upload mp3 nya tue. Kat sini tak boleh bagi terus link untuk sebab-sebab tertentu, anda kena berusaha k. :) Cuba dengar lagu yang diterima oleh orang Amerika ini, so unik..

tahniah, Dr Sheikh Muszaphar bakal jadi bapa

Dikhabarkan yang isteri kepada angkasawan Negara, Dato' Dr. Sheikh Muszaphar, Datin Dr. Halina yang kini mengandung 8 bulan bakal dijadualkan melahirkan anak pada bulan Julai 2011. Berita ini merupakan satu nikmat yang dikurniakan kepada pasangan ini, maknanya kedua-duanya subur. Dr. Muszaphar inginkan anak lelaki dan Dr. Halina pula ingikan anak perempuan. Jadi kita tunggu dan lihat sahaja kelahiran cahaya mata mereka nanti, semoga selamat semuanya.


Gambar : ManggaOnline

gosip Nabil RL, pramugari tidak benar

Nabil RL menafikan sekeras-kerasnya yang dia dah merisik seorang pramugari bernama Zira. Dakwaan ada yang mengatakannya sedemikian hanyalah gosip liar semata-mata. Nabil RL akui yang dia dengan Zira hanya kawan biasa sahaja, dan belum ada lagi mahu ke arah perkahwinan. Kalau ia pun kearah itu, Nabil pasti akan beritahu kepada korang, bukan daripada mulut longkang. Komen Nabil di mStar online baru-baru ni membuktikan dirinya kini single, dan lebih menumpukan kapada konsert akhir MaharajaLawak malam ini.

"Saya ingin jelaskan sememangnya tiada apa-apa yang berlaku seperti yang didakwa. Walaupun saya sudah mengenalinya selama lima tahun kerana dia adalah kawan baik adik ipar saya, cuma baru kebelakangan ini saja kami menjadi rapat. Tak mungkinlah hendak bercakap soal kahwin pula kerana memang belum ada perancangan ke arah itu buat masa ini," katanya. -mStar

Aaron Aziz di Oreo Daddy Dunk

Khamis, 23 Jun 2011

Bersempena hari bapa telah berlangsung di One Utama beberapa hari yang lalu satu acara yang dinamakan Oreo Daddy Dunk telah dijayakan dan turut memeriahkan suasana pelakon Aaron Aziz serta isterinya Diyana Halik dan anak-anaknya. Acara yang sangat meriah itu berlangsung dari pukul 1.30 sehingga 5 petang.

Memang ramai orang yang datang ke acara itu, lebih-lebih lagi ingin melihat pelakon yang kini makin naik namanya, Aaron. Disebabkan KL Gangster, kini Aaron mungkin menjadi pencabar utama Shaheizy Sam sebagai pelakon serba boleh. :)










Fahrin Ahmad host rancangan Imam Muda ll

Seperti sedia maklum, pengacara Imam Muda musim kedua, Dzulkarnain Hamzah (ustaz Dzul) terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Sepang, Selangor ketika dalam perjalanan untuk mengadakan ceramah di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sabtu lalu. Kemalangan itu menyebabkan dia mengalami kecederaan pada bahagian muka dan lutut kirinya.

Berikutan itu dia terpaksa berehat untuk mengacarakan rancangan Iman Muda 2 sehinggalah benar-benar pulih sepenuhnya. Sementara itu Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, tempat ustaz Dzull akan digantikan sementara oleh pelakon Fahrin Ahmad. (rekod Fahrin setakat ni telah dijemput jadi host Forum Perdana HEI TV1)

Sumber : mStar

gambar perkahwinan Marsha - Propa jerk

Memang kecoh dan kepoh betul bila pada hari Ahad yang lalu telah keluarnya artikel daripada laman sesawang media yang menagatakan Marsha Londoh telah berkahwin. Bahkan ianya telah dibuktikan dengan beberapa keping gambar yang menunjukkan Marsha dalam suasana perkahwinan. Malang tidak berbau, malah Marsha juga mengakui sudah berkahwin sembunyi.

Rupa-rupanya mengenai hal Marsha sudah kahwin itu adalah usik-usik dia sahaja. Namun media sahaja meng-propa-kan isu berkenaan. Malah gambar perkahwinan itu merupakan klip video terbaru Marsha, BILA, yang mengisarkan soal perkahwinan.

gambar-gambar Papadom ll

Rabu, 22 Jun 2011

Sudah lihat kisah Papadom yang pertama tak? mesti korang ada yang sedih-sedih kan melihat tugas Saadom, seorang ayah dan juga merangkap ibu kepada seorang anak yang disayangi, Miasara. Dalam filem yang pertama tu cuma Afdlin dan Liyana Jasmay jerk yang jadi pelakon utama, tapi kali ni dorang turut dibarisi oleh Khir Rahman, Riezman Khuzaimi, Dira Abu Zahar, Ozlyn Wati, Hans Isaac, Adlin Aman Ramli dan Tepek Raja Lawak.

Papadom yang ke-2 ini bakal menyaksikan Saadom kahwin dengan seseorang. Nantikan kemunculannya, kemungkinan 2012 nanti. :)

-Gambar : FB Liyana Jasmay | GUA