Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Bila selebriti jual pakaian

Sabtu, 30 April 2011

Aik selebriti ni dah tak de duit dah ke, sampai nak jual pakaian t-shirt lagi tue. Mereka ni terdiri daripada Yasmin Hani, Lisa Surihani, Atilia dan Aishah Sinclair. Memang artis yang tidak asing lagi. Dah nama popular mesti banyak duit kan, tak kan nak jual T-shirt lagi. Haha. Tidaklah, mereka jual baju ni untuk membantu mangsa-mangsa Tsunami kat Jepun tue ha, harga T-shirt tue cuma RM50, sambil beli sambil sedekah. Ha, beli jangan tak beli, kalau boleh nak tandatangan artis tue lagi. hehe.


-Beli di SINI-

Gambar isteri Zed Zaidi, Natalia

Selamat pengantin baru kepada pelakon, Zed Zaidi dan juga pasangannya, Natalia Mustafa Kamal dinikahkan pada hari Jumaat kelmarin. Memang saat itu merupakan saat yang paling bahagia buat kedua-dua mempelai. Namun apa yang pasti, gambar mengenai pernikahan itu belum lagi beredar di internet. Jangan risau, sebab ada terjumpa gambar mereka berdua sebelum bernikah. Jadi tak dapat lihat waktu pernikahan, lihat wajah isteri Zed Zaidi pun jadilah~.

-updates 9PM: gambar Gua | Murai

isteri arwah Faizal Yusof selamat bersalin

Jumaat, 29 April 2011

Aik lagi berita selebriti melahirkan anak. Wah dah 3 post hari ni asyik berita yang sama. Takpe la bukan selalu pun hari ni jerk kot yang special. Hehe. Tapi kali ni melibatkan isteri kepada arwah selebriti, Faizal Yusof. Anak ni kureng sikit detail-detail mengenai kelahirannya, namun disahkan sendiri oleh isteri arwah di Facebook miliknya. Apa-apa pun tahniah diatas kelahiran anak ini, jadi anak yang soleh ya, walaupun ayahanda dah pergi.

emaknya pun dah bertudung. sweet~

Sazzy Falak dapat bayi kembar!

Wah bukan main lagi ada berita gembira mengenai selebriti melahirkan anak. Kali ni pasangan Nazril dan Sazzy Falak yang sudah menunggu sejak 4 tahun yang lalu. Sazzy selamat melahirkan anak pada hari kelmarin 28 April di Prince Court MC, KL mengikut portal GUA. Tip Top tanpa disedari, Sazzy dan Nazril mendapat bayi kembar perempuan. Wah tahniah lah. Nama anak kembar itu dinamakan Iman Lilly dan Tiara Rose.

Petikan daripada Twitter:
@Nash_IdrusLVG Alhamdulillah TQ Allah for sending @SazzyFalakCLPT & I, Two beautiful babies Iman Lilly & Tiara Rose, born 28th April 2011. Amin

Maizawati dah bersalin, Waheeda bila lagi?

Maizawati selamat melahirkan bayi lelaki bernama Muhammad Qhabel Izz Qhushairy seberat 2.86kg. Maiza bersalin dalam keadaan normal di Hospital Kuala Lumpur pukul 4.15 pagi Rabu. Bayi tersebut merupakan bayi pertama hasil perkahwinan ketiga Maizawati dengan Mohd. Yassin Ben. Mereka bernikah pada 9 Ogos tahun lalu.

Qhabel merupakan anak ketujuh Maizawati. Dia mempunyai empat orang anak dengan bekas suaminya iaitu penceramah bebas, penyanyi dan pengacara Akhil Hayy. Pasangan itu bercerai pada 15 Julai tahun lalu. Sementara dua anak lagi merupakan hasil perkahwinan dengan bekas suami pertamanya yang berasal dari Kelantan. -mStar

Sarimah Ibrahim mahukan anak

Khamis, 28 April 2011

Kasihan kepada pengacara terkenal, Sarimah Ibrahim ni, selepas bercerai dengan Amir Andrew Abdullah pada Jun 2009, Sarimah kelihatan agak sunyi tanpa teman. Nak kata ramai peminat memang Sarimah akui, tapi mereka suka Sarimah yang kat dalam tv, majalah dan sebagainya, kalau Sarimah 'original' mereka susah mahu terimanya, kenapa? wallahualam lah.

Sebelum ini Sarimah pernah tertipu dengan seorang lelaki yang dikenalinya melalui Facebook aka cinta Facebook. Kini Sarimah kemungkinan berstatus 'single' dan mengharapkan cepat-cepat kahwin aka jodoh dan mendapatkan zuriat. Sabarlah Sarimah, rezeki tu ketentuan Allah. Sarimah berusaha sahaja buat masa ni, carilah pasangan yang betul-betul sepadan dan boleh menerima Sarimah seadanya. Amin.

Dipetik daripada laman portal ManggaOnline: "Sekarang matlamat saya adalah mencari orang yang mahukan anak, seperti mana apa yang saya rasa sekarang ini.

"Kalau dulu sewaktu perkahwinan pertama, saya tidak terlalu memikirkan soal anak, tetapi sekarang, saya terlalu inginkannya, (mahu anak dan menjadi seorang ibu)" jelas Sarimah.

Elly Mazlein bertunang pada 29 Mei

Banyak betul artis nak kahwin dan berumahtangga pada tahun ni kan. Termasuklah juga, Elly Mazlein. Elly Mazlein mengumumkan akan bertunang dengan pengarah filem dan drama, Azmi Mohd Hata. Majlis pertunangan akan diadakan 29 Mei ini di depan di Kelab Ekuestrian Bukit Kiara. Manakala tarikh pernikahan akan diadakan (dalam perancangan) pada bulan Februari 2012.

-sumber uncle Google..

Elly Mengenali Azmi yang juga pengarah filem Duhai Si Pari-Pari dan beberapa drama tempatan sejak tiga tahun lalu sebelum serius sekitar pertengahan 2009, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlin Syed Hanafi menyifatkan hubungannya dengan pengarah berusia 36 tahun itu sebagai sesuatu yang istimewa. -Harian Metro

Ps: Heboh pasal artikel sebelum ni tapi dua tahun yang lalu dah.. LINK..

Gambar kekasih Anith OIAM

Amboi jah bukan main mesra lagi nampak. Mesra banget mengalahkan pasangan suami isteri dengan ikatan yang sah. Haha. Anith OIAM lah siapa lagi. Nanti siap keluar kat paper, 'dia hanya kawan biasa sahaja', tak pun 'no komen'. Ni kekasih Anith ni agaknya bakal nak tumpang glomur juga kot, apa tidak style rambut ala-ala Justin Bibir. Kan lebih baik nikah terus, daripada macam ni, xsedap pula mata memandang dengan aksi kedua-dua pihak. Xpa la, kubur masing2 juga.. Hai dunia-dunia..













Pasangan suami isteri selebriti berclubbing

Rabu, 27 April 2011

Penulis tak tahu nak kata apa dah dengan pasangan selebriti ni. Nak kata jahat, tidak semua orang tu dikatakan sempurna, ye kan. Kadang-kadang ada juga kesilapan dan kelalaian yang terjadi, tak kira pangkat dan darjat. Si isteri dalam gambar ni tak pasti pula time mengandung atau belum lagi. Aish, harap-harap kita selepas ini muhasabahkan diri yer. Kalau mengandung, si isteri kenalah jaga kesihatan anak dalam kandungan tue. Wallahualam. Zzzz..









HarianMetro: “Kami tak minum arak itu!” tegas pelakon terkenal, Que Haidar, 32, mengulas penyebaran gambarnya bersama isteri, Linda Jasmine dan beberapa individu berseronok di samping ada gelas dan botol arak di atas meja.

Menurut Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, mereka hanya menghadiri majlis hari lahir seorang kawan Linda yang bukan beragama Islam.

“Sebelum itu kami makan malam bersama keluarga mentua. Dalam perjalanan pulang, Linda menerima panggilan daripada seorang rakan yang mahu kami hadir ke majlis hari lahirnya.

“Selepas dihubungi berkali-kali, kami singgah sebentar ke tempat itu bagi meraikannya. Namun, terus terang kami tidak langsung menyentuh arak, manakala arak di atas meja itu (merujuk kepada gambar di Internet) adalah milik orang lain.

“Malah, rakan Linda turut mendapatkan nasi lemak selepas saya memberitahu nak makan makanan itu selain meminum air mineral,” katanya ketika dihubungi Metro Ahad.

Que yang nyata tidak menyenangi penyebaran gambar itu meminta orang ramai tidak mudah membuat tanggapan negatif.

“Serba salah dibuatnya. Rasa marah, geram, sakit hati, malah kelakar pun ada. Namun sebenarnya ia boleh menjejaskan kami, termasuk keluarga, apabila mendengar khabar angin negatif ini,” katanya.

Sementara itu, kenyataan Que turut disokong Linda, 38.

“Tak adil menilai kami dengan hanya melihat gambar berkenaan tanpa mengetahui perkara sebenar.

“Saya tak minum arak dan tidak merokok langsung. Rokok (di tangan Linda dalam satu gambar) itu orang lain punya, mungkin Que, dan saya hanya memegangnya,” katanya.

Menurut Linda, tindakan menyebarkan gambar itu satu perkara tidak baik dan akan menjejaskan maruah mereka sekeluarga.

“Walaupun kami menjelaskan keadaan sebenar, akan ada (masyarakat) yang terus memandang buruk kepada kami hanya disebabkan tindakan (penyebaran gambar) itu,” katanya.

Norman Hakim, Memey nikah 23 September 2011?

Pelakon, Memey dan Norman Hakim yang bertunang 13 September 2010 yang lalu, kini dalam sesi menghitung hari menjelang tibanya bergelar pengantin baru. Wah, tahniah lah, kalau nak diikutkan bagi Memey tarikhnya adalah 11/11/11 tapi keluarga Norman mahu dipercepatkan yakni bulan September. Tue ha, lagi cepat lagi bagus, hilang kontroversi juga kan. Takpe la, asalkan ada niat nak berkahwin tu dah kira bagus, daripada dok berkepit sana sini, lagilah menimbulkan fitnah..

"Awalnya saya memilih untuk nikah pada 11 November ini, tapi setelah pulang ke rumah abang (Norman) minggu lepas, untuk berbincang dengan keluarganya tentang tarikh pernikahan ini, ibunya meminta agar tarikh pernikahan dicepatkan.

"Kalau boleh keluarga abang mahu kami bernikah pada bulan Julai, tapi bila kami periksa semula tarikh pada bulan tersebut, jadual kami terlalu padat. Kebetulan pula,bulan Ogos sudah masuk bulan Ramadan dan Syawal, jadi nanti kami perlu sediakan dua persiapan serentak.

"Dan akhirnya, kami pilih tarikh yang terdekat iaitu 23 September. Ini hanya permintaan keluarga sebelah abang, tapi saya masih belum berbincang dengan keluarga saya lagi.

"Esok emak saya akan datang ke Kuala Lumpur, begitu juga dengan ibu abang Norman, jadi kami akan bertemu untuk memilih tarikh yang sesuai antara 23 September ataupun 11 November,"jelas Memey.

Di tanya tentang tarikh-tarikh berkenaan, jelas Memey dia lebih memilih 11 November berbanding 23 September kerana bimbang dengan persiapan yang akan dilakukan.

"Kalau ikut diri saya, saya lebih memilih 11 November. Bukan sahaja kerana tarikhnya yang cantik tapi juga disebabkan masa yang lebih panjang untuk saya membuat persiapan.

"Tapi saya perlu membuat pertimbangan dengan cadangan kedua-dua belah keluarga nanti, dan jika berlangsung pada 23 September sekalipun saya tetap bersetuju. Lagi cepat perkara ini selesai, lagi bagus,"jelasnya lagi. -ManggaOnline

Ayahanda Ally Iskandar meninggal dunia

Walaupun agak ketinggalan sedikit nak sampaikan kepada pembaca, namun ianya tidak bererti admin seorang yang pelupa nak beritahu yang ayahanda pengacara hot TV3, Ally Iskandar telah pergi ke Rahmahtullah pada pagi 25 April 2011 yang lalu. Sumber ini diperolehi melalui laman portal Gua. Ramai peminat-peminat Ally di laman Facebook miliknya juga mengucapkan salam takziah kepada Ally.

Apa-apa pun kita sedekahkan kepada ayahanda Ally al Fatihah. Dan kepada Ally dan keluarga, salam takziah kami semua ucapkan, banyakkan bersabar, yang pergi tu akan tetap pergi, yang hidup tu kena teruskan kehidupan mencari keredhaan Ilahi.

aksi mesra Aaron Aziz dan Maya karin

Selasa, 26 April 2011

Mesranya gambar-gambar pelakon kacak, Aaron Aziz dengan pelakon cantik, Maya Karin. Aksi mesra mereka ini umpama sepasang kekasih hati yang sedang bercinta. Mungkin tidak, sebab Aaron dah berumahtangga, tak kan mereka ada skandal kot. Nampak sepadan giler, mana lah ada perempuan nak tolak kalau Aaron tu masih bujang kan. Tapi jangan panik dulu..

..mereka ni sekadar berlakon untuk filem romantik yang bakal keluar tidak lama lagi, filem ‘Ombak Rindu’ yang diadaptasikan dari sebuah novel cinta nukilan novelis terkenal, Fauziah Ashari akan diarahkan oleh sutradara terkenal, Osman Ali. Maya Karin pun bertudung kalau korang nak tahu, bertambah-tambah manis. Ngeh2. -Sumber Gua

Siti Sarah hamil 1 bulan lebih

Tahniah kepada Siti Sarah yang kini disahkan hamil nak masuk 2 bulan. Berita ini dipetik dari laman Murai. Katanya khabar berita gembira ini disampaikan oleh Sarah sendiri ketika dia menghadiri ke acara Maharajalawak baru-baru ini. Sarah kelihatan nampak comel dan sudah nampak sedikit buncit dan bulat pada bahagian perutnya walaupun tak sampai dua bulan hamil. Siti Sarah dan Shuib Sepah berkahwin pada akhir bulan Februari 2011. Tahniah kepada Sarah dan juga Shuib.

bila Kyla Fairy menyanyi lagu

Tak sangka pelakon baru, Kyla Fairy ni ada bakat dalam nyanyian. Lagu pun kira level susah juga, hindustan dan inggeris. Kalau tidak silap, ada juga dia menyanyi kat Melodi lepas kan. Suara pun alamak, merdu tahap gaban. Memang admin bagi 5 bintang la kat Kyla. Sesuatu permulaan yang baru yang terbaik. Jap lagi Kyla bakal bersaing dengan artis-artis baru yang lain. Cayok2!

gambar Putri Najwa seksi

Isnin, 25 April 2011

Siapa gerangannya empunya nama Putri Najwa nie erk? pelakon? model? atau penyanyi? admin tak nah jumpa pula info dia ni kecuali kat Wikipedia milik Shaheizy Sam, disitu ada tertera nama Tengku Putri Najwa (Wawa). Itu sahaja info yang dapat dicam, tapi tak tahu betul atau tidak. Ngeh2. Kalau korang tahu siapa Putri Najwa ni, beritahu juga lah kat yang len yer. :) -Gambar ManggaOnline

Ameng Spring 'online' Facebook di penjara?

Tak tahu la pula kalau Ameng Spring dah masuk penjara selama 8 tahun yang dikuatkuasakan pada beberapa minggu yang lalu. Kalau dah agaknya memang tak dapat buat apa-apa dengan dunia luar. Yang menjadi peliknya disini, ada seorang kaki Facebook mendakwa tengah bersembang@chat dengan Ameng Spring baru-baru ni. Tak tahulah Ameng yang tengah bersembang@chat tue atau peminat fanatik dia yang 'create' untuk Ameng. Andaian lain juga mengatakan, penjara di Malaysia dah dinaik taraf dengan adanya Wifi@cybercafe?? maklumlah admin tak pernah masuk penjara, siapa-siapa banduan tue, cerita-cerita cikit. hehe.

Ac Mizal 'sign up' UMNO Perak

Aish admin ni sebenarnya tak mahu masuk campur soal politik dalam blog hiburan, tapi apa boleh buat, dah tersangkut pula seorang artis ni, bernama Ac Mizal, pengacara Maharaja Lawak, menyertai UMNO Perak. Tidak tak tahulah kenapa baru nak serahkan borang keahlian. Sebelum ni pembangkang erk, tak pun tak pernah mengundi, oOps.. Yang tu admin sedang fikirkan. Selalunya orang nak serahkan keahlian ni, perpindah pari. Zzzz. -info Bharian | gambar pengundisetiasungairapat



AC Mizal yang menyerahkan borang keahlian Umno kelmarin 24/4, berkata beliau sebelum ini ditawar menyertai sebuah parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi. Bagaimanapun, katanya, beliau menolaknya kerana tidak bersetuju dengan dasar yang diperjuangkan oleh parti berkenaan.

"Adalah sukar untuk saya menerima pelawaan menyertai parti tersebut kerana saya dibesarkan dengan perjuangan Umno yang popular dengan slogan 'Dulu, Kini dan Selamanya. Tambahan pula saya langsung tidak bersetuju ataupun serasi dengan dasar perjuangan yang didukung oleh mereka," katanya.

Sebelum itu, AC Mizal bersama isterinya Emylia Rosnaida menyemarakkan Program Jom Masuk Umno di Ipoh apabila bersama 500 yang lain mengemukakan borang kemasukan sebagai anggota parti itu. Mereka menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umno bahagian Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Ghaffar.

Bercakap kepada pemberita, AC Mizal berkata beliau menyertai Umno kerana selari dengan perjuangannya dan selepas dipelawa oleh ketua Pemuda bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi.

"Saya terus menerimanya kerana selama ini saya lihat (Umno) begitu komited dalam perjuangan demi menegakkan keadilan," katanya kepada pemberita di program anjuran Umno bahagian Ipoh Barat.

AC Mizal berkata beliau akan bergiat secara ikhlas dan telus sebagai seorang ahli biasa Pemuda Umno dan tidak berhasrat untuk merebut jawatan di dalam parti.

"Saya berniat untuk bergerak secara aktif dalam pergerakan Pemuda walaupun usia telah mencapai 40 tahun pada tahun ini tetapi bagi saya masih belum terlambat bagi membantu parti yang menjaga negara sejak ia ditubuhkan," katanya.

Gambar pertunangan Ashraf Muslim, Dayana

Sabtu, 23 April 2011

Majlis pertunangan Ashraf dan Dayana telah berlangsung di Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah, Gombak pada jam 9.45 pagi 23 April 2011. Stesen televisyen TV9 turut mengadakan lintas langsung bagi memberi peluang kepada peminat melihat bakal isteri pelakon itu. Majlis pada 23 April itu dimulakan dengan bacaan doa sebelum diteruskan dengan acara menyarung cincin. Ibu saudara Ashraf, Fatimah Azil menjadi wakil pihak lelaki bagi menyarungkan cincin pertunangan ke jari manis Dayana. Ini kerana ibu kepada pelakon ini sudah meninggal dunia.

Sebanyak tujuh dulang hantaran telah dihadiahkan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan. Pemberian ini dibalas dengan tujuh dulang. Antara barangan yang disertakan ialah set alat mekap, persalinan, sireh junjung, kek (dari Dayana) dan buah-buahan (dari Ashraf).

Pasangan ini bakal melangsungkan pernikahan di Tanah Suci Mekah pada 1 Syawal hadapan. Ashraf, Dayana dan sanak saudara akan berlepas ke Mekah pada 17 Ogos dan akan menghabiskan masa kira-kira dua minggu di sana. -Gua | gambar mStar, Murai, ManggaOnline