selebriti kanak-kanak terbaru, Nur Aisyah Humairah

Pada: Ahad, 17 April 2011
{[["☆","★"]]}
Gambar dibawah ni merupakan gambar pelakon kanak-kanak terbaru yang bernama Aisyah atau nama sebenarnya Nur Aisyah Humairah. Dilahirkan pada 14 Julai 2008, Aisyah ni mula digilap bakatnya ketika usia 6 bulan oleh kedua orang tuanya, dengan mengambil gambar Aisyah menggunakan kamera. Tidaklah sehinggakan mengabaikan pembelajaran ilmiah dan islamiah, Aisyah juga seorang kanak-kanak yang boleh dianggap genius.

Dan paling memberangsangkan pencapaian, Aisyah telah banyak kali menghadiri casting seperti di MIG Production milik David Teo (di MIG, Aisyah berpeluang casting bersama Lisa Surihani), Line Clear Motion Pictures milik Prof Razak Mohaideen, Lensa Film Sdn Bhd, menjalani photoshoot di DZMS Talent Agency dan Hannah Studio.

Selain daripada itu Aisyah juga telah menjadi duta kanak-kanak untuk produk tudung, Pearl Haya. Kiranya Aisyah ni setanding dengan Mia Sara. TipTop namanya sudah dicop dalam SenimaMalaysia.com. Uall boleh jadi Fan Aisyah dengan menaip Nur Aisyah Humaira di laman sosial Facebook.




























Tag : , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih