Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Maya Karin akui Remy serasi dengannya

Isnin, 28 Februari 2011

"Akhirnya, saya dapat bersama dengan lelaki yang dicintai. Tidak seperti sebelum ini, percintaan saya sering berakhir dengan kekecewaan,” kata Maya Karin. Selain itu Maya juga mengakui yang beliau senang dengan kehadiran Remy Ishak yang sudi menerimanya tanpa prejudis dan semuanya berlaku tanpa dirancang, apabila sering digandingkan bersama di pentas teater atau layar lebar, keserasian antara Maya dan Remy terbina dengan sendiri.

Sambil mengukir senyuman, Maya memberitahu mereka bukan setakat berlakon bersama, malah turut berduet menerusi lagu Cun Selalu. Tidak mahu terus berteka-teki tentang hubungan cintanya, Maya mengakui yang hubungannya dengan Remy adalah sekadar rakan artis dan beliau amat senang berlakon bersama pemuda itu. -Utusan

Ps: sebenarnya Maya bagi 'hint' kat Remy tu, cuma Remy sahaja yang belum faham-faham lagi. hihi.

Fara Fauzana akhirnya tinggalkan Melodi

Fara Fauzana atau lebih mesra dikenali Fafau sudah pun berjaya membuat sutingan terakhir bersama Melodi kelmarin. Kini dengan nada yang dikeluarkan oleh Fafau kepada akhbar Kosmo baru-baru ini, "Biar saya berhenti dahulu sebelum saya diberhentikan." maka hasrat itu pun sudah tercapai pada usia 31 tahun tahun ini. Sebab Fafau memang berhasrat nak berundur daripada Melodi pada usia 30 tahun. Kata Fafau lagi, sudah tiba dia mahu mencari jodoh pada usia 30 tahun keatas ni, namun Fafau hanya berusaha, Allah yang tentukan. Betul tak.

-amboi mamat ni, bertuah sungguh nampak. hihi..

Siapa lah tidak sedih meninggalkan tempat yang banyak pengalaman suka duka, riang ketawa gelak bersama. Fafau pun sedih juga, sedih dalam positif katanya. Sebab Fafau inginkan sangat-sangat bercuti pada hujung minggu sama seperti anda semua. Fafau mahu meluangkan masa yang ada untuk bersama keluarga dan peminat. Sebab itulah impian Fafau mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan dan persaudaraan. ;)

Shahir AF menghidap penyakit kanser hati!

Berita yang baru diterima, Shahir AF disahkan menghidap penyakit kanser hati yang tidak serius. Berita yang agak sedih ini disampaikan sendiri oleh Shahir. Disebabkan penyakit ini lah, desas-desus masalah Shahir selama ini terjawab. Kerana Shahir memerlukan rehat daripada segala aktiviti nyanyian. Kepada peminat Shahir, doakan sahaja Shahir tabah menghadapi dugaan ini. Semoga Shahir aktif kembali dalam bidang nyanyian, walaupun terpaksa menelan hakikat sedemikian.

"Ketika itu saya ditahan di wad Hospital Az-Zahra, Bangi, Selangor selama dua hari akibat tekanan darah rendah. Tak sangka pula selepas membuat ujian, keputusan itu pula yang saya peroleh.

"Bagaimanapun, saya telah membuat ujian darah yang sama di hospital lain untuk mendapatkan pengesahan sebenar tentang penyakit tersebut dan Alhamdulillah, selepas diperiksa, penyakit saya ini belum sampai ke tahap serius.

"Mungkin kerana masalah pemakanan serta tekanan membuatkan kesan terhadap hati saya. Setakat ini saya masih lagi membuat pemeriksaan lanjutan dan keputusan baru akan diketahui pada minggu depan," katanya kepada mStar.

Gambar pernikahan Siti Sarah, Shuib Sepah

Ahad, 27 Februari 2011

Sarah Raisuddin, 27, kini sah bergelar isteri kepada salah seorang ahli kumpulan Sepah, Shahmira Muhahamad (Shuib), pada majlis pernikahan mereka yang diadakan di Jeumpa D'Ramo, Bangsar, Sabtu kelmarin pada pukul 5.45 petang. Sarah menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 serta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dengan berbalas tujuh dulang. -gambar mStar | Budiey

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

Majlis Akad Nikah Siti Sarah & Shuib

perkahwinan Siti Sarah dan Shuib

gambar kahwin Siti Sarah dan Shuib

Siti Sarah dan Shuib nikah

pernikahan Siti Sarah dan Shuib

majlis nikah Siti Sarah dan Shuib

majlis resepsi Siti Sarah dan Shuib

majlis perkahwinan Siti Sarah dan Shuib

majlis pernikahan Siti Sarah dan Shuib

Siti Sarah dan Shuib berkahwin

Siti Sarah dan Shuib nikah gambar

gambar nikah Siti Sarah dan Shuib

gambar kahwin Siti Sarah dan Shuib

gambar Yuna berada di London!

Sabtu, 26 Februari 2011

Sejak 14 Februari 2011 yang lalu, penyanyi Yunalis yang mempunyai bakat besar dalam bidang muzik indie telah diterbangkan ke kedua-dua negara yang hebat, United Kingdom dan Amerika Syarikat bagi meluaskan lagi sayapnya di peringkat antarabangsa. Ketibaan Yuna di kota London, United Kingdom baru-baru ini, telah mendapat penerimaan yang baik daripada pihak di sana dan Pengarah Rancangan Astro Hits Yuna Inspired, Jojo Struys telah berbesar hati merakamkan catatan perjalanan Yuna untuk peminatnya. -Gambar Murai.

Daphne Iking terima hidayah di Taj Mahal, peluk ISLAM

Daphne Iking sah memeluk agama Islam dengan nama Islamnya, Dahlia Eleanor Iking dan menjadi isteri kepada seorang ahli perniagaan, Azmi Abdul Rahman atau dikenali sebagai Joe. Majlis pernikahan tersebut berlangsung pada 8 Januari lalu di kampung halamannya di Penampang Sabah yang turut dihadiri oleh keluarga dan teman rapat sahaja.

"Islam adalah agama yang indah. Saya masih lagi belajar tentang agama ini terutama selepas pelbagai dugaan yang menimpa dalam kehidupan saya," kata Daphne.
Tambah Daphne keputusan memeluk Islam dan berkahwin dengan Joe dibuat sejak Disember lalu ketika melawat Taj Mahal di India. Semasa berada di sana, dia kagum melihat keindahan alam serta keunikan seni bina Islam di bangunan Taj Mahal tersebut. -sumber mStar

PS- Syukur Alhamdulillah. Hidayah Allah ada dimana-mana, namun terpulang kepada individu untuk menilai atau memahami erti makna yang sebenar. Selepas ni bolehlah kita lihat Daphne pakai tudung pula. hihi. :)

Tiz Zaqyah menyanyi untuk lagu tema NUR KASIH

Jumaat, 25 Februari 2011

Ini adalah pertama kali Tiz Zaqyah yang sebelum ini berbakat menjadi pelakon untuk menjadi penyanyi pula. Kali ni Tiz menyanyikan lagu tema untuk filem NUR KASIH berduet bersama Yassin (Yassin Komposer k). Memang sedap dan merdu juga suara Tiz Zaqyah menyanyi. Menjadi heroin dalam NUR KASIH memang menjadikan Tiz popular, kini para peminat NUR KASIH jangan lupa untuk saksikan filem berkenaan di pawagam tak lama lagi.

kereta Honda City Ainul Aishah terlibat kemalangan,

Pelakon Ainul Aishah mengakui akibat terlalu tergesa-gesa untuk pulang menonton drama lakoanannya menyebabkan dia mengalami kemalangan di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) pada petang Selasa lalu. Kata Ainul, selepas menjalani penggambaran drama Begitukah Cinta, dia berhasrat untuk pulang segera menonton episod terdahulu drama itu.

blockquote>"Selepas penggambaran saya berkejar untuk pulang segera untuk menonton episod cerita tersebut, tetapi malangnya ketika itu jalan raya agak sesak. Saya tidak perasan sebuah kereta jenis BMW berada di hadapan saya dan melanggar kereta tersebut. Ketika kemalangan itu apa yang saya terfikir ialah tak dapat menonton cerita lakonan saya sahaja.

"Walaupun saya rasa itu kemalangan kecil tapi saya seperti takut untuk memandu. Saya lebih banyak menekan brek dan tidak mahu memandu dengan jarak yang dekat. Saya sedar ia mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada saya tetapi kepada pihak lain. Allah selepas ini saya lebih berhati-hati," katanya kepada mStar.

Adegan 'panas' Fizz Fairuz dan Diana Danielle

Adegan 'Panas' yang dimaksudkan tidak lah melampau-lampau banget. Sekadar ciuman Fizz Faizruz dari hidung ke bahagian muka Diana Danielle jerk. Jarang dapat peluang macam ni. Tapi seeleok-eloknya tak payahlah buat adegan macam ni, nanti datang spikulasi pula, Diana tu ada pakwe, kang 'jeles' pula. Hehe. Babak ni kemungkinan untuk drama/filem terbaru mereka bertiga, tapi tak tahu apa tajuknya. Sumber tue kopek gambar ni daripada Facebook ntah milik siapa. Korang layan lah dulu.

-klik untuk kelihatan lebih jeles. silap, jelas...