jangan nilai saya dari pakaian -Nursyella

Pada: Khamis, 27 Januari 2011
Penyanyi Nursyella meminta masyarakat jangan sesuka hati menilai peribadinya menerusi pakaian (kontroversi apabila foto seksi yang ‘menyerlahkan’ sebahagian payudaranya, tersebar di internet). Nursyella mengakui foto yang tersebar itu adalah dirinya, namun itu bukan bermakna dia perempuan murahan yang boleh dikaitkan dengan kehidupan songsang seperti gemar berhibur di kelab malam dan rela menggadai maruah ditaja lelaki hidung belang mahupun orang kenamaan.

“Orang tak tahu susah payah saya selama lapan tahun menyepi. Orang hanya tahu mencaci dan menghina saya dan terbaru, menyebarkan foto peribadi saya. “Memang itu foto saya. Saya bukan hipokrit dan begitulah gaya saya berfesyen, tapi tak sangka boleh mengundang kontroversi hingga saya dituduh sengaja nak tayang payudara.

“Waktu itu saya bersama beberapa rakan, termasuk juga artis lain, menghadiri majlis hari jadi di sebuah pusat karaoke di ibu kota. Jadi saya berpakaian mengikut kesesuaian majlis yang diadakan. Saya tahu ada orang ambil kesempatan buat perkara ini (edar foto) untuk memburuk-burukkan nama saya.

“Tak sangka, walaupun lama tidak terbabit dalam industri hiburan, masih ada yang mahu mengaitkan saya dengan kontroversi,” katanya kepada Metro Ahad.

Tag : , , , ,