Zizan Buka Rumah Terbuka di Terengganu

Pada: Jumaat, 26 Ogos 2011
Setiap kali tibanya Hari Raya Aidil Fitri, keluarga besar Zizan Raja Lawak akan mengadakan rumah terbuka pada hari raya ke-3. Tahun ini rumah terbuka akan diadakan di kediaman rasmi keluarga Zizan di Jalan Terkukur, Kuala Terengganu. Zizan dengan penuh rasa hormat menjemput seluruh keluarganya yang terdekat dan juga peminat yang sentiasa menyokongnya tidak kira dekat mahupun jauh untuk menghadiri rumah terbukanya itu. Maknanya anda kena serbu ke rumah terbuka tersebut bagi menikmati juadah Raya daripada Zizan.

"Memang setiap tahun kami buat rumah terbuka, tetapi sebelum menjadi artis, rumah terbuka keluarga kami dibuat di rumah nenek di Dungun, Terengganu. Saya memang menggunakan rumah terbuka ini untuk dekatkan diri dengan peminat serta menjamu keluarga dan sahabat handai.

"Uniknya, rumah terbuka kami akan diadakan di depan rumah kami yang kecil, jadi kami akan pasang khemah seperti orang kahwin.

"Semua makanan yang dihidangkan pada rumah terbuka itu adalah air tangan ibu saya seratus peratus bersama orang-orang kampung yang turut membantu." -Via

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..