Hari-hari terakhir sebelum meninggalkan Melodi!

Pada: Isnin, 28 Mac 2011
Akhirnya saat-saat sedih yang ditunggu sudah tiba. Kini Fara Fauzana dan Wahid Senario sudah pun meninggalkan rancangan hiburan, Melodi untuk selama-lamanya. Hari-hari kelmarin bersama Melodi di Batu Kawan, Penang merupakan hari-hari yang bermakna buat mereka berdua sebagai pengacara suka ramai. Siap ada majlis makan kek lagi oleh sahabat-sahabat pengacara mereka.

Terserlahlah duka disebalik topeng gembira tue. Namun itulah takdirnya, mereka terpaksa tinggalkan Melodi dan memberi laluan kepada pengacara baru nanti. Apa-apa pun tahniahlah diatas kebolehan dan semangatnya Fara dan Wahid dalam mengendalikan rancangan Melodi selama ini.























Tag : , , , ,