Memey, Norman Hakim sah kahwin hujung tahun!

Pada: Ahad, 30 Januari 2011
Memey Suhaiza dan tunangnya, abang Norman Hakim mengesahkan untuk bernikah/berkahwin hujung tahun ini (tarikh belum tahu lagi). Menurut Memey kepada mStar, dia dan Norman mula membuat persiapan perkahwinan termasuklah membeli barangan untuk majlis itu di luar Malaysia, yakni di kota Bandung, Indonesia, beberapa hari yang lalu.

"Setakat ini persiapan perkahwinan kami baru saja 40 peratus siap. Kami juga telah ke Bandung bersama beberapa ahli keluarga untuk mencari kain, kad perkahwinan serta barangan perkahwinan lain.

"Alhamdulillah, saya gembira kerana selepas pelbagai dugaan berlaku, akhirnya saya akan bergelar isteri kepada Norman.

"Apa-apa pun, saya harap, selepas kami berkahwin, tiada lagi kontroversi atau timbul masalah lain," kata Memey yang sudah pun menjalani kursus perkahwinan.

Tag : , , ,