Home » , , , , » sebelum jadi artis, Remy Ishak orang susah

sebelum jadi artis, Remy Ishak orang susah

Pada: Sabtu, 9 April 2011 Remy Ishak merupakan seorang pelakon terkenal ketika ini. Remy merupakan anak jati Negeri Sembilan dan mula diperkenalkan ke industri perfileman Malaysia oleh sutradara indie Osman Ali pada tahun 2006. Beliau meraih beberapa anugerah dan juga terkenal disebabkan menerusi drama Nur Kasih yang ditayangkan di TV3 pada tahun 2009. Kini beliau dijolok dengan panggilan Hero Baru Malaya. Namun kisah hidup sebelum artis kepada Remy Ishak bukanlah sesenang artis yang lain, Remy merupakan salah seorang artis yang bermula dari level yang boleh dianggap kais pagi makan pagi...

Dipetik dari WikiPedia Malaysia.
Sebelum bertemu Osman Ali, Remy hanyalah seorang pemuda kampung yang tidak pernah mengimpi akan kerjaya sebagai pelakon terkenal. Sebelum menjadi pelakon, Remy pernah bekerja di pasar pagi dengan menjual ikan dan ayam untuk membayar duit yuran persekolahan, menoreh getah, jadi kelindan lori, buruh kasar termasuklah membuat kerja landskap di tepi jalan dengan menanam pokok dan membina jambatan.

Sebagai anak sulung daripada sebuah keluarga yang berpecah, Remy nekad untuk berusaha membantu keluarga terutama adik-adiknya yang masih bersekolah. Ketika berusia 18 tahun Remy menjudikan nasib untuk datang ke Kuala Lumpur mencuba nasib mencari kerja. Beliau pernah tidur di masjid untuk berteduh dari panas dan hujan. Dengan bantuan seorang kawan, dia dapat kerja di Hotel Mandarin Oriental." Apabila berhijrah ke Kuala Lumpur sembilan tahun lalu, saya bekerja sebagai pengemas bilik hotel, tetapi diberhentikan kerana kemelesetan ekonomi. Saya kemudian bekerja sebagai pelayan di sebuah kelab malam selama dua tahun. Sepanjang tempoh itu hati saya tidak tenteram, saya nekad berhenti dan bekerja sebagai pelayan di sebuah kafe di KLCC. Selepas itu saya dapat peluang bekerja sebagai pelayan di hotel lima bintang. Selepas beberapa tahun, pendapatan saya bertambah apabila diberi kepercayaan menjaga tetamu VIP,"
PS: TAHNIAH REMY ISHAK KERANA DUA TAHUN BERTURUT2 MENANG PELAKON LELAKI PALING POPULAR ABPH DAN SEMOGA REMY TIDAK LUPA DIRI DAN ASAL USUL.

banner

Tag : , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih