Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Gambar Catriona, Norynn di SEMANIS KURMA

Jumaat, 31 Disember 2010

Rancangan bual bicara yang menarik di Astro yang dihostkan oleh penceramah bebas, Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dan suaminya iaitu Semanis Kurma sememangnya sebuah rancangan motivasi yang membina. Apatah lagi yang melibatkan isu-isu harian manusia. Baru-baru ini Semanis Kurma telah menjemput dua orang artis yang cukup terkenal dalam bidang lakonan Cat (Catriona Ross) dan Norynn Aziz.

Kedua-dua artis ini bertrampilan ayu dan bertudung, seperti sedia maklum Cat memang dah bertudung selepas kahwin. Mereka dibual biacara mengenai tajuk 'Tutup Buku Lama, Buka Buku Baru'. Mungkin inilah hakikat sebenarnya setiap manusia ada kesilapan/pengalaman lalu yang mungkin harus diperbaiki untuk masa depan yang cerah.

Rosyam Nor dan dua anaknya di ASK 2010

Rosyam Nor sebelum ini pernah menegaskan bahawa dia tidak akan mendedahkan keluarganya kepada umum namun sebaliknya Rosyam dilihat muncul bersama dua anak gadisnya pada majlis Anugerah Skrin 2010 (ASK2010) di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) pada 24 Disember lalu. Kata Rosyam, kehadiran dua anaknya iaitu Arniesha Azureen, 21, dan Nur Anis, 17, pada majlis itu bukan kerana dia tidak tegas dengan pendiriannya tetapi kedua-dua anaknya itu memujuknya untuk merasai kehangatan majlis tersebut. -mStar

Pesanan Shahir kepada peminatnya

Khamis, 30 Disember 2010

Shahir muncul dalam video klipnya ini untuk menyatakan dan memberikan ucapannya semenjak spikulasi kehilangan Shahir baru-baru ini. Kata Shahir dalam video ini, dia mengalami penyakit yang tidak diberitahu. Serius atau tidak penyakit itu, cuma dia dan beberapa orang sahaja yang tahu. Disebabkan itulah segala perancangannya dalam beberapa aktiviti terencat dan sehinggakan dia dianggap mengalami masalah disiplin.

Kepada peminat Shahir, ini adalah video khas daripadanya untuk anda. Semoga teribur dan terubat rindu yang lama.

Gambar ILYKA buat konsert!

Siapa Ilyka? nama sebenarnya adalah Zuraila Mohamed Yassin dan bukanlah satu nama yang asing bagi industri seni tanah air kita ni. Jika diimbas sejarah seni beliau, dia telah mula bertapak semenjak tahun 1989. Bernyanyi secara serius bermulanya di sekitar Johor Bharu, lalu mencuba nasib menjadi artis rakaman pada tahun 1993. Selain itu beliau merupakan seorang pelakon, ‘Gadis Semasa’ yang bakal ditayangkan di TV3 Januari 2011.

Artis ni kemungkinan jarang mendapat liputan media, tetapi paling banyak buat show. Dan yang terbaru hasil daripada kiriman peminatnya yang menunjukkan beliau membuat show pada 22hb Disember 2010 di CrossBoards Lounge, Concorde Kuala Lumpur.

Ashraf Muslim jadi ustaz berpoligami!

Ustaz Amirul, drama terbaru di slot Zehra menampilkan seorang ustaz yang hidup dalam dilema dalam percintaan sehingga dia memilih untuk hidup berpoligami selain menyelami perjalanan emosi seorang ustaz yang dicabar oleh pelbagai rintangan dan dugaan realiti, cinta, keluarga dan diri-sendiri. Ustaz Amirul dilakonkan oleh Ashraf Muslim, selain Ashraf, turut membintangi drama ini adalah Eira Syazira, Siti Saleha, Lydiawati, Safura, Kuna, Zarynn Min, Fauzi Nawawi dan Zoey Rahman. -mStar

Julia Perez balas dendam, pakai baju seksi!

Rabu, 29 Disember 2010

Aktres seksi terkenal Indonesia, Julia Perez yang terkenal dengan panggilan 'Jupe' berikrar mengganggu tumpuan pemain Malaysia dalam perlawanan kedua final Piala Suzuki AFF hari ini. Jupe kesal dengan tindakan peminat bola sepak Malaysia mengganggu pemain Indonesia dengan melakukan ‘serangan’ laser ketika perlawanan pertama di Stadium Bukit Jalil, Ahad lalu.

Oleh sebab itu, dia akan membalas dendam dengan mengenakan pakaian seksi yang nampak dada bagi mengalihkan perhatian anak didik K Rajagobal. Perkara itu disuarakannya ketika dihubungi wartawan Indonesia yang kemudian membuat soalan susulan sejauh mana dia serius dengan hal berkenaan.
“Ya, saya serius. Biar semua pemain bola sepak Malaysia buta. Saya akan pakai baju belahan dada supaya mereka buta. Ini adalah laser ciptaan saya,” katanya lagi.

Apa dah jadi dengan perut Elly Mazlein?

Aik apa dah jadi dengan perut pelakon Elly ni? dah mengandung ke? tapi belum nikah lagi kan. Pelik bin pelak ni. Berita perkahwinannya memang belum ada lagi. Aish, mungkin ini sekadar bentuk badan Elly ketika shoot filem/drama kot, mungkin memegang watak ibu mengandung. Tak pun sesi photoshoot yang mengenakan fesyen yang ketat sampai ternampak sangat bahagian perut tu. Apa-apa pun kita mesti fikir positif, tak juga mahu kisah pelakon Eja yang lalu berulang kembali, nanti ada yang melepas. hehe.


Inikah kekasih Tiz Zaqyah?

Isu mengenai Tiz Zayah dengan anak Ahli Parlimen memang hangat diperkatakan di mana-mana forum internet. Tiz pun belum lagi membuat kenyataan rasmi mengenainya samaada benar atau tidak. Anak Ahli Parlimen itu dikhabarkan orangnya berpendidikan dan tidak kalah juga hensemnya. Gambar dibawah (baju biru) ini didakwa merupakan orang yang dimaksudkan daripada sumber. Kita tunggu sahajalah kenyataan Tiz dimana-mana media nanti, mungkin Tiz sibuk buat masa ini.

Dan ini adalah pengakuan terbaru Tiz yang baru diupdates jam 1.50PM (29/12)

Gambar dibawah ini pula merupakan gambar Tiz Zaqyah ketika ASK 2010 baru-baru ini.

DSC 0200 (Gambar) Tiz Zaqyah Di ASK 2010

DSC 0201 (Gambar) Tiz Zaqyah Di ASK 2010

DSC 0202 1 (Gambar) Tiz Zaqyah Di ASK 2010

DSC 0210 (Gambar) Tiz Zaqyah Di ASK 2010

DSC 0211 (Gambar) Tiz Zaqyah Di ASK 2010

DSC 0212 (Gambar) Tiz Zaqyah Di ASK 2010

DSC 0215 (Gambar) Tiz Zaqyah Di ASK 2010

Anak kemban, emak tutup?

Selasa, 28 Disember 2010

Tak tahu lah nak kata apa dah kalau bab-bab fesyen ni. Ini adalah gambar yang diambil ketika ASK 2010 baru-baru ni. Nak dijadikan isu adalah pemakaian. Memang masa itu artis mempunyai fesyen tersendiri ketika datang. Tapi yang ni dibawanya emak kesayangan dengan fesyen yang berlainan yang sukar untuk dikomen. Hehe. Mungkin emak mereka ni 'open mind', sebab tu len macam jerk. Ni kalau emak penulis, penulis wat macam ini dah sah kena lempang pisang goreng hangus dah.

Tini Hot FM selamat melahirkan anak!

Penyampai radio Hot FM, Tini dikhabarkan melalui Facebook Fara Fauzana yang juga deejay di radio itu telah selamat melahirkan anak perempuan pada 27 Disember 2010 jam 8.45 pagi. Anak perempuan itu yang beratnya 3.2 kg telah selamat dilahirkan dalam keadaan sihat. Tahniah lah diatas perkhabaran ini jika ianya betul. Gambar anak Tini tu belum ada lagi, tapi gambar Tini hamil tu ada kot. Korang layan lah dulu yer. hehe.

Gambar Red Carpet ASK 2010

Acara "Red Carpet" sentiasa menjadi medan untuk selebriti tanah air melaram serta memperagakan busana masing-masing. Ada yang menarik malah tidak ketinggalan juga ada yang jelek dan pelik. Jom kita saksikan fesyen artis tempatan di Red Carpet Anugerah Skrin 2010 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) baru-baru ini. Menarik, jelik atau pelik, anda yang tentukan. Gambar Gua