Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

gambar pernikahan Salih Yaacob, Emi

Selasa, 31 Mei 2011

Akhirnya selamat juga Salih Yaacob bernikah dengan isterinya yang ke-4, Emi baru-baru ini di dalam sebuah masjid. Melihat daripada pengantin, mereka berdua kelihatan secocok. Walaupun ramai yang sepertinya tidak menyukai cara Salih berbini, namun itu semua jodoh yang ditentukan Allah. Kita berdoa sahaja agar mereka berkekalan kelak. Apa-apa pun tahniah kepada Salih dan Emi. Selamat pengantin baru.

gambar pernikahan salih yaakob

gambar persandingan salih yaakob

gambar pernikahan salih yaakob

gambar pernikahan salih yaakob

gambar pernikahan salih yaakob

gambar pernikahan salih yaakob

tak nak kepada Kongsi!

Luahan Peminat: Baru-baru ini ada beberapa teman dari kampung mengajak saya menonton filem Kongsi yang khabarnya mengutip hampir RM10 juta. Ah, saya peduli apa dengan kutipannya. Saya hanya peduli kepada mutu karyanya. Di Perlis tidak ada panggung wayang. Lalu kesempatan datang ke Kuala Lumpur mereka mahu menonton filem yang khabarnya mencatatkan sejarah dalam industri filem tempatan. Sekali lagi, saya tidak peduli sedikit pun dengan “sejarah baru” yang dimomokkan itu.

Teman-teman saya mendapat maklumat mengenai filem Kongsi daripada akhbar, majalah dan program di televisyen. Semua maklumat yang mereka dapat mengkelaskan Kongsi filem yang hebat, lakonan pelakon utama yang saya tidak tahu namanya dikatakan cukup hebat. Sebelum terlupa pelakon ini muncul sebagai “Bintang Paling Popular” dalam satu pertandingan siapa yang paling popular.

Kata salah seorang teman saya, tentulah hebat, kalau tidak tentu tidak dapat kutipan hari pertama saja sudah RM1 juta. Sebenarnya formula ini yang saya paling tidak setuju kerana tahap penonton kita secara umumnya tidak boleh dijadikan kayu ukur mutu sesebuah filem. Sudah banyak kali kita dikecewakan oleh filem yang mendapat kutipan tinggi, misalnya Nangkung dan banyak lagi filem yang seacuan dengannya. Saya bukan saja membuang duit membeli tiket dan membuang masa malah merasa malu kerana turut menjadi penontonnya.

Kerana banyak pengalaman dikecewakan oleh filem kutipan tinggi, saya menolak menonton Kongsi. Teori saya mudah saja, mana-mana filem yang mendapat sambutan hebat, filem itu amat jarang memberikan satu kepuasan yang setimpal daripada sudut mutu. Amat jarang sekali filem-filem begini menyuntik suatu pemikiran baru untuk dikongsikan dengan penonton.

Saya katakan kepada teman-teman tadi, tahap pemikiran sebahagian besar penonton filem tempatan sangat rendah. Mereka inilah yang dipergunakan oleh sesetengah penerbit untuk membuat filem-filem yang menepati selera penonton.

Bukan tidak ada filem tempatan yang baik, tetapi jangka hayatnya singkat di panggung. Selepas itu pengarahnya tidak akan diberi peluang lagi oleh penerbit kerana tidak membawa keuntungan. Semua orang tahu, selepas Kongsi, akan berderetlah peluang mengarah kepada pengarahnya dan saya tidak pernah ambil peduli. Saya tidak mahu berkongsi apa-apa. -Utusan
Ps: admin dah tengok filem Kongsi tue, tp main download jerk, hehe, sebab kalau g cinema tengok wayang oversea jerk. paling admin tak suka kat Kongsi tu, bila babak terbang-terbang kat pasar tue, mesti ramai orang awam kat sana menonton shooting, cubalah jangan tengok bila orang tengah berlakon, len sudah feel tue filem, macam kedapatan tidak se'real' mana, tengok macam filem-filem di Thai, HK, China, pasti orang awam di sana tidak melihat adegan aksi berlakon, dorang buat dek selamba jerk jalan2. but anyway, len padang len belalng, len fikiran len tontonan..

Fan Page Abby Abadi kena hack

Sudah banyak fan page yang di hack oleh hacker terkenal yang hanya dikenali sebagai RileksCrew Rulez. Diantara fan page Facebook yang kena hack berkenaan adalah fan page Hot FM, Fara Fauzana dan yang terbaru, milik Abby Abadi (Abby Abadi Lurvly Fanpage) yang memiliki 130,000 fan. Tidak tahu apa motif sebenar si hacker sehinggakan dapat menembusi laman yang telah di kunci oleh tuan rumah.

klik untuk besarkan

Kalau melihat daripada 'post' milik hacker berkenaan, dia amat benci dengan golongan artis. Haish, bawa bersabar bro, tak semua artis tue jahat, ada juga yang baik ma. Yang penting artis tu tak ganggu kita, kita pula tak ganggu dia dah lah. Pulangkan lah kepada empunya badan yer, semoga Allah merahmati golongan RileksCrew yang menitik beratkan soal sosialis. Peace No War..

DJ radio ERA diragut sampai mati?

Isnin, 30 Mei 2011

Eik, biar betul cerita ni sampai terjadinya kes kematian berlaku melibatkan selebriti. Apatah lagi melibatkan nama besar radio Era dimana deejaynya diragut sehinggakan begitu. Deejay yang dimaksudkan melihat gambar ini adalah Feeya yang terkenal tue di Era. Memang berita ni belum mendapat liputan yang meluas disebabkan faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan.

Sebab ini semua hanya propa jer jah-jah. Feeya rupanya berlakon untuk drama Kasih Alia yang akan ditayangkan tidak lama lagi. Tengok gambar macam real kan, dah teknologi sekarang ni, len la zaman dahulu, pakai sos, ngeh2..

penampilan dan kerjaya Waheeda

Siapa kata Waheeda tidak aktif lagi, malahan isteri kepada Akhil ini lebih dan terlebih aktif lagi adalah. Hehe. Penampilan Waheeda juga dah banyak berubah, semuanya dah tertutup kecuali matanya maknanya dia sekarang berpurdah sepenuhnya. Waheeda ni kerjanya sekarang jadi komposer lagu dua lagu ciptaannya iaitu Ighfir Zunubi dan Subhanak diberikan kepada suaminya. Selain itu Waheeda juga seorang businesswoman dengan membuka kedai menjual perniagaan abaya (jubah Arab).

Ada lagi, dia juga aktif dalam pejabat yang baru ditubukan oleh dia dan juga suaminya yang diberi nama Akil Hayy Network (Syarikat yang mengendalikan program ibadah Umrah). Terbaru, Akhil dan Waheeda membawa rombongan seramai 30 jemaah mengerjakan umrah. Baguslah kalau macam tu Waheeda, semoga berbahagia kehendaknya. :) -sumber sinarharian

gambar pertunangan Elly Mazlein

Tahniahlah kepada pelakon Elly Mazlein kerana selamat ditunangkan dengan pasangannya yang juga duda anak dua, Azmi Hata. Acara berlangsung di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort dengan menaiki kereta kuda (macam Willi and Kate). Kedua-duanya berbalas lima dulang hantaran daripada pihak lelaki manakala tujuh dulang daripada pihak perempuan seperti kek, manisan dan sirih junjung. Tarikh pernikahan pula dijangka pada bulan Febuari 2012 akan datang. -gambar mStar

Video klip lagu berunsur menghairahkan??

Ahad, 29 Mei 2011

Admin rasa video ini merupakan video klip lagu pertama di Malaysia yang berunsurkan sedikit pornografi. Tidak tahu apa motif sebenar babak dalam video berkenaan dipertontokan kepada umum. Adakah motifnya untuk lebih kepada pasangan suami isteri? atau sekadar menarik perhatian umum melihat video klip berkenaan? pembuat video ni dikatakan orang Islam juga (lihat video by.... ) Manakala penyanyinya tue sepertinaya non-muslim, tapi yang lelaki tue, pasti korang kenal kan.. Aish, cubalah tukar yang lelaki tue kepada non-muslim, tak juga jadi isu macam ni. Zzzz

Dato' Siti Nurhaliza dah nampak slim

Gambar dibawah ini adalah gambar terbaru Dato' Siti Nurhaliza yang ditemui ketika beliau mempragakan pakaian bertemakan Eid-ul Fitri at Tiffany's oleh pereka fesyen baju, Rizman Ruzaini di Menara KL baru-baru ini. Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran artis-arti lain dengan fesyen masing-masing. Tengok Dato' Siti tue, makin langsing badan nampak, patutlah jarang tengok Dato' Siti sejak kebelakangan ni. Hehe. -Gambar Budiey

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Wardina tersasul dalam MHI

Sabtu, 28 Mei 2011

Siapa ada tengok MHI (Malaysia Hari ini) di TV3 kelmarin 27 Mei? pasti ada yang tengok terutama surirumah. Ada satu babak paling melucukan dalam MHI yang dilakukan atas kesilapan pengacaranya ketika itu, Wardina. Kalau tak silap ada lebih kurang 20 minit lagi MHI akan berakhir, namun Wardina macamana ntah boleh tersasul mengatakan salam perpisahan kepada penonton MHI ketika itu. Nasib si Ally ingat yang masih ada lagi waktu untuk MHI. Oo Wardina~

Darling Ngasri selamat melahirkan anak

Tahniah lah kepada Darling Ngasri kerana selamat bersalin anak sulungnya. Selepas diberitakan hamil 2 bulan pada bulan Oktober 2010 yang lalu dan kini tip top dah selamat bersalin. Nama anak Darling ni, Nur Nashrullah Nur Azlin dan dilahirkan pada 21 Mei 2011. Dengan kehadiran cahaya mata ini boleh membuatkan rumahtangga Darling dan suami lebih bahagia dan kekal selamanya. :) -gambar FB Anne

kumpulan artis wanita terbaru, Gula-Gula

Jumaat, 27 Mei 2011

Jarang kalau kita lihat kumpulan penyanyi terdiri daripada wanita kat Malaysia ni kan. Namun satu revolusi sudah berlaku apabila satu kumpulan selebriti wantia ditubuhkan iaitu namanya Gula Gula. Kumpulan ni ditubuhkan selepas mereka menyertai ujibakat yang dihadiri lebih 200 orang pada September 2010. Mereka ni terdiri daripada 6 anak gadis muda-mudi, Nurfarahin Mohamad Khosaini (Rara), 22, Erwina, 23, Rozalia Siteo (Achie), 21, Joyce Antonius (Joy), 21, Nooraishah Ibrahim (Chacha), 22, dan Jenny Lim Mei Mei (Mei Mei), 21. Jadi berikan sokongan bagi kumpulan baru artis ni erk. Seksi juga tue~ -gambar ManggaOnline

gambar Scha al Yahya dengan Farid Kamil

Wow hasil yang terbaik sungguh daripada Photoshoop ni. Gambar Scha al Yahya dan Farid Kamil dalam majalah InTrend 2011 edisi bulan Jun. Majalah ni mengambil kedua-du selebriti sebab kedua-duanya memiliki magnet dan aura untuk menarik para pembaca. Lihat gambar Farid, macam Evlis kan. Hehe. Scha pula tetap nampak cantik, body dia pun nampak ada pakej. hihi..

Yusry KRU confirmkan hubungan cinta Lisa Surihani

Gosip yang mengatakan Yusry KRU bercinta dengan seorang pelakon manis, Lisa Surihani selama ini terjawab, apabila Yusry KRU sendiri dengan penuh semangat memberikan komen mengenai hubungan mereka. Hubungan mereka ni katanya bukan kawan namun lebih kepada itu makaanya terlebih rapat. Jawapan yang diterima ini membolehkan hati-hati tergugat jejaka diluar sana boleh tergugat, termasuk lah Amir di gelanggang Maharajalawak minggu ke-5. Kekeke..

Ya, saya pernah berjumpa keluarga dia dan dia juga dah jumpa keluarga saya. Kami bukan nak main-main kerana hubungan kami memang serius. Jadi bagi saya cara yang paling baik ialah berjumpa dengan keluarga masing-masing. Tidak dinafikan, keluarga sangat selesa dengan kami. Namun terlalu awal untuk cakap yang kami menuju ke arah perkahwinan. Jika jadi, Alhamdulillah. -portal Gua
Ulasan Lisa pula dia kata tak manis kalau bercerita mengenai cinta antara Yusry dengannya. Yang lebih mengejutkan, Lisa tak kisah kalau Yusry tue berstatus duda. Zzz

rambut terbaru Fasha Sandha

Khamis, 26 Mei 2011

Cantik juga melihat Fasha Sandha dalam edisi terbaru majalah keluaran EH! untuk Jun 2011. Pada mulanya agak tak perasan siapa orang di muka hadapan majalah berkenaan. Bila diperhatikaan betul-betul ternyata ianya Fasha Sandha. Cuma rambutnya dan wajahnya yang betul-betul berubah menjadi lebih advance dan kelihatan amat cantik sekali. Wah, memang Fasha dah lebih maju dah ni, Yang kat bawah tue pun cantik juga kan rambut dia dan gaun baju yang diperagakan, sesuai sangat-sangat. Like it..

gambar anak Sari Yanti, Barr Al Aliy

gambar dibawah merupakan gambar ketika majlis pelancaran butik milik pelakon, Dynaas dan dinamakan sempena namanya, Dynas Nursing Attire (butik khas untuk wanita yang mengandung dan wanita baru melahirkan anak) di eCurve, Mutiara Damansara baru-baru ini. Yang menjadi perhatian adalah anak sulung Sari Yanti yang berusia 10 bulan, Barr Al Aliy (sekali nama arab da) yang turut diundang. Comel dan sihat juga anak Sari ni kan, tak sangka dah besar dah anak dia. Mama dia pun comel juga kan masih.. keke. Gambar Budiey

Sari Yanti Dynas

Barr Al Aliy sari yanti

Sari Yanti Dynas

Sari Yanti Dynas

Sari Yanti Dynas

Sari Yanti Dynas

Sari Yanti Dynas

gambar Dafi di Kuala Terengganu

Gambar terbaru Dafi ni diambil ketika Dafi mengacarakan sebuah majlis pertandingan syarikat swasta di Maydin Kuala Terengganu baru-baru ni. Dafi menjadi sepertinya menjadi host kepada peserta-peserat yang bertanding, ingat belia2 yang join, rupa-rupanya beliau2 pula yang join. Hehe. Rambut Dafi pun nak jadi macam Justin Bibir ker, stylo nampaknyer, nanti ada lah filem 'neber say neber ll' hehe.. gurau2 jerk.. :)

isteri Jimmy Shanley bakal melahirkan anak sulung

Rabu, 25 Mei 2011

Tahniah kepada pengacara Jimmy Shanley Norjahan diatas bakal menjadi seorang ayah tidak lama lagi. Berita gembira ini merupakan saat dimana isterinya, Nursuhaili yang kini hamil akan melahirkan anak pada bulan Julai 2011. Masih ada tempoh 1 bulan lebih lagi buat pasangan ini menimang cahaya mata. Berita ini disampaikan oleh peguam Nursuhaili ketika prosiding kes mereka berdua di mahkamah baru-baru ini.

Masa prosiding tue, Jimmy tidak hadir kerana pergi umrah, manakala isterinya Nursuhaili pula yang datang. Haish, harap-harap mereka berbaik-baik semula dan membuka buku baru diatas kebaikkan bakal anak mereka nanti. Payah tue nanti kalau anak berada ditengah-tengah diatas krisis kedua ibu bapa yang melanda. -sumber berita mStar

Dato' Siti Nurhaliza beli kediaman RM20 juta!!

Admin ada terbaca kat Murai baru-baru ni yang Dato' Siti Nurhaliza membeli Penthouse (bukan majalah porno tue ya) mewah berhadapan KLCC dengan harga RM20 juta (RM20 juta ikut sumber Murai, tapi admin rasa RM2 juta kot terlebih 0 digit)!!. Makai memang mahal super gila harga dia, rumah banglo pun belum tentu lagi sampai mencecah harga ni. Mungkin disebabkan hartanah kat situ kot yang mahal, apatahlagi pemandangannya super cantik.

Dengan keluasan hampir 7000 kaki persegi, kediamanan disitu sudah pun dihuni oleh orang kaya-kaya. Ada yang dikatakan nampak kelibat Siti ketika menaiki lif turun dan naik dari aras 40 kediaman berkenaan. Lain lagi ceritanya, tempat kediamaan Siti tue pernah dianugerahkan seni bina kediaman pangsa terbaik ASEAN melalui anugerah Asia Pacific Property Award and International Property Award. Memang kiranya kediaman paling best la tue, sampai menang-menang award lagi, rumah VVIP pun belum pernah menang anugerah. kuikui.. pas ni dorang nak bertanding dengan Siti pula..

Hai begitulah episod bila orang dah jadi kaya, anda bila lagi? ngeh2..

Scha al Yahya nak kahwin secepat mungkin!

Umum dah tahu yang Scha al Yahya dan Awal ni couple yang sejati dan cocok. Dan usia mereka juga tidak ketinggalan makin meningkat. Scha yang kini berusia 28 tahun mahu menjadikan Awal suaminya dengan segera, maknanya nak kahwin. Namun impian Scha dan juga Awal itu terlalu terbatas disebabkan kesibukkan kerjaya masing-masing. Sampailah tarikh keramat pernikahan mereka berdua belum lagi dimuktamadkan. Kata Scha kat mStar paling awal pun tahun depan.

Bagi admin, itu semua bukan penghalang, sedangkan VVIP dan VIP pun kalau nak berhasrat nak kahwin, dorang tetap akan kahwin cepat juga walaupun empayar, tugas, beban kerjaya mereka lebih besar dan berat. Bukan nak sibuk cerita pasal duit nak kahwin ker aper ni, Scha dan Awal pun kaya juga tue, kereta mewah pun ada kan. Admin rasa kalau soal duit, Scha dan Awal mampu, namun kesibukkan mereka sahaja yang membatasi mereka. Ntah lah sibuk macamana la dorang ni sampai tak nak kahwin cepat. Ala, nikah kahwin tue amik masa dua hari jerk, kalau bab-bab perancangan kahwin tue, amik masa seminggu pun dah cukup jah2..
"Memang kami mahu berkahwin, kalau boleh secepat mungkin. Bagi saya, perkara yang baik tidak perlu ditangguhkan. Saya bimbang juga kalau lebih lama berkawan, lebih banyak risikonya. Malangnya kesibukan kami menjadi penghalang. Terus-terang, kedua belah keluarga masih belum berbincang dan kami sedang mencari masa yang sesuai. Paling awal pun mungkin tahun depan," kata Scha yang ditemui pada sidang media drama Dunia Kita, baru-baru ini.

Liyana Jasmay, Fizz Fairuz tengah bercinta?

Selasa, 24 Mei 2011

Sesuatu yang tidak pernah disangka oleh siapa-siapa pun. Adakah ini cinta antara dua benua, diantara dunia lakonan dengan dunia nyayian, Liyana Jasmay dengan Fizz Fairuz. Memang agak penuh kejutan kan kalau mereka berdua ni tengah bercinta. Bukan apa, saje jerk nak kata mereka berdua ni bercinta sebab terkantoi isu perbualan mereka melalui Twitter. Bukan main manis lagi jah, sampai ada 'i love u, miss u'. Weekkk..


Perlukah ini semua ditunjukkan kepada umum? kalau nak pun kat sms dah kira cukup dah kan. Memang ramai yang akan tidak percaya, memandangkan ramai mengetahui yang Fizz ni sedikit sebanyak lebih banyak bergurau berbanding keseriusannya di dalam set lakonan. Apa-apa pun kalau betul bercinta, so far so good lah, tapi nanti pisah pun nak umumkan juga ker? kekeke..