Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Edlin AF2 bercinta dengan bekas kekasih!

Isnin, 31 Januari 2011

Siapa sangka, selepas 10 tahun terpisah dari pandangan mata, Edlin AF2 bertemu dan bercinta semula dengan bekas kekasihnya. Kali terakhir Edlin bertemu dengan lelaki tutzz itu sewaktu belajar di tingkatan empat. Bagaimanapun selepat tamat sekolah, mereka berdua menyambung pelajaran di Melbourne, Australia tetapi sayang sekali tidak pernah berjumpa.

“Percaya atau tidak, walaupun belajar di tempat yang sama, kami tidak pernah berjumpa antara satu sama lain. Tetapi itu semua kerja Tuhan, kami bertemu semula pada tahun lepas melalui Facebook,” kata Edlin. -mStar
Selepas pertemuan di Facebook itu, kedua-dua mereka telah melafazkan semula ayat-ayat cinta serta termasuklah sudah berjumpa dengan ahli keluarga kedua-dua belah pihak untuk mendapatkan restu. :)

Catriona Ross dalam majalah Keluarga

Tidak dipastikan pula bila punya edisi majalah Keluarga yang memaparkan gambar Catriona Ross dan keluarganya bergambar bersama-sama ini. Mungkin bulan-bulan yang lalu, sebab gambar depan (cover) ada gambar Ina Naim. Gambar ini dikirim oleh peminat izyan.com. Sekadar untuk kongsi sahaja kepada peminat-peminat lakonan Catriona Ross. Nak dijadikan icon pun boleh, digalakkan lagi. Semoga berbahagia Catriona. :)

Syukurlah akhirnya mertua terima Rita Rudaini

Hubungan yang keruh melibatkan Rita Rudaini Mokhtar dengan mertuanya kembali jernih apabila kedua-dua pihak sudah menamatkan perselisihan faham yang tercetus hampir tiga tahun lalu. Peristiwa air mata itu berlaku apabila Aidil Zafuan membawa ibu dan bapanya untuk menziarahi cucu mereka, Airit Rayyan Rizqin (2 tahun) yang demam panas di pusat perubatan Prince Court.

Ketika mertua Rita tiba di pusat perubatan, Rita telah meluahkan segala isi hati yang terbuku selama ini sehinggalah kedua-dua pihak bermaaf-maafan bagi menjernihkan segala kekusutan yang terjadi.

“Emak sayangkan Rita. Mak restu perkahwinan Rita dengan Aidil,” kata Azizah sambil memeluk menantunya dengan linangan air mata.
Rita juga turut mencium tangan Abdul Radzak sambil kedua-dua mereka meminta maaf di atas segala masalah yang telah berlaku selama ini. Detik-detik itu turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Bukan sahaja bermaaf-maafan malah Rita yang kini mengandung lima bulan anak kedua turut menjemput ibu bapa mertuanya itu melawat cucu mereka di rumahnya di Manjalara, Kuala Lumpur pada masa akan datang. -mStar

Gambar Noh Hujan, Mizz Nina umrah

Ahad, 30 Januari 2011

Dikhabarkan, tunang kepada Mizz Nina, Noh Hujan berada di Tanah Suci kira-kira seminggu lamanya. Noh sempat buat ibadah umrah itu dan balik ke tanah air pada 22 Januari lalu, sempat sampai ke Sri Pentas tepat pada waktu dijanjikan untuk membuat satu sesi uji bakat Mentor. Mengikut berita daripada BHarian, Mizz Nina kemungkinan tidak ikut Noh, mungkin dia mejemput Noh di KLIA dan sempat bergambar bersama.

Memey, Norman Hakim sah kahwin hujung tahun!

Memey Suhaiza dan tunangnya, abang Norman Hakim mengesahkan untuk bernikah/berkahwin hujung tahun ini (tarikh belum tahu lagi). Menurut Memey kepada mStar, dia dan Norman mula membuat persiapan perkahwinan termasuklah membeli barangan untuk majlis itu di luar Malaysia, yakni di kota Bandung, Indonesia, beberapa hari yang lalu.

"Setakat ini persiapan perkahwinan kami baru saja 40 peratus siap. Kami juga telah ke Bandung bersama beberapa ahli keluarga untuk mencari kain, kad perkahwinan serta barangan perkahwinan lain.

"Alhamdulillah, saya gembira kerana selepas pelbagai dugaan berlaku, akhirnya saya akan bergelar isteri kepada Norman.

"Apa-apa pun, saya harap, selepas kami berkahwin, tiada lagi kontroversi atau timbul masalah lain," kata Memey yang sudah pun menjalani kursus perkahwinan.

Nora Danish, Rayqal dan Jejai di Jepun

Sabtu, 29 Januari 2011

Kini Jejai sudah tidak lagi menjalinkan hubungan dengan pelakon Fasha Sandha seperti yang di dakwa dalam akhbar tempatan baru-baru ini. Jejai kemungkinan lebih meluangkan masa dengan anaknya sendiri iaitu Rayqal dan mama Rayqal, Nora Danish. Walaupun sudah bercerai namun Jejai dan Nora masih rukun dan seperti tidak bercerai. Mesra dan intim untuk kebahagian Rayqal. Baru-baru ni keluarga besar Rayqal telah bercuti ke Jepun untuk makan angin. Mungkin saat inilah yang Fasha sendiri sukar untuk menerimanya sehinggakan dia pergi ke Bali, kata sumber yang dahulu la. hihi.

gosip artis Gambar Nora Danish dan Jejai Bercuti Di Jepun

gosip artis Gambar Nora Danish dan Jejai Bercuti Di Jepun

gosip artis Gambar Nora Danish dan Jejai Bercuti Di Jepun

gosip artis Gambar Nora Danish dan Jejai Bercuti Di Jepun

gosip artis Gambar Nora Danish dan Jejai Bercuti Di Jepun

gosip artis Gambar Nora Danish dan Jejai Bercuti Di Jepun

gosip artis Gambar Nora Danish dan Jejai Bercuti Di Jepun

gosip artis Gambar Nora Danish dan Jejai Bercuti Di Jepun

Diana Danielle, Farid Kamil putus?

Desas desus mengenai perpisahan cinta pelakon, Diana Danielle dengan pengarah muda, Farid Kamil mula beredar di internet. Umum sudah tahu yang mereka ini digelar pasangan bercinta, tapi bagi mereka berdua, mereka anggap mereka berdua cuma berkawan. Namun desas desus perpisahan itu berjaya diungkap sendiri Diana dalam ruangan khas kepada umum, dan bukan media. Kurang dipastikan apa sebab utama dalam perpisahan berkenaan.

Dengar-dengar sejak kehadiran Syamsul Yusof yang bergambar mesra dengan Diana telah menimbulkan rasa kurang enak Farid Kamil sejak kebelakangan ini. Lain pula kata orang, hal perpisahan itu terjadi disebabkan sifat kebudak-budakan Diana Danielle sendiri.

“Saya dah buat keputusan untuk putus dgn Farid Kamil. FYI, saya tegaskan, tiada orang ke-3, tiada sebab-sebab “luar” & terlalu personal untuk dibincangkan.”

“Itu orang cakap. Saya tak nak comment tentang “cakap orang”. Biarlah ” – balas Diana Danielle yang tidak mahu memanjangkan lagi isu ini.
Takpe lah Farid, bunga bukan sekuntum, boleh cari lagi juga kan. :)

Setia fanatik dengan Abby Abadi!

Jumaat, 28 Januari 2011

Luahan Peminat: Saya (Nurul Husna) merupakan salah seorang peminat fanatik dan bamastik, Abby Abadi sama ada dalam bidang nyanyian mahupun lakonan. Lakonan Abby yang mantap dan berkesan amat menarik minat saya untuk terus menyokong kariernya sebagai anak seni tempatan.

Abby yang bersifat mesra dan gemar berinteraksi dengan peminatnya di laman sosial Facebook amat memuaskan hati saya. Tidak kira walaupun sibuk dengan penggambaran tetapi Abby sempat kemas kini Facebook tersebut berbanding artis lain.

Abby juga wanita perkasa yang cekal mengharungi liku kehidupan bersama anak-anak tersayang. Saya amat kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang menjadikan kisah silam Abby sebagai satu langkah menjatuhkannya dari industri hiburan ini.

Walaupun Abby dilanda pelbagai tohmahan namun dia tetap bersemangat melakonkan sesuatu watak dengan baik. Kami sentiasa memberikan reaksi yang positif sekiranya Abby masih terus bersikap demikian. Salam terima kasih.!

Lisa Surihani dan Arian Saif

Kepada yang masih baru lagi, siapa Arian Saif ni? boyfriend? kekasih? kalau peminat setia Lisa Surihani mesti kenal punya siapa Arian Saif ni. Memang kekasih hati Lisa Surihani pun, kenapa cemburu ke? haha. Bukan kekasih hati yang berpacaran lah, kekasih hati dikala Lisa sunyi, Arian Saif lah tempat bermain untuk Lisa. Arian Saif ni adik saudara Lisa kira anak buah Lisa lah ni. Jom kita tengok gelagat Lisa dan adik saudaranya ni, Arian Saif.

Bila David Teo sedekah RM4.5 juta!

Syarikat produksi Metrowealth International Group of Company (MIG) mengeluarkan sebanyak RM4.5 juta untuk memberi hadiah kepada individu-individu yang menjayakan penerbitan filem dan drama di bawah syarikat itu pada malam penghargaan dan penyampaian bonus “1 Dekad, 49 Filem” yang diadakan di Hotel One world, PJ, baru-baru ini.

Hadiah-hadiah yang diagihkan itu diberi sebagai tanda penghargaan dan menganggap keuntungan yang diperoleh harus dikongsi dengan semua yang terlibat secara langsung seperti karyawan, artis dan pihak media.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo, pihaknya meraih jumlah kutipan yang membanggakan iaitu sebanyak RM42 juta bagi 11 filem yang diterbitkan. Dalam pada masa yang lai, Lisa Surihani, Nora dan Putri Mardiana masing-masing menerima wang sebanyak RM15,000, manakala Azad Jazmin, Angah dan Nora Danish menerima RM10,000 setiap seorang. Pengarah Ngangkung, Ismail Bob Hasim pula dihadiahkan sebuah kereta mewah Toyota Alphard 3.5! -sumber mStar

Ainul Aishah dengan kekasih baru!

Khamis, 27 Januari 2011

Ainul Aishah yang pernah dikaitkan bercinta dengan vokalis kumpulan Hujan, mengakui pernah menjalinkan hubungan cinta bersama bekas gitaris band, Couple, Ojoe, namun malang baginya, apabila hubungan itu tidak seperti yang diharapkan, macam biasa, 'break'. Kini Ain sudah bahagia bersama kekasih barunya, Ben Daniel. Biarpun masih belum merancang untuk meneruskan hubungan itu ke ikatan yang lebih serius, Ain mengakui mendapat restu yang kuat daripada keluarganya.

"Alhamdulillah, keluarga saya tidak menghalang hubungan kami, lagipun Ben sudah banyak kali berjumpa ibu bapa saya, dan mereka merestui hubungan kami berdua. Kami masih belum berfikir untuk bertunang apatah lagi berkahwin, sebab masing-masing masih sibuk dengan kerjaya sendiri, dan kami juga sebenarnya dalam proses mengenali hati budi masing-masing, tapi kami bersyukur kerana keluarga sangat memahami keadaan kami sekarang.

"Saya suka Ben, sebab pada saya dia seorang yang sentiasa tenang, bijak dan adakalanya manja. Sebenarnya, saya sudah lama mengenali Ben, iaitu sekitar tahun 2009, tapi ketika itu kami tidak begitu rapat, selepas saya putus cinta bersama Ojoe, barulah saya mengenali Ben secara lebih serius," jelas Ainul Aishah kepada ManggaOnline.

gambar Sazzy Falak mengandung

Perkhabaran berita Sazzy Falak yang dia hamil pada bulan November 2010 lalu memang tidak dapat disangkal lagi. Kini Sazzy sah berbadan dua. Perut dah kelihatan besar membulat. Gambar yang dikirimkan ini menunjukkan Sazzy pergi ke alat pakaian bayi. Tahniah lah kepada Sazzy, mungkin dalam beberapa minggu lagi Sazzy nak bersalin. Semoga selamat dan sukses nanti.

jangan nilai saya dari pakaian -Nursyella

Penyanyi Nursyella meminta masyarakat jangan sesuka hati menilai peribadinya menerusi pakaian (kontroversi apabila foto seksi yang ‘menyerlahkan’ sebahagian payudaranya, tersebar di internet). Nursyella mengakui foto yang tersebar itu adalah dirinya, namun itu bukan bermakna dia perempuan murahan yang boleh dikaitkan dengan kehidupan songsang seperti gemar berhibur di kelab malam dan rela menggadai maruah ditaja lelaki hidung belang mahupun orang kenamaan.

“Orang tak tahu susah payah saya selama lapan tahun menyepi. Orang hanya tahu mencaci dan menghina saya dan terbaru, menyebarkan foto peribadi saya. “Memang itu foto saya. Saya bukan hipokrit dan begitulah gaya saya berfesyen, tapi tak sangka boleh mengundang kontroversi hingga saya dituduh sengaja nak tayang payudara.

“Waktu itu saya bersama beberapa rakan, termasuk juga artis lain, menghadiri majlis hari jadi di sebuah pusat karaoke di ibu kota. Jadi saya berpakaian mengikut kesesuaian majlis yang diadakan. Saya tahu ada orang ambil kesempatan buat perkara ini (edar foto) untuk memburuk-burukkan nama saya.

“Tak sangka, walaupun lama tidak terbabit dalam industri hiburan, masih ada yang mahu mengaitkan saya dengan kontroversi,” katanya kepada Metro Ahad.

Nia Ramadhani disahkan hamil

Rabu, 26 Januari 2011

Bekas pelakon senetron Nia Ramadhani dan juga anak jutawan ahli perniagaan terkenal Indonesia, Ardie Bakrie yang bernikah pada April tahun lalu bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi. Tetapi Nia yang dikhabarkan telah pun mengandung anak sulung mereka tidak mahu memberitahu usia kandungan itu kepada umum/media.

“Nanti tiba masanya saya akan beritahu, sekarang saya masih mahu melakukan aktiviti seperti biasa,”
Katanya, dia tidak pernah merancang tentang kehamilannya biarpun kini sibuk menguruskan sebuah yayasan milik keluarganya. -KapanLagi

Nora Danish cun jadi model cover

Kisah Jejai dan Fasha Sandha sudah pun berakhir, dan kini Nora Danish sudah pun mara kehadapan. Dengan harapan tiada lagi persengkataan antara satu pihak dengan pihak yang lain. Begitulah adat manusia, lumrah kehidupan, asam garam. Ok lupakan sahaja kisah itu, sambung pula bab Nora Danish ni, Nora telah mendapat satu tawaran hebat untuk menjadi model cover depan majalah Cosmopolitan edisi Febuari 2011. Seperti artis di barat gaya Nora Danish dalam majalah ni, tapi tak tahu pula mirip artis barat yang mana satu ya.


Selain daripada itu baru-baru ini dikhabarkan Nora dihadiahkan sebuah rumah banglo mewah yang mempunyai 10 bilik (termasuk bilik stor agaknya, hehe) yang diberikan oleh mertuanya. Tapi berita itu disangkal oleh Nora Danish dalam laman Twtter miliknya. Jadi berita Nora dapat rumah banglo itu cuma palsu semata-mata.

Fasha Sandha, Jejai putus cinta!

Jejai baru-baru ini mengesahkan hubungannya dengan Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu. Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha Sandha apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.

Kiriman e-mel Jejai yang dikirim kepada Harian Metro itu, juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora Danish yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.

“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” kata Jejai.
Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.
“Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis. Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,” kata Jejai menerusi e-melnya.

“Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” kata Jejai lagi.

Gambar harijadi Umie Aida

Selasa, 25 Januari 2011

Baru-baru ini kat berita Astro ada berita mengenai Dato' Paduka Khairuddin telah mengadakan majlis harijadi isteri tercintanya, Datin Paduka Umie Aida di sebuah restoran di Mont Kiara. Difahamkan ramai rakan artis yg turut hadir dalam majlis itu. Majlis yang diracang sendiri oleh suaminya secara senyap-senyap untuk membuat kejutan kepada Umie, lihat sahaja pakaian Umie yang bersahaja. Ada juga babak apabila ditanya wartawan kepada Umie mengenai apa hadiah yg diimpikan/dihajatkan, dengan rendah diri Umie menjawab:
"tak mintak apa2..asalkan dia terima saya seadanya...dia sudah bersyukur".(lebih kurang begini ayatnya daripada informer)
-Gambar Red Photography











inikah kekasih Mamat Sepah?

Belek punye belek tadi di dalam internet, sekali terjumpa dah gambar-gambar finalist Raja Lawak musim ke-3, Mamat Sepah bersama dengan teman rapatnya yang bernama Nur Syuhada. Tak pasti kalau teman rapatnya ni merupakan kekasihnya. Tapi dengar-dengar dia memang kekasih Mamat. Nur Syuhada dikatakan adalah adik kepade guitarist kumpulan Kristal, Rodi dan sekarang Nur Syuhada sedang menuntut di ASWARA. Nur Syuhada lawa juga orangnya, cun habis.