Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar terbaru Rossa, buat album baru!

Khamis, 31 Mac 2011

Hujan ais batu campur di negeri sendiri, hujan emas putih di negara orang, itulah yang dilakukan oleh Rossa penyanyi dari seberang yang mempunyai peminat yang ramai di negara kita ni. Baru-baru ni Rossa sudah melancanrkan album terbarunya yang berjudul Harmoni Jalinan Nada & Cerita bertempat di sekitar KL. Rossa kelihatan masih cantik dan anggun. Badannya juga masih nampak ramping. Kepada peminat Rossa jangan lupa beli album Rossa ye dan jumpa Rossa pada 9/10 Jun 2011 ini di Ballroom Tropicana, Tropicana Golf & Country Resort. :) -Gambar Budiey

Rossa

Rossa

Rossa

Rossa

Rossa

Rossa

Rossa

penyanyi Ruhil Amani selamat melahirkan anak ke-2

Penyanyi Ruhil Amani Hussein selamat melahirkan bayi keduanya yang bernama Raayan Alexander Wilson Jamil Wilson pada tarikh 3 Mac yang lalu, anak pertamanya Ruhil Ariana Wilson Jamil Wilson kini berusia 7 tahun. Bayi lelaki seberat 3.83 kilogram itu dilahirkan di Hospital Pakar Damansara pada pukul 12.59 tengah hari. Isteri kepada pemain gitar terkenal, Jamil Wilson atau Jamie ini melahirkan bayinya secara pembedahan. Tahniah diucapkan. -sumber mStar

''Dato'' Ac Mizal menipu downline??

Luahan Peminat: Bersembang dengan seorang teman semalam, keluarlah topik mengenai penglibatan beliau dlm sistem MLM. Terkejut juga saya apabila beliau memaklumkan sudah ditipu oleh AC Mizal (kini bergelar Dato' Pahang) melibatkan ribuan ringgit. Agak mustahil untuk dipercayai kisah beliau apabila perkara ini melibatkan selebriti. Takkan la seorang yang dikenali, berani untuk menipu? Mana AC mau lari? Apa kejadahnya semua ini?

Hasil dari siasatan lanjut saya, teman saya memaklumkan dia telah mendaftar diri sebagai peserta MLM gelang AC Mizal kira-kira setahun yang lalu. Isu yang timbul ialah beliau masih belum mendapat sebarang pulangan sepertimana yang telah digembar gemburkan semasa ceramah produk. Mengikut AC, peserta hanya perlu mendaftar dan membeli gelang sahaja, manakala pihak syarikat AC akan menjalankan tugas2 promosi dan mencari kaki-kaki untuk diletakkan di bawah si pembeli tadi. Sistem komputer pula akan meletakkan pelanggan-pelanggan baru secara automatik di bawah kawan saya tadi mengikut sistem piramid. Pulangan akan mula diperolehi apabila piramid lengkap terbentuk.

Apabila saya bertanya kepada teman, sudah berapa ramai AC letakkan orang di bawahnya, beliau menjawab sudah ada kira-kira 1000 lebih peserta. WOW! Mengikut perkiraan, teman saya itu sepatutnya sudah menjadi kaya dan mampu membeli ferrari seperti AC, tetapi jawapan yang diberi beliau, AC hanya mengisi nama2 peserta baru secara automatik secara menegak di sebelah kiri sahaja. Maksudnya, walau sejuta orang pun di daftarkan di bawah beliau, tetapi sampai kiamat pun piramid takkan terbentuk! SO SEKARANG NI GELANG KEMANA, DUIT KEMANA, AC DIMANA..

PS: nak jadi kaya cepat, kenalah berusaha, bukan tunggu durian runtuh yang belum pasti lagi.. Zzzz

Fahrin Ahmad bercinta dengan anak saudara Dato' Siti Nurhaliza?

Rabu, 30 Mac 2011

Pelakon kacak Fahrin Ahmad baru sahaja digosipkan bercinta dengan anak saudara Dato' Siti Nurhaliza di satu laman sesawang. Siapa anak saudara Dato' Siti ni? dia adalah Zetty Adila Dato' Ramly iaitu anak kepada produser drama, Datin Zaiton Mohd Jiwa. Zetty Adila ni juga orangnya manis dan cantik, memang bertuah orang yang dapat memiliki hati Zetty Adila. Jadi sepertinya sesuai dengan Fahrin dari sudut pandang kasar. Namun, Datin Zaiton yang lebih dikenali sebagai Kak Ton menafikan hubungan anaknya dengan Fahrin.

Kata Kak Ton Mungkin gosip sebegini mungkin timbul sebab kebelakangan ini, Fahrin banyak bekerja dengan syarikat produksi Kak Ton. Sehinggakan Kak Ton pun naik hairan a.k.a. pelik daripada gosip yang tak betul ini boleh wujud. Sebab setahu Kak Eton, mereka tak pernah pergi ke mana-mana secara berdua. Adila pun menafikan perkara ini, dan mahu gosip ini dihentikan, sebab menganggu kerjayanya. Oleh yang demikian maka episod Fahrin bercinta dengan Adila adalah tidak benar sama sekali. Dan kedua-duanya sehingga waktu ini masih bergelar 'SINGLE'!.

Ps: Fahrin hensem, Adila tak nak? Zzzz.

Intan Ladyana nafi bersekedudukan dengan Kamal

Intan Ladyana menafikan dakwaan menerusi laman blog hiburan yang mengatakan dia dan kekasihnya Kamal Adli tinggal serumah atau bersekedudukan di kediamannya di Menara Impian, Ampang, Selangor. Kata Intan, dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali kerana hakikatnya mereka tinggal berasingan.

Intan akui yang Kamal kerap berkunjung ke rumahnya untuk berjumpa atau keluar bersama, Intan bagaimanapun berkata, aktor itu hanya menunggu di bawah dan jarang masuk ke rumah kecuali atas hal-hal tertentu atau kecemasan.

"Kebiasaannya dia akan tunggu di bawah sahaja. Kalau pun keadaan memaksa dia untuk masuk ke rumah, kami tidak akan berdua-duaan. Pasti ada pembantu peribadi saya atau rakan-rakan lain juga," katanya.
Dakwaan tersebut mungkin timbul kerana jiran-jirannya sering melihat kelibat Kamal berkunjung di kawasan kediamannya. -Sumber mStar

PS: kalau Kamal terdesak nak pinjam toilet macamana pulak erk? Hehe..

Gambar Adira AF8 pakai tudung

Adira AF atau nama sebenarnya Siti Adira Binti Suhaimi yang berasal dari Ranau, Sabah merupakan finalist Af8. Memang orang tak nafikan yang Adira ni seorang manis dan cantik. Apatah lagi buat masa ini Adira yang berusia 20 tahun sedang bergiat aktif dengan juara AF8, Shahir. Tapi tak tahulah status hubungan mereka apa, kawan jak kot, kalau cinta pun apa salahnya. Hehe. Ni penulis nak bagi tengok kat korang semua bila Adira pakai tudung, jarang sekali nampak Adira pakai tudung, sekali tengok ok juga. :)

Dato' Siti Nurhaliza kelihatan hamil?

Selasa, 29 Mac 2011

Menurut informasi yang diterima oleh blog RunWitMe, gambar Dato' Siti Nurhaliza yang diamik ketika Dato' Siti join dalam satu majlis Malam Transformasi Bersama Rakyat baru-baru ini amat mengejutkan. Perut Dato' Siti seakan-akan kelihatan hamil/mengandung. Berita ni tak menhairankan sangat, sebab setiap tahun ada sahaja berita khabar angin kehamilan Dato' Siti, cuma berita tu tak disertakan gambar. Tapi kali ni, sepertinya benar-benar pula, sebab lihat gambar macam hamil. Wallahualam la. kalau betul, tahniahlah. Dato' Siti komen plezzZ.. -gambar RunWitMe













Senarai pelajar Akademi Fantasia 9 (AF9)

Selepas menjalani proses undian secara online menerusi laman web rasmi Akademi Fantasia 9 (AF9) serta penjurian dari juri profesional, inilah dia barisan 12 pelajar AF9 yang telah dipilih secara sah serta bakal mengharungi cabaran sebagai penuntut AF9. AF9 yang diterbitkan Astro akan mula disiarkan di Astro Ria saluran 104 bermula 2 April ini. -sumber Murai
Pelajar 6 lelaki vs 6 wanita:
1. Azri - Selangor (MyStarz LG)
2. Afif - Pahang (MyStarz LG)
3. Erul (Khairul) - KL (kumpulan Evo protege kepada Jaclyn Victor Mentor)
4. Kay - KL (adik Diddy Hirdy AF4)
5. Eka - KL
6. Laika - KL
7. Miza - KL
8. Amir - Sarawak
9. Lena - Sabah
10. Nera - Sabah
11. Raqib - Melaka
12. Aida - Melaka

Zul Huzaimy, isteri cerai talak 2!

Isteri kepada pelakon popular Zul Huzaimy, Nor Dalilah Muhammad, mengesahkan mereka sudah bercerai talak dua dan didaftarkan pada 1 Julai 2010 di Mahkamah Rendah Syariah Kajang. Kata Dalilah, mereka pernah mengalami konflik pada hujung tahun 2009 dan masing-masing telah menetapkan syarat untuk berbaik semula (merujuk semula dan merancang ingin melangsungkan perkahwinan secara rasmi) selepas kejadian berkenaan.

Berikutan penceraian itu kata Dalilah mereka tidak berhasrat membuat sebarang tuntutan hak penjagaan anak mahupun harta sepencarian kerana kedua-dua mereka sudah bersetuju menyelesaikan masalah berkenaan bersama. Zul difahamkan sudah pun mempunyai seseorang teman. -sumber mStar

PS: tak sangka pula rumahtangga Zul dah pun berantakkan selama ini, patutlah Zul diam jer tanpa khabar berita. Zzz.

Aznil Hj Nawawi ada anak kecil?

Isnin, 28 Mac 2011

Konsert Hore Hore Aznil yang diadakan di Padang Bola, Taman Titiwangsa, Kuala Lumpur, beberapa hari yang lalu cukup membuktikan yang Aznil masih lagi berbisa dan menyengat. Aznil berjaya membuat satu konsert sulungnya yang begitu terbaik dan gemilang buat dirinya, apakan tidak konsert itu berjaya mendapat kutipan RM30,000 hasil daripada pembelian tiket pelbagai kelas, namun itulah juga nawaitu Aznil, Aznil telah mendermakan kesemua wang tersebut kepada seorang pesakit jantung menerusi Pertubuhan Hero Malaya yang disertainya.

Lagi satu yang paling best punya cilok, ada budak nama Firdaus Hariz Aznil dijemput hadir menyanyikan lagu Cari Jodoh bersama Aznil ketika konsert tue. Yang lebih mengejutkan ada sebuah media akhbar mendakwa itu anak Aznil. Anak? bukan Aznil duda erk? bila masa pula Aznil kahwin lagi? mungkin ini anak angkat Aznil kot. Tapi yang peliknya napa pulak ada nama Aznil dibelakang nama budak tue erk. Musykil2..

Shahir, Adira, Heliza dalam sebuah novel

Novel ni bukanlah novel dalam bentuk cetakan dijual di kedai-kedai buku, tapi dalam bentuk 'novel online'. Penulis memang tak pernah baca novel, apatah lagi novel online. Mungkin dalam bentuk/format PDF. Apa-apa lah, asal boleh dibaca. Hehe. Sesiapa atau kepada kaki novel yang nak baca dengan lebih lanjut mengenai novel Dia Tidak Kecil Lagi, silalah ke alamat blog ni, shahirafc.blogspot.com cari kat bahagian "Cerpen DTKL" kalau tidak silap ada 30 Bab kesemuanya. Kata orang jalan ceritanya menarik, harap-harap boleh buat filem mengenainya. Gempaq gitue uall.. :)

Hari-hari terakhir sebelum meninggalkan Melodi!

Akhirnya saat-saat sedih yang ditunggu sudah tiba. Kini Fara Fauzana dan Wahid Senario sudah pun meninggalkan rancangan hiburan, Melodi untuk selama-lamanya. Hari-hari kelmarin bersama Melodi di Batu Kawan, Penang merupakan hari-hari yang bermakna buat mereka berdua sebagai pengacara suka ramai. Siap ada majlis makan kek lagi oleh sahabat-sahabat pengacara mereka.

Terserlahlah duka disebalik topeng gembira tue. Namun itulah takdirnya, mereka terpaksa tinggalkan Melodi dan memberi laluan kepada pengacara baru nanti. Apa-apa pun tahniahlah diatas kebolehan dan semangatnya Fara dan Wahid dalam mengendalikan rancangan Melodi selama ini.























tarian seksi hiburkan harijadi Erma Fatimah?

Ahad, 27 Mac 2011

Baru-baru ini majlis hari jadi penuh kejutan diadakan untuk pengarah dan pelakon popular, Erma Fatima. Majlis itu turut dihadiri oleh tetamu kenamaan. Namun apabila gambar-gambar sekitar majlis itu tersebar di Internet, banyak yang tepuk dahi. Masya-allah kata mereka. Macam ada yang tidak kena dengan majlis itu, walaupun suasananya meriah, glamor dan penuh kemilau.

Antara segmen yang dianggap menghina imej Erma Fatimah yang Islamik ialah tarian berunsur lucah oleh golongan maknyah. Penampilan maknyah dengan tarian itu cukup memalukan apabila ada antara mereka hanya memakai G-String, bikini, berseluar dalam selain berpakaian sangat jarang.

Lebih menjengkelkan apabila terdapat seorang maknyah seolah-olah mempersenda agama Islam apabila dia yang bertindak sebagai pengacara majlis memakai tudung tetapi berbaju ketat. Selain memakai G-String, tindakan penari maknyah yang menonggeng punggung ke arah tetamu sangat biadap. baca lanjut di Utusan...

Ps: Ini semua bukan kehendak dan salah Erma sebab mahu datang kerana ia, namun penganjur berkenaan yang mahu acara itu diadakan dengan style yang berbeza. Erma pun seperti orang biasa juga, lihat sahaja twitternya, dia sepertinya merendahkan diri dengan mengatakan dirinya bukan orang yang mulia. Mungkin pengarang utusan ni kot yang lebih-lebih sebab tak dapat hadir sama majlis tue. Hehehe.. Apa-apa pun korang yang pandai dan bijak sana, korang nilailah sendiri yer. Selamat bercuti hujung minggu..

Sharifah Amani dalam Majalah InTrend April 2011

Sabtu, 26 Mac 2011

Sesiapa yang dah beli majalah Intrend edisi April 2011, mesti rasa teruja seketika dengan cover depan majalah tue. Menampilkan pelakon comel dan manis, Sharifah Amanai sebagi pengias muka depan. Hush. Memang seksi pakaian yang dipekena Sharifah dalam cover tue. Menampakkan bahagian paha ke kaki. Mulus tak terkata kakinya, kata orang ramailah. Hehe. Setahu penulis, ini merupakan penampilan Sharifah pada 2011, jarang dapat informasi mengenainya beberapa bulan ni. Apa-apa pun teruskan usaha Sharifah dalam menjadi anak seni.

Edry enggan ikut 'berlakon' dalam Mentor

Edry Abdul Halim tetap bertegas dengan pendiriannya untuk menolak elemen drama dalam program Mentor musim kelima di TV3. Selepas berbincang dengan penerbit Mentor, Muhamad Sufian Isa, Edry nekad enggan mengikut skrip 'drama' yang disediakan bagi mengelak dirinya diperbodohkan.

"Saya hanya akan melakukan perkara yang saya mahu demi mencapai misi saya untuk mengajar ilmu muzik kepada protege. Saya tidak membidas mana-mana mentor atau protege sebaliknya kepada program tersebut dengan menegur penerbit agar mengurangkan elemen berlakon.

"Saya tidak selesa apabila disuruh mengikut skrip drama yang diberikan kerana rasa seperti diperbodohkan. Saya menyertai program ini kerana hendak mengajar seorang protege untuk bergelar penyanyi dan bukannya untuk berlakon.

"Jadi, setelah saya meluahkan perkara ini kepada pihak penerbit, mereka bersikap terbuka dan bersetuju agar saya tidak berlakon. Saya tidak akan terlibat dalam rakaman visual yang mengikut skrip mereka sebaliknya akan lebih memberikan tumpuan kepada protege saya.

"Jangan terlebih sensasi kerana kami semua mempunyai reputasi tersendiri. Saya tidak mahu menang kerana simpati," katanya lagi. -TheStar
-PS: tahniah edry kerana ikhlas mengajar protege dan bukan kerana nak konon2 berlakon drama sampai marah2 padahal semuanya lakonan yang ada skrip yang dah disediakan oleh penerbit.. Zzzz.. malu la.. sampai Edry pecah tembelang macam ni. nak naikkan rating la tu kot.. last2 semua orang dah tahu yang semyanya lakonan semata2. sebelum ni memang orang agak2 je semua ni lakonan, tapi kali ni dah 'kompom'.. huhu..

Video sempena harijadi Lisa Surihani ke-25

Jumaat, 25 Mac 2011

Video ni diambil ketika Lisa dalam tidak sangka a.k.a. kejutan buat dirinya sempena harijadinya ke-25 pada 23 Mac yang lalu di Andalus Kuala Lumpur. Kiranya kawan-kawan artis Lisa lah yang sambut, sebab ramai sangat artis-artis yang hadir, kawan-kawan Lisa sikit jerk, tak ketinggalan Mia Sara pun ada juga, si comel-comel tue. hehe. Mek dapat banyak hadiah tak terkata tue Lisa. Korang enjoy dulu dengan video 10 minit ni.. Happy Birthday Lisa Surihani.. :) -DZMS TV

Gambar Erra Fazira dengan set mutiara RM180,000

Gambar dibawah ni merupakan gambar Erra Fazira menggayakan set mutiara primadona klasik yang berjumlah hampir RM180,000 tue~ tajaan Rafflesia untuk pemenang Artis Paling Popular di Anugerah Bintang Popular 2010 (ABPBH 2010). Wah bukan calang-calang harga set mutiara ni, boleh bedal satu rumah ni. Tapi apa-apa pun kena siap sedia lah kepada artis yang bakal menang tue, perlengkapkan diri dengan bodyguard atau pak polisi, takut nanti jadi sasaran orang tak bertanggungjawab. tak sanggup jah2 nak lihatnya.. Penulis sarankan, kalau dapat set mutiara tu, bagus jual balik. Haha.. -Gambar mStar | Murai