Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Lisa Surihani cakap kurang sopan

Selasa, 30 November 2010

Terkejut juga apabila mendengar pelakon manis, Lisa Surihani yang menyebut satu perkataan yang agak kurang manis bunyinya pada siaran langsung program Mari Menari beberapa minggu lepas. Mungkin ribuan ibu dan bapa yang menonton program ini di studio mahupun di rumah terkesima apabila mendengar Lisa menyebut perkataan tersebut.

Bagi yang terlepas menonton siaran langsung tersebut, Lisa telah menyebut perkataan 'Gila Babi' sewaktu mengacarakan program ini. Walaupun ia bukanlah dikategorikan ayat mencarut, tapi mengikut fahaman umum, ayat ini tidak sesuai digunakan dalam bahasa pengacaraan TV.

Yang penting, Lisa perlulah lebih berhati-hati selepas ini dalam menggunakan bahasa. Mungkin Lisa tiada berniat untuk menggunakan perkataan tersebut, tapi ia sedikit sebanyak mampu mencalar imej Lisa yang sentiasa kelihatan sopan dan disukai ramai. -Murai

Gambar Nita di EH! 20 Yang Anggun

Acara EH! 20 Yang Anggun yang diadakan baru-baru ini adalah bagi memberi penghormatan kepada 20 artis pilihan pembaca majalah berkenaan. Acara ini diadakan/berlangsung di Zouk KL. Ramai juga artis-artis popular yang datang. Tapi kemungkinan yang menjadi sasaran photographi disana adalah kelibat Nita finalis Malaysian Idol. Pakaian cukup seksi juga, fesyennya yang cukup simple dan bersahaja ketika menghadiri majlis berkenaan sememangnya suatu yang berani buat Nita. -gambar ManggaOnline

Gambar Harijadi Awie Wings

Menjangkau usia 42 tahun pada tahun 2010 bukanlah sesuatu yang mudah untuk penyanyi rock, Awie untuk berterus bertahan di persada seni, ramai penyanyi muda telah lahir, dan bakal memberikan saingan kepada Awie. Tapi itu lah hakikat, selagi ada peminat setia, Awie tetap menjadi pujaan sepanjang zaman. Lagu-lagu Awie sememangnya sedap didengar dari awal kemunculannya sehingga kini. Dari lakonannya juga yang kadangkala melucukan.




Harijadi Awie yang dibuat baru-baru ini merupakan kejutan kepada Awie sendiri ketika itu adalah acara tayangan perdana drama/filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Justin Bieber Baby versi Melayu

Isnin, 29 November 2010

Siapa tidak kenal dengan artis muda dari barat ni. Remaja-remaja bahkan kanak-kanak di Malaysia sudah pasti dapat menyanyikan lagu Justin Bieber yang bertajuk 'Baby'. Nah lagu ini lah yang membuatkan Justin Bieber menjadi top dan menjadi artis paling muda, meraih pendapatan berjuta-juta dolar. Kalau diingatkan memang suatu yang mengkagumkan. Tapi tahukah anda, dalam banyak versi lawak, dan pelbagai lagi dalam YouTube mengenai lagu berkenaan, ada juga versi Baby Melayu. Tapi yang ni bukan bertajuk Baby cuma bertajuk... dengarkan lah dulu ya. Hehe..

Persembahan Ella di Russia

Baru-baru ini penyanyi pujaan ramai, Ella telah mengadakan persembahan nyanyiannya di Mikhailovskiy Theatre, International Tiger Summit Russia pada 21 sehingga 24 November 2010 yang lalu. Dah sampai Russia memang satu penghargaan yang tidak boleh diduga lagi, apatah lagi semangat Ella yang tidak pandai luntur walaupun usianya meningkat. Sah-sah 1-2 tahun Ella bakal bergelar Datuk, yer ler kan penyanyi ratu rock Malaysia. Di Russia tu juga Ella sempat bertemu dengan Perdana Menteri Russia, Vladimir Putin. Tahniah Ella kerana memberi kepercayaan kepada orang Russia untuk mendengar suara Ella di sana.

Ella di Rusia

Ella di Rusia

Ella di Rusia

Ella di Rusia

Ella di Rusia

Ella di Rusia

Ella di Rusia

Ella di Rusia

Ella di Rusia

Ella di Rusia


'lantaklah jah apa ko mo kata '-Erry Putra

Pelakon drama Capek, Erry Putra kali terakhir merakamkan lagu ketika bersama dengan kumpulan Boys R Us pada tahun 2004. Kini sesudah 6 tahun berlalu, Erry mahu mengulanginya semula. Dengan lagu single Jangan Kau Pergi yang dinyanyikan bersama dengan Shajiry dan Azreen, lagu tersebut sudahpun masuk radio dan diputarkan. Erry Putra merasa bangga kerana bukan mudah lagu baru nak masuk radio nie jah. Itu belum lagi menerima kutukan peminat yang kurang yakin dengan Erry. Tapi sebagai manusia biasa, itulah lumrah yang perlu dilalui.

“Lantaklah apa orang nak cakap. Kalau dengar cakap orang sampai bila-bila pun saya tak akan maju. Kalau ada yang mengkritik cara nyanyian saya boleh ambil untuk perbaiki diri. Saya pun bukan sempurna mana. Masih banyak perkara yang perlu saya pelajari sebelum menjadi penyanyi yang baik. Kalau tak diberi peluang sampai bila saya nak jadi bagus.

Macam masa mula-mula berlakon dulu. Ada yang cakap saya berlakon keras macam kayulah. Tapi lama-lama saya perbaiki lakonan saya dari semasa ke semasa. Dalam bidang nyanyian pun saya mengharapkan perkara yang sama. Mahu berjaya dan setidak-tidaknya mengembangkan minat yang ada tertanam dalam diri sejak dahulu lagi,” kata Erry kepada Utusan edisi Ahad kelmarin.

Sity Avita nama terkini produk Siti Nurhaliza

Ahad, 28 November 2010

Pembukaan rasmi Sity Avita Sdn. Bhd menandakan permulaan perkongsian yang menarik antara Siti Nurhaliza dan Avita. Syarikat global Avita mula beroperasi di Malaysia sejak awal 2008 dan sudah bertapak di rantau Singapura, Taiwan, Jepun, Australia, Hong Kong, Filipina dan bakal membuka cawangan di Indonesia tidak lama lagi.Majlis perasmian berlangsung di premis Sity Avita Sdn. Bhd di Menara UOA, Bangsar, Kuala Lumpur awal pagi kelmarin 27 November 2010.

Pekin doakan kebahagian Ayu Raudhah

Sabtu, 27 November 2010

Pelakon Pekin Ibrahim, merupakan orang yang paling gembira berikutan ex-girlfriend, Ayu Raudhah bakal melangsungkan pernikahan dengan pemain bola sepak kebangsaan, Aquan Adha pada Januari 2011. Pekin mendoakan kebahagian Ayu dan berharap agar perkahwinan mereka nanti kekal hingga akhir hayat.

"Mungkin sudah sampai jodohnya untuk berkahwin, saya doakan yang terbaik buatnya. Walaupun kami putus, masing-masing masih lagi bertanya khabar seperti biasa,"
Tegas Pekin, kehilangannya seketika daripada industri seni bukan kerana dia melarikan diri selepas putus cinta dengan Ayu pada tahun lalu, sebaliknya sibuk dengan pelajarannya di Institut Seni Indonesia (ISI), Jogjakarta.

"Tidaklah, mana ada. Saya yang minta putus, buat apa saya nak lari. Sebenarnya saya sibuk dengan pengajian saya di Jogjakarta dan baru saja tamat pengajian pada Ogos lalu." katanya kepada mStar.

Filem 2 Alam hanya kutip RM230,000 lebih

83 pawagam menayangkan filem 2 Alam, dalam laporan FINAS baru-baru ini dinyatakan bahawa jumlah kutipan filem berkenaan sehingga tarikh 24 November 2010 hanya mencapai sasaran RM230,000, sangat jauh daripada cita-cita asal Dr Rozmey yang menyasarkan kutipan RM40 juta!. Walaupun menerima 1000 macam publisiti daripada akhbar Kosmo & Hmetro, namun publisiti tersebut sekadar melepaskan batuk di tepi tangga apabila dihentaman pelbagai pihak, terutamanya wartawan yang memberikan review negatif berkenaan filem 2 Alam.

Banyak sebab kenapa filem berkenaan sebenarnya 'gagal'. Ada orang kata, filem 2 Alam sebenarnya berkisarkan music video Ramli Sarip dam Amy Search yang berdurasi 86 minit. Macam mana pula Dr Rozmey boleh berani bercerita soal kutipan RM2 juta pada hari pertama tayangan? Sedangkan filem Upin Ipin: Pengembaraan Bermula yang hebat pun perlukan 5 hari untuk mencapai RM2 juta. Semangat tu dah ada, cuma usaha tu kurang sebab tu kot kutipan kureng. Biasalah lumrah kerjaya pengarah.

Gambar Rozita Che Wan usia 19 tahun

Jumaat, 26 November 2010

Jangan terperanjat melihat wajah Rozita Che Wan yang berusia 19 tahun ni. Benar-benar tidak sama dengan yang sekarang, biasalah satu evolusi peringat usia. Gambar ni diambil daripada majalah Remaja edisi Jun 1993. Waktu ni usia Rozita baru 19 tahun ketika itu juga dia merupakan finalis Dewi Remaja, tertera tarikh lahirnya pada 1974. Pada mulanya sukar dipercayai tapi dah tertulis nama Rozita, tak sah lagi dia lah orangnya, manis juga dia waktu mudanya.-Gambar oleh Nonanaga

klik untuk besarkan

Siti Nurhaliza tarik diri ABPBH ke-13

Dato' Siti Nurhaliza mengambil keputusan untuk menarik diri daripada bertanding dalam Anugerah Bintang Popular ke-13 (ABP13) tahun hadapan. keputusan itu dibuat selepas memenangi anugerah Bintang Paling Popular pada tahun lalu. Malah Siti ingin menjadi seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menarik diri ketika berada di kemuncak kejayaan.

"Setakat ini saya sudah berjumpa pihak pengurusan ABP untuk menjelaskan tentang penarikan diri ini dan mereka menerimanya dengan baik. Saya juga telah memberitahu peminat-peminat dan mereka menyokong keputusan saya itu.
"Cukuplah sampai di sini. Keputusan muktamad ini juga saya inspirasikan daripada Tun Mahathir sendiri dan saya percaya orang akan ingat kita sampai bila-bila," katanya yang ditemui di sidang akhbar Anugerah Bintang Popular oleh mStar.

Remy Ishak, Maya Karin digandingkan bersama

Dua pelakon sensasi yang saat ini digosipkan tengah bercinta telah digandingkan bersama untuk cover majalah Media Hiburan. Mereka berdua memang nampak mesra dan cocok dalam majalah keluaran bulan berkenaan. Tak dinafikan jika mereka mempunyai hubungan, tetapi membuat penafian mereka berdua bercinta. Sebab tidak dipastikan lagi dengan siapakan hubungan sebenar aktor kacak, Remy tengah bercinta, Tiz Zaqyah mahupun Maya Karin. Memang itu persoalan besar yang menunggu jawapannya dilain hari. Tunggu kantoi, baru terbukti kot. Hehe.

Yuna, Qi mesra di Shout! Awards

Khamis, 25 November 2010

Tempoh perkenalan antara pelantun lagu Dan Sebenarnya, Yuna dan aktor utama drama bersiri popular Blogger Boy, Qushairi Razali atau Qi, baru menjangkau sebulan. Namun, bibit-bibit kemesraan seperti pasangan bercinta tidak dapat disembunyikan lagi. Semua itu dapat disaksikan ketika mereka menghadiri majlis Shout! Awards yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam Sabtu lalu.

Bukan sahaja mereka memakai pakaian yang mempunyai padanan rona warna yang sama iaitu kelabu, bahkan setiap kali nama Yuna diumumkan sebagai pemenang dan memerlukan dia berjalan ke atas pentas, Yuna tanpa segan meminta Qi memegang seketika tas tangannya.

Apabila diminta penjelasan mengenai status hubungannya dengan Qi, Yuna yang dihubungi Kosmo! semalam dalam tawa tidak menafikan Qi kini merupakan lelaki yang paling rapat dengan dirinya, namun, dia enggan menggunakan perkataan bercinta sebagai tafsiran hubungannya itu cuma mereka berdua rapat sahaja.

Rambut Tomok di Muzik-Muzik 25

Baru-baru ini ada Saringan Separuh Akhir Muzik Muzik 25 yang diadakan di Sri Pentas. Tapi penulis tak tengok, jadi tak tahu siapa artis yang bertanding ketika itu. Yang pasti kehadiran Tomok sudah dinantikan. Tomok ketika itu menyanyikan lagu Berlari. Yang menjadi tarikan ketika itu, bukan sahaja nyanyian dan persembahan Tomok tapi rambutnya yang dikhabarkan baru sahaja di 'upgrade'. Wah tak tahulah nak kata apa, jarang sekali lihat fesyen rambut Tomok ni, sekali tengok macam kuih muruku. Hehe.. Jangan marah erk.

Lagenda Budak Setan tak bayar gaji?

Filem Lagenda Budak Setan tahun 2010 sememangnya satu filem yang salah satunya paling dikira berjaya mencecah RM1.7 juta kutipannya selepas 4 hari tayangnya kepada umum beberapa bulan yang lalu dalam awal Jun 2010. Manakan tidak, filem ini dibintangi oleh Farid Kamil dan Lisa Surihani. Tapi dalam diam-diam tak tahu apa kejadian disebalik kejayaan ini, timbul pula persoalan bahawasanya drama yang sebelum filem ini dikeluarkan tidak membayar gaji/komisen kepada penyunting drama bersiri berkenaan. Mungkin sudah lama 'orang' ini menunggu gaji berkenaan, tapi sudah hilang sabar, dia 'post' kat Facebook beritahu kepada umum mengenai nasibnya yang malang itu.


Rambut Punk Pasha Ungu

Rabu, 24 November 2010

Penyanyi utama/vokalis band Ungu iaitu Pasha kini tampil dengan potongan rambut versi Punk. Kata Pasha potongan rambut Punk tersebut tidak disukai oleh beberapa teman rapatnya kerana kemungkinan mengubah kekacakkannya yang sediaada. Namun Pasha kata dia hanya teringin mengubah imej untuk rasa lebih selesa. Namun begitu, Pasha menolak gaya rambut tersebut akan mempengaruhi muzik kumpulan Ungu.

Gambar Atilia dalam Harian Metro

Gambar yang diambil daripada Harian Metro edisi 21 November 2010 semamngnya agak 'panas' sikit isi didalamnya. 'Panas' apa tu? memang orang yang beli 'paper' itu sahaja yang boleh melihat dengan awalnya. Tapi itulah hakikatnya, gambar Atilia (anak penyanyi senior, Salamiah Hassan)yang cukup seksi. Mungkin inilah fesyen yang mungkin sesuai untuk Atilia. Tidak dinafikan jika semakin lama Atilia makin seksi ditambah dengan gelaranya yang pernah bergelar isteri satu masa dahulu.

Fasha Sandha dihina di Twitter

Apalah nasib badan, kadang kala ada juga bala jika kita mempunyai akaun laman sosial, ada yang suka dan ada juga yang pantang dicabar. Memang setiap orang tidak suka keburukan mereka di'promosi'kan dimana-mana, sebab ianya bakal menjatuhkan reputasi orang itu sendiri. Fasha Sandha merupakan artis yang kadang kala di cemu kerana pelbagai sebab. Cemuhan dan makian biasa diterima Fasha. Harap Fasha tabah dengan dugaan yang ada. Sabar adalah jalan terbaik, biarlah orang maki hamun, itu urusan dia dengan Tuhan.










Gambar anak Daphne Iking

Selasa, 23 November 2010

Pengacara yang paling jelita dan juga seorang ibu tunggal, Daphne Iking baru-baru ini telah menyambut harijadi anaknya yang ke-3 tahun yang bernama Isobel Daniella Iking-Chong. Memang comel anaknya selain pandai bergaya sudah dalam usia yang begitu muda. Daphne janganlah dipersoalkan sejak tahun ni, Daphne semakin lama semakin seksi. Semoga berbahagialah Daphne dan keluarga. -Gambar Blog Daphne Iking

Kekasih Pierre Andre keluarga diraja Terengganu

Pierre Andre mengakui sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang kerabat diraja Terengganu. Hubungannya dengan wanita berusia 23 tahun itu terjalin sejak dua tahun lalu tetapi menjadi semakin rapat sejak setahun lepas. Pierre berkenalan dengan wanita itu tanpa mengetahui latar belakang sebenar dirinya. Waktu berkenalan dengannya, wanita berkenaan bekerja dalam sektor perbankan.

Hubungan Pierre dan wanita berkenaan terjalin atas dasar keserasian dan keikhlasannya menerima diri Pierre. Manakalan, perwatakan dan sikapnya yang rendah diri dan ringkas itu membuatkan Pierre langsung tidak sangka latar belakangnya dari keluarga diraja sehinggalah selepas setahun mengenalinya. -mStar

Gambar resepsi perkahwinan Elyana

Selepas diijabkabulkan pada 19 Nov 2010, Erneelya Elyana Emrizal dan Khairul Anuar Hussin telah diraikan dalam dua majlis resepsi yang diadakan pada Sabtu, 20 November di Dutches Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Pada sebelah siang, majlis resepsi diadakan khas buat sanak-saudara dan kenalan. Manakala, pada sebelah malamnya ia turut dihadiri oleh rakan-rakan media. Pada majlis di sebelah malam itu, mereka berdua memukau pandangan tetamu apabila muncul dengan busana kuning 'champage' rekaan Zery Zamy. Busana berkonsepkan Vintej Inggeris itu menjadikan mereka berdua persis pasangan pengantin diraja.

Gaun moden berperincian perak yang dipakai Elyana menyerlah bentuk badannya yang kembali langsing. Begitu juga dengan Khairul, jejaka berusia 35 tahun ini tampak segak berbaju Melayu moden. Majlis resepsi ini berakhir kira-kira jam 11.00 malam. Antara rakan-rakan artis yang hadir memeriahkan suasana ialah Sherry Ibrahim, Zarina Zainuddin, Serina Chef Wan, Farah Asyikin dan Anita Baharom. -Gua