Aznil Hj Nawawi ada anak kecil?

Pada: Isnin, 28 Mac 2011
Konsert Hore Hore Aznil yang diadakan di Padang Bola, Taman Titiwangsa, Kuala Lumpur, beberapa hari yang lalu cukup membuktikan yang Aznil masih lagi berbisa dan menyengat. Aznil berjaya membuat satu konsert sulungnya yang begitu terbaik dan gemilang buat dirinya, apakan tidak konsert itu berjaya mendapat kutipan RM30,000 hasil daripada pembelian tiket pelbagai kelas, namun itulah juga nawaitu Aznil, Aznil telah mendermakan kesemua wang tersebut kepada seorang pesakit jantung menerusi Pertubuhan Hero Malaya yang disertainya.

Lagi satu yang paling best punya cilok, ada budak nama Firdaus Hariz Aznil dijemput hadir menyanyikan lagu Cari Jodoh bersama Aznil ketika konsert tue. Yang lebih mengejutkan ada sebuah media akhbar mendakwa itu anak Aznil. Anak? bukan Aznil duda erk? bila masa pula Aznil kahwin lagi? mungkin ini anak angkat Aznil kot. Tapi yang peliknya napa pulak ada nama Aznil dibelakang nama budak tue erk. Musykil2..

Tag : , , , ,