Edry enggan ikut 'berlakon' dalam Mentor

Pada: Sabtu, 26 Mac 2011
Edry Abdul Halim tetap bertegas dengan pendiriannya untuk menolak elemen drama dalam program Mentor musim kelima di TV3. Selepas berbincang dengan penerbit Mentor, Muhamad Sufian Isa, Edry nekad enggan mengikut skrip 'drama' yang disediakan bagi mengelak dirinya diperbodohkan.

"Saya hanya akan melakukan perkara yang saya mahu demi mencapai misi saya untuk mengajar ilmu muzik kepada protege. Saya tidak membidas mana-mana mentor atau protege sebaliknya kepada program tersebut dengan menegur penerbit agar mengurangkan elemen berlakon.

"Saya tidak selesa apabila disuruh mengikut skrip drama yang diberikan kerana rasa seperti diperbodohkan. Saya menyertai program ini kerana hendak mengajar seorang protege untuk bergelar penyanyi dan bukannya untuk berlakon.

"Jadi, setelah saya meluahkan perkara ini kepada pihak penerbit, mereka bersikap terbuka dan bersetuju agar saya tidak berlakon. Saya tidak akan terlibat dalam rakaman visual yang mengikut skrip mereka sebaliknya akan lebih memberikan tumpuan kepada protege saya.

"Jangan terlebih sensasi kerana kami semua mempunyai reputasi tersendiri. Saya tidak mahu menang kerana simpati," katanya lagi. -TheStar
-PS: tahniah edry kerana ikhlas mengajar protege dan bukan kerana nak konon2 berlakon drama sampai marah2 padahal semuanya lakonan yang ada skrip yang dah disediakan oleh penerbit.. Zzzz.. malu la.. sampai Edry pecah tembelang macam ni. nak naikkan rating la tu kot.. last2 semua orang dah tahu yang semyanya lakonan semata2. sebelum ni memang orang agak2 je semua ni lakonan, tapi kali ni dah 'kompom'.. huhu..

Tag : , , , ,