Fahrin Ahmad bercinta dengan anak saudara Dato' Siti Nurhaliza?

Pada: Rabu, 30 Mac 2011
Pelakon kacak Fahrin Ahmad baru sahaja digosipkan bercinta dengan anak saudara Dato' Siti Nurhaliza di satu laman sesawang. Siapa anak saudara Dato' Siti ni? dia adalah Zetty Adila Dato' Ramly iaitu anak kepada produser drama, Datin Zaiton Mohd Jiwa. Zetty Adila ni juga orangnya manis dan cantik, memang bertuah orang yang dapat memiliki hati Zetty Adila. Jadi sepertinya sesuai dengan Fahrin dari sudut pandang kasar. Namun, Datin Zaiton yang lebih dikenali sebagai Kak Ton menafikan hubungan anaknya dengan Fahrin.

Kata Kak Ton Mungkin gosip sebegini mungkin timbul sebab kebelakangan ini, Fahrin banyak bekerja dengan syarikat produksi Kak Ton. Sehinggakan Kak Ton pun naik hairan a.k.a. pelik daripada gosip yang tak betul ini boleh wujud. Sebab setahu Kak Eton, mereka tak pernah pergi ke mana-mana secara berdua. Adila pun menafikan perkara ini, dan mahu gosip ini dihentikan, sebab menganggu kerjayanya. Oleh yang demikian maka episod Fahrin bercinta dengan Adila adalah tidak benar sama sekali. Dan kedua-duanya sehingga waktu ini masih bergelar 'SINGLE'!.

Ps: Fahrin hensem, Adila tak nak? Zzzz.

Tag : , , , , ,

Komen yang betul-betul negative/promosi dan seumpamanya akan dibanned terus untuk berkomen di sini. terima kasih