Salih Yaacob nak berbini lagi..

Pada: Selasa, 10 Mei 2011
{[["☆","★"]]}
Hai, kalau dah jodoh tak kemana juga, memang dah nasib si Salih Yaacob berbini 4. Dipetik daripada laman web, HarianMetro baru-baru ni. Khabarnya yang ke-4 ni dalam proses perkenanlan lagi, namun si isteri-isteri serta 11 anak Salih pun dah berkenaan dan merestui hubungan mereka. Bakal isteri ke-4 ni kiranya masih lagi budak U di Uitm Shah Alam, umur baru 24 tahun. Hai dah basi ker jejaka di Uitm tu, haha, takde la, main-main jerk. Oklah semoga dipercepatkan pernikahannya nanti. Salih memang ada auranya tersendiri jah~. Cayok!

Dengarnya anda memang akan melengkapkan kuota tidak lama lagi? Insya-Allah... saya dalam proses membimbing dan setakat ini dia boleh ikut cara saya. Saya sudah pun pertemukan dia dengan semua isteri saya dan hubungan kami direstui. Jika tertulis dia jodoh saya, insya-Allah kami akan berkahwin tahun ini.

Sebelum ini ada juga wanita cuba mendekati saya tetapi mereka ada agenda tersendiri, termasuk mahu kejar glamor dan duniawi. Ada juga yang mengaku sanggup bermadu termasuk anak orang besar, tetapi firasat saya dapat rasakan individu itu bukan orang yang sesuai untuk saya.

Saya berpengalaman jaga keluarga besar, bukan harta benda yang saya pandang tetapi kesanggupan orang itu untuk mengikut cara saya dan hidup dengan harmoni.

Berbeza dengan dia, saya nampak dia benar-benar ikhlas dan bersedia hidup bermadu. Saya kini menunggu kelulusan permohonan poligami di Mahkamah Syariah dan dia sudah ikuti kursus kahwin.

Kami berjumpa secara kebetulan ketika saya menjayakan persembahan di luar Kuala Lumpur. Isteri dan anak saya boleh menerima dia dan saya pun mencari masa sesuai untuk bertemu keluarganya. Maklumlah dalam waktu terdekat, jadual saya sibuk dengan rakaman program SY I Follow. Kalau boleh, saya nak buat majlis ringkas dan jika diizinkan Allah, saya mahu raikan semua isteri saya. Semua akan duduk sebaris di tempat pengantin dan dapat hantaran.

Tag : , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih